RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 20 Jun 2013

MOM AMBIL PADANG MERBOK, RAKYAT AMBIL DATARAN MERDEKA, AMACAM?

"SILA ambil perhatian bahawa tempat untuk Larian Hari Olimpik yang dijadual pada 23 Jun 2013, Ahad pada 7.30 pagi ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga.  "Tempat baru untuk Larian Olimpik 2013 kini di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali," menurut mesej di Facebook MOM.

Begitulah bunyi ayat daripada MOM yang sehari dua ini menjadi bahan ketawa rakyat.  Mengapa gelabah sangat ni?  Takkan Umno gelabah kamu pun mahu ikut sama gelabah?  Kamu bukan parti politik jadi mengapa gelabah tidak tentu pasal kecuali kamu merasakan MOM itu komponen terbaru di dalam Bn.



Tindakan MOM ini amat memalukan sekali.  Sudah tentu Menteri yang menjaga Sukan turut terasa malu dengan tindakan 'gelabah' MOM yang tidak bertempat ini.  MOM mesti fokus dengan apa yang telah dirancang, bukannya sibuk dengan membodek pemimpin Umno.  Biarkan Umno berhadapan dengan kami di dalam PR.  Biarkan SPR tunjuk keras kepala mereka dengan tuntutan rakyat.  Perlu apanya MOM mahu terhegeh-hegeh masuk campur?

Tindakan menukar Larian Hari Olimpik yang asalnya di Dataran Merdeka, secara tiba-tiba ditukarkan ke Padang Merbok, KL.  Bukan mereka tidak tahu bahawa Padang Merbok, KL telah dipohon oleh NGO dan PR bagi mengadakan Himpunan Suara Rakyat pada 22 Jun ini bagi membantah penipuan SPR ?  Siapa mahu percaya MOM bertindak sedemikian bukan kerana arahan politik?



Usahlah MOM mahu libatkan diri di dalam politik.  Usahlah buat kerja bodoh sampai ke tahap itu untuk membodek pemimpin.  Apakah mereka rasa rakyat akan berubah fikiran untuk tidak ke Padang Merbok, KL pada 22 Jun ini hanya kerana kerja bodoh seperti itu?  Hakikatnya rakyat akan bertambah semangat pula untuk ke sana dan jika tiada tempat di sana, rakyat mungkin akan mengambil alih Dataran Merdeka tempat yang MOM tinggalkan. 

Rabu, 19 Jun 2013

"JELAJAH SUARA RAKYAT - COUNTDOWN KL622" DI TEMERLOH PADA 20 JUN 2013

PAKATAN Rakyat sepakat bahawa mereka tetap akan turun ke Padang Merbok, KL pada 22 Jun ini nanti bersama-sama dengan berpuluh-puluh NGO yang lain bagi menunjukkan solidariti rakyat Malaysia semua kaum dan agama menentang sebarang bentuk penipuan oleh SPR, khususnya.

Tiada istilah 'Malaysia Spring' kerana rakyat Malaysia masih mempunyai ruang untuk suarakan kehendak mereka walaupun ruang itu terlalu sedikit bahkan cuba untuk ditutup.  Jika ruang itu ditutup, maka ada lojiknya untuk kita mendakwa terdapat gerakan umpama "Arab Spring".

Sebelum kita ke Padang Merbok, KL pada 22 Jun ini, di Pahang akan diadakan 'Jelajah Suara Rakyat Countdown Menuju KL622".  Program ini akan diadakan pada 20 Jun ini bermula jam 08.30 malam bertempat di Perkarangan Pejabat KEADILAN Cabang Temerloh, Persimpangan Taman Saga, Mentakab.  Program tersebut adalah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama SAMM Pahang sendiri.

Di antara yang akan hadir adalah:

1.  YB Tian Chua (PKR - MP Batu)
2.  YB Lee Chean Chung (PKR - Adun Semambu)
3.  YB Syed Hamid (PAS -Adun Semantan)
4.  YB Tengku Zulpuri (DAP - Adun Mentakab)
5.  Sdr Ahmad Nizam Hamid - Timb Pengerusi KEADILAN Pahang
5.  Sdr Chegu Bard - Penyelaras SAMM Kebangsaan
6.  Sdr Adam Adli - Mahasiswa
7.  Sdr Safwan Anang - Mahasiswa
8.  Sdr Haris - Pengerusi ABU
9.  Sdr Hishamuddin Rais - Aktivis
10. Sdr Bung Hatta - Penyelaras SAMM Pahang
11. Sdr WFauzdin NS - Wakili KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)

Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan.   

Ahad, 16 Jun 2013

PENYAKIT UG, JANGAN MUDAH MELATAH

PENYAKIT "UG" (Kerajaan Perpaduan) tidak mengira sesiapa.  Ada orang cukup marah bila kita sentuh pasal UG ini seolah-olah mereka merasakan penyakit paling bahaya "UG" ini hanya boleh berjangkit pada mereka sahaja.  Sebenarnya tidak.  UG boleh melanda sesiapa jua khususnya yang masih buta hati dan lupa kepada pengkhianatan parti sekular bernama Umporno itu.

Penyakit ini mula dikesan di era 'kehebatan' Us Nasha dan Hassan Jati di Selangor.  Kisah 'rundingan dalam kelambu' ini akhirnya terbongkar dan waktu itu mulalah kita tahu dan kenal penyakit "UG" ini.  

Aku bukan taksub kepada Tuan Guru Nik Aziz, tetapi aku menyokong penuh kenyataan beliau dahulu bahawa selagi beliau hidup 'jangan bermimpi untuk bersatu dengan Umno".  Mengapa?  Umno pun tahu sebab apa.  Siapa yang masih tidak kenal Umno?  Selagi Umno tidak berubah, memang tepatlah apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu.  

Aku pun tidak taksub kepada DS Anwar Ibrahim.  Seandainya penyakit "UG" ini mahu melanda Ketua Umum PKR tersebut, aku pun tidak akan bersama menyokong DS Anwar Ibrahim.  Ertinya, "UG" ditolak oleh majoriti rakyat yang masih kenal Umno, tambahan pula Umno bukan mahu berubah bahkan bertambah zalim lagi.  

Kesimpulannya, UG boleh melanda sesiapa sahaja asalkan orang itu buta mata dan hati perut yang masih tidak mengenali Umno dulu, kini dan mungkin selamanya.  Bila aku sebut UG, jangan pula kata aku menentang Ulamak, sebab mana mungkin Ulamak mahu bersekongkol dengan orang yang zalim.