RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 19 Jun 2009

TUAN GURU NIK AZIZ TIDAK BOLEH DIJADIKAN PEMIMPIN?

Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS Yatim bekas tokoh Parti Melayu Semangat 46 yang telah `membakar jambatan' dengan Umno kemudiannya `melutut' kembali kepada Umno bersuara berkenaan isu Kerajaan Perpaduan. Di dalam berita TV hari ini, Rais MP Jelebu yang merupakan satu-satunya daerah yang paling sukar untuk mendapatkan bas, bercakap tentang isu tersebut dengan menyatakan bahawa sesiapa yang bercakap menentang kepada perpaduan tidak lagi boleh dipercayai dan dipilih sebagai pemimpin. Begitulah hebatnya Rais Yatim bermadah pujangga tentang perpaduan. Jika prinsip beliau itu dipegang teguh oleh anaknya sendiri, saya percaya krisis rumahtangga anaknya baru-baru ini tidaklah sampai ke mahkamah.

Mungkin pada Rais Yatim, seseorang yang layak dijadikan pemimpin adalah mereka yang tiada prinsip, keluar parti tubuhkan parti baru, bakar jambatan dan kemudiannya melutut balik ke parti asal dan dapat jawatan. Atau, seseorang itu layak dipanggil pemimpin apabila kalah entah beberapa kali merebut jawatan dalam parti seperti Naib Presiden, tetapi tetap menerima jawatan menteri. Ahli Umno di Jelebu tidak lupa kisah sewaktu mula-mula Rais Yatim melutut kembali kepada Umno setelah puas mengkritik Umno diberikan secara percuma jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu oleh Yunus Rahmat pemegang jawatan ketika itu. Ini dilakukan kerana untuk membolehkan Rais meneruskan kerjaya politiknya, yakni atas ikhsan Yunus Rahmat. Akhirnya, dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu yang lalu ramai menjangkakan tibalah peluang Rais pula untuk memberi laluan kepada Yunus Rahmat, tetapi siapa tidak kenal Rais? Inilah pemimpin namanya.

Rais hanya menumpukan kepada aspek perpaduan semata-mata untuk menilai seseorang pemimpin. Sekiranya perpaduan semata-mata boleh menjadikan seseorang itu layak digelar sebagai pemimpin, maka ramai yang layak termasuk perompak, penyamun dan perogol kerana mereka juga `bersatupadu' sesama mereka. Di mana letaknya prinsip, ketelusan, bersih, jujur, bermoral dan bersikap adil? Dan, yang paling penting pemimpin itu mesti dilihat berakhlak dan berpegang kuat kepada agama termasuk ahli keluarga pemimpin itu sendiri. Mengapa tidak dikaji oleh Rais sebagai seorang politikus yang dikatakan mempunyai Phd ini tentang mengapa dan apakah maksud Tuan Guru Nik Aziz bersungguh-sungguh menentang Kerajaan Perpaduan ini? Jika benar dakwaan Rais bahawa Tuan Guru Nik Aziz anti-perpaduan, mustahil kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbirannya mampu bertahan sekian lama? Mengapa majoriti Melayu, Cina, India dan temasuk orang-orang Siam dan Asli di Kelantan amat menyenangi MB Kelantan itu?

Rais Yatim ini sebenarnya sudah terlalu `usang' untuk disimpan oleh Umno. Cara dan kaedah berpolitik beliau sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Sampai bila beliau mengharapkan belas ikhsan orang lain untuk terus berada di lapangan politik? Saya masih ingat sewaktu hampir Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Rais benar-benar berharap dia dapat dicalonkan sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Jelebu. Ini menunjukkan seolah-olah di Jelebu jika tiada Rais, orang Jelebu tidak boleh hidup. Kini, ada Rais pun orang Jelebu hendak menaiki bas pun susah. Itulah pemimpin yang dikatakan lebih baik dari Tuan Guru Nik Aziz. / wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Salam...
    kalau kau balik kampong jumpa si anak Yatim cuba tanya, kenapa buku thesis PHD dia tu hilang kat semua perpustakaan, sehingga susah untuk pelajar undang-undang nak buat rujukkan..

    BalasPadam
  2. KERAJAAN PERPADUAN WADAH UTAMA MENYATU-PADUKAN MELAYU/ISLAM

    Dalam 10 orang wakil PAS itu sebenar nya separuh daripada nya berjiwa PKR.

    Mereka tahu bahawa PKR akan musnah jika 'Kerajaan Perpaduan' benar2 dapat diujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu.

    Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong 'Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.

    Orang melayu/Islam harus sedar, kuasa memerintah oleh melayu/Islam akan musnah jika berpecah dalam politik. Contohnya apa yang sedang berlaku sekarang.

    Kaum cina dan india sudah bersatu dalam DAP, kaum melayu/Islam berpecah dan sudah menampak kan kelemahannya dari segi kuasa memerintah.

    Suara kaum cina dan india semakin lantang untuk menghapuskan hak2 kaum melayu. Mereka juga sudah berani menuntut perkara2 yang akan merugikan kaum melayu/islam.

    Sedarlah sebelum terlambat.
    Pemimpin2 UMNO mungkin sudah sedar segala kesilapan nya dan sudah berubah.
    Mengapa kita tidak berani mencuba 'Kerajaan Perpaduan' ?

    BalasPadam
  3. Ya...kita harus berani mencuba..TAPI..bukan dgn Umno tetapi berani mencuba dgn PR. Dgn Umno, Pas dah cuba..tapi Umno pun cuba iaitu kencing Pas dan percubaan Umno berjaya. Perpaduan berpaksikan Melayu/Islam semata2 adalah mengarut tambahan pula bersama dgn Umno lebih mustahil. Melayu/Islam terbukti berlaku pepecahan bukan kerana bangsa lain, tetapi pemimpin Melayu Umno yg buat angkara. Dengki, khianat dan dendam. Sebab itulah, Pas tidak harus berani lagi untuk mencuba dengan biawak hidup ini....

    BalasPadam
  4. Peduli apa dia Jelebu ada bas ke tidak. Dia hari-hari naik Mersedes siap dengan driver lagi, ada bas ke tidak dia sampai gak ke Jelebu.

    BalasPadam