RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 21 Januari 2015

PAS TEGUR PENANG SEPERTI JUGA PKR PERNAH TEGUR PAS KELANTAN

AKU bersetuju apabila SUA PAS, Mustafa Ali tegur Kerajaan Negeri P.Pinang di bawah DAP yang dikatakan tidak berunding dengan PAS P.Pinang untuk mengadakan Piliharaya Tempatan.  Sepatutnya DAP P.Pinang memaklumkan apa jua dasar yang ingin mereka laksanakan di P.Pinang bukan saja kepada DAP malahan PKR juga walaupun ia bukan termaktub di dalam dasar bersama PR.

Namun, harus diingat bahawa teguran kepada DAP P.Pinang itu sepatutnya menjadi cermin dan pengajaran kepada lain-lain negeri di bawah PR, samada PAS mahupun PKR.  PAS di Kelantan juga pernah dikritik kerana membuat sesuatu tindakan dengan membelakangkan rakan-rakan seperti PKR di Kelantan.  Maka tuduhan yang sama juga dibuat dengan menyatakan PAS angkuh di Kelantan kerana mereka kuat di Negeri Serambi Mekah tersebut.  PKR sering terasa di Kelantan.  Apakah ianya masih berlaku di Kelantan?

Jika di Kelantan, PAS yang menjadi Kerajaan Negeri di situ masih tidak berubah, apakah kita rasa teguran SUA PAS kepada DAP itu releven atau akan berkesan?  Serupa juga di Selangor.  PKR yang menjadi MB di Selangor, harus ingat bahawa semangat berunding itu perlu walaupun hanya perkara kecil seperti melibatkan Majlis Tempatan.  Aku rasa masih ada ruang untuk PR melakukan perubahan untuk mengukuhkan kerjasama ini.

19 ulasan:

  1. PAS ni sebenarnya jadi selipar DAP, bila perlu baru digunakan kalau tak ,dia letak kat luar pintu je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh kalau kau dah tahu Pas jadi selipar mengapa kau tak bagi tahu kepada Hj hadi atau golongan UG.bodoh kau ni biarkan masalah ni berlarutan

      Padam
  2. Aku setuju dengan kau Din, PR sekarang ni ada banyak masalah yang belum diselesaikan. Makin bertambah saban hari.
    DAP dengan sikap yang jelas mencampuri urusan parti rakan dan mengkritik kepimpinan tertinggi PAS oleh kerana tidak tunduk kepada kemahuan mereka. DAP tanpa segan silu mencampuri urusan umat Islam. Kenapa DAP begitu berani menjamahnya? Ada sesiapa dari pemimpin PKR memberi amaran kepada DAP?
    PKR dah diambang berUG dengan UMNO. Heboh memperkatakan Anwar akan bercium mulut dengan Najib. Kutuk mengutuk akhirnya berpelukan. Maka kembalilah mereka kezaman dimana Anwar bermusuh dengan PAS dan DAP.
    PAS terpaksa berjuang sendirian tiada lagi DAP dan PKR. Mana mungkin DAP dan PAS bergabung dengan kelainan kepercayaan. Bukan mereka tak terima pengikut dan penyokong PAS tapi mereka yidak mempunyai kepercayaan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Mereka mengaku-alukan PASma duduk semeja, berbincamg dan merancang sesuatu yang kita tidak ketahui. Kenapa DAP terima mereka? PASma cuba membawa ahli-ahli dan penyokong PAS kearah kehidupan berkepentingan duniawi.
    Kesimpulannya, UMNO + PKR + DAP + PASma = berUG. PAS bersendirian bersama dengan kepimpinan Ulamak hanya segelintir penyokong yang masih kekal bersama atau ada keajaiban dari ALLAH S.W.T.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kepimpinan PKR ada berani ke nak tegur DAP? perkara yg melibatkan Islam (Hudud) pun takut nak nyatakan pendirian. PKR lebih takutkan DAP drp ALLAH. PKR ni sebenarnya telah menjadi anak Setan DAP. SELAMAT berUG dgn UMNO wahai PKR

      Padam
  3. Ko tak tahu ke di Kelantan mana ada PKR tapi dapat peluang bertanding. Nak buat bangsal pun tak mampu. Kesemua jentera datang dari PAS. Orang Kelantan sendiri tak minat dengan PKR tapi sebab dah setia kawan layan lah jugak PKR. Tiba hari mengundi kalah nipis. Bayangkan kalau PAs duduk situ. Peluang cerah untuk menang.

    BalasPadam
  4. mmg pkr dasar putar alam.........mengata org dia yg lebih........perjuangan utk kepentingan peribadi !

    BalasPadam
  5. Din kiwi...ko xnk ulas apa2 ke psl ketum nk bg life line pd najib? Cer tghh yg ckp nk bg bukti....mesti melompat melalakkan....tp apakan daya...x berdaya...mana kwn2 ko yg ckp corong pembesar la...bola tanggungla...semua diam...sbb apa? Krn ketum anugerah tuhan Allah? Tepuk dada tanyala iman din kiwi...hidup biar berprinsip.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau ingat Din Kiwi berprinsip ke? Aku nak dengar apa komen Din tentang kutukan dari Ahli Parlimen Raub dari DAP pasal DSAI nak berUG dgn UMNO. PKR dah takut pada DAP. Din kiwi ni badan aje besar tapi hati kecik apabila berdepan dgn DAP. PAS lebih baik sikit dr DAP walaupun jadi selipar DAP (itu anggapan PKR) ada jugak melawannya.

      Padam
  6. Agak2 sape yg tinggal pr dulu...dap? Pas? Atau ketum?

    BalasPadam
  7. Kalau anwar bagi statement kepada sprm ok la tu.. membuktikan ape yang pr cakap selama ni adalah benar. Ke nak sorokkan kebenaran supaya najib lemah.. hai belajar islam kat mana la tu kan.. kebenaran disorokkan supaya musuh kita lemah.dan kita mencipta musuh baru yang lagi kuat.. bila ketum menipu marah.. bila ketum sebut benda yang betul salah gak.. letak Tuan Guru Hadi jadi PM semua akan jadi betul balikkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat dah lama tahu perangai UMNO-BN, tak terkejut pun. Kalau betul nak bercakap psl Islam tunaikan perkara wajib dulu sebagai pemimpin yang beragama ISLAM. Mana yang lebih perlu? Menjatuhkan Daim yang bukan musuh atau berusaha kearah melaksanakan perkara yang wajib. Kalau tak mampu melaksanakannya setidak-tidak pun berilah sokongan dan semangat kepada mereka kearah itu. Jangan diketepikan perkara yang wajib kerana takut kehilangan kuasa.

      Padam
  8. Oooo Blogger aku cabar kamu semalam terus kamu masuk topik baru ya. Kau ingat aku lupa ya.
    Aku ulang cabaran aku...mana kau tau TSKI tak ziarah TGNA masa tuan guru sakit? Mana kau tahu TSKI langsung tak lawat ktan atau tganu ketika atau pasca banjir, atau tak sumbang apa2 pon walau satu sen? ?

    Tolong jawap? Aku bole terima alasan kau hanya jika Tuan guru sendiri ada bikin statement Tski tak ziarah beliau, atau Tski sendiri mengaku.

    Kalau kau tak jawap cabaran aku. ..sahlah kamu ni kaki FITNAH. Org yg memfitnah mmg TIDAK BOLEH DIPERCAYAI. Sama lah mcm MACAI2 KETUM yg lain.

    Jawap ya...jgn nak spin atau bukak topik baru. Musibat lain tlg jgn masuk campur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn susah nk cabar.dinblogger tkbole jwp.

      Padam
    2. PKR DAN FITNAH BERPISAH TIADA...

      Padam
    3. Din kalau ko takde modal nak bikin artikel kecuali fitnah dan tohmahan, lebih baik ko close blog ni. Bykkan Istifar muhasabah diri. Selagi artikel fitnah ko tersiar dimedia ni selagi tu la amalan ko tergantung. Ko sanggup ke Din? Fikir baik2 Din, jgn ingat fitnah di Internet ni tak sama dgn fitnah mulut. Lagi dasyat din sbb beribu org baca fitnah ko.
      Fikir2kan lah ya Din.

      Padam
  9. Hadi fitnah org edar pil kuda, berapa juta yg dengar? Siap keluar TV3 lagi...utusan lagi....internet lagi...yg dtg ceramah lagi...semua dgr hadi fitnah edar pil kuda. Bila masuk mhkamah, dia tepis dgn sebut dia tak sebut nama. Ohhh....fitnah tak sebut nama ok yer? Lagi byk yg dgr fitnah hadi daripada yg baca blog admin ni....tapi sbb dia title tok guru semua ok.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR pilih calun pakai tangkap muat je masa tu sebab masa singkat...posmen pun layak jadi calun...lain kali tapis dulu calun tuu...orang bukit besi dah kenal dia tu siapa....PKR kalau nak pilih pemimpin biar lah elok2 sikit....siasat la latar belakang dulu...Macamana Mamat ni boleh terasa plak sedangkan TGHH tak sebut nama pun. Siapa makan lada dia la yang terasa pedas.

      Lagi satu, kalau tak nak calun bertindih jangan la tumpang jentera pilihan raya PAS...cari la sendiri. Kalau tak mampu nak tubuh jentetra sendiri tak payah la bertanding.

      Padam
  10. ambo oghe kelate...tahu doh. mmg khalid dok mari pung kelate lepah tak jadi mb sgor....banjir pun tak mari...

    BalasPadam
  11. padah kpd pkr dan pas..

    mendidik kafir utk lebih berkuasa

    ada jg kemungkinanan doa2 ahli sufi pondok pro bn sudah Allah makhbul..kan..Allah dpt tgk dgn jelas.. namanyer dipolitikan.. siaplah...

    Allah Selamatkan Kami dari Dajal Anuar.

    BalasPadam