TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Sabtu, 9 November 2013

TIMBALAN PRESIDEN PAS - MAT SABU ATAU HUSAM SALAH SATU MESTI MENGALAH?

SETAKAT ini yang jelas mungkin berentap jawatan Timbalan Presiden PAS adalah di antara Mat Sabu (Penyandang) dan Us Nik Amar.  Us Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang tidak mahu menggangu jawatan tersebut sebaliknya mahu mencuba jawatan Naib Presiden sahaja.  Manakala Husam Musa masih berteka-teki.

Jika diguna pakai ayat Husam Musa awal dulu, beliau tidak mungkin akan bertanding selagi beliau tidak nampak perlunya melawan Mat Sabu.  Mana tahu sehari dua ini Husam Musa nampak perlu pula untuk menukar Mat Sabu.  Us Nik Amar mencuba nasib kali ini walaupun rata-rata beranggapan kehadiran Us Nik Amar kononnya adalah mewakili golongan Ulamak yang dikatakan mahu berada di Kerusi Nombor Dua PAS tersebut.

Jika atas alasan mahu mewakili golongan Ulamak, sewajarnya yang patut tampil bertanding adalah Us Tuan Ibrahim Tuan Man yang begitu kuat pengaruhnya di peringkat Pusat.  Aku amat yakin, jika Us Tuan Ibrahim bertanding satu lawan satu dengan Mat Sabu, harapan Us Tuan Ibrahim lebih cerah.  Jika beliau menang pun kita tidak boleh kata golongan Ulamak menang kerana bagi aku Us Tuan Ibrahim bukan sebarang Ulamak, beliau Ulamak aktivis dan Ulamak pro reform.  Us Tuan Ibrahim bukan hanya duduk di masjid beri kuliah dan beri fatwa sahaja.  Beliau sentiasa terlibat di dalam apa jua aktiviti golongan aktivis selagi ianya berpaksikan menegakkan keadilan.  Sebab itu aku kata Us Tuan Ibrahim akan mendapat sokongan hampir 100% ahli PAS yang mahukan golongan Ulamak di Kerusi Timbalan Presiden, dan beliau juga akan mendapat sokongan banyak dari golongan aktivis yang cukup mengenali beliau.

Malangnya beliau merasakan beliau belum layak sebagai Timbalan Presiden walaupun kita beritahu beliau layak.  Itulah sikap Us Tuan Ibrahim yang sukar mahu cari dari orang lain.  Kita harus hormati keputusan beliau.

Us Nik Amar mewakili golongan Ulamak.  Jika Husam masuk juga bertanding, maka kedudukan Mat Sabu tergugat bahkan Husam juga belum tentu selesa.  Sedikit selesa adalah Us Nik Amar kerana undi untuk beliau tidak berpecah.  Tapi apakah kemenangan Husam boleh membantu PAS kerana beliau menang bukan kerana kekuatan pengaruhnya tetapi kerana pecah undi di antara Mat Sabu dan Husam?

Sehubungan itu, wajar rasanya di antara Mat Sabu atau Husam, salah seorang perlu berundur.  Biarlah pilihan lebih terbuka samada ahli-ahli PAS mahu golongan Ulamak di kerusi tersebut atau golongan aktivis yang menyokong Ulamak berada di situ.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini