Program Sembang Kopitiam anjuran Angkatan Muda PKR (AMK) Selangor dan Shah Alam - yang dijadualkan berlangusng di Dewan MBSA, Seksyen 11, Shah Alam malam ini, telah ditangguhkan.
Program tersebut sepatutnya bakal menyaksikan ketua Pemuda dua parti komponen Pakatan Rakyat - PKR dan DAP - akan berkongsi pentas untuk membincangkan halatuju PAS ekoran isu-isu yang timbul selepas muktamar parti itu minggu lalu.
Mereka ialah Ketua Pemuda Sosialis DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.
Manakala Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menolak jemputan tersebut.
Dalam satu kenyataan semalam, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Bin Zainuddin berkata ia ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan lagi.
Beliau berkata, program ditangguhkan atas beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan pada saat-saat akhir.
"Sehubungan dengan itu AMK Selangor memohon kemaafan kepada semua pihak di atas kesulitan yang timbul disebabkan penangguhan ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Bagaimanapun, katanya AMK Selangor akan terus mengadakan program-program Sembang Interaktif Kopitiam tersebut pada masa hadapan dengan membicarakan isu-isu penting.
"Program-program ini adalah sejajar untuk menjadikan tradisi merakyatkan ilmu menjadi budaya politik baru gerakan anak muda.
"Malahan program-program intelektual ini akan menjadi wadah baru gerakan politik anak muda yang lebih berani dan dinamik," tambahnya.
Khairul Anuar berkata, program ini adalah usaha bersepadu AMK Selangor untuk membawa program keilmuan secara langsung kepada khalayak ramai di tempat awam.
"Justeru diharap semua pihak akan terus memberi sokongan kepada program-program keilmuan yang akan dijalankan oleh AMK Selangor di masa hadapan," katanya./Malaysiakini
Ulasan - Saya harap debat yang melibatkan sesama pimpinan PR ini dibatalkan sahaja apatah lagi tajuk tersebut agak `kontroversi'. Lebih baik diadakan perbincangan atau dialog tertutup sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan