Barisan Perpaduan Haji Hadi dah bagi ‘penjelasan’, tapi sama ada penjelasan dia telah menjelaskan suasana atau tambah mengharubirukan suasana..terpulang kepada tafsiran masing-masing. Dan nampaknya..yang memerlukan penjelasan bukan ahli-ahli dan penyokong Pas di tanah air, tetapi orang di England.
Diwaktu yang sama, Nik Aziz terus menghentam Kerajaan Perpaduan. Siapa yang menyokong Kerajaan Perpaduan adalah BONEKA UMNO!. Manakala Kelab Penyokong Pas pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pemimpin Pas yang menyokong Kerajaan Perpaduan dari turun ke Manik Urai. Aku cuba tak mau bercakap tentang perkara ini..terutama bila orang suruh aku tutup mulut…sebab aku bukan orang Pas. Orang PKR tak boleh cakap pasai Pas..Tapi orang Pas boleh kutuk PKR!!! Bila aku baca yang ini…bengang juga kepala.
“Aku tengok yang hentam Tok Guru Nik Aziz dengan Ustz Nasha ni tak lebih sebagai agen PKR je..bukan ahli Pas pun..sokong Pas pon tak tara mana..hangpa memang mau proksi anwar kuasai Pas bukan…???” Begitu juga bila baca macam ni… Ramai juga sebenarnya penyokong PAS yang berblogging terbawa-bawa dengan cara pemikiran liberal blogger PKR… Kononnya blogger kembara jalanan..
Tau sama tau sudahlah sapa yang dimaksudkan. Apakah Nik Aziz juga ejen PKR? Apakah Nik Aziz juga proksi Anwar? Dan bagaimana dengan Kelab Penyokong Pas yang mengharamkan pemimpin Pas pro UG dari turun ke Manik Urai…apakah mereka juga ejen PKR? Mengapa Nik Aziz tidak mahu berhenti dari mengentam Kerajaan Perpaduan? Malah Nik Aziz juga memberi amaran… Beliau berkata, gelaran ‘boneka UMNO’ yang diberikan kepada kalangan pemimpin Pas yang menyokong idea itu hanyalah merupakan kaedah pertama untuk menasihati golongan tersebut. Ini cuma nasihat. Apakah kalau berterusan isu ini, Nik Aziz akan mengisytiharkan perang pula?
Mengapa Nik Aziz begitu marah? Ada banyak yang diketahui oleh Nik Aziz tapi dia tak boleh nak ceritakan secara umum. Kadang-kadang dia buat secara kiasan..dan terpulang lah kepada kita untuk berfikir dan mencari apakah sebabnya dia begitu marah. Begitu juga bila aku tulis, aku tak meminta semua orang baca apa yang tersurat saja…ada perkara yang aku tak boleh cerita secara umum. Bila aku tulis sesuatu perkara..aku bukan duduk dirumah saja dan menatap komputer. Lepas tu karang cerita. Aku ikut ceramah merata tempat. Bagan Datoh, Pasir Panjang, Bagan Serai, sampai Pengkalan Hulu. Bila nak tulis tentang pondok Pak Teh..kami pergi jumpa dia. Bila dengar cerita pertemuan lapan mata di Kota Bharu..kami pergi ke Kota Bharu..untuk mendapat maklumat terus. Dan ada yang boleh diceritakan secara umum…ada yang tak boleh. Mana yang tak boleh tu..hangpa kena usahakan la. Kalau nak dapat tahu dari aku pun boleh…tak ada masalah. Boleh jumpa bila-bila masa. Tapi kalau terus bagi label..aku ejen PKR…nak pecahbelahkan Pas…susah la.
Tiap pagi..bila aku buka komputer, sudah pasti lah aku buka blog sendiri..tengok komen-komen dan jawab mana yang boleh. Lepas tu aku akan buka blog Penarik Beca. Aku dengan Bakaq bukan ngam sangat pun. Aku pro-Anwar..dia marah kat Anwar. Tapi itu bukan sebab untuk kami bermasam muka, dan juga bukan sebab pasai apa aku nak kutuk dia Syiah ka…dia tukang kacau ka. Tapi aku suka dia pasai dia benci Umno. Tu saja. Dan dia hentam Pas pasai dia sayang kat Pas. Dalam blog Bakaq…dia tulis pendek-pendek tapi penuh maklumat. Tapi ramai orang tak mau meneroka lebih jauh bila dia bagi clue..sebaliknya tuduh dia fitnah..buat cerita karut. Cuba perhatikan..pasai apa Bakaq buat posting pasai Task Force 2010…pasai Lt. Jen. Wan Abu Bakar..pasai apa?
Wan Abu Bakar adalah bos Risik Tentera. Perkataan yang popular ialah MIO. Task Force 2010 adalah projek MIO untuk mengekalkan kuasa Umno. Dan untuk mengekalkan kuasa Umno..Pas perlu dihapuskan dan kuasa Umno perlu dikembalikan. Bila Umno kalah diempat negeri semasa GE2008, MIO diarahkan untuk berbuat apa saja untuk mendapat kembali Selangor, Perak dan Kedah. Dan MIO menggunakan talibarut mereka dalam Pas untuk memujuk kepimpinan Pas Negeri untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Hasan Ali mencuba diSelangor, tapi gagal. DiPerak juga gagal kerana Ahmad Awang enggan bekerjasama dengan Umno. Bila gagal..mereka menggunakan cara lain dengan merampas Perak secara tak bertamadun.
Di Selangor, mereka masih berusaha. Dan bila Tok Iskandar tulis supaya kita berjaga-jaga tentang Selangor, aku tak heran. Dan aku juga tak heran kalau Selangor jatuh ketangan Umno…sebab memang itu yang sedang diusahakan. Dan Umno tak akan mampu menjatuhkan Pakatan Rakyat tanpa bantuan orang dari dalam PR sendiri. Isu Husam kalah..Nasharudin menang. Isu muktamar Pas ditaja oleh orang Umno…adalah isu remeh. Yang kita nak bergaduh pasal apa? Pasal apa kita tak mau pi tanya Nik Aziz…pasai apa dia marah sangat? Masa PRK Bukit Gantang…Ustaz Nasha dan Hj. Asmuni angkat tangan pegang bendera putih. Ada orang kata aku temberang. Pi tanya kat blogger Cenangau. Dia bertugas dengan Unit IT Pas..berkampung kat markas Air Kuning..pasai apa dia terlentang dalam bilik unit IT malam tu? Ustaz Nasha dapat maklumat dari mana? Dia dapat maklumat Pas akan kalah menerusi MIO. Dan dia percaya kat MIO…bukan dari petugas kat lapangan..bukan dari tukang gantung bendera dan tampal poster.
Tapi petugas tak mahu mengaku kalah..dan orang PKR juga tak mahu mengaku kalah. Dan orang Syiah macam Bakaq pun tak mahu mengaku kalah. Hangpa pi tanya kat Bakaq..berapa banyak SMS dan panggilan telefon yang dia buat kat aku tentang apa yang patut dibuat. Hangpa pi tanya kat Cyberboron dan Anaz, pasai apa pemimpin PKR panggil kami tengah malam buta. Hangpa pi tanya kat Pak Mat dan Tok Sidang dari Pengkalan Baru..apa yang depa buat di Trong. Aku tak boleh nak cerita semua secara umum. dan bukan aku nak kata..Pas menang pasai usaha kami…tapi apa yang aku nak bagi tau ialah…kami tak mahu Pas kalah. Hakikatnya…kalau kami mahu Pas lingkup…ikut cakap Ustaz Nasha. Tapi kami tak ikut sebab kami mahu Pas menang.
Peranan MIO bukan saja di Bukit Gantang. Semasa Muktamar yang baru lalu juga ada penglibatan MIO. Sejak dua hari lalu…aku mendapat update dari kumpulan pemikir Ustaz Nasha. Whoa…dalam muktamar Pas pun sekarang pakai MIO! Rating Ustaz Nasha semakin meningkat..dan Ustaz Nasha menggunakan khidmat MIO! Kita reaktif pada yang tersurat..tapi tak peduli pada yang tersirat. Kita tak mahu berfikir…sebaliknya hanya menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan. Dah jadi macam Umno..”kami menyerahkan kepada pucuk pimpinan.” Tajuk posting aku hari ni ialah Barisan Perpaduan…bukan Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan dah jadi cacamarba. Hj. Hadi dah kelamkabut.
Semalam dia kata..Kerajaan Perpaduan ialah kerajaan tanpa pembangkang..macam di Indonesia dan Afrika Selatan. Aku ingatkan dia ikut mana-mana kerajaan Islam!. Lepas tu dia kata..Kerajaan Perpaduan cuma relevan masa Abdullah Badawi bukan masa Najib. Kalau tak relevan…diam saja la. Yang pi jolok sarang tebuan pasai apa? Kalau aku kata Hj. Hadi bohong…nanti hangpa marah kat aku..jadi aku katakan..Hj. Hadi silap strategi. Oleh kerana idea Kerajaan Perpaduan ini terlalu besar..Hj. Hadi tak boleh nak kawal. Kalau dulu..senang. Sebab ramai orang tak tau, tapi sekarang…rahsia senang bocor. Ini yang sudah berlaku..tapi apa dia yang sangat dirisaukan oleh Nik Aziz? Apakah ‘Grand Design’ MIO untuk menghancurkan Pas?
/Pinkturtle

Tu la pasai, asal kalut dlm PAS, yg kena org PKR dan Anwar. Tapi yg ulamak korang putar alam mcm Hadi, Nasa, Hasan Ali...korang tak hemtam lak. Wala' pada pemimpin konon....piraaaaahhhhhh. Korang ni sebenarnya sama je ngan UMNO, Apa kata Presiden, korang angguk je...tak berani nak bangkang....wala' kononnya....
BalasPadamOiiii pendokong UG, kalau aku ckp korang bangang korang marah. Kenapa Nasa, Hasan Ali dan lain2 tu tak dengar ckp TGNA. Bukan kah itu di namakan tak wala'. Hadi and the geng tak cukup kena tarbyah lagi tau tak. Jgn sibuk nak tarbiyah ahli2 bawahan kalau diri tu umpama ketam...bangang betul la. Korang ni kan, mencemarkan nama Islam je la. Ko tengok apa kata org bukan Islam pada org Islam...tak pegang pada janji. Tu la hasil keje Hadi ngan geng. Bangang!. Bila kena kutuk mula la kata yg kutuk bukan ahli PAS tapi ahli PKR atau bukan ahli PAS. Kalau ahli PAS dah cukup kena tarbiyah...pala hotak korang..aku tengah hangin ni...bukan sbb apa, tapi sbb ahli PAS dari dulu sampai skang selalu bertindak bodoh bila dah hampir ke ambang kemenangan. Tak pernah nak belajar dari kesilapan. Asal menang je mula bongkak, takbur, sombong dan akhir sekali bodoh! Jgn terkejut, PAS akan tumbang dan terhapus sama sekali satu hari nanti bukannya UMNO! Sbb apa..sbb PAS di pimpin oleh Hadi and the gang yg kononnya ulamak...
betoi bang oi, cik setuju.. kita kata depa bangang depa marah.. kalu tak bangang nak marah pasai apa... depa merah pasai depa bangang la tu..
BalasPadamNi cik musykil kabir .. pasai apa bang husam kalah... cik tengok nasa tu tak karisma pemimpin islam pun.. nampak pakaian je... mahap le... depa marah kat husam tu pasai apa? cik rasa depa cemburu kat Husam sebab dia stailo dan ada karisma.. dia ada wawasan.. cik rasa kalu husam menang ramai la pengikut dia lagi yg tiba-tiba jd ahli pakatan rakyat...
Lagi satu cik tengok stail pas pun dah macam UMNO sikit2... dah memang depa koi nak bangang tahap gaban.
ye lah betul lah tu..
BalasPadamnak kata banggan pun demo tu sudah dianggap tok guru jugak.
tapi aku heran kenapa haji hadi tu boleh tepengaruh debgab ejen umno tu hah.
lain dari orang kelantan tidak akan tahu pengalaman berpilotik dengan umno.
unmo cukup licik dan cukup jahat dalam politik kotor.
jadi mana mana ornag kelantan sudah cukup masak dalam hal umno.
sebut kata umno pun dah boleh agak boleh kenal tak kira lah disegi pakaian.sebab di kelantan walau umno pakain kelantan sama je.
tapi kalau tahu dia umno memang tak boleh caya .
sebab tu teganu hanya satu penggal saje dapat pas merintah..mari lah sama sama belajar dengan orang kelantan lah kalau hal PAS / UMNO.
kami tidak akan layan UMNO sampai mati.
MASIH TAK SELESAI LAGI KE NEGARA PERPADUAN ...KAN DSAI DAH BAGI HUJAH SEMALAM SAYA SETUJU KLU KAU ORG KATA PEMIMPIN PAS TAK RETI BERPOLITIK TAK DE KARISMA LANSUNG BILA DSAI BAGI HUJAH BARU DIA ORG TERBUKA MINDANYE ..PASTU PANDAI PULAK JUAK JUAK PAS HENTAM PKR SEOLAH OLAH PKR NI MACAM TAK RETI BERPOLITIK.KLU TAK DE DSAI AGAKNYE PAS NI DAH LAMA MASUK JERAT UMNO ITU PUN MASIH TAK SEDO DIRI.
BalasPadamPas ni masih tak sedo diri lagi klu tak de nuar jangan harap le pas bole mengembang paling paling kat kelatan terengangnu je hassan ali ni dia ni ade le sikit gila kuasa bila bi en janji kan dia menteri beso tambah meroyan le dia ..skang tunggu masa je kalu DAP dapat ditebaraikan olih Be en nampaknya PKR akan kesorangan lah Pas akan tunggu masa untok bergabung ngan Be en. Tapi saya tetap bersama PKR.
BalasPadamSaya cadangkan supaya Pas jaga mesjid jaga agama klu jaga politik alamat lingkop le. di kelantan tu sebab pemimpinnye betul betul yg taraf tok guru kita yakin TGNA pejuang agama yg tulin bukan macam yg ade di luar kelantan semua hiporkit harap ketayap je besor.
BalasPadam