RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 20 September 2015

USAH DILAYAN KEPADA YANG TIDAK SUDI SERTAI PAKATAN 2.0

RAMAI yang ternanti-nanti apakah keputusan samada KEADILAN menerima Pas bersama di dalam Pakatan 2.0 di dalam keadaan ramai pemimpin Pas sendiri menunjukkan tidak berminat untuk sertai Pakatan 2.0, tetapi masih berminat dengan KEADILAN.

Kita bicara sekarang bukan tentang hubungan KEADILAN dan Pas.  Semua sedar, jika hanya KEADILAN dan Pas sahaja berjuang untuk menjatuhkan rejim, sudah pasti gagal bahkan apa yang ada pada KEADILAN dan Pas turut hancur.  Ertinya, Pakatan 2.0 bukan berkisar di antara KEADILAN dengan Pas sahaja.  Pakatan 2.0 itu mestilah turut melibatkan Dap dan parti baru iaitu Amanah.  

Sehari dua lagi Kak Wan akan lihat di dalam perjumpaan meja bulat siapakah pimpinan parti di dalam KEADILAN, Pas, Dap dan Amanah yang benar-benar berminat untuk mewujudkan Pakatan 2.0.  Tidak perlu wujud 'block' lain di dalam Pakatan 2.0 kerana strategi itu pasti gagal.  Sekarang tidak macam dulu yang boleh diasingkan sesama Pembangkang.  Sekarang semua kaum mahu melihat satu pakatan baru yang bersatu.

Setakat ini aku yakin, Pas pasti tarik diri dari menyertai Pakatan 2.0 namun mahu teruskan kerjasama dengan KEADILAN.  Aku harap KEADILAN jangan buat kerja gila dan bodoh seperti ini.  Jika mahu terima Pas, pastikan Pas juga boleh terima rakan-rakan yang lain iaitu Dap dan Amanah.  Jika Pas tetap tidak mahu terima Dap dan Amanah, ertinya Pas mahu agar Pakatan 2.0 tidak melibatkannya.  KEADILAN mesti teruskan Pakatan 2.0 walaupun tanpa Pas.  Jika serius Pas menolak, mahu tidak mahu Pakatan 2.0 mestilah ada di dalamnya KEADILAN, Dap dan Amanah.

Cukup-cukuplah bermain selamat kerana kamu tidak akan selamat jika tidak mahu mendengar suara di bawah.  Di bawah mereka mahu Pakatan 2.0 itu bersatu.  Tidak perlu ada Pakatan 2.0 di sebelah kanan, satu lagi pihak pembangkang tetapi di antara KEADILAN dan Pas saja.  Itu kerja main-main dan tidak serius untuk menumbangkan rejim.  Jangan buat main-main dengan rakyat.  Nanti, yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran.

Kak Wan selaku Ketua Pembangkang mesti tegas.  Harus terima parti-parti yang berminat untuk sertai Pakatan 2.0 sahaja, tanpa syarat ataupun ugut.  Yang tidak berminat dan merasa mereka kuat, hormati pandangan mereka.  Biarkan dia berjuang sendirian untuk ke Putrajaya.