TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

PRK PENGKALAN KUBUR, APA PENDAPAT ANDA?

Sabtu, 20 Jun 2009

MESTI BACA - PENDEDAHAN SEBENAR US AHMAD AWANG

Isu Kerajaan Perpaduan
Posted on Saturday, June 20 @ 14:38:39 MYT by Paktam

Oleh Ustaz Ahmad Awang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Konsep Kerajaan Perpaduan
Kerajaan perpaduan atau National Unity Government atau National UnionGovernment adalah kerajaan gabungan yang luas meliputi semua parti-parti politik utama dalam parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan. Kerajaan Perpaduan biasanya dibentuk bagi mengatasi keadaan semasa dan selepas berlaku peperangan atau selepas keadaan darurat sesebuah negara.
Kerajaan perpaduan pernah dibentuk di beberapa buah negara barat pada masa yang lalu, sebagai contohnya di Amerika, Presiden Abraham Lincoln membentuk Unity Government selepas Perang Saudara pada tahun 1865. Di Canada pula Kerajaan Perpaduan atau Unity Government pernah dibentuk dalam masa Perang Dunia Pertama (1917) dan semasa Perang Dunia Kedua. Demikian juga Luxembourg pernah membentuk Kerajaan Perpaduan semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Di England pula pernah ditubuhkan Kerajaan Perpaduan pada tahun 1931dan juga pada tahun 1935.

Indonesia adalah contoh terdekat dan terbaru Kerajaan Perpaduan. Kerajaan tersebut terbentuk selepas berlaku reformasi apabila tumbangnya pemerintahan Suharto yang kemudiannya digantikan oleh Presiden Habibie dalam masa peralihan kepimpinan apabila terbentuknya Kerajaan Perpaduan pada tahun 2004 sehingga hari ini. Semua parti-parti yang memenangi pilihanraya tahun 2004 bergabung mendukung pemerintah. Ini bermakna tidak ada golongan atau parti pembangkang dalam kerajaan. Bagaimanapun Presiden adalah dipilih terus melalui pilihanraya yang mana parti-parti utama bertanding merebut jawatan Presiden dan Timbalannya. Satu perkara yang perlu disebutkan sistem pilihanraya di Indonesia bagi memilih wakil-wakil rakyat di semua peringkat adalah mengikut kaedah proportional representative system yang berdasarkan pada peratusan undi yang didapati oleh kumpulan calon-calon dan peratusan kerusi yang mereka perolehi, bukannya berdasarkan kepada majoriti undi yang diperolehi oleh calon-calon yang bertanding di satu-satu kawasan parlimen atau negeri, seperti majority system yang diamalkan di negara kita.

Bila Idea Kerajaan Perpaduan Dibangkitkan?
Secara rasminya idea Kerajaan Perpaduan ini tidak pernah dibangkitkan dalam parti PAS apatah lagi untuk membincangkannya. Ianya tidak lebih dari lontaran idea Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHHA) seperti yang beliau sendiri pernah membuat kenyataan mengenainya. Lontaran idea itu dibuat beliau semasa pimpinan Kerajaan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) yang menjanjikan untuk membasmi amalan rasuah. Beliau menyuarakan idea dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan itu dapat dilakukan reformasi terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Kehakiman yang selama ini dilihat semakin terhakis kepercayaan rakyat kepada kedua-dua suruhanjaya itu. Di samping itu juga kebebasan media akan dapat dijamin bersikap adil kepada semua pihak. Saya difahamkan dalam sembang-sembang sambilan beliau pernah bercakap mengenai idea Kerajaan Perpaduan ini dengan Dato’ Seri Anwar dan Lim Kit Siang.

Bagaimanapun tidak ada perbincangan rasmi dengan pimpinan UMNO mengenai perkara ini dan tidak ada sebarang keputusan dibuat. Apa yang saya difahamkan lontaran idea ini pernah disampaikan kepada Pak Lah (sahaja) ketika hampir-hampir berlaku peralihan kuasa kepimpinan negara kepada Dato’ Seri Najib. Khabarnya Pak Lah berminat dengan idea tersebut (bukan cadangan), mungkin kerana takut orang-orang beliau akan tersingkir apabila Najib menjadi Perdana Menteri, bukannya kerana idea Unity Government itu. Namun tidak ada apa-apa perkembangan lanjut sehingga peralihan kepimpinan negara berlaku dengan perletakan jawatan Pak Lah pada 29 Mac lalu. Ini bererti Unity Government itu kini hanya menjadi idea akademik sahaja. Ia sepatutnya tidak bangkit lagi sebagai perancangan parti atau perbincangan strategi politik PAS PADA MASA INI dan tidak sepatutnya pun menjadi isu yang menggawatkan baik di peringkat parti atau di peringkat Pakatan Rakyat.

Bagaimana Isu Kerajaan Perpaduan Ditimbulkan
Dalam kegawatan perbincangan mengenai isu ini, pimpinan parti rakan Pakatan Rakyat membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Malah dengan permainan dan pengolahan media arus perdana yang merupakan alat UMNO/BN, ulasan-ulasan kenyataan sedemikian boleh merenggangkan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat. Malah paling ditakuti ianya boleh membawa perpecahan. Saya sendiri banyak menerima panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakan Pakatan Rakyat menyatakan kebimbangan mereka sekiranya benar-benar Kerajaan Perpaduan ini menjadi pemangkin ke arah kerjasama PAS dan UMNO untuk membentuk Kerajaan. Mengapa setengah pimpinan Pakatan Rakyat begitu mudah boleh terperangkap dengan permainan musuh?

Saya percaya ramai boleh memahami mengapa idea Kerajaan Perpaduan ini boleh menjadi isu yang sedemikian panas. Ia berpunca dari sidang media Dato’ Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas. Dalam sidang media itu Presiden menyebut semula idea KP itu. Saya pun tidak pasti samada ianya timbul kerana soalan provokasi media kerana dalam ucapan dasar beliau lebih satu jam langsung tidak menyebut Kerajaan Perpaduan. Apa yang ditegaskan beliau ialah PAS akan terus memperkukuh Pakatan Rakyat dan bersedia menyumbang khidmat kepimpinan berlandaskan Islam Memimpin Perubahan yang menjadi tema Muktamar kali ini.

Saya sendiri terperanjat apabila mandapati semua media arus perdana hari ke dua Muktamar menyiarkan berita berkenaan Kerajaan Perpaduan. Hampir seluruh ucapan dasar Presiden tenggelam dengan isu KP ini. Pada awal pagi hari ke dua Muktamar itu, saya bertanya kepada Presiden mengenai perkara ini. Kebetulan ketika itu beliau sedang berjalan seiring dengan Timbalan Presiden yang sedang menuju kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat Muktamar. Saya mencadangkan beliau menjelaskan perkara ini kepada media supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Akan tetapi saya mendapati berita yang keluar esok harinya seolah-olah menegaskan lagi keterbukaan pimpinan beliau untuk meneruskan idea Kerajaan Perpaduan. Barangkali yang terus menimbulkan pertanyaan-pertanyaan apabila dalam Ucapan Penggulungan Muktamar mengulangi penekanan kepimpinan atas keterbukaan PAS untuk bertemu dan berbincang dengan siapa-siapa sahaja. Ucapan penggulungan Timbalan Mursyidul Am, Dr. Haron Din dan ucapan-ucapan penggulungan Presiden dan Timbalan Presiden dilihat seperti tidak begitu selari dengan pandangan majoriti besar perwakilan dan wakil Kelab Penyokong PAS yang dengan keras menolak sebarang pertemuan dan perbincangan dengan UMNO.

Mengapa Tok Guru Nik Aziz Sensitif
Apabila ucapan-ucapan kepimpinan PAS itu di spin oleh media, maka akhirnya yang timbul bukan idea konsep Kerajaan Perpaduan yang mencakupi semua parti-parti diwakili di parlimen pada masa ini. Ianya diputar-belitkan seolah-olah Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO atau Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO/BN. Di sinilah timbulnya berbagai-bagai pandangan negatif atau tuduhan-tuduhan berat terhadap pimpinan tertinggi PAS pada masa ini. Saya percaya Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz (TGNA) tersentuh perasaan beliau apabila teringat apa yang berlaku dalam pertemuan sulit antara Pimpinan Tertinggi PAS dengan Pak Lah yang didedahkan sendiri oleh Presiden UMNO itu beberapa bulan sebelum Muktamar ke-54 di Perak tahun lalu. Pertemuan itu kemudian diistilahkan sebagai muqabalah bukan muzakarah. Saya boleh mengerti TGNA begitu sensitif kerana jika dahulu boleh berlaku muqabalah secara sulit, apakah nanti tidak akan ada muqabalah seperti itu di antara pimpinan parti yang diberi mandat oleh perwakilan dalam Muktamar kali ini. Apatah lagi apabila TGNA melihat “orang” tertentu yang terlibat dengan rundingan sulit dengan Pak Lah, dilantik memegang jawatan penting dalam pentadbiran PAS sekarang. Saya sendiri pun tertanya-tanya samada Dato’ Seri Presiden berasa dalam keadaan serba salah bersabit perlantikan jawatan berkenaan terutama saya memahami watak TGHHA sebagai seorang yang sangat menghormati orang lain sehingga boleh menyebabkan beliau berada dalam dilema untuk membuat satu keputusan yang tegas.

Mungkin saya salah seorang anggota pimpinan PAS (mantan) yang cukup memahami sensitifnya TGNA bila mengenangkan pertemuan sulit pimpinan PAS dengan Pak Lah pada 10 Mac 2008 di sebuah rumah di Kuala Lumpur yang bertujuan membincangkan penubuhan Kerajaan PAS/UMNO/BN. Namun ianya gagal atas sebab-sebab tertentu. Bayangkanlah apabila kerajaan PAS di Kelantan diserang begitu hebat terutama dalam kempen PRU ke-12 itu oleh pimpinan BN yang diketuai oleh Pak Lah sendiri, timbalannya Najib dan menantunya Khairy, tiba-tiba 2 hari selepas itu PAS diajak bersama untuk membentuk kerajaan walaupun bukan di Kelantan. Takkanlah pimpinan PAS tidak terfikir macam mana UMNO boleh serta merta hendak berbaik dengan PAS setelah mereka berusaha hendak menghancur lumatkan PAS sebagai musuh utama politik mereka. Tidak perlulah berfikir panjang, semua orang boleh tahu Pak Lah berbuat demikian kerana menyaksikan UMNO/BN menerima pukulan hebat dengan kehilangan majoriti 2/3 dan kehilangan kira-kira 50% kerusi parlimennya di Semenanjung. Itulah tabiat UMNO apabila hampir kehilangan kuasa, dibuatlah alasan PAS mesti bersama dengan UMNO demi kepentingan bangsa dan agama.

Pengalaman Saya Di Perak
Di Perak, UMNO mengajak PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN. Alasannya ialah alasan yang sama dijadikan hujah apatah lagi UMNO/BN yang memenangi 28 kerusi hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu. Ini bermakna jika PAS menyertai UMNO/BN, kononnya terbentuklah kerajaan yang didukung oleh 97% Melayu Islam. Dengan ini berlakulah satu sejarah dalam masa 50 tahun merdeka tertubuh Kerajaan Melayu Islam di negeri Perak. Kononnya kukuhlah kedaulatan Melayu Islam di Perak. Namun kepada saya dan rakan pimpinan PAS Perak, alasan tersebut dapat kami ketepikan dengan hanya satu hujahan iaitu UMNO/BN selama ini tidak pernah mengangkat Islam bahkan sebaliknya menghakis Islam di Negara ini. Kami ambil kenyataan Mufti Perak sendiri, Dato’ Seri Haji Harussani yang menyatakan bahawa orang Melayu ratusan ribu menjadi murtad dan kerajaan UMNO/BN tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya.

UMNO Perak yang didukung oleh pimpinan UMNO Pusat berusaha bersungguh-sungguh dengan segala tipu dayanya memujuk kami untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/BN dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan 5 EXCO kepada 5 orang lagi ADUN PAS. Jawatan speaker juga ditawarkan kepada pimpinan PAS. Sehingga hari upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak (Dato’ Seri Haji Nizar Jamaluddin) agen UMNO masih lagi datang menemui saya di perkarangan Istana Iskandariah. Sehari sebelumnya Dato’ Zahid Hamidi mengejar saya untuk pertemuan 4 mata dengannya tetapi beliau gagal berbuat demikian apabila saya meminta pihak polis mengawal rumah saya (rujuk posting berkenaan tahun lepas).

Bayangkanlah bagaimana perasaan saya atau sesiapa juga seperti yang saya alami tiba-tiba mendapat tahu kemudian Pimpinan Tertinggi PAS berunding dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN. Walaupun saya hanya mengetahuinya selepas kira-kira 2 bulan kemudian, saya tetap terasa amat pelik dan tersentuh dengan tindakan pimpinan itu. Apahal pun saya menerimanya kerana ia sudah menjadi perkara akademik dan sejarah sahaja. Namun begitu ia tidak boleh padam dari ingatan dan tetap tersimpan dalam hati kecil saya. Saya percaya perasaan seperti inilah yang tersimpan mendalam dalam hati TGNA dan boleh timbul pada bila-bila masa apabila wujud situasi seperti isu Kerajaan Perpaduan. Apatah lagi UMNO itulah yang telah melakukan rampasan kuasa ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib dengan mendapat restu dari Pak Lah sendiri.

Kini kelihatan perbezaan pendapat di antara TGNA dengan pimpinan tertinggi PAS. Akibat perkara-perkara yang berlaku selepas isu Kerajaan Perpaduan ini menjadi topik politik nasional. Kenyataan-kenyataan pimpinan bahawa PAS tidak akan berpakat membentuk kerajaan dengan UMNO/BN seperti tidak diendahkan oleh sebahagian penyokong dan pendukung parti. Keadaan seperti ini boleh meletakkan parti di peringkat amaran bahaya maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam. /Detikdaily

KEMENANGAN MORAL BUAT PENYOKONG SETIA PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

SETELAH berminggu-minggu kita menyaksikan kehangatan dan perdebatan atas isu Kerajaan Perpaduan, tiba-tiba hari ini terbit kenyataan dari Setiausaha Pas, Datuk Mustafa Ali yang menyatakan Pas tidak berminat untuk berbincang darihal Kerajaan Perpaduan dengan Umno buat masa ini. Rujuk http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21363&Itemid=1

Pada saya, syukur Alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya Pas telah mula mengkaji adakah satu tindakan atau pendekatan bijak atau tidak jika ingin berunding atau bekerjasama dengan Umno buat masa sekarang. Cuma, yang menghairankan sedikit adakah kenyataan Mustafa Ali itu merupakan kenyataan peribadi atau pun kenyataan rasmi dari Pas? Saya difahamkan Tuan Guru Presiden Pas belum pulang dari luar negara dan beliau sendiri belum lagi membuat kenyataan rasmi tentang keputusan tersebut. Tambahan pula, dimaklumkan bahawa satu perjumpaan bakal diadakan di antara Tuan Guru Presiden beserta Mursyidul Am dan beberapa AJK Pas Pusat untuk mengambil kata putus tentang isu kontroversi ini. Tentulah sedikit menghairankan apabila Mustafa Ali membuat kenyataan sedemikian walaupun saya amat-amat mengalukannya. Tetapi, jika beliau telah diberikan mandat oleh Tuan Guru Presiden Pas atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung Pas, maka tentulah melegakan. Bagaimana pula tentang perjumpaan yang dirancangkan itu?

Sebaik-baiknya biarlah perjumpaan yang dirancangkan itu diteruskan seberapa segera kerana ianya lebih praktikal dan resmi serta tidak mudah untuk diputarbelitkan oleh sesiapa. Buat satu keputusan yang benar-benar resmi hasil dari mesyuarat tersebut. Kita tahu yang memulakan idea Kerajaan Perpaduan ini adalah dari Tuan Guru Presiden sendiri dan tentulah lebih manis dan lojik beliau juga mengumumkan keputusan samada perlu diteruskan, ditangguh mahupun ditamatkan. Hakikatnya, isu ini sememangnya tidak difahami oleh ahli-ahli Pas bawahan kerana pimpinan Pas sendiri ramai yang tidak faham. Sebagai contoh, MB Besar Kedah sendiri mengaku beliau sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan itu.

Kesilapan teknikalnya adalah Tuan Guru Presiden mencetuskan idea ini di dalam keadaan ramai ahli-ahli Pas termasuk pimpinan Pas yang tidak faham idea beliau, tambahan lagi rakan-rakan Pas di dalam PR. Yang peliknya, di dalam pimpinan yang tidak memahami idea tersebut mereka mengeluarkan sokongan kuat dan padu sehinggakan bersungguh-sungguh mencari nas dan dalil untuk menyatakan betapa WAJIB nya Pas ini mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Tentang isu Pas tidak masuk Umno/Bn, semua tahu tetapi kerjasama setara mana ramai yang tidak tahu, maka mengapa terus menyokong membuta tuli? Apabila ramai yang membantah, meragui dan mengkritik idea tersebut, masing-masing sukar untuk menjawabnya dan akhirnya melepaskan kepada Tuan Guru Presiden untuk memperjelaskannya walhal mereka lah yang paling kuat menyokong idea tersebut.

Amat tidak bijak, setelah isu ini sedikit sebanyak menconteng arang ke muka Pas barulah isu ini ingin diperjelaskan kepada ahli dan rakan sekutu. Itulah seperti yang saya katakan bahawa masalah ini adalah berpunca dari teknikal dan pendekatan Pas yang kurang bijak. Apabila ada yang membantah, mereka dituduh sebagai anti Ulamak atau Pro PKR dan DAP. Menyokong kenyataan Mursyidul Am juga dianggap sebagai anti Ulamak bahkan ada yang menuduh Mursyidul Am juga pro Anwar. Apabila terdapat 10 MP dari Pas yang menyatakan berdiri teguh di belakang Mursyidul Am, mereka ini dikritik kerana berbuat demikian. Mungkin, kesemua 10 MP dari Pas tersebut akan dipuji sekiranya bangun menyatakan sokongan kepada Najib dan Umno.

Seperti yang dikatakan tadi, isu ini telah dihentikan buat masa ini sebagaimana kenyataan Setiausaha Agung Pas. Di masa akan datang, kita belum tahu dan kita harapkan "jangan kita mencurahkan air di tempayan apabila terdengar dentuman petir dilangit". Belum tentu petir itu membawa hujan, kadangkala petir itu membawa bencana. Wallahu Aklam. / wfauzdin.blogspot.com

ISU KERAJAAN PERPADUAN DAH TAMAT?

PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali
Harakahdaily
Sat | Jun 20, 09 | 12:40:53 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan.

"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini.

Kenyataan beliau itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno bersedia berbincang dengan PAS atas apa sahaja topik tanpa meletakkan syarat. - mns_

KETUA PEMUDA PAS LAGI....

BILA USTAZ ‘MADAH BERHELAH’

Aku tak terniat nak kutuk. Cuma tertarik nak siarkan beberapa artikel dan komen yang aku rasa boleh la kita pakat-pakat renungkan. Selalu la juga jenguk blog peribadi Ketua Pemuda PAS yang baru menang tanpa bertanding. Nak tengok la juga apa ‘gagasan’ atau idea bombastik beliau. Kita ni ahli biasa, idea pun kurang, pada Ketua la kita duk menumpang harap kot-kot menjelma idea yang bergeliga. Kalau ketua pun tak dapat nak fikir atau sama macam ahli biasa fikir atau lebih teruk langsung tak tahu apa yang ahli biasa tengah fikir, aku rasa baik la ketua tu muhasabah diri.

Biasa la, bila kita buat blog ada orang baca. Bila orang baca blog kita, ada yang sokong ada yang tak sokong, ada yang faham, ada yang tak berapa faham dan ada yang main percaya sebab blog tu ketua yang empunya. Kalau tulis kucing bertanduk pun ada yang percaya. Wala’ tahap ni kita jangan persoal. Biar la dah dia nak percaya nak buat macam mana. Harap-harap benarlah cerita kucing bertanduk tu. Pada mereka, ketua tak menipu.

Tapi aku juga cukup tertarik tentang komen yang pembaca berikan. Macam kat bawah ni :

RAJA said…

Salam.

Sirah perlu diperhalusi dan lebih pd itu dijadikan panduan.

Namun jgn sesekali jadikan sirah sebagai pendinding menutup kebenaran demi kepentingan peribadi.

Saya kira ustaz telah sedar dan redha selepas mendapat sedikit ‘tips dan hints’ dari tok guru nik aziz semasa di Temerloh berkenaan isu UG. Rupanya perisai ego ustaz cukup tebal.

Sekali lagi saya tekankan, rakyat sudah celik politik, bijak membaca apa yg tersirat lebih dr yg tersurat.

Pemimpin perlu jelas dalam setiap tindakan dan keputusan.

Amat malang ustaz nampaknya memilih utk bersikap baling batu sembunyi tangan. Ingat, ustaz adalah pimpinan pemuda sebuah parti Islam. Kepimpinan yg lemah akan juga dilihat rakyat sebagai Islam lemah.

Dalam usrah dan kuliah sebelum muktamar begitu bersemangat melemparkan idea UG, Erdogan dan Ulamak dengan keras tp tanpa objektif. Ibarat menampar angin.

Kenapa setelah melihat ada tentangan yg begitu kuat khasnya dari ahli bawahan dan Mursyidul Am sendiri, ustaz bersikap selamba???

Kiranya ayat2 dan kata2 ustaz dipetik sebelum muktamar oleh media perdana TANPA DIPUTAR-BELIT PUN, kerosakan yg timbul dlm jamaah rasanya sama teruk dgn apa yg berlaku sekrang.

Cuma ada satu statement ustaz yg dipetik oleh media perdana berkaitan cabaran ustaz terhadap husam agar bertanding jwatan presiden. Itu pun sudah menimbulkan kegelisahan. Anggapan liar mengatakan itu tektik mencari populariti murahan.

Jgn asyik menuduh media putar alam sedngkan kita sendiri membuat statement yg amat tidak bijak. Itu memberi ruang kpd mereka menjalankan perencanaan jahat mereka dgn mudah.

Ustaz menggelak menerangkan secara terus dan telus berkenaan isu UG yg saya percaya ustaz adalah antara penyokong tegarnya.

Namun tulisan ustaz yg menempelak ’seseorang’ secara tidak gentlemen di dalam blog mencermikan jatidiri ustaz yg lemah utk berdepan dgn isu nasional secara berdepan.

Maaf saya pohon jika pandangan kali ini agak keras.

Sepertimana ada ahli yg sudah mula menyesal tersilap membuat pilihan semasa muktamar, ustaz perlu sedar bahawa pemuda juga ’sudah garu kepala’.

Mereka menyoal…Inikah mutu kepimpinan baru kita????

Hormat saya kepada Tok Guru Nik Aziz yang jelas, tegas dan konsisten dalam setiap tindakan dan keputusan.

Mungkin ada yg berkata bahawa ahli yg bising2 tu kurang tarbiyyah.

Saya ingin menarik perhatian. Sebagai pemimpin, jenguk2 lah ke bawah, jumpa ahli dan rakyat, santuni mereka di khalayak umum bukan hanya di surau atau masjid, senyumlah walau terpaksa, setia dan dengan sabar dengarlah suara hati mereka.

Dari situ kita akan dapat resapi bahawa mereka amat sayangkan perjuangan ini. Sama seperti kita. Dan mereka melakukannya tanpa jawatan, tanpa balasan.

Mungkin juga selepas itu baru kita sedar dan bertanya kpd diri kita sendiri. Adakah ahli kurang tarbiyyah atau aku sebagai pemimpin yg jauh dari mendampingi mereka secara dekat???

Tok Guru Nik Aziz hari ini ‘terpaksa’ mengeluarkan kata dua kpd Timbalan Presiden.

Itu kerana Tok Guru Nik Aziz bukan sahaja pemimpin parti tetapi pemimpin rakyat.

18 June 2009 02:23

***********************************

Ada la juga pembaca yang memberi komen dan mencipta satu ‘tag’ baru yang buat aku senyum. Hawau betul!!! Ada ker dia kata ustaz ni ‘ ustaz madah berhelah’….hehehehe…. :

Bawwab Haiyyu Asyir said…
Bro, janganlah hurai seribu dalil pada apa yang secara umumnya tidak membawa maslahah pada keseluruhan. Jangan jadi ustaz ‘madah berhelah’. Ikhlaskan perkataan, teguhkan perbuatan dan istiqomah dalam perjuangan.
Jangan jadi macam orang Mesir yang boleh hurai beribu persoalan, tapi dalam perbuatan, hampeh…….. (memang jenis pandai cakap jer, buat nanti dulu).

***********************************

Dan yang paling buat aku ketawa macam komen di bawah :

hanizar said…
ustaz tanta,

boleh tak kuruskan badan ?

***********************************

Hampeh!!!! Ada ker nak suruh ustaz kurus badan????

Tapi selain dia pandai bergurau, dia juga ada beri buah fikiran ikut cara dia.

hanizar said…
Kepada Ketua pemuda PAS,

Boleh lah kalau nak berdakwah kepada umno macam nabi musa berdakwah dengan Firaun. TAPI apa yang Nasa and cikgu Pa buat bukannya nak berdakwah ke UMNO …kalau pun nak berdakwah ya USTAZ, orang tak main DALAM GELAP USTAZ OOOI ..biar logic lah sikit …tak payah nak cover line lah ustaz…

alahai, kalau ‘rundingan’ sampai nak tubuh kerajaan sekali mcm di Selangor, dan sampai telefon ust ahmad awang untuk suruh bukak jalan tubuh kerajaan dengan UMNO di Perak, dakwah apa tu ustaz oiii???

“Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi.” – awat ustaz tak pi berbincang / berdialog mengadap sultan perak pasai krisis perak hari tu??

ceh!.. cakap berdegaq degaq..

Forum dengan orang2 PR sendiri pun takut nak pergi.

Allah hantar nabi musa kat firaun untuk menyeru dia BERHENTI melakukan kekejaman & menyembah tuhan yg satu. Tak de pulak Allah hantar nabi musa untuk BERSATU dengan Firaun.

Nabi Musa jumpa firaun nak minta supaya bapak angkatnya memeluk Islam. Nasa jumpa najib nak minta jawatan menteri.

Nabi Musa jumpa Firaun diistana Firaun didepan pembesar-pembesar serta pendita-pendita Firaun – bukan dalam gelap, di luar negeri dan di tempat-tempat tersembunyi. Message yang dibawa olih Nabi Musa cukup terang dan jelas – bukan “melontarkan idea”.

Nabi Musa benar-benar berdakwah tak ada cerita nak jadi menteri, timbalan menteri atau pun duta. Kalau “ulamak” seperti Hamid Othman, Yusuf Nor, Mufti Perak, Us.Firdaus AlHafiz, tak ketingalan Us.Naqai tak berjaya “berdakwah” kepada UMNO – apa jaminan Nasaruddin Mat Isa boleh berjaya?

Us.Nasaruddin AlPahangi,percayalah “berdakwah” itu hanyalah kata-kata manis dan “cover-up” kepada agenda yang lain. Anda baru memegang jawatan yang penting penuh amanah, jangan terseret bersama boneka-boneka UMNO ini.

Saya sarankan Ustaz serban besar ini pergi ke Putrajaya esok, ketok pintu Istana Najib dan terang-terang perjelaskan kepadanya segala perkara mungkar yang UMNO perlu henti lakukan. Dah buat itu semua baru datang balik dan buat kenyataan kepada media yang anda telah
pun berdakwah. Kalau tak berani buat demikian jangan cakap macam Pak Lebai sebarangan.

***********************************

Lepas ni korang baca la sendiri kat blog tu. Ada banyak perkara dan ilmu agama yang menarik yang dapat kita pelajari. Kita boleh berbeza pendapat namun ada batasnya.

Petikan: Pinkturtle dan corongkita.blogspot.com

MAKLUMAT BUAT KETUA PEMUDA PAS

PAS Sudah Berdakwah kepada “Firaun” Selama 50 Tahun

KETUA Pemuda PAS telah memberikan satu temuramah yang begitu baik kepada Malaysiakini, tempohari. Cumanya, saya ingin memberi maklumat tambahan kepada beberapa jawapan beliau yang perlu difahami oleh masyrakat ramai terutamanya ahli-ahli PAS.

“Dengan gambaran negatif yang diberikan terhadap Umno-BN bawah kepimpinan Najib, bagaimana konteks idea muzakarah, dialog dengan Umno? Secara prinsipnya, bagaimana ustaz melihat isu ini? Misalnya bagaimana Allah menghantar Nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?

Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi. Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno). Cuma saya hendak menghapuskan persepsi yang menyatakan rundingan itu bertujuan menyertai (Umno – seperti isu yang berbangkit saat ini). Berunding tidak bermakna menyertai. Berunding, berbincang atau berdialog – itu bermaksud mengajak mereka memahami dasar perjuangan.”

Saya ni berjuang semasa PAS ini parti bangsat. Pulak tu, arwah bapa saya bawa saya berjuang di Negeri Sembilan di mana PAS biasanya akan hilang wang pertaruhan. Bila saya baca kenyataan di atas, hati saya menderap-derap dalam kesedihan. Jelas, kenyataan ini dibuat oleh seoarang yang kurang berpengalaman dalam perjuangan PAS dan Islam di Malaysia. Saya cuma nak kata, bukankah PAS telah berdakwah dengan UMNO semenjak PAS mula2 wujud lebih 50 tahun yang lepas?

Tn Haji Ahmad Fuad sanggup meninggalkan PAS dan kemudian telah menjadi salah satu tenaga kea rah penubuhan PAS. Kalau UMNO ini boleh didakwah, mengapa Tuan Haji Ahmad Fuad keluar UMNO dan menubuhkan PAS?

UMNO Hargai Dakwah PAS? Kenapa Lulus 10 Lagi Lesen Judi? PAS telah berjumpa dalam gelap dengan UMNO semenjak PRU 2008 lagi. Tapi adakah dakwah PAS diterima? Semasa PAS menjalin hubungan dalam gelap dengan UMNO, Najib Tun Razak telah meluluskan 10 lesen “Special Draw” (Judi) di belakang pengetahuan pimpinan2 PAS. Adakah ini petunjuk yang UMNO menghargai dakwah PAS? (Rujuk juga: Antara Islam DAP dgn Islam Tokeh Judi)

Business Times Singapore telah melaporkan: ” KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs. The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”

Dalam senyap2 PAS berdakwah dengan UMNO dalam gelap, mereka telah meluluskan 10 lesen judi extra. Ini sahaja bukti jelas bahawa dakwah PAS tidak bermakna bagi UMNO. Saya nak Tanya Ustaz Nasruddin Tantawi (Ketua Pemuda PAS), mampukan dakwah PAS ini melawan wang ringgit yang dicurah oleh tokeh2 judi dan arak di Malaysia? Biarlah kita berfikir secara praktikal dan berpijak di bumi nyata. Jelasnya, UMNO ini penipu dan Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah dengan UMNO.

Apakah Dakwah itu Satu2 Jalan? Setahu saya, Firaun menolak dakwah Nabi Musa AS sehingga firaun telah mati di dasar laut Merah akibat kebongkakan beliau menolak dakwah Nabi Musa. Nabi Mohd SAW sendiri hanya berdakwah 10 tahun sahaja di Mekah. Selepas itu, Nabi tidak kembali semula ke Mekah dengan kumpulan pendakwah. Tapi Nabi kembali dengan tentera dan terus menakluk Mekah. Ertinya ada had di dalam berdakwah dan tidak boleh berdakwah terus menerus. Dalam kes Malaysia, jelas dan terang bahawa selepas 50 tahun merdeka, UMNO MENOLAK DAKWAH ISLAMIYYAH PAS.

Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah lagi dengan UMNO. Kalau ada yang benar-benar telah berdakwah dengan UMNO, orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Malahan, dalam isu hudud di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz telah berdakwah kepada Dr. Mahathir sendiri. Dan Tok Guru yang sama yang tidak mahu PAS berunding dengan UMNO.

Tujuan Sebenar Berjumpa UMNO bukan Untuk Berdakwah, Tapi Atas Dasar Perpaduan Melayu. Itulah sebenarnya tujuan sebenar mahu berunding dan berjumpa UMNO. Sila baca:
a. Apa lagi ajaran Wan Abu Bakar?
b. Bila PAS Tertelan Racun Lipas UMNO
c. Mengapa Tok Guru Nik Aziz Marah

Pinkturtle dan malaysiawaves.com

PERUNTUKAN `MEE SEGERA' SUDAH JADI AMALAN UMNO/BN

Wow !!! hebat UBN ni, UBN dah mula dah !! , semalam MENTERI PELAJAR TADIKA, sekolah RENDAH dan Menengah, melulus peruntukan RM 1.5 juta berupa grant kepada PPD K.Krai, PPD akan serah kan kepada KETUA UMNO BAHAGIAN untuk agih agih kan peruntukan itu kepada SEMUA sekolah sekolah dalam DUN M.Urai.

Yang untung nanti ialah Kontraktor yang bawah DAGU Ketua bahagian, Ketua BAHAGIAN juga dapat mengukuh kedudukan, yang pasti nanti JALAL bakal calon UMNO M.Urai kerana dia adalah orang kanan KETUA BAHAGIAN.

Dikatakan 20 ribu setiap sekolah, yang selebih nya aku tak tahu lah, bolih masuk poket.

Kepada Kontraktor2 pakat ramai2 pi mintak peruntukan itu.

projek2 itu nanti mesti disiapkan sebelum pilihanraya.

SAIFUL LIWAT BERCAKAP PASAL AKHIRAT PULAK

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA mula menyedari bahawa DS Anwar kini meneruskan langkah untuk terus berjuang menuntut keadilan buat diri beliau yang difitnah, maka Saiful pemuda yang pernah bersumpah laknat mengistiharkan dirinya telah diliwat mula berubah bicara dari mahkamah dunia ke mahkamah Akhirat. Tindakan DS Anwar yang berterusan melawan dan terus melawan dan tidak mudah menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada `konspirator', amat menimbulkan gerun dihati Saiful maka beliau seolah-olah mencari kaedah baru agar dirinya mendapat simpati.

Saiful berkata seperti yang disiarkan di dalam Malaysia kini hari ini, sekiranya kes liwat tersebut dibuang dan tidak dibicarakan, maka beliau percaya di akhirat kelak pasti jua dibicarakan. Jika ini keimanan Saiful yang ada, maka sewajarnya lah Saiful tidak perlu membuat Sumpah Laknat yang bertentangan serta tidak mematuhi peraturan Syarie dahulu. Sudah menjadi salah satu Rukun Iman di dalam Islam, bahawa percaya kepada Hari Akhirat. Usahkan kes liwat seperti yang Saiful katakan itu, bahkan Sumpah Laknatnya itu pun akan dibicarakan juga. Ini asas agama dan semua yang mengaku Islam wajib yakin bahawa adanya hari perbicaraan dan pembalasan. Begitu juga, jika seorang doktor di Pusrawi yang memeriksa dubur Saiful mengesahkan tiada kesan liwat, jika beliau berbohong dengan laporannya itu maka tetap akan dibicarakan. Termasuk juga 3 doktor pakar dari HKL yang juga melaporkan tiada kesan liwat ke atas dubur Saiful, jika mereka berbohong mereka tetap akan dibicarakan. Ini semua adalah perkara yang wajib diyakini oleh orang-orang Islam walaupun tanpa Saiful memberitahunya.

Oleh yang demikian, sebagai manusia yang masih tinggal di dalam dunia ini tambahan pula berada dalam sebuah negarayang mengamalkan undang-undang serta sistem kehakiman seperti yang ada, maka wajib juga bagi DS Anwar berikhtiar untuk mempertahankan dirinya dari dianiayai atau dizalimi. Beliau tidak minta kes beliau dibuang tanpa alasan yang munasabah kerana beliau sedar siapa diri beliau di mata kerajaan. Yang penting bukti mesti ada dan kukuh serta keadilan untuk sidituduh dan menuduh mesti diberikan, maka teruskan saja perbicaraan. Tentang urusan di hari Akhirat semua makhluk pasti melaluinya. DS Anwar juga pernah berkata bahawa kezaliman yang berlaku terhadapnya sebelum ini dan juga beberapa tuduhan dan fitnah sebelum ini juga pasti dibicarakan di Akhirat dan mereka yang bersalah pasti tidak akan dapat lepas dari pembalasan Rabbul Jalil.

Nasihat saya buat Saiful, tabahkan hati untuk menghadapi hari perbicaraan nanti. Kita sama-sama tahu mahkamah di dunia tidak sama dengan mahkamah di Akhirat. Namun, usaha perlu dijalankan. Jika perlu menghafal mana-mana skrip perbicaraan nanti, tenangkan hati agar tidak tergigit lidah semasa perbicaraan kelak. Yang Hak Mesti DiTegakkan, Yang Bathil Bakal Dicaci. / wfauzdin.blogspot.com

KRISIS KERAJAAN PERPADUAN AKAN SELESAI, UMNO AKAN GIGIT JARI

Difahamkan bahawa 1 delegasi Pusat yang diketuai oleh Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah berjumpa TGNA pada pagi tadi hari ini. Alhamdulillah, nampaknya TGNA nampak 'sejuk' setelah selesainya pertemuan itu di Kota Bharu.

Dan dijangkakan beberapa perjumpaan juga akan dibuat oleh pimpinan yg akan didahului oleh Dato' Harun Din dan TGNA pada malam ini. Manakala esok TGNA akan mengadakan perjumpaan dengan Ayah Chik serta Ustaz Nasha.

Albanjari Online mengharapkan sesi-sesi perjumpaan yg dibuat pada hari ini dan juga esok diharap dapat membuka ruang penyelsaian dan isu UG dapat ditutup dari terus membarah khususnya di kalangan jamaah dan bukan jamaah yg telah keliru bagaimana isu besar ini dimainkan oleh pemedia-pemedia dan berniat jahat, dengan tujuan untuk memecah belahkan PAS./ Albanjari

Jumaat, 19 Jun 2009

BLOGGER JALANG BUAT FITNAH KEPADA KETUA PEMUDA PAS


PEMUDA PAS TELAH MEMBERIKAN ISYARAT BUAT ANWAR AL-JUBURI

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI :
Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula awal bulan depan tidak akan menggugat kerjasama dalam Pakatan Rakyat, walaupun penasihat PKR didapati bersalah, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Ayat di atas dipetik dari Malaysiakini dan dimasukkan ke dalam blog http://www.gomounited.com

TETAPI, Tajuk utama yang dipamirkan di dalam blog sampah tersebut adalah "ANWAR AKAN DIDAPATI BERSALAH DI DALAM KES LIWAT INI - KENYATAAN KETUA PEMUDA PAS"

Betapa blog yang menyanjung Saiful pemuda yang bersumpah kena liwat tetapi 4 doktor, 3 dari HKL dan 1 dari Pusrawi mengatakan tiada kesan liwat ini, melakukan fitnah terhadap Ketua Pemuda Pas dengan menggambarkan tajuk berita tersebut yang SAMA SEKALI bercanggah dengan kenyataan sebenar Ketua Pemuda Pas berkenaan. Bahkan, penulis blog berkenaan menunjukkan kebodohannya apabila menyalin semula kenyataan Ketua Pemuda Pas tersebut yang terdapat di dalam Malaysiakini yang ternyata bertentangan dengan tajuk yang penulis blog siarkan. Mungkin penulis blog berkenaan hilang idea untuk melagakan Ketua Pemuda Pas dengan penyokong PKR. Inilah kerja blog yang umpama jalang murahan yang sudah tidak ada modal dan hujah lagi.

Maka, terbukti bahawa kerja-kerja mereka ini sebenarnya untuk meruntuhkan perpaduan di dalam PR, maka wajar kita TOLAK sama sekali puak-puak seperti ini untuk kita jalinkan kerjasama. / wfauzdin.blogspot.com

Itu rundingan saja - Presiden PKR

19 Jun 2009 5:39PM
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan pendirian tidak menentang cadangan Pas untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO.

Presidennya, Datin Seri Wan Azizah berkata, pendirian itu dibuat kerana percaya perbincangan itu tidak melibatkan pembentukan kerajaan perpaduan. "Sebenarnya itu adalah rundingan sahaja, bukan melibatkan kerajaan perpaduan.

"Kita tidak menentang mana-mana parti untuk bercakap (berunding) dengan sesiapa," katanya selepas menghadiri ulang tahun kelahiran Aung San Suu Kyi, di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. / KLpost

UMNO MULA SEBUT PASAL SYURGA DI MANEK URAI

Undi BN atau PAS dua-dua boleh
masuk syurga

19 Jun 2009 3:18PM

KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden UMNO berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

“Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat),” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini. / Bernama

Komen - Sudah tentu dijanjikan Allah, melakukan amalan baik tempatnya Syurga, melakukan dosa tempatnya Neraka. Itu asas. Amalan baik perlu disertakan dengan mencegah kejahatan. Menyokong kejahatan adalah amalan tidak baik (berdosa). Menyokong puak yang melakukan kezaliman seperti Akta ISA, menyokong memilih parti yang mengekalkan perasuah atau penjenayah sebagai pemimpin juga amalan tidak baik (dosa), menyokong puak yang sering berlaku tidak adil kepada rakyat dari segi pembahagian peruntukan pembangunan misalnya, atau merampas kerajaan negeri secara tidak demokratik juga amalan tidak baik (dosa), maka dosa itu tempatnya Neraka. Fikir-fikirkanlah antara Umno dan Pas, pihak manakah yang komited terus terusan menentang kemungkaran, dan pihak manakah yang berterusan melakukan kezaliman dan rasuah ini. Terima kasih TPM yang kini berani menyebut pasal Syurga dan Neraka.

TUAN GURU NIK AZIZ TIDAK BOLEH DIJADIKAN PEMIMPIN?

Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS Yatim bekas tokoh Parti Melayu Semangat 46 yang telah `membakar jambatan' dengan Umno kemudiannya `melutut' kembali kepada Umno bersuara berkenaan isu Kerajaan Perpaduan. Di dalam berita TV hari ini, Rais MP Jelebu yang merupakan satu-satunya daerah yang paling sukar untuk mendapatkan bas, bercakap tentang isu tersebut dengan menyatakan bahawa sesiapa yang bercakap menentang kepada perpaduan tidak lagi boleh dipercayai dan dipilih sebagai pemimpin. Begitulah hebatnya Rais Yatim bermadah pujangga tentang perpaduan. Jika prinsip beliau itu dipegang teguh oleh anaknya sendiri, saya percaya krisis rumahtangga anaknya baru-baru ini tidaklah sampai ke mahkamah.

Mungkin pada Rais Yatim, seseorang yang layak dijadikan pemimpin adalah mereka yang tiada prinsip, keluar parti tubuhkan parti baru, bakar jambatan dan kemudiannya melutut balik ke parti asal dan dapat jawatan. Atau, seseorang itu layak dipanggil pemimpin apabila kalah entah beberapa kali merebut jawatan dalam parti seperti Naib Presiden, tetapi tetap menerima jawatan menteri. Ahli Umno di Jelebu tidak lupa kisah sewaktu mula-mula Rais Yatim melutut kembali kepada Umno setelah puas mengkritik Umno diberikan secara percuma jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu oleh Yunus Rahmat pemegang jawatan ketika itu. Ini dilakukan kerana untuk membolehkan Rais meneruskan kerjaya politiknya, yakni atas ikhsan Yunus Rahmat. Akhirnya, dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu yang lalu ramai menjangkakan tibalah peluang Rais pula untuk memberi laluan kepada Yunus Rahmat, tetapi siapa tidak kenal Rais? Inilah pemimpin namanya.

Rais hanya menumpukan kepada aspek perpaduan semata-mata untuk menilai seseorang pemimpin. Sekiranya perpaduan semata-mata boleh menjadikan seseorang itu layak digelar sebagai pemimpin, maka ramai yang layak termasuk perompak, penyamun dan perogol kerana mereka juga `bersatupadu' sesama mereka. Di mana letaknya prinsip, ketelusan, bersih, jujur, bermoral dan bersikap adil? Dan, yang paling penting pemimpin itu mesti dilihat berakhlak dan berpegang kuat kepada agama termasuk ahli keluarga pemimpin itu sendiri. Mengapa tidak dikaji oleh Rais sebagai seorang politikus yang dikatakan mempunyai Phd ini tentang mengapa dan apakah maksud Tuan Guru Nik Aziz bersungguh-sungguh menentang Kerajaan Perpaduan ini? Jika benar dakwaan Rais bahawa Tuan Guru Nik Aziz anti-perpaduan, mustahil kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbirannya mampu bertahan sekian lama? Mengapa majoriti Melayu, Cina, India dan temasuk orang-orang Siam dan Asli di Kelantan amat menyenangi MB Kelantan itu?

Rais Yatim ini sebenarnya sudah terlalu `usang' untuk disimpan oleh Umno. Cara dan kaedah berpolitik beliau sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Sampai bila beliau mengharapkan belas ikhsan orang lain untuk terus berada di lapangan politik? Saya masih ingat sewaktu hampir Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Rais benar-benar berharap dia dapat dicalonkan sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Jelebu. Ini menunjukkan seolah-olah di Jelebu jika tiada Rais, orang Jelebu tidak boleh hidup. Kini, ada Rais pun orang Jelebu hendak menaiki bas pun susah. Itulah pemimpin yang dikatakan lebih baik dari Tuan Guru Nik Aziz. / wfauzdin.blogspot.com

ANWAR KEMUKA BUKTI BARU

Anwar kemuka bukti baru gugur tuduhan liwat


KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan laporan kesihatan be:kas pembantu peribadinya Sai:ful Bukhari Azlan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai bukti terbaru untuk menggugurkan tuduhan liwat kepada beliau.

: Peguam Anwar, R Sivarasa berkata, pendakwaan ini berniat jahat kerana mereka mempunyai empat laporan kesihatan Saiful yang jelas menunjukkan bahawa tiada sebarang kesan liwat terhadap bahagian tubuhnya.

Sivarasa berkata, dalam afidavit tersebut Anwar memdakwa bahawa kes liwat ini mempunyai persamaan dengan tuduh:an kes liwat terhadap Anwar pada 1998 dan individu yang bertanggungjawab memanipulasi kes 1998 masih mempengaruhi kes itu.

“Laporan kesihatan yang pertama kami perolehi daripada Hospital Pusrawi dan yang terbaru kami telah mendapat tiga lagi laporan kesihatan daripada tiga doktor HKL yang berasingan.

"Ketiga-tiga laporan ini menunjukkan persamaan dengan laporan dari Hospital Pusrawi iaitu tiada sebarang tanda-tanda Saiful diliwat,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata, pihak pembelaan telah merujuk semula kes yang terdahulu yang bermula dengan konspirasi politik, keterangan DNA dimanipulasi dan juga pertuduhan rasuah untuk dijadikan rujukan dalam kes ini.

“Kita :akan rujuk semula bagaimana DNA diputar belitkan, latar belakang dan kenyataan Datuk Nalakarupan yang mendakwa dipaksa membuat pengakuan palsu,” katanya.

Menurutnya, dalam afidavit tersebut, Anwar turut menunjukkan akuan bersumpah saksi utama dalam kes 1998 antaranya ialah pengakuan Sukma, Mior dan Munawir yang mendakwa dipaksa membuat tuduhan palsu.

Permohonan tersebut dibuat :peguam beliau Sankara Nair di Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kelmarin.

:Pihak pembelaan turut mengemukakan beberapa dokumen lain seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tempat kejadian, laporan kimia, laporan asid deoksiribonukleik (DNA) Saiful dan juga keterangan Anwar kepada pihak polis. /SH

PERAKAN MENOLAK KERAJAAN PERPADUAN

KOTA BHARU - Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan Malaysia (PERAKAN) menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Presidennya, Che Ariffin Che Mahmood berkata, mereka sentiasa sependirian dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang usaha ke arah itu.

“Kami sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana UMNO sudah berada dalam keadaan terumbang ambing dan kita pula hendak pergi menumpang.

“Sedangkan kita sudah boleh berdiri dengan sendiri dan kalau ada segelintir pemimpin Pas berpandangan sebegini ia seolah-olah kita ini hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, cuma segelintir sahaja yang mahukan kerajaan perpaduan dan berkemungkinan mereka itu mempunyai mesej tersendiri.

Che Ariffin berkata, kalau tidak wujudkan perpaduan pun Pas sudah boleh berdiri sendiri.

Menurut beliau, sepatutnya Abdul Hadi perlu memberikan penjelasan kepada ahli parti dan juga rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat tentang pendiriannya itu.

“Kami tetap bertegas dan dua hari lepas saya telah pun berjumpa dengan Nik Aziz menyuarakan pendapat kami yang menolak kerajaan perpaduan,” katanya.

Katanya, kalau Pas masih bersetuju dengan cadangan itu mereka sanggup meletakkan calon mereka sendiri pada pilihan raya nanti.

Che Ariffin berkata, tidak mustahil kalau mereka akan menubuhkan parti sendiri dan meminda perlembagaan PERAKAN sebagai tanda protes.

Menurutnya, PERAKAN adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan tiada kaitan dengan politik tetapi dasar mereka menyokong kepimpinan kerajaan yang memerintah negeri Kelantan dan bukannya Pas./prkmanekurai.blogspot/Sinar Harian

TITISAN AIR MATAMU BERHARGA KETIKA SUSAH...TETAPI KETIKA MEREKA SENANG...??

Tuan Guru...kami anak muda bersama Tuan Guru.

Kami akan ajar mereka yang boikot Tuan Guru...kami akan ingati setiap tangisan dan keluhan ketika saat Tuan Guru menghadapi kesusahan menghadapi kesialan dan kejahatan Zionis BN.


KAMI BERSAMA TUAN GURU!!!

APABILA MUKHRIZ BERCAKAP TENTANG HUKUM ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

NAIK terputus urat kentut saya menahan ketawa apabila menonton berita malam tadi. Terpaculnya Mukhriz Tun Mahathir di muka TV dan bercakap seperti Ketua Pemuda Pas lagaknya yang membicarakan tentang hukum `perpaduan' di dalam Islam. Saya ingatkan Mukhriz ni tahu pasal `berpadu' sahaja (seperti gambar di atas), rupa-rupanya anak Tun Mahathir ini juga boleh dianggap `ustaz' kalaupun bukan Ulamak.

Beliau memberikan `dakwah'nya untuk memperingatkan terutamanya orang-orang Pas bahawa perpaduan di dalam Islam itu WAJIB. Tidak pula beliau sebut samada perpaduan itu merangkumi semua bangsa dan agama. Masakan beliau hendak sebut begitu kerana beliau sendiri ada berkata tidak perlulah Pas hendak berbincang dengan Umno jika dibawa sekali PKR dan DAP. Mengapa takut sangat jika Pas mahu berbincang dengan Umno disertai juga oleh PKR dan DAP? Umno juga boleh menjemput sama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain parti komponen mereka untuk sama-sama berbincang. Tentu ada `udang di sebalik batu' atau `kutu di sebalik serban'.

Beliau juga menganggap perpaduan itu penting dan disuruh oleh agama, ini bermaksudyang menentang perpaduan itu menyalahi agama. Wah! hebat syarah calon Ketua Pemuda Umno yang tewas ini. Mukhriz mungkin merasakan rakyat lupa siapakah tokoh pemecah belah rakyat terutamanya orang-orang Melayu dan Islam selama ini. Umno berpecah sehingga diharamkan suatu ketika dahulu di bawah siapa Presidennya? Wujudnya perpecahan Melayu yang besar sehingga tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46 angkara siapa? Kemudian, siapakah yang menzalimi dan memfitnah tokoh politik Melayu DS Anwar Ibrahim sehinggakan beliau dipecat dari Kerajaan dan parti seterusnya mengakibatkan umat Melayu berpecah dengan lebih teruk lagi? Tahukah Mukhriz, betapa Kelantan sebuah negeri yang hampir 100 % Melayu Islam ini telah dianak tirikan ketika negeri tersebut mulai diperintah oleh Pas sehingga sekarang, dan siapakah pemimpin yang terlalu berusaha untuk merampas Kelantan? Di bawah siapakah ketika kerajaan merampas royalti minyak di Terengganu sewaktu Pas berkuasa? Bukankah Terengganu sebuah negeri Melayu yang seharusnya dibantu oleh kerajaan?

Jika Mukhriz tidak tahu atau sudah lupa siapakah tangan yang punya angkara semua itu, beliau boleh bertanya kepada ayahandanya Tun Mahathir. Mukhriz juga boleh bertanya kepada ayahandanya siapakah yang memecah-belahkan Umno sehingga terpaksa Presiden Umno ketika itu Pak Lah mengundur diri. Adakah ini diertikan dengan perpaduan pada pandangan Mukhriz? Jika inilah yang dimaksudkan dengan perpaduan, amat tepat dan bijak sekali Pas menolak untuk bersama-sama Umno bagi merealisasikan Kerajaan Perpaduan itu. Kecualilah Pas mempunyai agenda lain, Wallahu Aklam. / wfauzdin.blogspot.com

DAKWAH FIRAUN DALAM GELAP?


Dalam berita bertajuk "Pemuda PAS: Kes liwat Anwar tidak jejas Pakatan," Malaysiakini melaporkan:
Nasrudin juga mengulas isu paling hangat dalam parti itu, idea pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang diutarakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tampil dengan imej seorang ulama muda, Nasrudin mengumpamakan perbincangan PAS-Umno itu satu usaha berdakwah Musa kepada Firaun.

"Misalnya bagaimana Allah menghantar nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?" katanya.

"Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi. Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno).

"Cuma saya hendak menghapuskan persepsi yang menyatakan rundingan itu bertujuan menyertai (Umno)."
Jawapan Anonymous (nombor 27) dalam posting bertajuk "Protes kerajaan perpaduan!":
Kepada ketua pemuda PAS ..boleh lah kalau nak berdakwah kepada umno macam nabi musa berdakwah dengan firaun ..TAPI apa yang nasa and cikgu pa buat bukannya nak berdakwah ke UMNO ...kalau pun nak berdakwah ya USTAZ ,orang tak main DALAM GELAP USTAZ OOOI ..biar logic lah sikit ...tak payah nak cover line lah ustaz...

BERTINDAKLAH BERANI KERANA BENAR

Mahfuz, Salahuddin minta Ustaz Nasharudin jumpa Tok Guru

Wan Nordin Wan Yaacob

Thu | Jun 18, 09 | 1:59:41 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub meminta Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat. Beliau menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bachok semalam.

Mahfuz yang ditemui di Dewan Rakyat hari ini berkata, sejak pagi tadi beliau cuba menghubungi Nasharudin bagi membincangkan cadangan bertemu dengan Tok Guru, bagaimanapun gagal. "Saya cuba telefon beliau tetapi tidak berjaya, namun saya telah mengirimkan SMS kepadanya menyatakan cadangan agar beliau bertemu dengan Tok Guru. "Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti lebih baik. "Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci," katanya.

Mengulas isu yang sama, Salahudin Ayub turut mahu Nasharudin bertemu dengan Tok Guru dalam masa terdekat. Penyelesaian secara 'anak beranak' adalah penting dalam hal ini bagi meredakan ketegangan, ujarnya. Beliau berharap harap Nasharudin boleh melakukan demi kebaikan beliau dan redakan keadaan dan keresahan dalam parti. Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada mesyuarat khas sekembalinya Presiden PAS dari luar negara hujung minggu ini bagi membincangkan isu terbabit.- wann/mks. _harakahdaily

KES DS ANWAR - TIADA BUKTI DILIWAT?

Laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diperakukan oleh 3 pakar mengesahkan tidak ada bukti Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa oleh beliau, kata peguamabela Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah.

Justeru pihak pembelaan yakin laporan itu bersama bukti- bukti lain akan menunjukkan tuduhan liwat terhadap anwar adalah tidak benar dan rekaan semata- mata.

Bercakap kepada media di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, peguam Sivarasa dan seorang lagi peguam Anwar, Amir Hamzah Arshad berkata pendakwaraya perlu membuktikan wujudnya penetrasi untuk menyabit kesalahan Anwar Ibrahim.

“Bukti terpenting dalam mana-mana dakwaan rogol atau liwat adalah bukti mengesahkan berlakunya penetrasi. Namun, tidak ada penemuan klinial yang mencadangkan adanya liwat dan tidak ada kesan luka mempertahankan diri pada tubuh pesakit,”kata Amir Hamzah.

Kes ini ditetapkan di dengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai nanti.

Sehubungan itu, salinan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur ini dilampirkan bersama afidavit yang difailkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu semalam.

Anwar mengemukakan laporan berserta affidavit itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan dakwaan sodomi itu.

Laporan perubatan ini bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan.

Laporan HKL ini seraya menguatkan lagi laporan awal dari Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) yang turut mengesahkan tidak ada penetrasi keatas tubuh Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Mac lalu, Anwar mengaku tidak bersalah diatas dakwaan meliwat pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun, tahun lalu.

Dakwaan sodomi ini terbit dikala mantan Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Amir Hamzah juga berkata pembelaan telah diperincikan dan dirapi dan apa yang perlu sekarang ini hanyalah dokumen-dokumen yang belum diserahkan pihak kerajaan.

Dokumen ini termasuk laporan dari pegawai penyiasat kanan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV), carta ujian Asid Deoxyribonucleic (DNA), laporan pakar kimia, serta kenyataan dari penuduh.

“Kami mendesak kerajaan untuk segera menyerahkan dokumen-dokumen ini khususnya laporan ujian DNA supaya kita boleh melakukan ujian bebas serta mendapatkan khidmat-nasihat bebas,”kata Amir.

Peguambela memohon kepada mahkamah untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari sebarang dakwaan sodomi atau menangguhkan prosiding sekiranya pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen- dokumen tersebut. (TVANTARA)

Khamis, 18 Jun 2009

DEWAN MUSLIMAT LEBIH BERANI, DEWAN PEMUDA?

PENDIRIAN DEWAN MUSLIMAT DAN MP MUSLIMAT PAS

Sementara itu Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS telah sebulat suara menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

"Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS," katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Malah Dr Mariah berkata, Muslimat menyeru kepada semua pimpinan PAS supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama.

Dalam keadaan sekarang katanya, ahli-ahli PAS diminta terus bermunajat kepada Allah S.W.T. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepad pemimpin-pemimpin PAS.

"Berilah sedikit masa kepada pimpinan untuk berbincang dan mencapai keputusan terbaik dan kata sepakat yang berhikmah untuk PAS menangani fitnah dan mehnah yang dihadapai sekarang," katanya.

Ujarnya, PAS sebagai parti yang sudah berusia 55 tahun dan sering berhadapan pelbagai cabaran politik memounyai pengalaman yang luas untuk menangani cabaran.

Beliau berkata, seharusnya pemimpin dan ahli melatakkan wala' dan thiqah (kesetian dan kepercayaan) kepada pejuangan jamaah.

Semua keputusan yang menyentuh dasar dan polisi yang diambil oleh pimpinan wajib berpaksikan kepada keputusan muktamar (yang merupakan kuasa membuat keputusan tertinggi dalam PAS).


Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini/1aspire

KAMI BERPEGANG TEGUH DENGAN `AMANAT HAJI HADI'

"Percayalah, Perjuangan kita adalah jihad..." "Kita menentang Umno Bukan Kerana ianya Umno"... Amanat ini kami pegang walaupun ada pemimpin kami yang melupakannya.

Oleh: WFAUZDIN NS

HANYA seminggu dua sahaja Umno merasa selesa untuk bernafas apabila menyaksikan Pas bergelut dengan isu Kerajaan Perpaduan. Syabas, buat penyokong setia Pas yang terus mara ke hadapan menjadi perisai agar tembok pertahanan Pas tidak ditembusi oleh Umno dengan propagandanya. Disaat pimpinan Pas lebih banyak mendiamkan diri, penyokong-penyokong setia Pas termasuk penyokong-penyokong kuat PR berterusan menjadi penghalang kepada objektif Umno untuk melihat Pas terkubur.

Meskipun Harakah, satu-satunya media Pas yang sepatutnya boleh diharapkan untuk mempertahankan maruah dan moral Pas dari di`jual' dengan murah kepada Umno, tetapi akhbar tersebut terikut dengan rentak pemimpin mereka. Lesu dan tidak bermaya malahan kadangkala kelihatan laporan atau beritanya saling tidak tumpah seperti Utusan Meloya pula. Mujur, usaha yang berterusan dari penyokong-penyokong bawahan yang mahukan Pas terus dihormati dan disegani bukan di`beli', disedari oleh Mursyidul Am Pas. Lantas, beliau mengeluarkan kenyataan yang agak keras bagi `mengejut'kan beberapa pimpinan yang mungkin `terlena' dengan mimpi indah bersama bakal `tunangan'nya bernama Umno.

Selepas itu, barulah seorang demi seorang mengeluarkan pandangan masing-masing dari segala pelusuk negeri. Apabila terjaga dari `lena' barulah mereka tahu bahawa idea Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya tidak pernah dibincangkan sesama pimpinan Pas apatah lagi bersama PR rakan yang banyak membantu Pas sebelum ini. Rahsia bahawa cadangan Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya tidak pernah dibincangkan, bahkan semata-mata pendapat atau keinginan peribadi dua tiga orang di dalam Pas telah didedahkan di dalam Parlimen baru-baru ini oleh Ustaz Abdul Halim. Ketika itu, baru kita faham sebenarnya situasi yang berlaku walaupun sebelum ini beberapa pemimpin Pas mengutarakan berbagai helah dan dalil untuk meyakinkan kita agar menerima `jalan yang mudah' itu. Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Aziz terlebih awal `menghidu' bau busuk dari idea tersebut walaupun Mufti Perak menghidunya sebagai wangi yang teramat harum.

Setelah menyedari bahawa bukan semua penyokong dan ahli-ahli Pas boleh di`beli' dengan harga yang terlalu murah, Umno mula gelisah dan mahu tidak mahu terpaksa juga pemimpin-pemimpin Umno memuji melangit dua tiga tokoh Pas ini agar impian Umno akan menjadi kenyataan. Jika dahulu mereka mengecam tokoh Pas ini dengan menuduh fatwanya `mengkafirkan Umno' dalam amanat yang terkenal itu, kini mereka terpaksa menjilat ludahnya kembali. Umno tidak mengerti bahawa masih ramai di kalangan penyokong-penyokong dan ahli Pas yang masih memegang kuat fatwa `Amanat Haji Hadi' itu kerana mereka yakin bahawa itu adalah amanat yang betul dan tidak silap walaupun mungkin terdapat dua tiga tokoh Pas sekarang ini yang menganggap amanat itu tidak lagi releven. Kerana Amanat itulah penyokong-penyokong dan ahli Pas menentang keras sebarang usaha ke arah Kerajaan Perpaduan bersama Umno. "Kita menentang Umno bukan kerana ianya Umno". / wfauzdin.blogspot.com

PKR, TOLONG JANGAN TERIMA SI BONGKAK INI

Belum apa apa pun dia dah nak berkokok. Belum apa apa pun dia dah nak bongkak. Belum diterima jadi ahli mana mana komponen Pakatan Rakyat pun dia dah buat macam dia kuat sangat.

Pakatan Rakyat janganlah kelihatan terhegeh hegeh dengan mamat sekor nih. UMNO pun dah reject dia. Dia rasa dia kuat lagi. Dia sibuk lelong diri dia kepada Pakatan Rakyat. Bila PKR Perlis menunjukkan minat dengan lelongan dia tu, dia mula buat perangai haramjadah.

Kononnya hanya akan sertai Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat berjaya tubuh kerajaan pusat dan negeri. Nampak sangat mamat sekor nih gila jawatan. Nak jadi YB lagi ker? Ker ada angan angan nak jadi MB Perlis yang pertama dari Pakatan Rakyat?

Harap sangat PKR Perlis, PAS perlis mahupun DAP Perlis, jangan dok layan sangat orang yang mereng dan sewel macam nih. Jangan ambik virus menjadi ahli kita. Dia nih sama spesis dengan Nasaruddin Bota !!/saynotomunafiqeen.blogspot

KERAJAAN PERPADUAN SATU MIMPI INDAH BUAT UMNO

Ustaz Halim tegaskan tidak pernah bincang kerajaan perpaduan

Wan Nordin Wan Yaacob

Wed | Jun 17, 09 | 5:51:45 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.

Untuk makluman, Ustaz Halim berbahas hari ini dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pindaan 2009.Isu kerajaan perpaduan dijawab selepas memberi respon kepada Marcus yang bertanyakan isu tersebut dalam perbahasan semalam.

Beliau merujuk pertanyaan beberapa ahli Parlimen BN yang mahu penjelasan mengenai kenyataan Ustaz Nasharudin yang dilaporkan berkata beliau positif ke atas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai isu kerajaan perpaduan.

Kenyataan Ustaz Halim kemudian disambut oleh beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antaranya Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) yang menyifatkan kenyataan Najib adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Kit Siang seterusnya menyatakan, kenyataan Najib itu sebenarnya tidak terkesan kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya umpan sahaja./Harakahdaily

BOIKOT KEMPEN MANEK URAI - DEWAN PEMUDA PAS NAFI

kemaskini 11.35am - Tidak cukup muktamar dua minggu lalu menjadi medan pertelagahan sesama pemimpin PAS berhubung kerajaan perpaduan, isu itu bakal membawa retak pula pada jentera pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Kini sudah tersebar ura-ura bahawa Dewan Pemuda PAS di beberapa negeri berhasrat menarik diri daripada membantu kempen sebagai tanda bantahan terhadap PAS Kelantan yang didakwa membesar-besarkan isu kerajaan perpaduan.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini semalam, Dewan Pemuda PAS di enam negeri termasuk Terengganu – negeri presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengutarakan idea tersebut – akan memboikot kempen di Manek Urai.

Idea tersebut bagaimanapun ditentang oleh keras oleh Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta bekas naib presiden Datuk Husam Musa, exco kanan kerajaan negeri.

Dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS di muktamar ke-55, Husam dan seorang lagi naib presiden yang lantang menolak cadangan kerajaan perpaduan, Mohamad Sabu, tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden, yang berjaya dikekalkan oleh Nasharuddin Mat Isa.

Kerajaan perpaduan dan kekalahan Husam dikatakan tidak disenangi akar umbi PAS di Kelantan yang berdiri teguh di belakang Nik Aziz berhubung isu tersebut.

Malah, Ahad lalu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan supaya tidak menyertai kempen pilihanraya kecil DUN tersebut, antara 6 hingga 14 Julai.

'Buang masa'

Seorang pemimpin KPP Yap Kok Seng dilaporkan berkata, kehadiran mereka hanya akan "mengelirukan pengundi" dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.

Susulan perkembangan tersebut, sumber-sumber itu berkata, ahli-ahli Dewan Pemuda PAS merasakan kehadiran mereka di Manek Urai hanya "membuang masa dan tidak memberikan apa-apa kesan bagi mengekalkan kerusi tersebut".

"Kalau datang tidak boleh naik pentas berceramah, buat apa kita datang?" kata sumber-sumber itu lagi.

Sehingga kini, tambah mereka, PAS Kelantan belum berhubung dengan negeri-negeri mengenai persediaan menghadapi pilihanraya kecil itu walaupun ia akan berlangsung tidak lama lagi.

"Biasanya, sebulan awal (sebelum tarikh mengundi) kita dah tahu dah," tambah sumber-sumber.

Sementara itu, sumber PAS Kelantan pula memaklumkan, akar umbi PAS di negeri itu amat marah dengan Nasharuddin yang terus-menerus berbeza pandangan dengan Nik Aziz berhubung isu kontroversi itu.

"Jadi, kalau dia (mereka) tidak boikot kita pun, kita yang akan boikot dia di sini.

"Dia bolehlah datang, tetapi saya rasa dia tak boleh duduk dalam majlis yang ada Tok Guru," kata sumber itu lagi.

Tidak boleh berkempen

Semalam, Nik Aziz menggesa Nasharudin meninggalkan parti itu dan sekali gus meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menteri besar itu juga dilaporkan berkata, isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS tetapi satu lontaran idea peribadi.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok," Nik Aziz dipetik berkata.

Sementara itu, sumber-sumber lain pula memberitahu, mesyuarat jentera pilihanraya Kelantan telah memutuskan "pemimpin-pemimpin tertentu dalam PAS" yang tidak boleh berkempen dan berceramah di Manek Urai.

Bagaimanapun, pengarah pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar menafikan khabar angin tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, kesemua 14 Dewan Pemuda PAS negeri telah diberikan tugas memantau DUN Manek Urai berdasarkan sembilan daerah mengundi yang dibahagi-bahagikan mengikut negeri.

"Tidak timbul perkara itu (boikot). Kalau benar, kenapa Kelantan yang keluarkan senarai (pembahagian kawasan kempen) ini,” katanya ketika dihubungi.

Pemuda Terengganu nafi

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Pemuda PAS Terengganu menafikan memboikot jentera pilihanraya di DUN tersebut.

Menghubungi Malaysiakini hari ini, ketuanya Mohd Nor Hamzah berkata PAS negeri termasuk dewan tersebut akan menghantar antara 100 hingga 200 petugas tetap di satu daripada sembilan daerah mengundi seperti telah diputuskan.

Tambahnya, setakat pengetahuannya, jentera Pemuda PAS negeri-negeri lain tidak akan memulaukan pilihanraya kecil Manek Urai./Malaysiakini

ISTILAH `WALA' DIMAINKAN UNTUK PERIBADI?

RENUNGAN DAN MUHASABAH BUAT SEMUA, TIDAK KIRA
PIMPINAN ATAU AHLI BAWAHAN

Ada orang yang boleh jadi agak kurang jitu pengamatannya menuduh golongan yang menentang Nasaruddin dan wiridnya itu adalah merupakan golongan yang tidak menghormati pilihan muktamireen tetapi sedarkah pihak pihak tersebut bahawa penentangan ini dilakukan selepas Nasaruddin menang bukan kerana keengganan kami menerima kemenangan Nasaruddin tetapi kerana beliau menzahirkan wirid Kerajaan Perpaduannya itu selepas beliau menang. Jika awal awal beliau memaklumkan idea jahatnya itu, maka tentulah awal awal lagi Nasaruddin nih dah kami kafankan.

Ada orang menuduh kamu sebagai kelompok yang tidak wala’ kepada pimpinan. Pada kami, kami tidak berkecil hati dengan tuduhan sebegini kerana kami tahu jalan yang kami pilih ini akan membuatkan rakan rakan mungkin bertukar menjadi seteru kami. Tidak mengapalah. Kami memilih untuk melaluinya.

Sungguhpun begitu, kami mohon pihak pihak yang menembak kami dengan peluru jenama “tidak wala’” itu mempelajari dan memperhalusi semula apa erti wala’ dalam konteks sebuah gerakan Islam seperti PAS.

Wala’ dalam konteks sebuah gerakan Islam adalah bererti wala’ kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan jemaah secara jam’ie dan bukannya wala’ kepada individu yang memimpin ataupun wala’ kepada keputusan pimpinan yang dibuat di luar mesyuarat.

Ketaatan kepada pimpinan bererti ketaatan kepada manusia dan ketaatan jenis ini adalah ketaatan yang bersyarat iaitu selagi mana pimpinan itu mentaati Allah dan Rasul, maka wajib bagi kita mentaatinya.

Dalam konteks jemaah, selagi mana keputusan pimpinan itu tidak mendatangkan mudarat kepada jemaah dan dakwah, maka wajib bagi kita ahli bawahan mematuhinya. Namun, sekiranya keputusan pimpinan itu mendatangkan kemudaratan kepada jemaah dan dakwah, maka wajib bagi kita menegurnya. Apatah lagi jika keputusan itu adalah keputusan yang dibuat secara sembunyi sembunyi oleh beberapa kerat pimpinan tanpa melalui saluran yang syar’ie iaitu mesyuarat rasmi.

Wala’ kepada keputusan pimpinan bergantung kepada cara atau saluran bagaimana yang digunakan untuk membuat keputusan tersebut. Juga bergantung kepada kesan jangka panjang keputusan tersebut. Bukan soal siapa yang memutuskan keputusan itu sama ada Presiden, Timbalan Presiden atau pimpinan yang lain lain.

Seterusnya, sebagai sebuah gerakan Islam, seharusnya ada pihak yang memainkan peranan sebagai pemudah cara atau sebagai pendamai apabila timbulnya bunga bungan masalah dalaman. Malangnya, perkara ini tidak wujud dalam gerakan Islam PAS./Pinkturtle

Baca selanjutnya di http://saynotomunafiqeen.blogspot.com

KENYATAAN MELEGAKAN DARI DS ANWAR

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan boleh diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata, apa yang dikatakan oleh Nik Aziz adalah pandangan peribadi.
Namun Anwar percaya pimpinan PAS akan berusaha untuk menyelesaikan isu.

"Itu pandangan beliau (Nik Aziz). Selalunya dalam sistem berpolitik sama ada dalam PAS atau Pakatan Rakyat, kita mengambil kira pandangan. "Teguran beliau tentulah akibat daripada perasaan beberapa rakan PAS akar umbi.

"Saya ingat, beliau ada konteks berbangkit sebelum ini tapi saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz dan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dapat meleraikan isu ini dengan bijak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini./Perundingperiuknasi.blogspot

KENAPA TAKUT SANGAT JIKA PKR DAN DAP TURUT SERTA?

PAS tidak perlu melibatkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perbincangannya dengan Umno mengenai kerajaan perpaduan, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata ini kerana PAS mempunyai kekuatannya sendiri dalam mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai isu-isu perpaduan orang Melayu dan tidak perlu meminjam kekuatan parti lain.

"Umno merasakan ada kejujuran dan keikhlasan apabila Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menyuarakan cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dan Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata Umno berharap PAS akan dapat memperincikan cadangan itu sebelum sebarang rundingan rasmi antara kedua-dua pihak dapat dijalankan.

Ahmad berkata perpaduan sebenarnya baik untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan selaras dengan gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat./Bernama

Lihat sajalah gaya si Maslan ni nak melagakan PAS dengan PKR & DAP dalam Pakatan Rakyat. Katanya perpaduan baik untuk semua rakyat Malaysia tapi mengelak untuk berbincang dengan rakan PAS dalam PR.

Ya...memang benar PAS punya kekuatan sendiri sebab itulah UMNO mula tergila-gila nak bekerjasama dengan PAS sekarang ini...

Sumber: Sesamaislam.blogspot

NIZAR RELA DIUSIR

Nizar: Saya Rela Diusir Kerana Pertahan Perlembagaan
Komentar
Oleh Afero79

"
   “Ia berlaku secara spontan”, kata Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin ketika disoal mengapa beliau melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di dalam Dewan Rakyat sehingga menyebabkan beliau diusir keluar dari dewan legislatif itu.

Menurut Nizar, saat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang adalah saat yang memilukan kerana dalam masa beliau mengucapkan sumpah setia mempertahan Perlembagaan Negara, ketika itu juga BN bermaharajalela di Perak.

“Kita sebagai seorang insan, mesti ada perasaan. Apabila kita megangkat sumpah mempertahan Perlembagaan, hati kita tidak boleh berasa lain – tidak boleh begitu. Apa yang berlaku hari itu adalah spontan, bukan sesuatu yang dirancang,” kata Nizar.

“Saya percaya apa yang saya lakukan hari itu adalah apa yang sepatutnya saya lakukan. Saudara tahu kenapa saya berbuat begitu. Ketika saya mengangkat sumpah setia mendaulatkan Perlembagaan dan undang-undang, Perlembagaan yang sama ini diliwat Umno-Barisan Nasional,” tegas beliau.

Nizar dan enam Ahli Parlimen lain digantung Speaker Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan mereka menyatakan protes terbuka di dalam Dewan Rakyat terhadap kudeta haram Barisan Nasional di Perak.

Mereka memakai lilitan “Bubar Dun” di kepala dan tangan masing-masing yang menjadi sebahagian daripada kempen Pakatan Rakyat memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan.

Namun sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Nizar menganjak protes hari itu dengan melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di hadapan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang dituduh sebagai dalang kudeta haram itu, kelihatan terkebil-kebil melihat Dewan Rakyat bergema dengan protes Pakatan Rakyat.

Perak diheret dalam kemelut politik berpanjangan setelah BN dituduh mendalangi rampasan kuasa dengan “membeli” tiga ADUN Pakatan Rakyat termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah.

Polis pelbagai unit dari serata negara dikerah ke ibu negeri Ipoh dan menyaksikan ratusan orang awam yang turun membantah rampasan kuasa itu ditahan termasuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Tidak cukup dengan itu, Barisan Nasional melantik Setiausaha MIC Perak, R. Ganesan, sebagai Speaker Dun walaupun Ganesan bukan seorang wakil rakyat.

BN kemudiannya mengarahkan pihak polis mengheret Speaker yang sah, V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri Perak lalu mengurungnya di dalam sebuah bilik, sementara wakil-wakil rakyat Pakatan yang lain dikasari dan dicederakan.

Nizar menjelaskan hari pertama persidangan Dewan Rakyat berlangsung adalah masa terbaik untuk menyatakan protes terbuka kerana semua wakil rakyat dan khususnya Perdana Menteri Najib Abdul Razak turut hadir hari itu.

“Hari itu adalah masa terbaik untuk menunjukkan bantahan rakyat. Dimana lagi kita boleh berhadapan dengan wakil-wakil rakyat BN? Bahkan dalang rampasan kuasa, Perdana Menteri Najib Abdul Razak, tidak hadir hari ini. Jadi beritahu pada saya bila masa yang terbaik melainkan hari itu?” kata Nizar. - TVA/UtaraOnline

Jom Kongsi Dalam FB Anda