TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KLIK "PLAY" DENGAR RADIO KOBAT FM

Khamis, 18 Jun 2009

KAMI BERPEGANG TEGUH DENGAN `AMANAT HAJI HADI'

"Percayalah, Perjuangan kita adalah jihad..." "Kita menentang Umno Bukan Kerana ianya Umno"... Amanat ini kami pegang walaupun ada pemimpin kami yang melupakannya.

Oleh: WFAUZDIN NS

HANYA seminggu dua sahaja Umno merasa selesa untuk bernafas apabila menyaksikan Pas bergelut dengan isu Kerajaan Perpaduan. Syabas, buat penyokong setia Pas yang terus mara ke hadapan menjadi perisai agar tembok pertahanan Pas tidak ditembusi oleh Umno dengan propagandanya. Disaat pimpinan Pas lebih banyak mendiamkan diri, penyokong-penyokong setia Pas termasuk penyokong-penyokong kuat PR berterusan menjadi penghalang kepada objektif Umno untuk melihat Pas terkubur.

Meskipun Harakah, satu-satunya media Pas yang sepatutnya boleh diharapkan untuk mempertahankan maruah dan moral Pas dari di`jual' dengan murah kepada Umno, tetapi akhbar tersebut terikut dengan rentak pemimpin mereka. Lesu dan tidak bermaya malahan kadangkala kelihatan laporan atau beritanya saling tidak tumpah seperti Utusan Meloya pula. Mujur, usaha yang berterusan dari penyokong-penyokong bawahan yang mahukan Pas terus dihormati dan disegani bukan di`beli', disedari oleh Mursyidul Am Pas. Lantas, beliau mengeluarkan kenyataan yang agak keras bagi `mengejut'kan beberapa pimpinan yang mungkin `terlena' dengan mimpi indah bersama bakal `tunangan'nya bernama Umno.

Selepas itu, barulah seorang demi seorang mengeluarkan pandangan masing-masing dari segala pelusuk negeri. Apabila terjaga dari `lena' barulah mereka tahu bahawa idea Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya tidak pernah dibincangkan sesama pimpinan Pas apatah lagi bersama PR rakan yang banyak membantu Pas sebelum ini. Rahsia bahawa cadangan Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya tidak pernah dibincangkan, bahkan semata-mata pendapat atau keinginan peribadi dua tiga orang di dalam Pas telah didedahkan di dalam Parlimen baru-baru ini oleh Ustaz Abdul Halim. Ketika itu, baru kita faham sebenarnya situasi yang berlaku walaupun sebelum ini beberapa pemimpin Pas mengutarakan berbagai helah dan dalil untuk meyakinkan kita agar menerima `jalan yang mudah' itu. Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Aziz terlebih awal `menghidu' bau busuk dari idea tersebut walaupun Mufti Perak menghidunya sebagai wangi yang teramat harum.

Setelah menyedari bahawa bukan semua penyokong dan ahli-ahli Pas boleh di`beli' dengan harga yang terlalu murah, Umno mula gelisah dan mahu tidak mahu terpaksa juga pemimpin-pemimpin Umno memuji melangit dua tiga tokoh Pas ini agar impian Umno akan menjadi kenyataan. Jika dahulu mereka mengecam tokoh Pas ini dengan menuduh fatwanya `mengkafirkan Umno' dalam amanat yang terkenal itu, kini mereka terpaksa menjilat ludahnya kembali. Umno tidak mengerti bahawa masih ramai di kalangan penyokong-penyokong dan ahli Pas yang masih memegang kuat fatwa `Amanat Haji Hadi' itu kerana mereka yakin bahawa itu adalah amanat yang betul dan tidak silap walaupun mungkin terdapat dua tiga tokoh Pas sekarang ini yang menganggap amanat itu tidak lagi releven. Kerana Amanat itulah penyokong-penyokong dan ahli Pas menentang keras sebarang usaha ke arah Kerajaan Perpaduan bersama Umno. "Kita menentang Umno bukan kerana ianya Umno". / wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Salam, isu ini sebenarnya ada hikmah, yg nampak, Najib telah mengeluarkan statement kata PAS ikhlas bukan mudah sebenarnya, hari ni sharizat jemput muslimat, ada strategi politik di sini, PAS dah kena dulu, insyaAllah pimpinan takkan lagi bodoh untuk ditipu lagi, kalau dilihat, nasha seperti kambing hitam jer, tetapi adakah wajar beliau perlu dipersalahkan? kerana suasana politik BN nampak mcm berubah sebab mereka dahulu memang tak penah kesian dgn pembangkang....

    BalasPadam
  2. kah kah kah kesian pkr.kalau jadi kerajaan perpaduan ni alamat lingkuplah perjuangan pkr hehe.the good type of secular is pkr but the bad type of secular is umno.ape2 pn dua2 tetap adik beradik sekular kah kah kah.in future dua2 bakal lingkup sbb sekular

    BalasPadam
  3. xlama lagi salman rushdie nak menetap plak kt malaysia.gerenti dapat sokongan dap dgn pkr hehehe.maklumlah dua2 partai ni penyokong western human right beb kah kah kah

    BalasPadam
  4. PKR dan DAP tiada masalah dgn Pas. Yg sering kencing Pas dan tipu Pas, khianat Pas adalah parti Umno yg ngaku kununnya parti perjuang Melayu. Tokoh DAP Guan Eng masuk penjara pasal selamatkan anak Melayu yg dirogol oleh pemimpin Umno. Hakikatnya, Umno kecut telor bila dah terasa PR tidak akan berpecah.....sian Umno, mereka gagal lagi....

    BalasPadam
  5. Gua rs bila isu krjaan prpaduan ni dh dtamatkn oleh PR,umno dh buntu giler kat manik urai.
    Mari mari mari..projek 'mee segera' dh smpai.

    BalasPadam