RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 16 Ogos 2011

ISU GEREJA - PAS GAGAL BERJUMPA JAIS KERANA TITAH DARI ISTANA

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM isu `serbuan' ke atas sebuah gereja di Selangor baru-baru ini oleh JAIS, bayangkan jika PAS hanya bertemu pihak gereja sahaja untuk mengetahui kisah sebenar kejadian tersebut, maka sudah tentu menjadi modal besar pihak mereka bahawa PAS menjadi `pak turut' kepada gereja. Tetapi, apabila PAS telah merancang untuk bertemu pihak JAIS untuk mendapatkan maklumat sebenar sebelum bertemu pihak gereja, dikatakan ada arahan dari Istana agar JAIS tidak mengadakan pertemuan dengan PAS.

Arahan ini telah dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang mungkin merasa kecewa dengan arahan pihak Istana tersebut. Kenyataan Mahfuz Omar dipetik dari Malaysiakini menyebut, " Dan atas nasihat Tuanku Sultan, untuk JAIS tidak lagi bertemu mana-mana pihak supaya menjaga, supaya maklumat siasatan itu tidak terlepas kepada pihak lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini. LinkBagaimanapun, Mahfuz berkata, PAS masih berharap dapat bertemu JAIS selepas jabatan itu menyelesaikan penyiasatannya (Malaysiakini).

Di dalam keadaan PAS ingin mengetahui kisah sebenar peristiwa kontroversi berkenaan, dan pihak Istana melarang perjumpaan dengan JAIS, sebaliknya media-media kerajaan terus memainkan isu tersebut seolah-olah mengecop bahawa PAS tidak peka dengan isu tersebut. Alangkah baik dan adilnya jika pihak Istana turut melarang agar media memberhentikan memainkan isu yang dianggap siasatannya masih `rahsia' pada JAIS itu. Amat malang sekali PAS gagal memperolehi maklumat sebenar dari JAIS akibat halangan ini.

Isu ini bukan isu remeh dan perlu kepada tindakan segera. Mengapa PAS mesti ke depan di dalam isu ini? Pertamanya, sebagai sebuah parti yang dasarnya Islam sudah tentu PAS amat peka dengan isu ini apatah lagi terdapat tohmahan bahawa PAS bersekongkol dengan pihak tertentu untuk meraih undi. Kedua, Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor adalah dari wakil PAS iaitu Dr Hassan Ali dan sudah tentu PAS tidak mahu imej Exco yang mewakili partinya itu terjejas dengan isu ini. Ketiganya, Islam mementingkan keadilan kepada semua maka untuk berlaku adil, PAS mesti mendengar keterangan dari semua pihak yang terlibat iaitu dari pihak JAIS, gereja dan Dr Hassan Ali.

Apakah yang dimaksudkan dengan `maklumat rahsia siasatan' itu? Isu seperti ini sepatutnya tidak perlu dirahsiakan kerana akhirnya kita berhak mengetahui kisah sebenar yang berlaku. Apakah PAS tidak boleh dipercayai sekiranya kisah sebenar kejadian ini terbongkar? Sepertimana kata Mahfuz, JAIS mendakwa tiada `serbuan' atau sebarang tindakan ganas dan pencerobohan berlaku sewaktu kejadian, tetapi di pihak gereja mempunyai pandangan yang berlawanan. Justeru itu, amat releven dan tepat sekali PAS inginkan penjelasan dari kedua-dua pihak ini. Mengapa ada halangan?

Bagaimanapun, PAS memilih untuk tidak menderhaka titah Sultan. Namun kita mendesak agar PAS tidak melupakan terus isu ini dan terus mendesak agar JAIS mengemukakan laporan dari siasatannya. Kita tidak mahu ada sesiapa yang di`kambing hitam'kan dengan isu yang mempunyai kaitan dengan akidah ini. Kita juga berharap JAIS tidak bermain `politik' sepertimana di dalam beberapa isu yang lalu. Kita juga yakin pihak Istana tidak terlibat dengan `politik' di dalam membicarakan soal akidah umat Islam. Kita hanya percaya ada pihak di luar sana yang sedang menanti untuk `membaham' PAS dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu tersebut.

Sekiranya JAIS terus `berahsia' dengan PAS di dalam isu kontroversi ini, maka tahulah kita apa yang berlaku sebenarnya dan kita tidak merasa pelik dan hairan jika ianya berlaku kerana ini bukan kali pertama kita diuji sedemikian rupa./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. Macam jalan keluar untuk UMNO dalam debat isu 'Kafir-Mengkafir' je.

    BalasPadam
  2. nak mencari kebenaran dan menyelesaikan kemelut agama pun dihalang ke? apa sudah jadi dgn islam dlm negara kita ni.

    BalasPadam
  3. Aduhai bro gua nak jadi rakyat kelate...

    Hu hu hu... sdih gua bro. Kalaulah sultan Kelantan yg di rahmati Allah yg menangani kes ini tentu bertambah berkat khdupan umat islam.

    BalasPadam
  4. kerabat sultan selangor..anakanda nak memenjarakan bonda nyerr sendiri..nauzubillah..

    BalasPadam
  5. Ingatlah kamu wahai pegawai2 JAIS...didunia ini kamu boleh terlepas..tapi tunggulah diakhirat nanti apabila mulut2 kamu itu dikunci dan anggota badanmu akan menjadi saksi ketika itu...siapalah yang boleh menolongmu ketika itu.........

    BalasPadam
  6. nampak gaya penulis telah memolitikkan isu ini dengan menyalahkan JAIS. Bila Islam dimanipulasi sebegini saya kurang bersetuju. Saya rasa dalam isu gereja baru2 ini, pentadbir lemah dalam menggunakan kuasanya untuk mempertahankan maruah Islam. Simple as that. Kalau dah asyik nak mencuci buntut2 org2 kat gereja tu, gilap dahi org2 yg nak menjatuhkan Islam, serang org Islam, saya rasa agenda org Kristian sudah berjaya secara amnya. Tapi saya paham, org melayu ni egonya terlalu tinggi, sekali diludah takkan nak jilat balik air liur tu kan?
    cuma saya harap tatkala hampir kepada kejatuhan Islam di Malaysia nanti, akan ada pemimpin2 islam yg berkaliber dan kuat pendiriannya..

    BalasPadam
  7. Camna pulak Video JAIS boleh tersiar dalam blog UMPORNO, Sultan tak murke ke? Orang nak dapat pencerahan dari kedua pihak bukan melalui media, samada Malaysiakini atau media tiga suku.

    MAmu Hang

    BalasPadam