RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 17 Jun 2009

US NASHA PERLU BERJUMPA MURSYIDUL AM

Oleh: WFAUZDIN NS

KEMELUT isu tentang Kerajaan Perpaduan masih belum selesai. Bunyinya cantik iaitu `Kerajaan Perpaduan' tetapi baunya sudah dapat dihidu oleh ramai orang. Berbagai tafsiran telah dibuat tentang isu ini dan ada pula yang cuba menambahkan beberapa `aksesori' bagi menampakkan Kerajaan Perpaduan bersama Umno ini amat indah seolah-olah inilah cara dan kaedah yang dituntut oleh Islam yang diperjuangkan oleh Pas. Maka, PKR dan DAP kini mula merasa bahawa Pas ingin `memadu'kan mereka dengan parti yang selama ini banyak menganiayai mereka termasuk Pas sendiri.

Semua faham dan mengerti bahawa Kerajaan Perpaduan bukan bermaksud untuk Pas memasuki Umno atau Bn. Tetapi, mengapa ada tentangan juga? Ramai yang menentang adalah kerana mereka mengenal Umno sejak lama lagi bahkan sehingga sekarang pun Umno masih tidak berubah. Pakatan pembangkang dan negeri-negeri yang diterajui oleh pembangkang masih terus dianiayai oleh Umno sehinggakan ada yang telah di`jajah' oleh mereka. Oleh sebab itu, tidak termasuk akal oleh sesiapa yang berakal untuk mengadakan kerjasama dengan Umno. Sekiranya perlu berunding, sememangnya PR telah lama bersetuju untuk berunding dengan Umno/Bn atas beberapa isu pokok. Tetapi mengapa sehingga kini PR tidak dijemput untuk berunding? Mengapa Umno terlalu `berselera' menyambut cadangan Pas sahaja? Ada udang di sebalik batu, mungkin.

Saya merasa sedih juga apabila Us Nasha diberi teguran `amat pedas' oleh Mursyidul Am tentang isu ini. Jika sebagai anak, boleh diumpamakan Us Nasha kini telah di`rotan' oleh bapanya kerana dilihat seperti degil. Sehinggakan bapa boleh berkata, Us Nasha boleh tinggalkan `rumah' jika teringin sangat duduk bersama dengan rumah yang penuh dengan berbagai bahaya dan`berpuaka' itu. Tidak salah Mursyidul Am berkata sedemikian kerana sudah beberapa kali beliau berkata lembut secara sindiran sebelum ini.

Kepada Us Nasha, bermuhasabah di atas apa yang berlaku adalah penting untuk menghuraikan kekusutan ini. Adalah amat baik, bijak dan berhemah jika beliau sendiri patut dan wajar berjumpa Mursyidul Am untuk memperkatakan apa yang perlu diperkatakannya. Jika beliau merasa bersalah atau tersilap, beliau boleh memohon maaf. Begitu juga, jika Mursyidul Am merasa beliau tersalah anggap kepada `anak'nya beliau juga boleh meminta maaf. Lupakan sahaja segala bentuk tawaran dari Umno seperti yang ditawarkan oleh Umno Cheras. Us Nasha tidak sesuai untuk berada di dalam Umno terutamanya Umno Cheras yang diketuai oleh seorang Syed yang secara terang-terangan menyokong Akta ISA yang zalim itu. Jangan dipedulikan apa yang dicadangkan oleh MSO (Mohd Sayuti Omar) di dalam blognya agar Us Nasha meletakkan jawatan sebagai MP Bachok. Siapa tidak kenal MSO?

Kenyataan Mursyidul Am itu bersyarat dan wajar difahami sepenuhnya. Kini, terpulang kepada Us Nasha untuk menimbang semula apa jua tindakan beliau selepas ini. Saya percaya, tidak mudah untuk menidakkan selepas ini akan timbul suara-suara bahawa Mursyidul Am terlalu fanatik dengan PKR dan DAP. Tetapi, patutkah juga kita terlalu fanatik dengan Umno/Bn? / wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. kalau rasa betul..berani kerana benar
    kalau rasa salah..minta maaf atau masuk umno..
    datang tak diundang pun..pergi pun tiada siapa nak halang...nak halau tu ada

    BalasPadam
  2. mso tu siapa...penulis bodoh tu ke

    BalasPadam
  3. Inilah kelebihannya dapat peluang belajar lanjutan tentang Islam di negara barat(latar belakang pengajian pada orang tersebut)akalau belajar perkara lain tak apa lah.Manalah keberkatannya ilmu tentang Islam kalau berguru dengan professor yang tak beriman pada ALLAH dapat Master degree adalah.Ada ustaz-ustaz yang berangan-angan sambung belajar ke Universiti barat baik hentikan sahaja niat itu. Silap niat bila belajar nak menjadi ALIM TENTANG AGAMA, ALLAH akan tarik keberkatan ilmu itu.APALAH PERWAKILAN PAS SILAP PANDANG PADA SESEORANG ,ILMU AGAMA TERIMA DARI MANA DAN DARI SIAPA.

    BalasPadam
  4. jika berlaku kerajaan perpaduan ni akibatnya lingkuplah perjuangan pkr.sia-sia je tubuhkan pkr akhirnya berlaku unity governmnet bila semua ahli parlimen dah diiktiraf sebagai wakil kepada rakyat dan bukan kepada parti.kah kah kah abisla perjuangan pkr selama ni..kesian aku tgok.patutla beria-ia menentang kerajaan perpaduan kah kah kah

    BalasPadam
  5. PKR tidak kisah kerana PKR boleh bersama dgn sesiapa je yg sanggup berjuang utk rakyat. Kalau tidak, dah lama PKR bubar macam Semangat 46 yg dh termakan racun Umno. Yg susah hati skrg Umno kerana niat mereka nk perbodohkan Pas tidak berjaya.....

    BalasPadam