RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 26 Disember 2009

LAGI ULAMAK TERKENAL SOKONG DS ANWAR


Anwar dinasihat ambil iktibar dari kisah Nabi Yusof a.s!

CENDEKIAWAN Islam Dr. Wahbah az-Zuhaily malam tadi menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa.

Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di Bukit Segambut, di sini.

Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.

“Tidak semua yang diperjara itu bersalah…seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.

“Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya…semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s,” jelasnya.

“Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini.”

Menyampaikan ucapan sekitar 30 minit, Dr. Wahbah turut menyeru seluruh rakyat bersama-sama memperjuangkan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Anwar di Malaysia.

“Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil,” jelasnya.

“Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat.” /

lagi berita dan gambar disini
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/12/terbaru-seorang-lagi-ulamak-besar-dunia.html

SERAH MEMO AGAR PAS KELUAR DARI PR, TAPI UMNO/BN BERGASAK

Umno@Bn Makin Parah Bergasak Sesama Sendiri


Oleh Angkasanuri

Tahun baru,pergolakan baru. Itu yang dapat digambarkan apa yang berlaku kepada Umno@BN hari ini. Di Utara belum selesai polemik dan perebutan jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang antara Umno dan Gerakan.

Di Pantai Timur Umno Terangganu yang selama ini 'duduk serumah tetapi bilik lain-lain' berlarutan dengan bercakaran sesama sendiri di dalam sidang DUN Terangganu di antara kumpulan Datuk Ahmad Said dan regu Datuk Idris Jusoh.

Krisis dalam MCA semakin buntu dengan masing-masing cabar mencabar sesama sendiri. Dalam PPP makin haru biru bila Presiden PPP Datuk M.Kayveas menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.

Di Perak lain pula ceritanya apabila Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia lbrahim mendedak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meletak jawatan sebagai ketua WHIP BN di parlimen kerana gagal menjalankan tugasnya memastikan kehadiran ahli parlimen BN dalam undian kelulusan Belanjawan 2010 sehingga menyebabkan BN hampir ditumbangkan tanpa pilihanraya umum.

Apa yang berlaku menunjukkan sikap berebut jawatan dan kuasa tanpa memperdulikan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara. Jadi tak peliklah enjin jet yang besar tu pun boleh hilang kerana pemimpin Umno@BN lebih sibuk bercakaran sesama sendiri. Mereka bercakap tentang 1Malaysia, kononnya rakyat didahulukan tetapi sikap mereka sebenarnya lebih mengutamakan kedudukan dan kuasa. Adakah kita hendak membiarkan mereka yang mementingkan diri dan kuasa ini terus berkuasa di negara ini?/angkasanuri.blogspot.com/

HASSAN ALI, JANGAN KOTORKAN TANGANMU DENGAN MEMO JIJIK UMNO ITU

Sumber: http://bongkarsauh.blogspot.com/

Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Difahamkan, perhimpunan itu digerakkan oleh Umno atas nama kepentingan Melayu.

Tidak menghairankan sangat jika perhimpunan itu dianjurkan oleh Umno. Parti itu memang sawan jika PAS mampu bekerjasama erat dengan DAP dan PKR. Cuma, kalau perhimpunan itu dianjurkan oleh orang PAS sendiri, atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, ini adalah masalah besar yang wajib dirungkai segera.

Katakan, memang benar Umno yang menganjurkannya, apa sikap PAS Selangor terutama Hassan Ali?

Ini adalah perangkap, mangsa mereka adalah Hassan. Silap haribulan Hasan masuk perangkap ini. Hassan mesti menunjukkan ketegasannya. Persetiaan PR wajib dipertahankan.

Jangan melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan keraguan parti-parti sahabat bahawa agenda yang diriuhrendahkan sebelum ini masih belum mati sepenuhnya. Ini sangat penting.

Kepada Hassan, disarankan supaya jangan sama sekali menerima memorandum daripada penganjur perhimpunan itu. Biar siapa pun penganjur perhimpunan itu. Biarkan mereka melalak dan melalut.

Biarkan apa pun kata mereka. Lebih baik kita mengecewakan hanya beberapa orang yang bakal menyertai perhimpunan itu daripada kita mengecewakan jutaan rakyat yang meletakkan harapan kepada PR untuk mengganti BN.

Biar siapa pun penghantar memorandum itu, Hassan mesti tegas, jangan menerimanya. Kalau Hassan menerimanya, penganjur perhimpunan itu mendapat kemenangan awal.

Menerima memorandum itu dikira melanggar persetiaan PR kerana tujuan memorandum itu adalah jelas, mendesak PAS keluar daripada PR. Menerima memorandum itu boleh dikira mengkhianati persetiaan itu. Mengkhianati persetiaan tidak pernah diajar oleh agama.

Hassan tidak rugi apa-apa jika memorandum itu tidak diterimanya, bahkan itulah tindakan bijak untuk mengecewakan pengajur perhimpunan itu.

Pendirian ini adalah penting, jangan anggap remeh. Ini bukan masanya untuk melayan, menunjuk baik, melahirkan kemesraan, ‘open minded’, atau apa lagi…, terhadap mereka yang berniat jahat.

Menerima memorandum desakan untuk keluar PR sama seperti menerima memorandum desakan supaya dibenarkan orang Islam tidak solat Subuh.

Meninggalkan solat Subuh dan mencabuli persetiaan tidak pernah diajar oleh agama. Menerima memorandum mengenai perkara itu dikira mengiktiraf bahawa desakan meninggalkan solat Subuh dan mencabul perjanjian adalah boleh atau dibenarkan untuk dibuat.

Meninggalkan solat Subuh tidak boleh, mengemukakan memorandum untuk membenarkan tidak solat pun tidak boleh, dan menerima memorandum itu pun tidak boleh.

Hal ini sama sahaja kedudukannya dengan memorandum mendesak PAS keluar daripada PR.

Hassan, jangan terima memorandum itu./

UMNO PERINTAH SELANGOR AWAL JANUARI INI ?


Harakahdaily

SHAH ALAM, 26 Dis: Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat./Harakahdaily

Anwar saman Dr M: Keputusan telah dirancang?


Dis 24, 09 2:08pm
Apakah bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim ada memainkan peranan dalam keputusan penghakiman kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Tinggi dua tahun lalu?

Persoalan ini timbul ekoran dakwaaan dalam sepucuk surat tanpa identiti pengirimnya bahawa pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi, Tengku Maimun Tuan Mat, telah menggugurkan saman Anwar itu selepas menemui Ahmad Fairuz beberapa kali sebelum mengumumkan penghakimannya.

Hakim-hakim terikat dengan kod etika yang ketat dan mesti tidak memihak dalam penghakiman mereka, dan tidak boleh tunduk kepada tekanan pihak eksekutif, penggubal undang-undang atau para pegawai kanan badan kehakiman.

Seandainya wujud kebenaran dalam dakwaan tersebut, maka badan kehakiman akan sekali lagi berdepan dengan keaiban.

Malaysiakini difahamkan bahawa satu aduan telah dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah atau BPR (kini Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 2007 sejurus selepas Tengku Maimun menyampaikan penghakimannya dalam kes tersebut.

Dakwaan dalam surat yang dihantar kepada BPR itu turut disampaikan kepada pihak kehakiman dan pihak berkuasa, yang mendakwa Tengku Maimun beberapa kali membincangkan perkara itu dengan Ahmad Fairuz.

Dakwaan itu antaranta Ahmad Fairuz telah memberitahu Tengku Maimun "bagaimana hendak membuat keputusan" dalam kes tersebut.

Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir ekoran komennya dalam satu persidangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), berhubung isu perilaku seks pemimpin pembangkang itu.

Peguam VK Lingam - yang dikaitkan dalam klip video skandal pengaturan hakim - mewakili Dr Mahathir dalam kes tersebut./Malaysiakini

Pas tidak akan kecundang


SHAH ALAM – Pas Kelantan tidak akan kecundang jika mereka memberi keutamaan kepada anak tempatan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Penganalisis politik, Asri Salleh berkata, istilah ‘kecundang’ tidak ada dalam diari Pas Kelantan.

"Pengundi negeri itu akan tetap memilih calon Pas, tidak kira mereka anak tempatan atau orang luar," katanya, semalam.

“Politik Pas Kelantan sangat berbeza dengan politik Pas di negeri lain. Rakyat Kelantan terlalu taksub dengan parti itu dan Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

“Mereka tidak kisah sama ada calon itu berasal dari Kelantan atau tidak. Paling penting, mereka bertanding atas nama Pas dan mampu menggalas tugas yang diamanahkan sebaik mungkin,” katanya yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, kampus Dungun, Terengganu.

Beliau mengulas mengenai cadangan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud supaya anak Kelantan diberi keutamaan menjadi calon di negeri itu pada PRU-13.

Berikutan itu, Nik Aziz berkata Pas Kelantan akan menimbangkan perkara itu.

Pada pilihan raya umum lalu, Kelantan membuka ruang kepada pemimpin Pas dari luar Kelantan untuk menjadi calon Parlimen di negeri itu.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) dan Bendahari Pas Pusat Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), di samping Saifuddin Nasution (Machang) yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga orang luar Kelantan.

“Yang menjadi persoalan, apakah Pas Pusat berani melaksanakan cadangan itu, memandangkan calon import adalah nama-nama besar dan berpengaruh?" katanya.

Beliau tidak pasti Pas Pusat akan menerima cadangan mengutamakan anak Kelantan menjadi calon di negeri itu. Ada kemungkinan ditolak.

“Pas Pusat pernah menolak cadangan Nik Aziz supaya mesyuarat agung luar biasa diadakan untuk menimbang kedudukan beberapa pemimpin Pas yang disifatkan bermasalah dan yang pro-UMNO," katanya.

Ditanya sama ada isu keutamaan kepada calon tempatan ini boleh menimbulkan masalah dan memerlukan campur tangan parti komponen Pakatan Rakyat lain, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Asri berkata, perkara itu bergantung kepada tindakan pemimpin masing-masing.

“Pandangan saya cukup mudah. Bagi menyelesaikan isu calon ini dan memperkuatkan kerjasama antara mereka, PKR dan DAP perlu campur tangan,” katanya./Sinar

Selasa, 22 Disember 2009

MB TGANU, ADUN UMNO BERPERANG ?


MB T'ganu, ADUN Umno sindir sesama sendiri
Persidangan DUN Terengganu, yang sebelum ini disifatkan agak "muram", hari ini bertukar rancak dan sekali-sekala keadaan menjadi agak panas dengan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri.Semasa sesi soal jawab hampir satu jam pada hari pertama persidangan, beberapa soalan yang diajukan kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan keadaan sedikit tegang dan kadangkala sindir-menyindir kedengaran dalam dewan melibatkan wakil rakyat BN sendiri.
Sesi soal jawab pagi ini dimulakan dengan soalan daripada Din Adam (BN-Bukit Besi) yang mahukan penjelasan berhubung nama syarikat pengendali bijih besi di Bukit Besi dan manfaat kepada rakyat tempatan.Menjawab soalan itu, Ahmad berkata kerajaan telah meluluskan pelantikan tiga syarikat untuk melakukan perlombongan bijih besi di situ yang terletak di Dungun.Beliau berkata dengan pembukaan semula kawasan perlombongan di kawasan itu, ia dijangka mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya 50 peratus daripada pekerja yang diupah seperti mana yang disyaratkan.
Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Din minta penjelasan tentang nama syarikat yang dilantik dan kemampuannya selain mempertikaikan sama ada benar syarikat tersebut melantik 50 peratus rakyat Terengganu menjadi tenaga kerja situ."Saya hanya tahu mengenai pembukaan kawasan lombong itu melalui pekerja kawasan itu."Saya orang Bukit Besi, duduk di Bukit Besi dan menjadi wakil rakyat Bukit Besi tetapi tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut," kata Din.Ahmad berkata kerajaan Terengganu bercadang membuka semula kawasan perlombongan di kawasan itu setelah perunding yang dilantik mengesahkan masih terdapat lima juta metrik tan bijih besi di situ.Untuk itu, katanya, kerajaan negeri telah melantik tiga syarikat untuk mengendalikan pajakan selama lima tahun iaitu TBM Minerals Sdn Bhd, Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd, dan Wahaba Wangi Shd Bhd yang kesemuanya beralamat di Terengganu.
Ahmad kemudian menyindir Din dengan menyatakan wakil rakyat itu kerap tidak hadir pada persidangan dewan dan jarang menjejakkan kaki di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyebabkannya tidak mengetahui pembangunan di kawasan sendiri.Pertikaman lidah turut melibatkan Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) apabila beliau mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Ahmad mengenai peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek perparitan Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong.Ketika ditemui di luar dewan, Ahmad berkata beliau melihat perubahan pada persidangan kali ini sebagai satu petanda baik.
"Ini satu petanda baik walaupun kadang kala kita lihat cara soalan dikemukakan tidak seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan... seolah-olah sebagai parti pembangkang... tapi kita tidak kisah."Kita boleh melihat bagaimana kematangan bukan sahaja di kalangan wakil rakyat tetapi juga keintelektualan pihak kerajaan menjawab soalan. Saya tidak ada masalah," katanya.DUN Terengganu mempunyai 24 anggota BN dan lapan daripada PAS. /BERNAMA