RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 24 April 2013

MUHD TAIB MANTAN MB SELANGOR 'DIBERSIHKAN' SETELAH MASUK PAS?

AMAT malang sekali disaat-saat golongan yang dahulunya berada di dalam kelompok kejahilan telah mula menemui sinar kebenaran, golongan yang dahulunya berada di kelompok kebenaran pula kini berhempas pulas mempertahankan golongan zalim dan mungkar.

Ketika para artis dan tokoh politik yang dulunya alpa dengan keduniaan telah kembali insaf dan mahu kepada kebenaran dan keadilan, golongan yang digelar ilmuan bahkan menonjolkan dirinya seperti alim ulamak masih gila dengan pangkat dan kedudukan serta habuan duniawi.  Semakin hampir PRU, semakin nyaring mereka ini menyalak umpama anjing kelaparan.

Mantan MB Selangor menyertai PAS
Kehadiran mantan MB Selangor, Muhd Taib atau 'Mike Tyson' menyertai PAS, bertambah meroyan si Hassan Jati.  Beliau tidak menyangka 'secerdik-cerdik' beliau kononnya pakar 'moti basi', terdapat bekas tokoh Umno yang lebih bijak menilai arah perjuangan yang diredhai.  Hassan Jati balik ke alam kejahilan dan kesesatan, Mike Tyson telah kembali ke pangkal jalan.

Ada orang bertanya, apakah hebatnya 'Mike Tyson' yang dahulunya pernah terlibat di dalam isu membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak di Lapangan Terbang Australia?  Benar, kita telah ungkitkan perkara ini betahun-tahun dahulu dan 'Mike Tyson' telah pun disiasat.  Adakah benar beliau telah 'dibersihkan'?  Kita tidak beranggapan begitu walaupun beliau telah bersama kita kerana bukan kita yang menyiasat kes beliau dulu.  Kita perlu tanya Kerajaan sewaktu itu (Umno/Bn), adakah 'Mike Tyson' bersih?  

Sebagai sebuah Parti Islam, PAS tidak akan menyekat sesiapa sahaja untuk bersama dengan wadah perjuangan menegakkan Islam hatta kepada orang-orang kafir sekalipun.  Khalifah Islam, Sayyidina Omar dan Sayyidina Hamzah lebih hebat rekod 'kejahatannya' sebelum beliau mendapat hidayah dari Allah.  Apakah kerana sejarah kotor dan jahat kedua-dua Khalifah ini, Nabi tidak membenarkan mereka untuk menyertai Ugama Islam?  Ini lah hebatnya Islam.  Ini lah juga yang mahu dibawa oleh PAS.

Seandainya mereka anggap sesiapa sahaja yang menyertai PAS akan 'dibersihkan', itu anggapan yang salah.  Kita mahu pihak berkuasa bertindak ke atas sesiapa sahaja yang melakukan salah laku tetapi bukan menunggu seseorang itu menyertai PAS atau Pakatan Rakyat barulah pihak berkuasa mahu bertindak atau menyiasat.  Itu kerja yang tidak amanah dan tidak ikhlas. 

4 ulasan:

  1. ada kah kemungkaran umar & hamzah sama dgn mamat ni? nabi saw ada kuasa mengampun, pas ada ka? harta rampasan perang mamat ni pun dah dibersih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan cetek pemikiran tu.pernah dengar ke perkataan taubat.Ini hak allah bukan hak kau dan aku.Sehina hina dia dimata kau, keberanian nya terang terangan bersama islam, walau pun nyata akan dihina dan dicerca dek sebab sejarah hitamnya,adalah semangat juang yg tiada bandingan nya dan sangat hebat.Hanya wira sejati yang mampu mengharung medan yang diketahui dihujani peluru.ada kau berani?

      Padam
  2. insyaallah sekiranya dia ikhlas dlm perjuangan dia akan sentiasa dikenang dan mudahan2 diampunkan Allah..nasib baik tok mufti yg dikatakn akan bertanding di kangar tue x bertanding..rupanya lmbang keris jgk..heran mufti blh sokong parti yg bt zalim pd umat islam,yg anjur parti2 maksiat,yg tolak hukum islam..dimanakah akal waras wahai golongan2 AGAMA..!!anda yg diharapkan memimpin umat..tp anda sama berjuang menjahanamkan agama..heran akhir zaman nie..org yg dlunya jahil kmbali dan sokong islam..tp org yg dikata alim,warak,org jaga agama sokong org yg lwn islam..!

    BalasPadam
  3. memang benarlah apa yang dikiaskan oleh TG Nik Aziz bahawa orang UMNO yang menyokong parti yang tidak memperjuangkan islam sembahyang merekatidak dapat pahala seperti mana orang lain...

    BalasPadam