masuk syurga
KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.
Timbalan Presiden UMNO berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.
“Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat),” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini. / Bernama
Komen - Sudah tentu dijanjikan Allah, melakukan amalan baik tempatnya Syurga, melakukan dosa tempatnya Neraka. Itu asas. Amalan baik perlu disertakan dengan mencegah kejahatan. Menyokong kejahatan adalah amalan tidak baik (berdosa). Menyokong puak yang melakukan kezaliman seperti Akta ISA, menyokong memilih parti yang mengekalkan perasuah atau penjenayah sebagai pemimpin juga amalan tidak baik (dosa), menyokong puak yang sering berlaku tidak adil kepada rakyat dari segi pembahagian peruntukan pembangunan misalnya, atau merampas kerajaan negeri secara tidak demokratik juga amalan tidak baik (dosa), maka dosa itu tempatnya Neraka. Fikir-fikirkanlah antara Umno dan Pas, pihak manakah yang komited terus terusan menentang kemungkaran, dan pihak manakah yang berterusan melakukan kezaliman dan rasuah ini. Terima kasih TPM yang kini berani menyebut pasal Syurga dan Neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan