RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 17 Jun 2009

MANEK URAI - APA KENA MENGENA DENGAN KOMUNIS?

Wan Zaid, veteran UMNO akan bantu calon Barisan Nasional

KUALA KRAI 16 Jun - Bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dan veteran parti di sini memberi jaminan akan menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih berasaskan penerimaan masyarakat setempat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai bulan depan.

Beliau berkata, beberapa anak tempatan boleh diketengahkan sebagai calon kerana ia dianggap menjadi faktor utama yang dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN.

Wan Zaid percaya tidak akan timbul unsur-unsur sabotaj pada pilihan raya kecil ini kerana ahli-ahli parti serta penduduk mahukan perubahan di peringkat Parlimen Kuala Krai dan negeri.

"Perlu diingat sekarang keadaan telah berubah, pemilihan calon mestilah yang dikehendaki oleh rakyat dan bukannya calon yang dikehendaki pemimpin.

"Pemimpin tidak boleh pekakkan telinga atas kehendak rakyat. Pemilihan calon mestilah dibuat dengan baik bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai peluang BN dalam Pilihan Raya Kecil UMNO Manek Urai pada 14 Julai ini.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai bakal calon BN dalam pilihan raya kecil itu termasuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat.

Wan Zaid berkata, berdasarkan pengalamannya bertanding tiga kali di kawasan berkenaan, pengundi di Manek Urai mementingkan 'sentuhan' wakil rakyat bukannya janji pembangunan seperti mana yang sering kali dilaungkan dalam kempen pilihan raya.

"Orang Manek Urai sangat bergantung wakil rakyat dalam semua aspek kehidupan, sebagai contoh hendak buat kad pengenalan pun mereka minta tolong wakil rakyat.

"Mereka mahukan pemimpin yang sentiasa bersama, pemimpin yang mereka boleh percaya, siapa yang dapat memainkan sentimen seperti penyandang kerusi ini, Ismail Yaakob akan menjadi pilihan rakyat setelah dia tiada.

"Ia seperti konsep pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," jelasnya.

Tambah beliau, BN berpeluang cerah memenangi pilihan raya kecil itu berdasarkan beberapa faktor seperti kepimpinan baru negara di bawah Najib dan Datuk Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Ujarnya, berdasarkan sejarah Manek Urai adalah penempatan semula seperti kampung baru untuk mengelak ancaman dari komunis pada tahun 1950-an.

"Saya amat memahami perasaan penduduk di sini, mereka marahkan komunis dan sekarang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong kemasukan Chin Peng, ini memberikan kelebihan kepada BN.

"Penduduk di sini ibarat satu rumpun kerana mereka hidup dalam satu penempatan yang dikawal rapi serta berpagar. Oleh itu, isu ini akan memberi kelebihan kepada BN kerana mereka sensitif terhadap komunis yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidup mereka," katanya./Utusan

Ulasan - Satu kenyataan bodoh dan dungu dari seorang bekas pemimpin Umno. Kaedah nak mengipas pemimpin tetapi guna kipas yag bocor dan ketinggalan zaman. Dia ingat rakyat Kelantan bodoh sepertinya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan