RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 9 November 2013

TIMBALAN PRESIDEN PAS - MAT SABU ATAU HUSAM SALAH SATU MESTI MENGALAH?

SETAKAT ini yang jelas mungkin berentap jawatan Timbalan Presiden PAS adalah di antara Mat Sabu (Penyandang) dan Us Nik Amar.  Us Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang tidak mahu menggangu jawatan tersebut sebaliknya mahu mencuba jawatan Naib Presiden sahaja.  Manakala Husam Musa masih berteka-teki.

Jika diguna pakai ayat Husam Musa awal dulu, beliau tidak mungkin akan bertanding selagi beliau tidak nampak perlunya melawan Mat Sabu.  Mana tahu sehari dua ini Husam Musa nampak perlu pula untuk menukar Mat Sabu.  Us Nik Amar mencuba nasib kali ini walaupun rata-rata beranggapan kehadiran Us Nik Amar kononnya adalah mewakili golongan Ulamak yang dikatakan mahu berada di Kerusi Nombor Dua PAS tersebut.

Jika atas alasan mahu mewakili golongan Ulamak, sewajarnya yang patut tampil bertanding adalah Us Tuan Ibrahim Tuan Man yang begitu kuat pengaruhnya di peringkat Pusat.  Aku amat yakin, jika Us Tuan Ibrahim bertanding satu lawan satu dengan Mat Sabu, harapan Us Tuan Ibrahim lebih cerah.  Jika beliau menang pun kita tidak boleh kata golongan Ulamak menang kerana bagi aku Us Tuan Ibrahim bukan sebarang Ulamak, beliau Ulamak aktivis dan Ulamak pro reform.  Us Tuan Ibrahim bukan hanya duduk di masjid beri kuliah dan beri fatwa sahaja.  Beliau sentiasa terlibat di dalam apa jua aktiviti golongan aktivis selagi ianya berpaksikan menegakkan keadilan.  Sebab itu aku kata Us Tuan Ibrahim akan mendapat sokongan hampir 100% ahli PAS yang mahukan golongan Ulamak di Kerusi Timbalan Presiden, dan beliau juga akan mendapat sokongan banyak dari golongan aktivis yang cukup mengenali beliau.

Malangnya beliau merasakan beliau belum layak sebagai Timbalan Presiden walaupun kita beritahu beliau layak.  Itulah sikap Us Tuan Ibrahim yang sukar mahu cari dari orang lain.  Kita harus hormati keputusan beliau.

Us Nik Amar mewakili golongan Ulamak.  Jika Husam masuk juga bertanding, maka kedudukan Mat Sabu tergugat bahkan Husam juga belum tentu selesa.  Sedikit selesa adalah Us Nik Amar kerana undi untuk beliau tidak berpecah.  Tapi apakah kemenangan Husam boleh membantu PAS kerana beliau menang bukan kerana kekuatan pengaruhnya tetapi kerana pecah undi di antara Mat Sabu dan Husam?

Sehubungan itu, wajar rasanya di antara Mat Sabu atau Husam, salah seorang perlu berundur.  Biarlah pilihan lebih terbuka samada ahli-ahli PAS mahu golongan Ulamak di kerusi tersebut atau golongan aktivis yang menyokong Ulamak berada di situ.   

Jumaat, 8 November 2013

GULA MURAH DI DUN PELANGAI SELEPAS INI?

SAHIH atau tidak, Wallahu Aklam.  Ada aku baca berita bahawa MB Pahang, Tok Nan kita kini sedang uzur.  Itulah yang aku dengar, dan tentunya atas dasar kemanusiaan kita mesti doakan Tok Nan sihat.  Doa kita agar dia sihat bukan untuk dia menyambung hayat bersama rejim yang zalim cuma kita doakan dia sihat agar sempat bersama golongan yang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan bukannya bersekongkol dengan mereka.


Apa yang aku mahu sebut di sini, jika kerajaan rasa perlu mahu jual gula murah sehingga RM1 sekilo seperti di PRK Dun Sg Limau baru-baru ini, kerajaan boleh lakukan sekarang.  Kita tidak mahu jika berlaku PRK di mana-mana tempat walaupun di Dun Pelangai kawasan Tok Nan sekalipun, rakyat terus dipermainkan dengan harga gula ini.  Sekarang boleh mula jual di Dun Pelangai, jangan tunggu PRK.

Alasan utama kerajaan naikkan harga gula adalah demi kesihatan rakyat kononnya walaupun alasan itu menjadi bahan ketawa pakar-pakar kesihatan malahan menjadi bahan lawak pelajar-pelajar perubatan.  Apabila harga gula tiba-tiba turun harga ke paras RM1 sekilo, lebih pelik lagi hanya turun harga di Dun Sg Limau sewaktu kempen PRK berlangsung, maka apa hujahnya pula?  Adakah kerajaan mahu rakyat di Dun Sg Limau mengalami kencing manis kesemuanya?  Atau, adakah gula yang dijual di situ gula keluaran terbaru yang kurang manis dan tidak menjejaskan kesihatan?  Jika begitu, kenapa tiada gula jenis itu dijual di tempat lain?  

Apabila ditanya kepada Jamil Khir, menteri agama Umno yang sepatutnya tahu bahawa kuat berbohong itu sifat-sifat orang Munafik, beliau dengan selamba menjawab itu adalah kebetulan tiada kaitan dengan pilihanraya di Dun Sg Limau.  Ertinya, kebetulan harga gula murah di Sg Limau sahaja tiada di tempat lain.  Maka, itu bukan rasuah lah kononnya.  SPR pun angguk bagitahu kita bahawa bukan rasuah jual harga gula murah walaupun hanya di Sg Limau.  Siapa tidak kenal SPR?  

Jamil Khir kata lagi, bukan pelik harga gula dijual murah kerana sudah kebiasaan ada pasaraya yang kadangkala tawarkan harga barang murah.  Lagi buat kita terkentut mendengar hujah Jamil Khir.  Kita semua tahu bahawa gula adalah salah satu barangan terkawal yang sudah tentunya harga tidak boleh ditetapkan sesuka hati.  Dan, jika benar itu adalah promosi atau tawaran murah dari pasaraya, mengapa tidak dijual di pasaraya agar orang lain boleh membelinya?  Mengapa dibawa ke Sg Limau?  Selalunya kita yang akan pergi ke pasaraya untuk membeli harga murah yang ditawarkan.  Tetapi pelik di Sg Limau, rakyat tidak perlu keluar membeli tetapi gula datang mencurah ke situ.  Bukan rasuah, kata SPR!!

Pelik lagi, tidak pula disebut pasaraya mana yang menawarkan harga gula serendah itu.  Cuba masa sekarang kita pergi ke Sg Limau ada tak lagi tawaran harga gula murah?  Kirim salam ok.  Jelas pada kita Jamil Khir bukan saja sanggup tipu rakyat bahkan secara langsung dia juga turut menipu bapa dan keluarganya sendiri di sana.  Kalau sudah bapa sendiri pun sanggup dia tipu sedemikian, siapa kita pada Jamil Khir?  Tidak peliklah orang seperti ini sanggup guna duit zakat untuk membayar peguam bagi menghalang kes Qazaf. 

Sehubungan itu, sekali lagi kita harapkan agar jualan gula murah seperti di Sg Limau itu dibuat sekarang.  Tidak perlu tunggu PRK di Dun Pelangai kerana kita harap Tok Nan sihat.

Khamis, 7 November 2013

MAHATHIR GAGAL HARAMKAN NAMA ISLAM DI DALAM PAS, SIAPA KARPAL SINGH?

BENARKAH Karpal Singh mahu agar semua parti tidak boleh gunakan nama berdasarkan kaum atau ugama?  Dan, adakah maksud Karpal Singh itu ditujukan kepada rakan sekutu DAP dan PKR iaitu PAS?  Dan, tepatkah Ketua Penerangan PAS Pusat, Us Tuan Ibrahim Tuan Man menyanggah kenyataan Karpal?

Aku berpendapat kenyataan Karpal itu lebih ditujukan kepada Umno, MCA dan MIC.  Umno mengaku sebuah parti Melayu, begitu juga MCA parti kaum cina dan MIC bagi kaum India.  PAS mustahil boleh disangkutkan dengan apa yang disebut oleh Karpal Singh kerana PAS telah buktikan bahawa parti itu mempunyai Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari berbagai kaum dan agama.  PAS juga pernah meletakkan kaum India berugama Hindu sebagai calon yang meminjam kerusi PAS untuk bertanding di Johor.

Jadi, PAS tiada masalah dan tiada kaitan dengan kenyataan Karpal Singh.  Tetapi, sanggahan yang dibuat oleh Us Tuan Ibrahim Tuan Man itu amat tepat sekali biarpun Karpal 'mungkin' tidak merujuk kepada PAS di dalam kenyataannya.  Ini adalah kerana apa yang disuarakan oleh Us Tuan Ibrahim itu hanya sebagai amaran atau ingatan kepada mana-mana pihak agar memahami dasar PAS sebelum mahu mengeluarkan kenyataan atau kritikan pada PAS.  Dasar PAS adalah jelas iaitu Islam berpandukan Al-Quran, Hadis, Ijmak, Ulamak dan Qias.  Tiada siapa berhak minta PAS tukar dasarnya, sama juga PAS tidak boleh desak DAP tukar dasar parti mereka, begitu juga dengan PKR.  Di dalam PR, dasar parti masing-masing mestilah dihormati kerana dasar parti adalah tulang belakang atau tunjang parti.

Jika Karpal anggap terlalu merbahaya jika ugama dijadikan asas atau nama parti, kita minta beliau berikan satu contoh sahaja selama PAS wujud di negara ini bila masakah PAS telah membahayakan kaum atau ugama lain?  Bahkan, PAS banyak membantu sesama rakan di dalam PR bagi menambahkan Kerusi PR.  Tiada sebab untuk PAS terima hujah Karpal Singh jika benar beliau bermaksud agar PAS menukar nama parti atau dasar partinya kepada selain dari Islam.

Contoh terbaik, baru-baru ini di dalam PRK Dun Sg Limau yang bertanding adalah calon PAS.  Kaum Cina di kawasan itu bukan sedikit yang membantu PAS memenangi Dun tersebut.  Bukankah cara ini sudah teramat baik di dalam perkongsian sesama PR?  Di mana letaknya bahaya PAS ini?  Contoh juga boleh dibuat di Dun seperti di Bentong, Pahang.  Bukan sedikit kaum Melayu dari PAS yang telah membantu kemenangan DAP di beberapa Dun.  Adakah Karpal Singh tidak sedar hal ini?

Aku lebih suka mengandaikan kenyataan Karpal itu merujuk kepada parti Umno, MCA, MIC mahupun parti komponen Bn di Sabah dan Sarawak.  Sekiranya memang benar Karpal merujuk kepada PAS, aku membantah keras dan bersedia berdiri teguh di belakang Us Tuan Ibrahim agar nama dan dasar PAS dipertahankan.  Jika dahulu cubaan Mahathir untuk mengharamkan nama Islam di dalam PAS tetap gagal, siapakah Karpal Singh yang ingin mencubanya?

Selasa, 5 November 2013

PRK DUN SG LIMAU - MENANG DI DALAM KEKALAHAN ITU SEBENARNYA KERAJAAN 47%

TAHNIAH kepada PAS yang telah memenangi PRK Dun Sg Limau, Kedah menewaskan Bn dengan majoriti 1, 084.  Mendapatkan majoriti lebih seribu bukan tugas mudah bila berdepan dengan seluruh jentera kerajaan Pusat dan Negeri ditambah pula dengan fitnah ditaburkan, wang ringgit dicurahkan dan lebih penting lagi SPR masih diketuai oleh "Bapak Dakwat Perasa Makanan" tu juga.


Us Azam dari PAS mendapat 12, 069 manakala Sohaimi (Bn) hanya mendapat 10.985 sahaja dari hasil kerja jentera besar mereka.  Maka keluarlah isu ada wanita Umno kena tumbuk.  Ada pula cerita Pemuda PAS tunjuk kemaluan.  Itu belum cerita gantung patung kaki.  Macam-macam cerita kita dengar, tapi percayalah itu semua akan senyap sepi selepas ini.  Sejarah lalu mengajar kita semua itu.  

Apa yang penting, PAS masih kuat di Sg Limau.  Bayangkan jika pilihanraya diadakan mengikut demokrasi tulen dan media kerajaan yang dibayar cukai oleh rakyat itu tidak menjadi balaci, aku pasti Umno/Bn akan hilang deposit. Oleh itu, Umno tak perlulah mendabik dada kononnya undi untuk mereka meningkat.  

Lawaknya, Ketua Wanita Umno Kak Ijat 'lembu kondo' kata Bn menang di dalam kekalahan.  Kenyataan penyejuk hati yang lucu lagi bodoh.  Yang menang sebenarnya kalah adalah kerajaan 47%, itu Kak Ijat tidak fahamkah?  

Ahad, 3 November 2013

PRK DUN SG LIMAU - MISKIN, BODOH DAN TAKUT, ITU MEREKA MAHU

PRK Dun Sg Limau, Kedah menghampiri kemuncaknya.  Seperti biasa, puak-puak dacing baghdad tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak gunakan kaedah kempen yang jijik dan kotor, tidak sempurna pilihanraya bagi mereka jika jentera-jentera kerajaan Pusat atau negeri tidak digunakan sepenuhnya.

Pemberian wang tunai sudah menjadi kewajipan bagi mereka, janji-janji peruntukan jutaan ringgit itu lazim buat mereka.  Sekolah, bahkan guru dan pelajar dipergunakan semahu-mahunya untuk menghidupkan nyawa keris telanjang tanpa bersarung itu.  Mereka peduli apa tentang demokrasi.  Bagi mereka demokrasi itu "Demo kena kasi".  " I Help U, U Help Me"!!  


Mereka tahu masih ramai maruah terutamanya orang-orang Melayu yang miskin boleh dibeli.  Tidak perlu banyak, kasi seratus dua saja sudah cukup, paling tidak janji dulu dengan air liur.  Orang-orang seperti ini mereka boleh temberang mudah, mereka bukan saja miskin tetapi tiada akal untuk berfikir.  Justeru itu, orang begini tetap menjadi aset buat Dacing Baghdad.  

Selagi ada yang orang miskin, ada orang bodoh dan ada orang penakut, selagi itulah nyawa dacing baghdad panjang.  Sehubungan itu, tidak pelik jika mereka tidak buat apa-apa untuk atasi ketiga-tiga perkara tersebut.  Mereka tahu, di bandar-bandar yang terdiri kebanyakannya orang-orang cerdik dan terpelajar, mereka kecundang.  Mereka hanya jaguh di kampong-kampong dan di felda-felda saja.  Lagi kuno kampong itu, lagi kuat bertapaknya dacing baghdad.  Ertikata lain, di mana kuatnya keris telanjang itu di situlah ramai orang miskin dan bodoh.

Sebab itulah, kita mahu masyarakat di Dun Sg Limau buktikan bahawa mereka tidak sebodoh di tempat hulu yang lain.  Meskipun mereka majoritinya golongan petani dan peladang, tetapi mereka perlu buktikan bahawa di Sg Limau tidak semudah itu dacing baghdad mahu bersandiwara.  Usahlah pak-pak menteri yang sokong Apco, malahan ada kaitan dengan Sanmiguel (syarikat arak) itu datang ke Sg Limau memakai jubah dan kopiah.  Jangan lah datang ke Sg Limau hulurkan seratus dua, hulurkan kain batik dan beras atau susu tamat tempoh kepada masyarakat di Sg Limau sedangkan puak-puak itulah juga mendera rakyat bawahan dengan menaikkan harga minyak petrol.  

Naik harga minyak petrol, maka naik jugalah tambang bas dan pengangkutan awam.  Kemudian, menjelang Raya dulu naik pula harga ayam.  Tidak habis kita merungut di kedai kopi, naik pula harga gas memasak.  Baru kita nak bajet belanja dengan kenaikan itu, diumumkan pula kenaikan harga gula.  Takut rakyat marah, rupa-rupanya harga minyak memasak pun telah naik dalam diam-diam.  Puak-puak ini lah yang sekarang ini memakai kain sarung dan berkopiah datang ke Sg Limau kononnya merekalah pejuang Melayu dan Islam yang tulin.  Jangan pelik jika kita lihat kopiah atau jubah-jubah mereka nampak seperti baru beli sehari dua.  

Itulah lakonan yang patut ditolak oleh rakyat Sg Limau.  Anda mesti sahut cabaran DS Anwar Ibrahim iaitu golongan petani dan peladang di Sg Limau mesti berani mengajar 'pelakon-pelakon lawak' keris telanjang ini.  Biar mereka balik ke Putrajaya dan insaf bahawa tidak selama-lamanya mereka boleh memperbodohkan rakyat bawahan yang susah.

SAKSI BOLASEPAK MALAM INI, JANGAN LALAI MUSUH MENYUSUP DI SG LIMAU

MALAM ini (Ahad - 03/11/13) boleh dikatakan semua mata pasti tertumpu di Stadium Shah Alam.  Dua gergasi Pantai Timur, Pahang dan Kelantan akan bertempur untuk merebut Piala Malaysia.  Maka, kehangatan malam terakhir berkempen di PRK Dun Sg Limau pasti sedikit berkurangan.

Dari segi taktikalnya, sepatutnya malam ini PAS dengan dibantu oleh rakan-rakan di dalam PR wajib berkempen habis-habisan dan berganda dari sebelum ini.  Jangan lupa, malam ini jugalah boleh membuatkan seseorang pengundi atas pagar boleh berubah fikiran.  Malam ini jugalah para 'penyangak atau penipu" akan beroperasi habis-habisan di kala kita semua leka di hadapan TV atau beramai-ramai bersorak di hadapan layar skrin besar.

Justeru itu, semua petugas PAS dan PR harus berhati-hati malam ini.  Anggaplah ini suatu peperangan, jangan tinggalkan kubu kita dan jangan alpa dengan keseronokan yang dihidangkan.  Sudah tentu anak-anak muda akan beramai-ramai menyaksikan perlawanan bolasepak malam ini melalui TV atau skrin yang disediakan, sedangkan tenaga mereka amat penting untuk mengawasi keselamatan malam ini.  Oleh itu, Pengarah Pilihanraya serta ketua-ketua keselamatan yang dilantik mesti lebih peka malam ini.