RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 14 Oktober 2017

MENGAPA AKU HADIR HIMPUNAN PETANG INI ?


MENGAPA AKU HADIR HIMPUNAN "SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI" DI MBPJ, PETALING JAYA PETANG INI ?

Dari Abu Sa’id Al-Khudri R.A, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim).

Objektif utama himpunan petang ini adalah untuk bersolidariti bagi menunjukkan kepada rejim bahawa masih ada lagi rakyat di negara ini yang berani bersuara untuk menyatakan kebencian, kekesalan dan kekecewaan terhadap kerosakan yang dilakukan oleh rejim yang memerintah terhadap negara ini.

Negara ini boleh diselamatkan dengan syarat rakyat berani menegur pemimpin dan sekiranya pemimpin masih pekakkan telinga, maka rakyat wajib menukar teraju kerajaan. Teguran demi teguran telah dilakukan oleh banyak pihak, samada di dalam Parlimen mahupun di luar Parlimen. Malangnya, rejim masih mendabik dada kononnya mereka telah mendapat sokongan majoriti rakyat dan boleh melakukan apa saja.

Mendukacitakan, para ilmuan dan agamawan yang seharusnya berada di saf hadapan untuk menegur rejim yang berkuasa, mereka lebih selesa dengan kedudukan mereka. Mereka sedar rakyat kini sedang menghadapi kesusahan untuk meneruskan kehidupan, namun mereka hanya memikirkan kepentingan diri masing2. Mereka tahu wang negara iaitu wang rakyat telah dirompak dengan rakus, tetapi mereka tidak berkemampuan untuk berbuat apa2. Pandang dan lihat.

Lebih malang lagi apabila mereka paling hebat mengampu dan memuja pemimpin zalim ini. Ada parti yang sanggup berkata, kita biarkan rejim ini memerintah asalkan kita dapat 4, 5 buah negeri untuk kita tadbir. Apalah yang mereka harapkan untuk mentadbir 4, 5 negeri sedangkan kerajaan masih dipimpin oleh Kleptokrasi? Langsung tiada cita2 untuk menamatkan pemerintahan rejim yang ada. Mereka fikir hanya untuk mereka sahaja.

Pakatan Harapan sanggup melupakan perbezaan dan sengketa lampau di antara parti2 yang bergabung demi untuk rakyat. Dendam kesumat diketepikan, rakyat diutamakan. Kita mahu negara ini ditadbir sekurang2nya seperti di Selangor atau P.Pinang. Rakyat selesa, negeri maju, rezab kerajaan negeri bertambah dan hutang paling sedikit. Apakah rakyat tidak melihat ini?

Himpunan di MBPJ petang ini adalah satu himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan dituntut oleh Islam berpandukan kpd dalil di atas. Ertinya, satu usaha yang baik untuk menyelamatkan negara. Perkara baik harus disegerakan dan jangan ditangguh2 seperti RUU Akta 355.

Wahai anak2 muda. Masa depan negara ini terletak di tangan anda semua. Kalau anda kini merasai kesusahan, bayangkan ibu bapa kamu yang semakin dimamah usia terpaksa lalui kehidupan seperti sekarang. Kalau mereka tidak mampu untuk melakukan perubahan, apakah kamu juga tidak mampu meneruskan perjuangan ini?

Saya menanti anda di sana....InsyaAllah.

Selasa, 10 Oktober 2017

TUN M TEBUS SILAPNYA TERHADAP TIAN CHUA


Kita masih ingat, di era reformasi, di antara tokoh yg hebat adalah YB Tian Chua, waktu itu beliau tidak berapa dikenali lagi. Namanya mula dikenali dan menjadi sebutan dibibir para reformis adalah kerana sikapnya yg berani, tidak padan dengan batang tubuhnya yang kecil dan kurus itu.

Beliaulah yg berani menghalang trak FRU dari terus mara menyembur air ke arah para reformis. Beliaulah di antara yg diseret, disepak dan diterajang bahkan ditangkap waktu itu. Waktu itu beliau bukan sesiapa, jauh sekali dari seorang Wakil Rakyat. Mungkin, Anwar sendiri waktu itu tidak kenal insan bertubuh kecil ini.


Ya. Era reformasi paling getir dan mencabar adalah dizaman Tun M jadi PM. Tian Chua menghadapi kesukaran dan penderitaan banyak dizaman Tun M. Kalaulah ada lagi insan lain selain dari Anwar yang patut berdendam dengan Tun M, tidak lain tidak bukan orang itu di antaranya adalah Tian Chua. Tapi, kedua2nya bukan berjuang untuk diri sendiri. Mereka berjuang untuk rakyat.

Apakah manusia tidak diberi peluang oleh Allah untuk berubah? Anwar diberi peluang untuk berubah, sebab itu Anwar memiliih untuk menentang Umno sedangkan beliau mempunyai satu langkah saja lagi untuk menjadi orang nombor satu di negara ini jika beliau mahu akur dengan kezaliman. Begitu juga dengan Tun M. Beliau memilih untuk berhijrah dari terus menyokong rejim Umno yang beliau pernah pimpin lebih dari 20 tahun.

Tidakkah Allah suka kepada manusia yang melakukan hijrah dari berada dalam kelompok yang tidak baik kepada yang lebih baik? Hanya Iblis dan syaitan sahaja yang suka agar kita melakukan kejahatan dan berterusan menyokong kejahatan. Allah melihat penghujung hayat kita.

Pada malam Solidariti terhadap YB Tian Chua yg di dalam penjara untuk tempuh sebulan, Tun M dan isterinya menyusupi waktu malam yang dingin untuk berada bersama para penyokong yang bersolidariti untuk Tian Chua. Beliau dan isteri menandatangani sokongan terhadap Tian Chua. Tentu terfikir oleh Tun M, apa lagi yang mampu beliau lakukan untuk menebus kesalahannya terhadap Tian Chua. Tun M sanggup ke hulu ke hilir di dalam usianya yang melebihi 90 tahun untuk membela nasib rakyat. Umno yang dulunya beliau pimpin kini terlalu banyak dosanya kepada rakyat, maka Tun M terpaksa korbankan usia tuanya untuk menebus kembali hak rakyat.

Biarlah apa orang mahu perkatakan tentang perubahan sikap Tun M. Sekurang-kurangnya Tun M tidak tersesat di penghujung usianya, InsyaAllah. " Kita mesti memerintah, barulah kita boleh bebaskan Anwar dan lakukan reformasi", itu kata-kata Tun M pada malam itu. Siapa sangka, 'musuh reformasi' itu kini mahu melakukan "reformasi"?. Aku yakin, atas semangat Tun M sekarang yang begitu berani malah lebih berani dari kita, ramai di antara kita sudi memaafkannya atas perkara yang lalu.

Ahad, 8 Oktober 2017

SUBKY LATIF SUDAH HILANG ARAH ?


Aksi Adun lebai di Selangor 

Subky Latif tidak lagi suka menulis tentang kebobrokan rejim kleptokrasi. Beliau menulis tentang arak pula kali ini. Dlm Harakah terbaru, beliau puji Pas kerana satu2nya yg berjuang menentang arak yg diminum oleh orang2 kafir sesama mereka.

Orang kafir minum arak dengan orang Islam berpesta joget dikir, mana satu yg berdosa? Orang kafir minum arak dengan orang Islam yg redho kleptokrasi terus memerintah selain dari 5 negeri yg Pas berangan mahu perintah, mana satu musibah terbesar? Orang kafir minum arak dgn lebai2 yg berpuas hati dgn skandal 1MDB, manu satu khianat kpd Islam? Orang kafir minum arak, dengan seorang Adun lebai pakai baju tokong dewa utk dapatkan sokongan kaum Cina, mana lebih merosakkan akidah?

Lelaki pamir otot badan, dihakimi oleh wanita dan ditonton oleh wanita di Kelantan

Joget dikir dangdut di Serambi Mekah
 Semakin berusia, Subky nampaknya semakin hilang ingatan.