RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 25 April 2013

MALAM INI AKU CERAMAH DI BALOK MAKMUR, KUANTAN BERSAMA LT JEN (B) GHAFIR, IKUTI LIVE STREAMING

INSYAALLAH, malam ini aku akan berceramah di markas PAS, Balok Makmur, Kuantan bersama dengan mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Dato Abdul Ghafir.

Turut berceramah yang akan bermula jam 9 malam nanti adalah calon-calon dari PR yang bertanding di Kerusi Parlimen/Dun di Indera Mahkota, iaitu Dato Fauzi Abd Rahman yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang (Parlimen Indera mahkota), Sdr Andansura Rabu (Dun Beserah) dan Sdr Lee Chean Chung (Dun Semambu).

Ceramah malam ini juga akan disiarkan secara LIVE dari Live Streaming oleh Pusat Media Pakatan Rakyat Pahang.

Rabu, 24 April 2013

MUHD TAIB MANTAN MB SELANGOR 'DIBERSIHKAN' SETELAH MASUK PAS?

AMAT malang sekali disaat-saat golongan yang dahulunya berada di dalam kelompok kejahilan telah mula menemui sinar kebenaran, golongan yang dahulunya berada di kelompok kebenaran pula kini berhempas pulas mempertahankan golongan zalim dan mungkar.

Ketika para artis dan tokoh politik yang dulunya alpa dengan keduniaan telah kembali insaf dan mahu kepada kebenaran dan keadilan, golongan yang digelar ilmuan bahkan menonjolkan dirinya seperti alim ulamak masih gila dengan pangkat dan kedudukan serta habuan duniawi.  Semakin hampir PRU, semakin nyaring mereka ini menyalak umpama anjing kelaparan.

Mantan MB Selangor menyertai PAS
Kehadiran mantan MB Selangor, Muhd Taib atau 'Mike Tyson' menyertai PAS, bertambah meroyan si Hassan Jati.  Beliau tidak menyangka 'secerdik-cerdik' beliau kononnya pakar 'moti basi', terdapat bekas tokoh Umno yang lebih bijak menilai arah perjuangan yang diredhai.  Hassan Jati balik ke alam kejahilan dan kesesatan, Mike Tyson telah kembali ke pangkal jalan.

Ada orang bertanya, apakah hebatnya 'Mike Tyson' yang dahulunya pernah terlibat di dalam isu membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak di Lapangan Terbang Australia?  Benar, kita telah ungkitkan perkara ini betahun-tahun dahulu dan 'Mike Tyson' telah pun disiasat.  Adakah benar beliau telah 'dibersihkan'?  Kita tidak beranggapan begitu walaupun beliau telah bersama kita kerana bukan kita yang menyiasat kes beliau dulu.  Kita perlu tanya Kerajaan sewaktu itu (Umno/Bn), adakah 'Mike Tyson' bersih?  

Sebagai sebuah Parti Islam, PAS tidak akan menyekat sesiapa sahaja untuk bersama dengan wadah perjuangan menegakkan Islam hatta kepada orang-orang kafir sekalipun.  Khalifah Islam, Sayyidina Omar dan Sayyidina Hamzah lebih hebat rekod 'kejahatannya' sebelum beliau mendapat hidayah dari Allah.  Apakah kerana sejarah kotor dan jahat kedua-dua Khalifah ini, Nabi tidak membenarkan mereka untuk menyertai Ugama Islam?  Ini lah hebatnya Islam.  Ini lah juga yang mahu dibawa oleh PAS.

Seandainya mereka anggap sesiapa sahaja yang menyertai PAS akan 'dibersihkan', itu anggapan yang salah.  Kita mahu pihak berkuasa bertindak ke atas sesiapa sahaja yang melakukan salah laku tetapi bukan menunggu seseorang itu menyertai PAS atau Pakatan Rakyat barulah pihak berkuasa mahu bertindak atau menyiasat.  Itu kerja yang tidak amanah dan tidak ikhlas. 

Ahad, 21 April 2013

ISU KETUA CABANG ROMPIN - TIADA KENA MENGENA DENGAN USAHA MENYELAMATKAN KERUSI BN

 
CALUN MUADZAM SHAH TIDAK DIPILIH OLEH AKAR UMBI CABANG. SDR NORDIN TIDAK DIKENAL OLEH KEBANYAKAN PENGUNDI KERANA TAK MENGGERAKAN PARTI APATAH LAGI DIPENEMPATAN ORG ASAL. KEBANYAKANNYA LEBIH KENAL SDR RABIDIN KERANA BELIAU LEBIH MESRA DENGAN PENGUNDI. SAYA MENGANDAIKAN PEMILIHAN CALUN KEPADA NORDIN ADALAH TELAH DIRANCANG SUPAYA DUN MUADZAM MEMBERI KEMENANGAN MUDAH KEPADA MAZNAH MAZLAN YANG JUGA MERUPAKAN ADIK IPAR DATU FAUZI. DAN TAK MUSTAHIL INI ADA KERJASAMA DARI CALU CALUN PARLIMEN DAN DUN BARISAN NASIONAL KAWASAN ROMPIN.....NAMPAKNYA PERMAINAN SANDIWARA PKR SEMAKIN TERSERLAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT DENGAN TERSEBARNYA PENYINGKIRAN SEMUA KETUA CABANG PKR SELURUH MALAYSIA YANG MENYOKONG DATUK ZAID IBRAHIM SEWAKTU PEMILIHAN DULU DARI TERPILIH SEBAGAI CALUN. INI LAH DIA KATA ORANG TUA TUA DULU: MENGATA DULANG PAKU SERPIH........" RUPANYA PERANGAI UMNO TETAP ADA DALAM PKR. TIADA DEMOKRASI SEBENARNYA DALAM PKR. KALAU DALAM PARTI SENDIRI PUN DAH ADA CAH KETING.......APAKAH NASIB RAKYAT AKAN DATANG? (Petikan komen seorang pembaca Blog ini)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

BEGITULAH  bunyinya komen yang agak pedas dari penulis di atas terhadap hilangnya nama Ketua Cabang Rompin, Sdr Wak Rabidin Kasmawi dari calon Dun Muadzam Shah.  Aku memahami perasaan penulis berkenaan dan secara peribadi aku bersetuju bahawa Sdr Wak Rabidin sememangnya tokoh terkenal, rajin dan mendapat sokongan kuat dari ahli-ahli parti bahkan dari rakan-rakan PAS sendiri.

Sdr Rabidin Kasmawi - Ketua Cabang Rompin
Aku banyak kali juga terlibat di dalam program yang dianjurkan oleh Cabang Rompin, dan Wan Rabidin adalah orang yang sering panggil aku ceramah di kawasan beliau.  Setiap kali program, aku tidak nampak muka lain atau tokoh yang begitu aktif bergerak selain dari Wak Rabidin.  Terus terang, aku sendiri tidak mengenali Sdr Nordin walaupun aku berada dalam Majlis Pimpinan Negeri Pahang.

Tetapi, aku langsung tidak setuju dengan Penulis yang mendakwa 'hilang'nya nama Wak Rabidin dari calon Dun Muadzam adalah kerana ingin memberikan kemenangan mudah kepada 'adik Ipar' Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang.  Untuk maklumat Penulis, nama Wak Rabidin adalah tersenarai teratas yang diberikan oleh Ibu Pejabat Negeri kepada Pusat.  Malahan, sewaktu Ibu Pejabat meletakkan nama Sdr Nordin sebagai calon, pihak Negeri sedaya upaya cuba meminta penjelasan daripada Pusat mengapa nama Wak Rabidin 'hilang'.  Usaha untuk meletakkan semula Wak Rabidin sebagai calon dibuat sehingga ke peringkat Presiden Parti, DS Wan Azizah hadir ke Kuantan yang mana pada asalnya untuk mengumumkan calon yang terpilih.

Untuk makluman Penulis juga, bukan Wak Rabidin sahaja yang cuba diusahakan oleh Negeri untuk dicalonkan tetapi beberapa nama calon kawasan lain turut terlibat.  Oleh kerana desakan Negeri, DS Wan Azizah tidak jadi untuk mengumumkan senarai calon yang dianggap oleh Negeri kurang sesuai untuk dipilih di antara lain adalah kerana tidak pernah turun padang atau tidak dikenali oleh masyarakat setempat. Oleh yang demikian, Negeri memohon agar Pusat mengkaji semula senarai pilihan calon yang dikeluarkan oleh Negeri untuk diterima pakai oleh Pusat.  Maka, DS Wan Azizah bersetuju untuk menangguhkan dulu pengumuman calon pada malam tersebut kerana terdapat beberapa nama yang dipilih oleh Negeri 'hilang' di dalam senarai calon yang dibawa oleh DS Wan Azizah.

Akhirnya, pihak Pusat membuat beberapa pindaan terhadap kedudukan calon-calon malangnya masih terdapat beberapa nama pilihan Negeri 'hilang' dari senarai termasuk nama Wak Rabidin.  Apakah yang mampu Negeri boleh lakukan lagi tambahan pula senarai nama yang dimuktamadkan oleh Pusat tiba dua hari sebelum hari Penamaan Calon?  Pusat mempunyai alasan tertentu mengapa beberapa nama baru wujud di dalam senarai walaupun alasan mereka kita tidak boleh menerima atau bersetuju.  Akhirnya kita terpaksa kembali kepada adab berjemaah dan berparti di mana kita berhak menegur pihak atasan tetapi terpaksa akur dengan pihak atasan jika mereka telah buat keputusan.

Ertinya, kehilangan nama Wak Rabidin dari senarai calon tiada langsung kena mengena dengan usaha untuk membantu waris atau adik ipar sesiapa kerana bukan satu kes sahaja yang terlibat.  Aku berpendapat adalah lebih baik dan praktikal di masa akan datang, calon Dun hendaklah ditentukan oleh Negeri setelah mendapat sokongan dari Cabang dan pihak Pusat kenalah menerima pandangan Negeri.