RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 14 Oktober 2017

MENGAPA AKU HADIR HIMPUNAN PETANG INI ?


MENGAPA AKU HADIR HIMPUNAN "SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI" DI MBPJ, PETALING JAYA PETANG INI ?

Dari Abu Sa’id Al-Khudri R.A, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim).

Objektif utama himpunan petang ini adalah untuk bersolidariti bagi menunjukkan kepada rejim bahawa masih ada lagi rakyat di negara ini yang berani bersuara untuk menyatakan kebencian, kekesalan dan kekecewaan terhadap kerosakan yang dilakukan oleh rejim yang memerintah terhadap negara ini.

Negara ini boleh diselamatkan dengan syarat rakyat berani menegur pemimpin dan sekiranya pemimpin masih pekakkan telinga, maka rakyat wajib menukar teraju kerajaan. Teguran demi teguran telah dilakukan oleh banyak pihak, samada di dalam Parlimen mahupun di luar Parlimen. Malangnya, rejim masih mendabik dada kononnya mereka telah mendapat sokongan majoriti rakyat dan boleh melakukan apa saja.

Mendukacitakan, para ilmuan dan agamawan yang seharusnya berada di saf hadapan untuk menegur rejim yang berkuasa, mereka lebih selesa dengan kedudukan mereka. Mereka sedar rakyat kini sedang menghadapi kesusahan untuk meneruskan kehidupan, namun mereka hanya memikirkan kepentingan diri masing2. Mereka tahu wang negara iaitu wang rakyat telah dirompak dengan rakus, tetapi mereka tidak berkemampuan untuk berbuat apa2. Pandang dan lihat.

Lebih malang lagi apabila mereka paling hebat mengampu dan memuja pemimpin zalim ini. Ada parti yang sanggup berkata, kita biarkan rejim ini memerintah asalkan kita dapat 4, 5 buah negeri untuk kita tadbir. Apalah yang mereka harapkan untuk mentadbir 4, 5 negeri sedangkan kerajaan masih dipimpin oleh Kleptokrasi? Langsung tiada cita2 untuk menamatkan pemerintahan rejim yang ada. Mereka fikir hanya untuk mereka sahaja.

Pakatan Harapan sanggup melupakan perbezaan dan sengketa lampau di antara parti2 yang bergabung demi untuk rakyat. Dendam kesumat diketepikan, rakyat diutamakan. Kita mahu negara ini ditadbir sekurang2nya seperti di Selangor atau P.Pinang. Rakyat selesa, negeri maju, rezab kerajaan negeri bertambah dan hutang paling sedikit. Apakah rakyat tidak melihat ini?

Himpunan di MBPJ petang ini adalah satu himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan dituntut oleh Islam berpandukan kpd dalil di atas. Ertinya, satu usaha yang baik untuk menyelamatkan negara. Perkara baik harus disegerakan dan jangan ditangguh2 seperti RUU Akta 355.

Wahai anak2 muda. Masa depan negara ini terletak di tangan anda semua. Kalau anda kini merasai kesusahan, bayangkan ibu bapa kamu yang semakin dimamah usia terpaksa lalui kehidupan seperti sekarang. Kalau mereka tidak mampu untuk melakukan perubahan, apakah kamu juga tidak mampu meneruskan perjuangan ini?

Saya menanti anda di sana....InsyaAllah.

43 ulasan:

  1. Maaf...kami warga anak2 muda Msia tak dapat hadir kerana sibuk dengan aktiviti2 sempena hari sukan negara. Lgi pun kami tak mahu membuang masa dan tenaga utk hadir dalam program yg terbukti akan memecah belahkan perpaduan dan keharmonian rakyat. Jangan libatkan kami dengan benda2 yg tak bermenafaat mcm ni...kami bukannya bodoh dan tak berakal !

    BalasPadam
  2. Lebih berfaedah utk kami mempersiapkan diri kami dan menyahut seruan DSNR agar berganding bahu dengan beliau dan kerajaan mencapai hasrat murni TN50 demi kesejahteraan generasi akan datang !

    BalasPadam
  3. Kah Kah Kah....... Jom pi makan patin tempoyak ramai2 dpd buang masa join program tak guna........ Ingat tak lg perjuangan reformasi lawan Mahahatir penyangak dulu krn mempertahankan Anwar!....... Last2 depa berbaik semula dan Mahahatir di anggap hero pejuang masa kini........ Buang masa, duit dan tenaga. Tak mustahil Najib juga akan diangkat sbg hero lps ni setelah join PH. Perjuangan bodoh dan tolol molol!

    BalasPadam

  4. Gelap dan realiti KEGELAPAN..

    Gelap-KEGELAPAN adalah celaru kebingungan..

    Ddlm GELAP sgt2 mudah menakut lg memBODOHkan..

    Fitnah rompak bunuh mnCURI n sgl ONAR korup cover-up konspirasi yg bobrok bejat trjd ddlm GELAP n mnjd "rahsia" kpd pemimpin2 yg berniat jahat yg mmiliki hati yg sgt2 gelap gelap n GELAP!

    Dgn CAHAYA kesedaran n KEDEWASAAN genarasi ini sgl yg mnjd "rahsia" GELAP yg lalu, maupun juga KEGELAPAN yg trjd kini akan mula terbongkar n tak dpt disembunyikan lg..

    Dan CAHAYA yg mmiliki tenaga yg sgt2 AKTIF itu sudah pasti pasti pasti n lg PASTI dtg bersamanya jiwa2 yg TERANG BERCAHAYA, yg luhur yg LURUS yg jujur yg amanah berIntegrity transparency serta MERIT trpuji..

    Apb CAHAYA itu tlh bersemi mnjd etika kehidupan sgl yg GELAP, korup n konspirasi2 jijik n keji PASTI lenyap dgn sendiri n tak akan berulang lg..

    Subur n war2kan CAHAYA cinta, CAHAYA Integrity MERIT transparency yg pasti n PASTI dpt melenyapkan prejudis bias trhdp kaum n agama yg sengaja ditiup dijaja agar GELAP ketakutan n pemBODOHAN terus berleluasa..

    Hidup n suburkan CAHAYA kesedaran kdm diri generasi ini krn ddlm CAHAYA yg benar2 TERANG tiada apa2 lg yg dpt "berkonspirasi" memBODOH serta menakutkan kita serta generasi2 dikemudian hari..

    CAHAYA itu adalah benih bibit2 "elegance-MIND" indah bertenaga yg akan melenyap sgl yg GELAP yg "barbaric" yg penuh kesumat dgn kata nista maki hamun yg keji lg kesat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni cahaya!,cahaya,cahaya ni...apahal? nak sambut pesta cahaya/deepavali ke?

      Padam


    2. Cahaya Dewali.

      Kepada rakyat kaum India, di ucapkan Happy Deepavali


      Padam
  5. Din, pandai pulak kau guna hadis nabi.. aku tak nak bunag masa aku din... cuma aku nak tanya kau satu soklan je.. sejak bila ko pandai guna tangan membantah kemungkaran (pesta arak)?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org skang bantah tak guna pedang, tangan, mulut atau hati. Mereka guna fb. Sbb sambil bantah boleh buat fitnah sekali kata pan SOKONG pesta arak. Pahala dpt, dosa pun dpt. Macam anon, makan semangkok kari kambing campur semangkok kari babi.

      Padam
  6. Mahatdir paling besar melibat puluhan bilion lepas bergitu saja.. Mahatdir selamat dalam ph sebab segala kemungkaran yang dilaungkan oleh Nuar dulu senyap sekarang.. Reformasi dah bertukar kleptokrasi pula.. .Mahatdir pembunuh memali Pembunuh pewaja pembunuu bank bumiputera perosak agama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu ini rabun atau buta sejarah? Komen macam bodoh piang salin tak tumpah seperti Wan Rosli.

      Padam
    2. Jawablah.. betul ke tak betul dakwaan anon 3:31 tu.. sila nafikan jika ianya hanya tuduhan PALSU.. keh keh..

      Padam
    3. Semasa Mahathir berkuasa, mana-mana pemimpin yang cuba menegur kesilapannya, samada dari partinya sendiri apatah lagi pembangkang, dia menjadikanya musuh. Mahathir memecat Anwar setelah Anwar cuba menyekat Mahathir dari memonopoli kekayaan Negara untuk keluarga dan kroninya lalu mencari alasan pemecatan dengan menuduh Anwar sebagai peliwat. Anwar pula menjadi bertambah agresif selepas dipecat dengan membuat tuduhan terbuka ke serata alam dengan mengatakan Mahathir telah merompak harta rakyat untuk mengkayakan kroninya. Anwar menuduh Mahathir menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan seorang pegawai di BNM pada masa itu iaitu Tan Sri Mohd Nor Yaacob untuk memperjudikan wang Negara dalam skim forex.

      Tetapi apabila kedua-duanya duduk dalam kandang yang sama, anwar telah membersihkan Mahathir dalam isu forex semasa dipanggil sebagai saksi RCI baru-baru ini. Mahathir pula telah membersihkan Anwar dengan mengankat sebagai calon PM yang ke tujuh atau kelapan, sedangkan sebelun ini dia mengatakan Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana kesalahan moral (peliwat). Itulah perangai bekas-bekas pemimpin UMNO.

      Kita tengok pula perangai pemimpin UMNO yang berkuasa pada hari ini. Mana-mana menteri yang letak jawatan atau dipecat kemudian cuba memburuk-burukan BN atau pimpinannya akan disiasat dengan pelbagai tuduhan, contohnya DS Husni Hanzalah bekas menteri kewangan kedua, dan terbaru DS Shafie Afdal, kaum kerabatnya telah ditahan SPRM, mungkin sedikit masa lagi gilirannya pula. Tetapi kalau pemimpinnya rasuah atau kesalahan moral lain yang terus-menerus membela UNMO semuanya selamat, tengok saja Anuar Musa, berapa banyak duit yang hilang masa dia jadi menteri pembangunan luar bandar dulu, masih ada jawatan dalam parti dan GLC.

      Kesimpulan PH kalau dia dapat kuasa dia akan ulang apa yang BN lakukan pada hari ini dan sebelum ini. Kaedah Rafizi bayar Rafizi telah lama diamalkan dikalangan wakil rakyat BN semenjak zaman Mahathir lagi. Najib pun sama macam Mahathir, cuma dia cuba buat pembaharuan dengan kaedah 1MDB bayar Najib, tapi terus kantoi.

      Tapi Najib tak perlu bimbang, sekiranya Umno menyingkirkanya di sebabkan isu 1MDB bayar Najib, dia boleh masuk PH dan lawan semula partinya semula seperti yang Mahathir lakukan, Najib pun akan bersih dari isu 1MDB, sebagaimana Mahathir telah bersih dan suci murni dari sebarang kesalahan semasa berkuasa dulu.

      Padam
    4. Zaman madey dah teruk.
      Zaman sekarang LAGI teruk.
      Klu pas ambik PALING teruk.

      Padam
  7. Amacam din.. adalah lebih kurang dalam 2K org lebih atas padang timur.. melihat dari sambutan yg lesu macam tu betul ke rakyat sdg marah kpd umno/ bn? Ataupun rakyat pun meluat juga kpd PH?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg di dalamnya ada LIM KIT SIANG dan TUN M!

      Padam
    2. Masa Pas buat perhimpunan Fastaqim 2.0 hari tu, pauk-puak PH kata program tersebut tidak memberi sebarang makna biarpun kehadirannya amat memuaskan.

      Tentunya PH amat berpuas hati dengan program anjurannya malam tadi dan akan berkata programnya cukup bermakna walaupun kehadiran yang diistiharkan oleh penganjur 25,000 orang (Malaysiakini menganggarkan jumlah hadirin paling tinggi kira-kira 8,000)

      Itu lah hebatnya PH. Mungkin kena semak semula ubat yang diorang makan, takut terlebih atau terkurang, dan jangan pula tersalah makan ubat, bertambah sasau jadinya.

      Padam
    3. Fastaqim 20K.
      Kleptokrasi 15K.
      Angka ini lebih munasabah.

      Padam
    4. Hehehe.. ikut suka kamu lah.. yg pentingnya pas kini sdg bergerak maju ke hadapan.. makin ditekan makin bangkit.. makin dihina makin dapat sokongan, makin dibenci kafir harbi makin makin didekalti muslim pas dan umno juga atas pagar..
      Alhamdulillah..

      Padam

    5. PAS nafsu kuat..

      Tak ada sesiapa pun yang tekan PAS. Itu sebab si bahalol minta Tun Mahathir di tangkap bukannya Jho Loh.

      Orang tak hina tapi orang tenguk PAS yang hina atas kebodohan sendiri.

      Sasau pun ada ubat nya. Tapi kalau munafik nak taubat pun belum tentu sempat. Boleh main tangguh-tangguh ke tahun depan.. boleh bertolak-ansur, langsung tak salahkan UMNO yang sama-sama setuju ..


      Padam
    6. Pas yg mula2 sekali mendesak diadakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja pasal 1MDB.. so tu dah rangkum semua termasuk Jho Low.. sekarang ni si tua tu pulak punya giliran.. apa yg silapnya?

      Padam


    7. Mana dia Suruhanjaya tu ?

      Setakat lepas kan kentut boleh lah..

      Orang nak fahamkan isu 1MDB satu hal .. nak tahu pasal pengaliran pengubahan wang 1MDB lagi satu hal.

      Boleh pulak selepas meja panjang dalam 2 jam semua nya selesai terus tak payah buat siasatan ..

      Yang mendengar taklimat semua nya tak reti pasal pelaburan, ekonomi dan kewangan..

      Pasal Bugis yang di pentingkan sedangkan hutang negara bertambah hingga menakutkan..

      Macam ini ke orang yang ingatkan Tuhan.

      Padam
  8. Sebenarnya majority rakyat dah bosan dan muak nak pergi ceramah macam itu..mereka bukan datang terbang bersayap macam burung,kena kuar duit minyak kereta,motor..bayar tol lagi..tak berbaloi langsung setakat nak dengar ucapan Madey...waste the time jer...lebih baik buat benda lebih berfaedah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah kpd yg datang.
      Jom kita tolak pas ke laut.

      Padam
    2. Pastakim angkut budak2 belum sunat naik bas, bagi tshirt. Tokey bas kena siasat bawak org pas




      Klu PR nak ramai org dtg cuba buat judi pancing ikang. Berduyun2 org datang pancing ikang cuba nasib rebut hadiah wang tunai cam 4 no ekor

      Padam
    3. Strategi pas berjaya menarik golongan anak muda.. pastilah segala aktiviti dipastikan mengikut syariat islam bukan mengikut syariat selain islam.. sudah dijelaskan bhw ukt aktiviti memancing semua yuran pendaftaran dimasukkan ke dalam tabung parti.. manakala semua hadiah yg disediakan adalah ditaja oleh penderma yg bermurah hati..

      Pas juga menyediakan ceramah2 agama bg para pengunjung samada muslim ataupun non-muslim zimmi (jika mereka ingin mendengar dan tiada paksaan).. ini berbeza dgn ceramah2 oleh PH semasa rally pro klepetokrasi.. ceramah2 hanya mengenai politik2 perubahan sdgkan para penceramah sendiri masih ataupun pernah bergelumang dlm dunia klepetokrasi.. macamana nak ada manfaat buat para pengunjung..?

      Padam

    4. Kalau derma pun tetap judi sebab ada wang pertaruhan.. bukan nya ikan yang jadi pertaruhan.

      Ini lah yang dikatakan ceramah separuh berjudi separuh..

      Padam
    5. Sebelum kau komen ni dah tanya ke alim ulamak pan yg bantah pesta arak DALAM HATI pasal komen kau ni? Buat malu pan dah ni..

      Padam


    6. Hak ugama terletak pada Raja.

      Kalau kerana sebab bertentangan kerana Islam, jabatan agama boleh menasihati Raja membatalkan pesta Arak sepertimana begitu mudah kedai dobi di minta tutup

      Taukeh Pub sudah menjadi rakan muda pondok apabila program PAS di Kelantan menyambut artis rock tersebut.

      Melayu boleh .. cina tak boleh..

      Padam
  9. Logik ke kaw lapang tepi pantai seluas 5 ekar boleh muat 200 ribu orang? Macam tak logik aje...kih3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengki ke? kalau di padang merbuk kl pun pas boleh kumpul 350K inikan pula tempat seluas 5 ekar!

      Padam


    2. 350K...

      HAHAHA...


      RUU 355 masih tertangguh ke ....???


      Tak cukup 350K .. kena kumpul 500K.


      Kumpul beratus ribu... apa pun tarak..

      Padam
    3. Bila perjuangan RUU 355 nak disamakan dgn perjuangan menganjur pesta arak memanglah nampak sia2 shj..

      Padam

  10. Dalam Anti Kleptokrasi, Tun Mahathir suruh Najib balik ke tempat asal keturunan nya ia itu Bugis.

    Hari ini PAS minta Tun Mahathir di tangkap dan Persatuan Bugis buat lapuran.

    Mana gagal nya ...?

    Pastakstim .. apa faedah sebagai hasil nya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faedahnya cukup banyak.. cuma antaranya ialah dpt memperkukuhkan silaturrahim dan ujhuwah sesama islam dan nonmuslim zimmi, dapat menangkis anggapan jahat PH bhw org dah lari tinggalkan pas, dapat membuktikan tanpa sokongan kafir harbi (sebagaimana yg diperolehi pan) pun pas masih mampu raih sokongan pengundi dan banyak lagi bro..

      Padam


    2. Setakat itu aje faedah nya? .. dari dulu kedudukan PAS macam itu.. untuk apa?

      Setakat nak nafikan bahawa ramai yang tidak tinggalkan PAS .. Bang, macam ini lah.. tenguk PSM ...Sampai kena tangkap sebab pertahankan rumah dari diroboh di Mesjid Subang.. Ada PSM buat kerja gila memancing dan berkelah di laut.

      Kenapa PAS berkumpul dan berkhemah seperti pas-tak-stim ?

      Padam
    3. Kan aku dah bg points kat atas tu.. ok aku tambah lagi.. sebab lain pas berkumpul memancing dan berkhemah ialah kerana itulah antara aktiviti sihat sbg tarikan kpd anak muda pelapis pimipinan negara.. bukannya membiarkan anak muda menyertai pesta arak seperti yg diamalkan dan digalakkan oleh parti2 yg lainnya sbg persediaan utk anak muda mengambil alih kepimpinan negara kelak?

      Nak lagi?

      Padam


    4. Budak-budak boleh lah tipu dengan syurga.. Kih Kih Kih. Mati dalam PAS syahid..ya ke?

      Yang tak sihat bila memancing dengan berjudi sekali. Kalau berkhemah sihat, pelarian Rohingya pun sihat belaka lah. Patut lah bertahun rakyat Kelantan duduk dalam khemah selepas banjir.

      Pesta arak tu untuk anak muda yang bukan Islam.. Dia orang minum tapi berniaga maju hingga ada yang kaya.. Melayu standard air ketum jer..

      PAS jemput penyanyi rock taukeh Pun buat roadshow untuk mendekati anak muda termasuk lah di pondok-pondok.. Ada budak pondok yang jadi macam dia ?

      Kalau tuan begini, tak boleh nak bayang macamana pulak anak muda..

      Syurga..!
      Syurga..!

      Padam
    5. Setiap perkara baik yg kita buat pastilah mengharapkan ganjaran syurga.. sebagai contoh ada pihak yg menganggap apa yg dibuatnya adalah baik melalui sokongannya kpd pihak yg bersekongkol dgn penganjur pesta arak.. masing2 punya cara yg dianggap baik.. terpulang kpd individu.. tepuk dada tanya iman..

      Padam
  11. Ini semua roda, kala diatas kala dibawah, oh politik.... bosan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini guna nya RM 90 juta..

      Tak menang tak apa..

      Padam
    2. Ada juga org menganggap fitnah RM90 juta adalah baik.. lalu kena halau dari wisma tok guru.. kesiannnn..

      Padam