RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 14 Jun 2009

NAJIB, BERHATI-HATI DENGAN KES DS ANWAR INI

Lebih 10 tahun dahulu, Mahathir yang kini masih mendapat umur subsidi telah menyebabkan UMNO lumpuh dan menuju kehancuran sampai ke hari ini ekoran tindakannya memecat dan seterusnya membuat pendakwaan palsu yang direka-reka ke atas Anwar Ibrahim. Peristiwa 2 September 1998 sesungguhnya menjadi titik tolak kehancuran UMNO akibat kebebalan seorang pemimpin bernama Mahathir yang bertindak zalim dan ganas ke atas bekas timbalannya sendiri. Rakyat Malaysia sama sekali tidak sampai hati melihat seorang manusia diperlakukan sedemikian rupa, lalu bertindakbalas dalam pilihanraya umum 1999. Natijahnya, UMNO kalah teruk dan Terengganu jatuh ke tangan PAS.

Impak penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar semenjak 2 September 1998 itu terus menjalar sehingga ke hari ini dan dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008 lepas, UMNO-BN telah menerima padah yang bukan kepalang apabila buat pertama kali semenjak negara merdeka, parti telah kehilangan majoriti dan menyaksikan enam buah negeri tumbang ke tangan pembangkang.

Saya tidak percaya bahawa kemenangan besar parti pembangkang yang seterusnya menubuihkan Pakatan Rakyat adalah hanya dek faktor seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Tetapi dendam dan marah rakyat adalah bertalian dan berentetan semenjak kezaliman Mahathir 11 tahun dahulu. Amat besar ”hikmah”nya pemecatan Anwar dan seterusnya kezaliman yang Mahathir lakukan ke atasnya dengan menyumbatnya ke dalam Penjara Sungai Buloh, telah mencetuskan kesedaran politik yang maha hebat di kalangan rakyat. Dengan bantuan media alaf baru-internet, rakyat telah mendapat maklumat dari dalam kamar Mahathir sendiri mahupun kamar mahkamah!

Sesungguhnya gelombang kesedaran rakyat terhadap kezaliman kerajaan bertitik tolak daripada penganiyaan ke atas Anwar terus merebak dengan marak sehingga ke hari ini. Meskipun kehilangan majoriti 2/3 BN dalam pilihanraya umum lepas, diikuti oleh suara-suara kesal para pemimpin BN, namun kekesalan itu cuma hangat seketika. BN-UMNO tidak pernah belajar dan mahu berubah dan bermuhasabah diri dan insaf untuk tidak terus menzalimi rakyat lagi. Selepas beberapa bulan, kebejatan pemimpin UMNO untuk terus menindas rakyat tetap diteruskan juga. Hasilnya, Perak telah dirampas secara biadap dan tidak bertamadun. Kemarahan rakyat membuak-buak lagi. UMNo tidak belajar lagi dari kesilapan pertama dahulu (menzalimi Anwar).
Sila baca seterusnya di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan