DEWAN persidangan Wakil-Wakil Rakyat di negara ini sudah tidak ada daulat lagi. Mungkin `dewan' orang ramai atau dewan badminton lebih berdaulat kerana di dalam dewan badminton, segala pertandingan mesti ikut peraturan dan undang-undang. Tetapi, dalam Dewan Undangan Negeri seperti yang terjadi di Perak jelas membuktikan hilangnya `daulat' dewan tersebut. Baru beberapa jam tadi dewan yang menempatkan semua MP bersidang pun hampir mengikut jejak langkah di Perak.
Tapi, Ahli-Ahli Parlimen tidak perlu risau kerana sudah ada `peraturan baru' bahawa apa jua yang berlaku di dalam dewan persidangan kini boleh dibawa ke mahkamah. Bukankah sekarang ini hakim yang menentukan perjalanan demokrasi di negara ini? Jika ada sesiapa menganggap bahawa Malaysia sekarang ini sebuah Negara Hakim atau Negara Polis, siapa yang boleh menafikannya?
Memalukan samasekali negara kita dipandang oleh dunia luar. Peraturan sudah menjadi cerca merba. Begitulah jika kita salah memilih pemimpin untuk mentadbir negara ini. Kita cuma lihat kebaikan dari segi kulit semata-mata. Dahulu, kita pilih mereka kerana `Bersih, Cekap dan Amanah, kemudian `Islam Hadhari' , dan terbaru ditukar kulit kepada `One Malaysia'. Tidak ubah seperti ular yang bertukar-tukar kulit, tetapi masih tetap ular. / wfauzdin.blogspot.com
memang benar, DS Nizar dan ahli-ahli parlimen lain boleh saman speaker dewan rakyat di mahkamah. Kena buat cepat-cepat!
BalasPadamerm..Mesia Boleh!!
BalasPadam