RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 19 Januari 2015

BLOGGER OMAK KAU BERPATANG ARANG DENGAN AZMIN KERANA TERLALU SAYANG PADA TSKI?

AKU pun tak tahu apa masalah dengan Blogger kawan aku "Omak Kau" ni.  Sudah lama aku perhatikan semenjak bos dia TSKI dipecat dan Azmin jadi MB Selangor, ada saja perbuatan Azmin yang akan menjadi bahan beliau.  Aku tahu, sewaktu kempen pemilihan di dalam parti dulu sahabat aku ni mengekor saja ke mana TSKI pergi termasuk ke Pahang di tempat aku.  Orang kuat TSKI jugalah kiranya.

Tidak salah mahu sokong TSKI.  Aku pun orang yang kuat berkempen untuk TSKI setelah aku rasa peluang Saifuddin tipis waktu itu.  Dan, ramai juga teman-teman di Pahang yang menyokong Azmin tetapi kami terbuka dan aku pun tidak bermusuh dengan penyokong sesiapa pun.  Apabila parti membuat keputusan, aku punya pendirian selagi aku di dalam parti maka parti adalah keutamaan aku bukan individu.  Jika aku sokong Saifuddin atau TSKI waktu itu, aku tidak pula mencari apa saja isu murahan untuk burukkan Azmin.  

Bila Azmin terpilih menjadi Timbalan Presiden KEADILAN, aku kena akur keputusan pemilihan.  Memang ada kelemahan yang perlu diperbaiki itu kena akur tetapi bukan bermakna aku mesti jahanamkan parti.  Bila Azizah tidak dapat menjadi MB kerana tiada sokongan Istana, aku juga akur dengan kehendak parti yang memberi restu kepada Azmin yang dipilih oleh Istana sebagai MB Selangor.  TSKI dipecat, apa yang TSKI buat untuk pertahankan dirinya setelah diberi peluang bela diri?  Tiada.  Bahkan beliau tidak datang pun untuk menjelaskan apa-apa tentang pemecatannya.  Ertinya, TSKI sengaja mahu dirinya dipecat sebab itu beliau tidak mahu hadir beri apa-apa penjelasan kepada parti.  Mungkin beliau rasa beliau boleh lawan parti kerana ada PAS yang kuat menyokongnya dari belakang.

Omak Kau pula terus hilang arah selepas TSKI dipecat.  Ada orang kata dia jadi begitu kerana sudah hilang punca pendapatan selama ini sebagai Blogger berbayar untuk TSKI.  Aku tidak percaya semurah itu perjuangan rakanku ini, mungkin itu gossip saja kot.  Tetapi tindakannya yang berterusan mencari apa saja isu untuk mempersendakan Azmin menampakkan penyakit Omak Kau semakin parah.  Azmin turun ke akar umbi pun menjadi isu buat beliau.  Aku rasa jika Azmin duduk saja di Pejabat MB berhawa dingin, Omak Kau juga akan buat isu Azmin tidak turun ke akar umbi.  Bila Azmin turun, dijadikan isu seolah-olah Azmin mahu menunjuk-nunjuk atau berlakun.

Azmin ke K.Krau baru-baru ini pun menjadi isu.  Terbaru tulisan Omak Kau di sini http://omakkau.blogspot.com/2015/01/gelagat-azmin-yang-menusuk-kalbu-sambil.html , gambar Azmin makan nasi bungkus pun menjadi isu.  Omak Kau kata hanya Azmin makan seorang manakala yang lain pandang sahaja.  Lojikkah begitu?  Adakah tiada gambar orang lain makan bersamanya membuktikan orang lain tidak makan di dalam program kunjungan MB Selangor?  Aku rasa ini isu murahan untuk memburukkan imej Azmin setelah tiada isu dasar yang lain boleh diperkatakan.  Maka terpaksa kutip isu azmin masuk longkang, Azmin cuci kain dan Azmin makan nasi bungkus.  

Mengapa tidak ulas isu di mana TSKI sekarang?  Waktu banjir di mana TSKI?  Bukankah sewaktu di penghujung hayat beliau di Kerusi MB negeri yang paling kerap TSKI datang adalah di Kelantan dan Terenganu?  Kita tahu waktu itu sokongan Muryidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz penting untuk TSKI kekalkan jawatan beliau sebagai MB.  Sokongan Presiden PAS, Hj Hadi juga penting.  Sebab itu TSKI kerap sangat berkunjung ke dua-dua negeri tersebut.  Bahkan, Hj Hadi pun sanggup datang ke rumah TSKI.  Punyalah akrab.  Rumah TSKI seperti berkampong dengan Solat Hajat dan berbagai-bagai program lagi waktu itu.

Bila musibah banjir datang dan paling teruk di Kelantan, ada TSKI datang ke sana?  Waktu itu kebetulan Tok Guru Nik Aziz uzur di Hospital, ada TSKI menjenguk?  Yang datang jenguk adalah Anwar sewaktu beliau berkunjung ke Kelantan.  Azmin pun turun Kelantan.  TSKI ada?  Terengganu pun ada TSKI datang untuk bertanya khabar tentang banjir kepada Hj Hadi?  Tiada.  Sumbangan jangan tanyalah.  Mungkin duit pun dah tiada kerana geng-geng TSKI sudah ambil awal ratusan ribu ringgit sebagai pampasan.  Ada Omak Kau mahu ulas semua ini?  

Aku harap cukup-cukuplah Omak Kau mencari isu murah untuk jejaskan imej Azmin.  Carilah isu yang besar-besar dan releven jika ikhlas untuk melihat MB Selangor ini boleh laksanakan tugas dengan baik.  Jangan cari isu yang macai amno pun ketawa membacanya sebab mereka pun tidak sebodoh itu di dalam menjaja isu.

49 ulasan:

  1. Setuju sangat dengan pandangan admin.

    Kami sebagai pengunjung blog, dah banyak kali beri nasihat dan ramai juga yang marah dengan Omak Kau.

    Pebuatan beliau sangat tidak matang.

    Maafhan saya Omak Kau kalau saya keterlaluan.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandangan Omakkau mungkin sama dengan pandangan aku....Xder masalah pun untuk Azmin gantikan TSKI...tapi cara yang digunakan tu licik dan menjengkelkan...Review balik tuduhan2 yang dilemparkan pada TSKI...sekarang senyap...sesenyap peruncit2 yang xmau turun harga selaras dengan penurunan harga minyak...apepun pada aku matlamat tak menghalalkan cara...itu kalau matlamat yang baik...klu tak baik lagi takyah cakap...so Azmin, u have no respect from me...malahan kepuraan yang dibuat menambahkan lagi jijiknya Azmin di mata aku...TQ

      Padam
    2. Harap mereka yang komen buatlah secara ikhlas dan kalau ikhlas maka per turunkanlah nama sendiri atas komen yang diberi dan hentikan guna Tanpa Nama. Emak bapa bagi nama, guna lah. Kenapa takut.

      Padam
    3. Apa masalah kau Johan ?

      Di sini kita bukan ukur tahap takut seseorang
      Dan arwah Emak Ayah pesan jangan bagi nama pada orang yang kita tak kenal Jaga nama kita baik baik Kalau tahu nama pun hebat sangat ke

      Khalid pun licik dan menjengkelkan Seronok dapat sokongan UMNO tapi tak secerdik Azmin -In respond to TN 8 17 PTG

      Padam
  2. Sendiri mau ingat & faham2lah..

    TSKI dah pon jls dgn Hadi..dgn UG..of course UMNO

    klu dah dgn porno...gerenti dpt besar punya UPTI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini jerla kojo kau...jilat minali dan anuwar smpi licin tp ulamak kau fitnah2kan...eeeeee...geng din kiwi ke?

      Padam
  3. Molek sangat admin keluarkan artikel sebegini. Belasah si OmakKau tu. Budak cetek akal! Pompuan le katakaaan.. Betul le tu, dah tak *masyuuk* lagi bila TSKI bukan MB Selangor. OmakKau punya standard, tak boleh harap langsung utk jadikan modal parti di pentas siber. Untuk lebih adil, suruh je OmakKau mohon borang keahlian, jadi ahli UMNO!

    BalasPadam
  4. Artikel ini penuh dgn fitnah dan disokong oleh macai pendik akal

    BalasPadam
  5. aku lg tak faham dgn kau din sbb kau tak ambil peredaran semasa mcm omak kau yg beralih perjuangan setelah didapati perjuangan parti telah melencong dan dikhianati dan prinsip inilah yg menjadi peganggan omak kau iaitu berkata benar walaupun pahit tak mcm kau din terus berada dlm perjuangan yg telah menyeleweng dan tersasar. Aku respect kat omak kau sbb dia terus berjuang dgn prinsip berkata benar walaupun pahit walaupun macai2 mcm kau ni dok keji, maki hamun dan buat gangguan seksual terhadap dia. Buat kau din insaf2lah sbb perjuangan kau sia2 dan utk duniawi semata2 ! Oh ya aku dengar anwar skrg nak berUG dgn najib lawan Mahathir dan Daim betul ke din ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. admin ni bloger/macai tolol lagi bahlol

      Padam
    2. Din kiwi suka buat artikel kasi kilat2 sama minali dan anuwar....ni pun nk tunjuk pd minali dan anuwar betapa perihatinnya din kiwi bila tuan2 dia kene cacai....menyalak din kiwi...nk malukan omak...tp bontot sendiri bertahik....opssss blkg sensitip.

      Padam
  6. Baca para 2 artikel ini:
    >Tidak salah mahu sokong TSKI.  Aku pun orang yang kuat berkempen untuk TSKI setelah aku rasa peluang Saifuddin tipis waktu itu.<

    Kalau tak LALANG apa lagi nk dikata. Bila tgk peluang Saifudin tipis terus dia sokong TSKI. Bila TSKI nk dipecat dia beralih kondem TSKI pulak.

    Ni mcm ka nk dikata PEJUANG???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada prinsip....hipokrit.

      Padam
    2. maksud >Tidak salah mahu sokong TSKI. Aku pun orang yang kuat berkempen untuk TSKI setelah aku rasa peluang Saifuddin tipis waktu itu<

      Dia bebas tak terikat dgn upah Kalau di beri upah dia kena patuh dan bertahan sampai sekarang dia memburuk burukkan Khalid

      Padam
    3. Spinnnnnnnnnnnn....hahaha

      Padam
    4. lalang la tu...

      Padam
    5. Saifuddin di beri sokongan kerana pengalaman dan khidmat dia dengan parti Ini Khalid tak boleh buat Tu sebab sampai sekarang Khalid tak ada parti

      Untuk berlaku adil Khalid pulak rajin dan pandai cari duit Tetapi dia mengharap sangat pada orang lain untuk mengambil tindakan dan keputusan hal hal politk

      Tak macam UMNO dua dua amlau ! Siapa banyak tabur duit dia lah dapat sokongan

      Padam
  7. Gua setuju dgn lu bro,kita sokong parti bukan sokong individu.meroyan omakau dah kritikal tahap 4.dulu meriah blog dia sekarang sepi mcm kawasan perkuburan.blog dia dah jadi tempat setan biru bersuka dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong parti, tapi bknnya individu,...tapi kalau individu yg memimpin parti tu dah tak betul bagaimana? macam Najib dan UMNO dan spt Anwar dgn PKR. kalau dibiarkan org2 begini mempunyai kuasa dlm parti,parti akan hancur dan hanya macai2 yg bodoh dan senang diperbodohkan saja tak blh terima kenyataan (termasuk Admin)

      Padam
    2. Kena lah turun kan Najib
      Kena lah tukar kan Anwar

      Kalau dua dua tukar tak boleh turunkan pun tak boleh pilih lah yang paling tak teruk Nampak gaya terbukti Najib yang paling teruk Bukan PR yang nak Najib berambus Daim Mahathir pun serang Najib

      Padam
  8. Azmin pandai main politik n publisiti. Tapi kerja atau future planning program ileks. TSKI lain pulak.
    Siapa tak marah...guna pintu belakang kalau nak tendang musuh jatuh dari kerusi.
    Dalam PAS ada UG...Anwar sekarang nak sambung semula UG dengan Najib. OK ke...aku difahamkan orang PKR nak muntah kalau dengar OG

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khalid pun sama Berunding diam diam dgn Hj Hadi Ikut pintu Istana konon dapat sokongan majoriti Ingat PKR DAP takut hilang kuasa di Selangor Dan akhirnya Khalid yang malu !

      Padam
    2. berunding pe plak..? dia cuma bg penjelasan jer kat TG Hadi...

      Padam
    3. Hj Hadi tidak sepatutnya buat keputusan jika Khalid hanya berjumpa untuk memberi penjelasan Apa apa keputusan di buat hendaklah berbincang dan sepatutnya Hj Hadi memanggil presiden dan ketua dalam parti PR untuk berbincang dan membuat keputusan

      TSKI dipecat, apa yang TSKI buat untuk pertahankan dirinya setelah diberi peluang bela diri? Tiada. Bahkan beliau tidak datang pun untuk menjelaskan apa-apa tentang pemecatannya

      Tiba tiba Khalid boleh jumpa Hj Hadi dan bagi penjelasan Di sini siapa ketua kepada Khalid ??

      Ini lah penjelasan yang dapat saya berikan berikut komen TN 2 41 PTG supaya dalam apa apa perkara nak di putuskan bawak lah berbincang

      Padam
  9. Bhai 1204,ko pernah fikir x tuduhan liwat pada anwar dah berpuluh tahun tp seorang saksi pun x pernah wujud.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau faham tak apa yg aku tulis? ada aku cakap Anwar meliwat ke? itulah jgn fanatik sangat hingga akal tak berfungsi dgn normal dan tak faham apa yg aku tulis. Cubalah sorot sikit kebodohan yg ada, malu dgn org lain dan jgn mudah digula-gulakan.

      Padam
    2. Sama la bhai....dh berapa tahun dok ratib ug ug ug...ntah2 yg dok ratib tu nk berUG sbnrnya...tp klu ikut bukti mmg iyer pun...alih2 ulamak2 difitnah...

      Padam
    3. PKR dan FITNAH berpisah tiada

      Padam
    4. Anon 349, telah terpesong jauh dr topik, kalau bangang dlm berhujah lebih baik diam aje, taklah teserlah sangat ketololannya.

      Padam
    5. ai marah nampak ! mmg dasar macai pkr kalau depa tuduh kat orang tak pa tp kalau kena batang hidung sendiri depa cakap keluar topik......sebijik mcm pak menakang @ pak menatang hang Augustine Paul.........tak relevan. Pas tu kalau dah kalah berhujjah depa guna pula maki hamun.....mmg macai kaki putar alam saling tak tumpah mcm din admin ni !

      Padam
  10. Sayang parti punya Pasal, kalu parti suruh ko makan taik, ko makan jugak ker din?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum pernah lah mana mana parti suruh makan taik !

      Tapi yang parti dah tak suruh makan rasuah tapi terus juga amalkan makan rasuah ada !UMNO !!

      Lagi teruk dari makan taik sebab makan rasuah sedap makan taik uuwek !

      Padam
    2. Cuba bg 1 cth dgn bukti umno mkn rasuah.

      Padam
    3. Lebih satu contoh boleh bagi

      Padam
  11. Tahniah. Admin hanya pertikai blogger omak kau hnya burukkan azmin hnya dgn isi cuci longkang...cuci kain....itu je? Kalau soal dasar yg ditegur atau Azmin makan duit ke apa ke boleh la rakyat terima. Ini soal cuci longkang....aku tahu lah sahak gagap dulu mmg takkan buat kerja cuci longkang...

    BalasPadam
  12. Parti suruh makan taik kita kena makan taik? bodo punya hujah. Abis tu kalau kita taat kpd mak dan ayah kita, ayah suruh makan taik hang makan tak? Kalau tak makan ertinya tak taat? Jgn kasi hujah bodoh la....Kita taat pd parti bkn mutlak bro. Aku sokong blogger ni bkn mcm Omak kau yg meroyan bila TSKI gugur....takleh cari mkn la tu...huhu

    BalasPadam
  13. Azmin sorang sorang panjat lori sampah makan nasi bungkus masuk longkang PKR bukan parti macai macam UMNO berlongok macai macai macam langgau hijau ikut belakang ketua mereka

    Yang bagus nya tak ada sesiapa antara bloger yang memuji muji tindakan Azmin tu Ambil contoh Isu sampah depan rumah ibu Azmin bloger Omakkau yang hebuhkan sebab nak malukan Azmin tapi tanpa Azmin suruh Majlis pun bersihkan siap letak bunga sebagi hiasan Berapa lama Azmin jadi DUN ? Ini bermakna Azmin lebih utamakan masalah orang lain dari masalah sampah didepan rumah ibu nya sendiri

    Orang tak tahu dan tak ambil peduli Azmin masuk longkang Panjat lori jadi tahu sebab blogger Omakkau Lain lah kalau Azmin main golf dengan Najib

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana ko tau Azmin tak suruh...?
      Mana ko tau Azmin tak tibai majlis?
      Mana ko tau takde pegawai kena tukar?

      Padam
    2. Sy menganggap komen ini dr pro PR sebab komen macam ni macai UMNO malu nak tanya dan ada pun tujuan TN 2 40 PTG ia lah supaya macai macai UMNO di beri penjelasan se baik mungkin

      Sy tau sebab kalau ada yang kena suruh ada yang kena tibai dan jika ada pegawai kena tukar blogger Omakkau lah yang akan menyiarkan tindak tanduk Azmin tersebut Tapi tak ada !

      Padam
  14. Aku tgk Blogger ni bukan main sedap mulut mengata dan memfitnah. Dia persoal knp TSKI dtg jenguk TGNA waktu tuan guru sakit. Dia persoal knp TSKI tak dtg lawat Tganu waktu banjir. Dia menuduh TSKI tak bagi sumbangan pd mangsa banjir.

    Aku nk pegi tanya makhluk Blogger ni. Mana dia tahu TSKI tak dtg ziarah tuan guru? Makhluk Blogger ni mmg duduk dgn tn guru ke yg dia tahu dtg atau tidak? Mana dia tahu TSKI tak bagi sumbangan peribadinya??

    TSKI bukan MB lagi. Dia dh jadi org biasa. Kemana dia pergi atau apa dia buat tidak ada media buat liputan. Dia ziarah tuan guru sebagai sahabat beliau tanpa liputan. Jadi mcm mana makhluk musibat tau dia tak menziarahi tn guru???

    Bukan kah ini nama nya fitnah dan tohmahan??

    Memang puak makhluk PKR ni terutamanya Blogger2 mereka adalah sehina-hina makhluk, baik yg berbayar atau yg buat kerja free.

    Aku cabar spesis musibat PKR jawap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...betul jugak 8.23. Pkr ni mmg pakar fitnah. Kalau ada mosibat pkr tlg jwp...silakan...haha

      Padam
    2. Sy menganggap komen ini dr pro PR sebab komen macam ni macai UMNO malu nak tanya dan ada pun tujuan TN 2 40 PTG ia lah supaya macai macai UMNO di beri penjelasan se baik mungkin

      Di antara kerja dan tugas Blogger Omakkau selain memburuk burukkan Azmin Blogger Omakkau juga di minta menaikkan semula imej Khalid Kalau tak di minta pun sebagai penyokong setia Khalid sudah menjadi tugas Omakkau menyiarkan sedikit sebanyak aktiviti aktiviti Khalid Tapi tak ada !!

      Minta Omakkau sahkan yang Khalid ada berjumpa TGNA TKasih



      Padam
    3. tidak perlu jwp.mmg sohih ini artikel fitnah.

      Padam
  15. padan le muka,dia tu omak kau bukan omak aku,wakakakakikiki

    BalasPadam
  16. yg cabar pkr tu le sebesau besau nya musibat,org melaka kata raja musibat petir andang

    BalasPadam
  17. yang betul kita ambik yang salah kita tendang, tak kira mana2 pemimpin tak kira mana blogger...

    BalasPadam
  18. Omakkau macam hanturaya dah tak bertuan

    Bila masuk bab Azmin dah mengarut macam kena rasuk Saja saja ambil cerita pasal hal Azwan Ali lepas tu selit bagitahu Azwan tu adik Azmin Ali Menteri Besar Selangor

    Azwan Ali tu memang sah adik Azmin sebelum Azmin jadi Menteri Besar Lainlah kalau lepas jadi Menteri Besar Azmin bagitahu Azwan tu bukan adik dia Agaknya tu yang Omakkau nak kan

    Khalid dah jadi sejarah tapi kalau Khalid masuk semula PKR Khalid masih ada tempat Tak banyak sikit PKR pun ada cacatnya tanpa Khalid atau tanpa Saifuddin dan Rafizi Bukan senang nak cari ganti orang orang macam dia orang

    BalasPadam
  19. Omakku tutup telinga dan tak payah baca komen2 ni..teruskan perjuangan kami dibelakang omakkau..terbaik omakkau...

    BalasPadam
  20. TAK MUSTAHIL KALAU OMAKKAU ADALAH SB

    YG MENYUSUP DLM PR UTK AGENDA SOKONG TSKI YG MEMBERI KEUNTUNGAN PADA UMNO.

    TGK WAJAHNYA PUN POLIS JE

    BalasPadam