RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 20 Ogos 2011

GAMBAR : Kemana hilang 'TANDA' didahi Saiful?



Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu.

Ketika diwawancara pada 15 Ogos 2011 maka genaplah tiga tahun kes Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah laknat di Dewan Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mengatakan kononnya diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan setelah tiga tahun kes ini berlalu tiada siapa yang tahu bagaimana si Saiful ini menyara kehidupannya.. adakah ayahnya masih menyara kehidupan seharian anaknya yang sudah tua Bangka ini?



Setelah tiga tahun berlalu.. tanda hitam didahi (yang biasanya terjadi hasil dari kerajinan mengerjakan solat) yang pada awal perbicaraannya amat ketara kini sudah pudar..lihat gambar diatas..dan lihat juga rakaman video dibawah.

Adakah tanda di dahinya itu telah hilang kerana beliau sering mengambil air sembahyang pula? apa ke hal ni yop?

Video sila lihat di SINI

Sumber: Tranungkite

Jumaat, 19 Ogos 2011

TEMUBUAL SAIFUL DI TV 3 - SAIFUL TETAP BERWIBAWA SEPERTI SPR DAN JPN

Gambar hiasan wibawa seorang badut
Oleh: WFAUZDIN NS

MULAI sekarang, sesiapa yang mempunyai masalah di`rogol', `diliwat', atau sukarela `dirogol mahupun diliwat' boleh menghubungi TV 3 untuk sesi wawancara. Stesyen TV ini sudah melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menyiarkan masalah mereka dan Saiful insan terpilih pertama yang mendapat `keistimewaan' itu. Baca di sini.

Anda tidak perlu menghadiri uji bakat untuk menjadi bintang di dalam Akademi Fantasia bagi mendapatkan nama dan glamour. Memadai anda ada kes menjadi mangsa atau sukarela di rogol mahupun diliwat atau anda hanya sekadar pembawa fitnah sudah cukup untuk memohon diwawancara asalkan si dituduh atau yang anda fitnah itu DS Anwar. Anda boleh cuba hubungi TV 3.

Jika bukan melibatkan DS Anwar, mohon maaf, sukar rasanya anda mendapat tempat istimewa itu. Itulah yang dapat kita saksikan bagaimana si Saiful mendapat `keistimewaan' tersebut. Saya tidak mengikuti sangat wawancara sedemikian kerana bimbang takut termuntah. Apa yang pasti, sepanjang wawancara itu adakah kita dapat dengar soalan ini kepada si Saiful;

- Mengapa anda berjumpa Najib untuk mohon biasiswa?
- Mengapa anda bersumpah di dalam masjid sehari sebelum hari Penamaan calon PRK Parlimen Permatang Pauh yang mana DS Anwar sebagai calon sedangkan kejadian liwat itu berlaku sudah lama dan dikatakan berulangkali?
- Mengapa di dalam sumpah laknat anda berkata `dipaksa' liwat, sedangkan di dalam kertas pertuduhan tidak menggambarkan sedemikian?
- Mengapa seluar dalam anda tertinggal di dalam rumah teman wanita anda?
- Adakah anda mengaku mengadakan hubungan intim dengan salah seorang bekas Tim Pendakwaraya iaitu seorang wanita?
- Selepas kejadian anda kononnya `dipaksa' liwat, anda boleh minum kopi dan makan karipap?
- Selepas kejadian yang `menfobiakan' anda itu, mengapa anda hadir ke rumah orang yang `paksa' anda liwat tersebut tanpa rasa takut, benci atau jijik?
- Anda seorang pemuda yang gagah dan sihat. Mengapa anda tidak melawan atau sekurang-kurangnya menjerit atau lari ketika mahu diliwat, sebaliknya anda sendiri mandi dan memakai tuala? Tidakkah orang yang anda dakwa memaksa anda itu seorang yang berumur dan mempunyai rekod sakit pinggang dan tulang belakang memudahkan anda untuk melawannya?

Dan, terlalu banyak soalan yang patut ditanya kepada si Saiful untuk TV 3 yakinkan rakyat yang bodoh bahawa kisah tersebut adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Apa pun, Hakim telah berkata bahawa pemuda yang tidak mencuci duburnya selama dua hari itu adalah BERWIBAWA! Samalah juga dengan SPR dan JPN, bongkarlah apa pun mereka tetap BERWIBAWA !!/wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 18 Ogos 2011

ROSMAH MINTA RAKYAT BERSYUKUR ATAU DIA PATUT BERSYUKUR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ROSMAH Mansor mahu rakyat Malaysia bersyukur hanya kerana cukup makan, cukup pakaian dan selamat (benarkah selamat?). Tetapi Rosmah tidak nyatakan bagaimana pula untuk menzahirkan kesyukuran itu. Mungkin, tanda bersyukur itu adalah dengan menyokong kepimpinan lakinya Najib.

"Seharusnya rakyat di Malaysia bersyukur kerana negara kita bukan sahaja cukup makan, cukup pakai malah selamat...tidak ada orang hendak mengacau kita," katanya ketika berucap pada program Rahmat Ramadan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, malam semalam (Malaysiakini).

Memang negara kita cukup makan, tetapi harga makanan bagaimana? Siapa kata negara kita rakyatnya tidak berpakaian, semua berpakaian tetapi bagaimana keadaannya? Negara kita selamat? Cuba tanya pihak Polis, ada berapa banyak lagi kes budak, remaja bahkan orang tua yang hilang tidak dapat dikesan? Selamatkah seorang ahli perniagaan wanita bersama dua lagi rakannya yang hilang, kemudian dijumpai dibakar itu? Diberitakan masih banyak lagi orang seperti arwah yang hilang tanpa dapat dikesan.

Kes Norita Shamsudin sudah selesaikah? Kes Altantuya, selamatkah beliau datang ke Malaysia? Bukan sahaja beliau didapati `lebur' di dalam hutan, malahan namanya pun `lebur' dari rekod keluar masuk negara ini. Banyak jika mahu diceritakan betapa `selamat'nya negara ini sehinggakan orang yang berhimpun secara aman pun boleh meninggal dunia dan patah kaki.

Rosmah bercakap seperti orang tua-tua yang duduk di hulu, yang tidak tahu apa-apa. Sepatutnya beliau bersyukur kerana dapat menggunakan duit rakyat untuk bermalam di hotel-hotel mewah, membayar bil air/api dengan puluhan ribu ringgit dan mungkin mampu memakai beg tangan dan cincin yang mahal-mahal. Cuma, beliau belum mampu mahu membeli sehelai tudung, agaknya.

Ingin kita maklumkan pada Rosmah, tanda kita bersyukur kepada apa jua nikmat Allah adalah dengan kita mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya. Caranya, tolak kerajaan yang terang-terang engkar perintah Allah, yang zalim dan rasuah. Pilih kerajaan yang lebih baik dari yang rasuah, yang belasah duit Peneroka Felda dan sesuka hati meminjam wang KWSP. Jatuhkan kerajaan yang mengekalkan akta zalim, Akta ISA yang terang jelas haram di sisi Islam.

Jangan kita jadi seperti ayam daging, yang terus `bersyukur' diberi makan minum dan tempat tinggal yang dijaga rapi, diberi rawatan dan sebagainya, tetapi cukup masa, badan sudah gemuk, ayam daging akan ditimbang untuk dijual dan disembelih. Pedulikan nasihat dari bini Najib yang sudah merasa dirinya semakin ke penghujung dari tampuk kuasa. Beliau tahu lakinya kini sudah tidak mampu untuk bertahan lagi dengan berbagai pendedahan yang dikeluarkan.

Najib dan Rosmah adalah beban kepada negara ini, justeru itu sebelum jatuhkan Umno, tentukan kedua-dua manusia ini jatuh dahulu./wfauzdin.blogspot.com

KISAH MENARIK DARI MOSABIT - BABI PUN BERSYUKUR?

Oleh: WFAUZDIN NS

Aku tertawa besar bila membaca al-kisah yang dinukilkan oleh teman di dalam blog aku yang menggelarkan dirinya sebagai `MOSABIT'. Kisah ini menarik, cukup berkesan dan memang kena dengan puak-puak yang kerja mereka suruh rakyat bersyukur setiap masa walaupun mereka setiap masa menzalimi rakyat.

Rakyat diminta bersyukur kerana ada jalan dan tol, ada air, letrik, masjid, pusat judi, dapat bonus, dan sebagainya. Kisah dari MOSABIT ini ada maksud yang tersembunyi tentang erti `syukur';

mai sat aku ada ceghita nak khaba'kat hang...

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan.


Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."


Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."


Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang menjadi ahli Umporno".

Rabu, 17 Ogos 2011

UMNO YANG SEPATUTNYA MOHON MAAF, BUKAN PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO Selangor semalam menuntut agar PAS memohon maaf kepada Umno di atas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang percaya bahawa ada `dalang' Umno di sebalik peristiwa serbuan JAIS ke atas Gereja baru-baru ini. Datuk Mustafa Ali berkata beliau bersedia mendedahkan apa yang dipercayainya itu apabila PAS bertemu JAIS nanti, tetapi malangnya terdapat `halangan' dari Istana untuk PAS bertemu JAIS. Baca di sini.

Pada saya, yang paling wajar untuk memohon maaf adalah Umno sendiri bukan sahaja memohon maaf kepada PAS, bahkan kepada seluruh umat Islam di negara ini. Umno yang telah diberi kepercayaan memerintah negara ini lebih dari 50 tahun, sepatutnya Umno bertanggungjawab di atas gejala murtad yang semakin berleluasa sekarang. Di mana undang-undang murtad yang menepati Syarak yang Umno telah laksanakan selaku pemerintah?

Pada ingatan saya, tidak kurang dari tiga kali usul berkenaan perundangan murtad ini telah dibawa oleh PAS di dalam Parlimen agar Umno selaku tunjang kerajaan bersama menyokong usul tersebut demi menjaga kedaulatan dan maruah umat Islam, malangnya Umno tidak memandang usul ini walaupun dengan sebelah mata. Ketika itu Umno masih gagah dan parti sekular tersebut yakin bahawa apa pun akan terjadi pada umat Islam tiada kesan kepada Umno asalkan parti tersebut terus diberi kuasa memerintah.

Apabila Umno telah menjadi seperti sekarang yang begitu lemah dan dhaif, barulah pemimpin mereka cuba untuk berlakun menjadi pejuang Islam. Malangnya, rakyat lebih kenal siapa pejuang Islam dan pejuang rakyat yang sebenarnya. Umno memang tidak boleh diharapkan untuk membela Islam kerana untuk membela nasib bangsanya sendiri pun Umno gagal. Di P.Pinang umpamanya, nasib Melayu dan umat Islam kini dibela oleh DAP, Umno cuma menjadi tukang pecah belah masyarakat Melayu dan Islam dengan fitnah yang nampak jelas kebodohannya.

Dari isu wang bantuan kepada warga emas hinggalah kepada isu menggunakan pembesar suara diwaktu Subuh, Umno menampakkan kejahilannya. Apabila KM P.Pinang, Lim Guan Eng mendedahkan fakta bahawa hampir 100% tender dan projek Kerajaan Negeri diperolehi oleh kaum Bumiputera, Umno ternganga kerana ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Ketelusan KM P.Pinang itu tidak disenangi oleh Wanita MCA P.Pinang dan parti itu menganggap DAP terlalu membela kaum Melayu di P.Pinang, sedangkan Umno pula mendakwa DAP anti-Melayu dan Islam. Di sini jelas, percanggahan di antara mereka akibat kebodohan mereka sendiri.

Berbalik kepada isu murtad, Umno seharusnya ikhlas untuk mengatasi gejala ini. Berbeza dengan PAS, parti ini terus komited dengan dasar Islam. PAS tidak mudah melatah dengan isu serbuan ke atas Gereja baru-baru ini, justeru itu PAS memohon untuk mendapatkan penjelasan dari JAIS dan juga pihak Gereja. Malangnya juga, usaha ini disekat atas alasan `merahsiakan maklumat siasatan'. Saya tidak faham, di dalam isu akidah seperti ini mengapa perlu dirahsiakan sedangkan sebelum ini media pencacai saban hari memainkan isu tersebut. Inilah politik namanya, politik yang kotor oleh pihak mereka yang tidak pernah serius dengan hukum Islam./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 16 Ogos 2011

GERAKAN PERLU KELUAR DARI BN UNTUK MENGAJAR UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

PELURU Umno sudah tidak kenal kawan dan lawan lagi. Ini menunjukkan bahawa parti sekular Melayu ini sudah semakin hampir ke penghujung usia. Setelah puas membelasah PAS dengan berbagai gelaran buruk termasuk sesat, kemudiannya tidak malu-malu mempelawa PAS bersama Umno kemudian ditolak oleh PAS, kini giliran Gerakan parti sekutunya sendiri menjadi sasaran Umno.

Suara Umno ini diluahkan oleh akhbar milik mereka, Utusan yang berterusan menyerang Gerakan terutamanya Presidennya Tan Sri Koh Tsu Koon. Terbaru Presiden Gerakan ini dicabar untuk bertanding di P.Pinang bagi mengukur sokongan rakyat P.Pinang terhadapnya.

Suara Ezam raja sesumpah semakin lantang mengkritik bekas KM P.Pinang ini hanya kerana Koh tsu Koon menentang cara Ezam sesumpah berdepan dengan Malaysiakini dan Malaysian Insider. Rupa-rupanya semenjak Ezam sesumpah `beriman' dengan Umno, beliau tidak boleh ditegur atau dikritik. Apa yang keluar dari mulut muncung Ezam sesumpah pastinya disambut oleh juak-juak Umno P.Pinang dari golongan `geng roti canai' diketuai oleh Reezal Naina Merican.

ezam mohd noor at mca functionAhad lalu, Utusan memetik Ezam sesumpah yang melabelkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu sebagai dangkal kerana terikut-ikut dengan pemimpin pembangkang berhubung isu ugutannya untuk membakar portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Teruk sangatkah Koh Tsu Koon jika dibandingkan dengan KM Sarawak, Taib Mahmud? Mengapa sibuk menekan Koh Tsu Koon tetapi Taib Mahmud sedang goyang kaki dengan kekayaannya di Sarawak? Ini adalah kerana Gerakan pada pandangan Umno sudah terlalu lemah dan Umno sudah menjadi tabiatnya hanya mahu berkawan dengan golongan yang kuat sahaja.

Sebab itu Umno beriya-iya mahu PAS bersama Umno, kerana PAS kini sudah kuat dan gagah. Percayalah, Taib Mahmud terselamat di kerusinya sekarang adalah kerana parti PBB sekarang masih kuat. Tunggu sahaja PBB lemah seperti Gerakan nanti.

Seorang lagi katak dari Bayan Baru, Zahrain pula tidak sedarkan diri menasihat parti lain sedangkan beliau sendiri tidak berparti. Zahrain berkata melalui Utusan, jika BN mahu mengambil balik Pulau Pinang, Gerakan perlu tonjolkan seorang pemimpin baru yang boleh diterima oleh rakyat dan pemimpin berkaliber bagi mencabar kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Adakah Zahrain juga merasai dia terlalu berkaliber sebagai `katak'?

zahrain hashim parliament 180310"Mungkin pemimpin seperti (Presiden Gerakan) Tan Sri Koh Tsu Koon sudah tidak relevan lagi untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang memandangkan rakyat sudah menolak beliau sejak (pilihan raya umum) 2008,” kata Zahrain.

Jika inilah hujah Zahrain, beliau juga patut meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak P.Pinang sekarang kerana beliau tidak berwibawa membawa Tim Bola Sepak P.Pinang ke arah yang lebih baik malahan lebih teruk. Oleh kerana terlalu berpolitik, Zahrain gagal berfungsi di situ.

Pada pilihan raya umum 2008, Gerakan hanya mampu memenangi dua kerusi parlimen dan tiga kerusi dewan undangan negeri. Semua kerusi berkenaan juga bukannya dari Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu kuat parti itu dan dikuasai mereka sejak 1969.

Satu cara terbaik buat Gerakan untuk mengajar kesombongan Umno adalah dengan cara Gerakan keluar dari Bn dan menyertai Pakatan Rakyat. Dengan cara ini, Umno pasti tahu betapa langit itu tinggi atau rendah bila mana Gerakan dan DAP bersatu di bawah Pakatan Rakyat.

NONEBagi membolehkan beliau aktif dalam politik, beliau dilantik sebagai senator dan diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagi sesetengah pemimpin BN, khususnya Umno, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi tempat kepada pemimpin Gerakan itu suatu tindakan sesia kerana tidak yakin Gerakan mampu 'bangkit semula'.

Meskipun pemimpin Umno tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan tetapi sebagai organ rasmi parti, segala yang disiarkan Utusan sudah pasti mendapat restu pemimpin peringkat tertinggi Umno, khususnya jika sesuatu isu itu terus dipermainkan. Oleh yang demikian, Gerakan mesti memahami betapa partinya itu tidak lagi diperlukan oleh Umno sebagai rakan di dalam Bn./wfauzdin.blogspot.com

ISU GEREJA - PAS GAGAL BERJUMPA JAIS KERANA TITAH DARI ISTANA

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM isu `serbuan' ke atas sebuah gereja di Selangor baru-baru ini oleh JAIS, bayangkan jika PAS hanya bertemu pihak gereja sahaja untuk mengetahui kisah sebenar kejadian tersebut, maka sudah tentu menjadi modal besar pihak mereka bahawa PAS menjadi `pak turut' kepada gereja. Tetapi, apabila PAS telah merancang untuk bertemu pihak JAIS untuk mendapatkan maklumat sebenar sebelum bertemu pihak gereja, dikatakan ada arahan dari Istana agar JAIS tidak mengadakan pertemuan dengan PAS.

Arahan ini telah dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang mungkin merasa kecewa dengan arahan pihak Istana tersebut. Kenyataan Mahfuz Omar dipetik dari Malaysiakini menyebut, " Dan atas nasihat Tuanku Sultan, untuk JAIS tidak lagi bertemu mana-mana pihak supaya menjaga, supaya maklumat siasatan itu tidak terlepas kepada pihak lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini. LinkBagaimanapun, Mahfuz berkata, PAS masih berharap dapat bertemu JAIS selepas jabatan itu menyelesaikan penyiasatannya (Malaysiakini).

Di dalam keadaan PAS ingin mengetahui kisah sebenar peristiwa kontroversi berkenaan, dan pihak Istana melarang perjumpaan dengan JAIS, sebaliknya media-media kerajaan terus memainkan isu tersebut seolah-olah mengecop bahawa PAS tidak peka dengan isu tersebut. Alangkah baik dan adilnya jika pihak Istana turut melarang agar media memberhentikan memainkan isu yang dianggap siasatannya masih `rahsia' pada JAIS itu. Amat malang sekali PAS gagal memperolehi maklumat sebenar dari JAIS akibat halangan ini.

Isu ini bukan isu remeh dan perlu kepada tindakan segera. Mengapa PAS mesti ke depan di dalam isu ini? Pertamanya, sebagai sebuah parti yang dasarnya Islam sudah tentu PAS amat peka dengan isu ini apatah lagi terdapat tohmahan bahawa PAS bersekongkol dengan pihak tertentu untuk meraih undi. Kedua, Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor adalah dari wakil PAS iaitu Dr Hassan Ali dan sudah tentu PAS tidak mahu imej Exco yang mewakili partinya itu terjejas dengan isu ini. Ketiganya, Islam mementingkan keadilan kepada semua maka untuk berlaku adil, PAS mesti mendengar keterangan dari semua pihak yang terlibat iaitu dari pihak JAIS, gereja dan Dr Hassan Ali.

Apakah yang dimaksudkan dengan `maklumat rahsia siasatan' itu? Isu seperti ini sepatutnya tidak perlu dirahsiakan kerana akhirnya kita berhak mengetahui kisah sebenar yang berlaku. Apakah PAS tidak boleh dipercayai sekiranya kisah sebenar kejadian ini terbongkar? Sepertimana kata Mahfuz, JAIS mendakwa tiada `serbuan' atau sebarang tindakan ganas dan pencerobohan berlaku sewaktu kejadian, tetapi di pihak gereja mempunyai pandangan yang berlawanan. Justeru itu, amat releven dan tepat sekali PAS inginkan penjelasan dari kedua-dua pihak ini. Mengapa ada halangan?

Bagaimanapun, PAS memilih untuk tidak menderhaka titah Sultan. Namun kita mendesak agar PAS tidak melupakan terus isu ini dan terus mendesak agar JAIS mengemukakan laporan dari siasatannya. Kita tidak mahu ada sesiapa yang di`kambing hitam'kan dengan isu yang mempunyai kaitan dengan akidah ini. Kita juga berharap JAIS tidak bermain `politik' sepertimana di dalam beberapa isu yang lalu. Kita juga yakin pihak Istana tidak terlibat dengan `politik' di dalam membicarakan soal akidah umat Islam. Kita hanya percaya ada pihak di luar sana yang sedang menanti untuk `membaham' PAS dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu tersebut.

Sekiranya JAIS terus `berahsia' dengan PAS di dalam isu kontroversi ini, maka tahulah kita apa yang berlaku sebenarnya dan kita tidak merasa pelik dan hairan jika ianya berlaku kerana ini bukan kali pertama kita diuji sedemikian rupa./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 15 Ogos 2011

AKU MAHU `BAKAR' EZAM SESUMPAH

Dulu kutuk, kini `melutut' minta makan...

Oleh: WFAUZDIN NS

APA masalah dengan engkau ni Ezam? Hari ni nafikan mahu bakar Malaysiakini dan Malaysia Insider cuma `simbolik' saja katanya. Jika simbolik, aku pun mahu beritahu Ezam bahawa aku juga mahu `membakar'nya sampai hangus. Sebab apa? Sebabnya Ezam sesumpah telah membakar jiwa rakyat yang menolak rasuah dan fitnah di dalam Umno parti `sembahan Ezam'.

Beginikah rupanya kejantanan Ezam setelah mengkhianat rakyat kerana keluar dari saf perjuangan rakyat menentang kezaliman dan rasuah Umno? Di mana suara rasuah Ezam seperti yang beliau janjikan sewaktu menubuhkan Gerak dan setelah keluar dari Gerak? Cukupkah dengan hanya menerbitkan satu buku yang tidak laku berkaitan rasuah maka Ezam sesumpah benar-benar menunaikan janjinya untuk membebaskan Umno sekutu Apco dari rasuah?

Poorahhh...Ezam. Hari ini sudah bertukar nada, menjadi pengampu berebut-rebut bersama Zul Kulim `firaun besar' dan Zahrain katak. Begitu marahnya Ezam sesumpah kepada Malaysiakini dan Malaysian Insider yang seringkali mendedahkan keburukan Umno. Media internet ini jauh lebih berwibawa dari Utusan Meloya dan TV 3 suku yang ber`standard' jamban itu.

Ezam sesumpah `bersumpah' untuk membakar kedua-dua media yang berani tersebut. Sudah naik jemu dan mahu termuntah rasanya bila Ezam sesumpah menyalak untuk `bersumpah' yang entah yang ke berapa ribu sumpahnya. Apa yang beliau tidak bersumpah adalah tentang hak peneroka Felda iaitu Peneroka Melayu yang sering tertipu oleh Felda. Di mana suara Ezam sesumpah di dalam hal ini. Ketika wang KWSP dipinjam oleh Felda yang bukan pencarum KWSP sebanyak RM 6 Bilion itu, suara Ezam sesumpah tenggelam di bawah ketiak `bik mama'.

Nampaknya semakin jauh sesatnya mamat sekor ni. Maka, aku pun mahu `membakar' Ezam sehingga hangus mengalahkan Gobalakrishnan. Kononnya Malaysiakini dan Malaysian Insider membakar hati umat Islam. Umat Islam yang mana satu terbakar, Ezam? Hanya umat Islam yang jahil dan dungu saja merasa diri masing-masing terbakar. Persetankan Ezam. /wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 14 Ogos 2011

CELARUNYA ZAHID HAMIDI BILA BERCAKAP SOAL ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Zahid Hamidi memberi kenyataan yang menyalahkan Kerajaan Negeri P.Pinang di dalam isu menggunakan pembesar suara membaca Al-Quran sebelum waktu Subuh, ternyata menteri ini jahil di dalam menghayati ajaran Islam yang sebenarnya. Kejahilannya bertambah jelas apabila mahu keputusan Majlis Fatwa P.Pinang itu di rujuk terlebih dahulu kepada Yang Di-Pertuan Agong. Baca di sini.

Zahid Hamidi mendakwa Kerajaan Negeri yang mengarahkan tindakan melarang membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara diwaktu Subuh dan menyifatkan Kerajaan Negeri di bawah Lim Guan Eng tidak sensitif terhadap Islam. Suka kita mengingatkan Zahid Hamidi, kerana sensitif dengan ajaran Islam lah maka Kerajan Negeri P.Pinang menyerahkan kepada Majlis Fatwa untuk membuat keputusan. Adakah Zahid Hamidi menyangka Majlis Fatwa P.Pinang itu terdiri daripada ahli-ahli dari DAP atau ahli-ahli yang jahil agama seperti beliau?

Jika tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang yang menguatkuasakan keputusan Majlis fatwa tersebut merupakan satu penghinaan atau tidak sensitif dengan Islam, adakah ini bermakna Negeri Perlis yang sudah lama menguatkuasakan arahan tersebut juga satu tindakan menghina Islam? Islam bukan boleh ditegakkan dengan siapa paling kuat membaca Al-Quran tetapi masih boleh meluluskan lesen judi yang terbesar di Genting. Mengapa ketika setiap kali mahu meluluskan lesen judi tidak pula mahu merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan Agong?

Mana lebih baik, kerajaan yang melarang penggunaan pembesar suara membaca Al-Quran diwaktu Subuh dengan kerajaan yang meluluskan lesen judi serta mengekalkan Akta ISA yang zalim itu? Zahid Hamidi berkata isu tersebut belum dibuat kajian oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Kita ingin bertanya jika semua negeri mesti menunggu kesemua Fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan, lebih baik bubarkan sahaja Majlis Fatwa di setiap negeri. Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan merujuk kitab atau Al-Quran yang berbeza daripada yang dijadikan rujukan oleh Majlis Fatwa Negeri?

Jelas, Zahid Hamidi telah buta matanya terhadap kemungkaran yang lebih besar di depan mata beliau sebaliknya beliau meraba-raba mencari isu lain yang boleh memberi keuntungan politik kepada parti beliau. Zahid Hamidi cuba untuk menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam sedangkan tangan itulah yang redha dengan kegiatan judi dan Akta ISA yang zalim itu. Zahid Hamidi mahu bermain politik dengan isu agama, malangnya beliau teramat jahil untuk memahami hukum Islam.

Beliau khuatir sekiranya tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang tersebut akan dituruti oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Mengapa perlu khuatir jika negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat mahu mengikuti fatwa dari Kerajaan Negeri P.Pinang? Perkara yang baik memang patut diikuti, bukannya kita mahu mengikuti perkara yang tidak baik. Zahid Hamidi kena faham bahawa Islam akan dapat ditegakkan apabila ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran itu dilaksanakan bukan dengan betapa nyaringnya bunyi bacaan Al-Quran itu.

Sekiranya arahan tersebut meliputi arahan melarang menggunakan pembesar suara ketika Azan, itu memang jelas menyalahi hukum dan kita patut bangun menentangnya. Justeru itu, adalah lebih baik Zahid Hamidi belajar Islam dengan lebih mendalam lagi sebelum beliau ingin memberi komen terhadap hukum Islam. Jika tidak, Zahid akan dilihat lebih jahil dari Lim Guan Eng./wfauzdin.blogspot