RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 26 Disember 2009

LAGI ULAMAK TERKENAL SOKONG DS ANWAR


Anwar dinasihat ambil iktibar dari kisah Nabi Yusof a.s!

CENDEKIAWAN Islam Dr. Wahbah az-Zuhaily malam tadi menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa.

Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di Bukit Segambut, di sini.

Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.

“Tidak semua yang diperjara itu bersalah…seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.

“Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya…semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s,” jelasnya.

“Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini.”

Menyampaikan ucapan sekitar 30 minit, Dr. Wahbah turut menyeru seluruh rakyat bersama-sama memperjuangkan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Anwar di Malaysia.

“Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil,” jelasnya.

“Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat.” /

lagi berita dan gambar disini
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/12/terbaru-seorang-lagi-ulamak-besar-dunia.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan