TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Ahad, 10 November 2013

RAMAI SOKONG MAT SABU, MENGAPA TIDAK DICUBA NIK AMAR?

Oleh:  greenclub pp

Subhanallah!

PAS adalah milik ahli PAS, tiada siapa menyangka bahawa Mat Sabu akan menjadi Tim Presiden PAS. Pada percubaan pertama, beliau kalah ditempat ketiga, namun selepas itu beliau diberi peluang oleh Allah. Mat Sabu tidak akan kekal dijawatan tersebut sampai bila-bila, pada suatu hari nanti beliau akan melepaskan jawatan tersebut sebagaimana bertukarnya putaran jam.
 
Nik Amar juga sama seperti Mat Sabu, memasuki pemilihan dengan tangan kosong. Walaupun beliau tidak terkenal seperti Mat Sabu sebagai seorang aktivis dan pemidato, namun beliau lebih terkenal sebagai seorang pentadbir di negeri Kelantan. Latar belakang beliau sebagai seorang ahli parti tidak boleh dipertikaikan, dimana beliau merupakan anak kepada aktivis PAS yang terkenal, Pak Nik Lah Panchor.

Walaupun Nik Amar nampak keseorangan dalam pemilihan ini, namun semua telah maklum bahawa TGNA begitu rapat dengannya.Bahkan pemilihan beliau sebagai Tim. MB Kelantan pun ada kait-kaitan dengan TGNA dan TGHH. Walaupun ada yang mendakwa beliau tidak berkelayakan berbanding dengan Husam Musa, namun rakyat Kelantan menyangkal telahan nakal tersebut. Kepimpinan dan ahli PAS Kelantan setuju untuk memilihnya beliau berdasarkan latar belakang dan kebolehan yang dimiliki.
 
 
Hakikatnya, Mat Sabu sendiri pun gembira jika yang menggantikan beliau untuk jawatan Tim Presiden PAS adalah Nik Amar. Kalau tidak untuk penggal ini, tentu dipenggal seterusnya Mat Sabu akan menyokong Nil Amar untuk jawatan ini.

Setelah PAS berjaya memerintah Kelantan pada 1990, kepimpinan PAS Kelantan dilihat kurang memberi sumbangan kepada PAS pusat. Bahkan PAS Kelantan dilihat terpisah daripada PAS pusat. Keadaan akan berubah apabila salah seorang pimpinan PAS Kelantan berada dalam pimpinan PAS pusat. Mungkin Husam Musa dilihat menjadi wakil kepada PAS Kelantan, namun realitinya dan kenyataan adalah berbeza. Kepimpinan dan ahli PAS Kelantan telah tertutup selera dan berpatah arang dengan beliau. Bahkan beliau diramalkan akan terkeluar dalam pemilihan Naib Presiden PAS untuk kali ini.

Dakwaan Mat Sabu disokong kelompok Pro, sementara Nik Amar disokong oleh kelompok ulamak, merupakan suatu dakwaan berbentuk candu dan najis mughalazah kepada parti PAS. Mereka yang menyebarkan dakwaan ini merupakan musuh parti yang tidak mengenal erti dan maksud perjuangan PAS. Kalau sebelum ini, kita didendang dengan lagu sumbang yang mendakwa kemenangan Mat Sabu sebagai Tim Presiden PAS akan mensyiahkan PAS dan mememalapkan pengaruh ulamak dalam PAS. Bahkan PAS akan menjadi naga berkepala dua, di mana perumpamaan ini merujuk kepada presiden dan tim presiden yang berbeza latar belakang pendidikan.

Ahli PAS adalah pemilih yang memiliki kuasa demokrasi mutlak, mereka berhak dan diberi hak untuk memilih sesiapa sahaja pemimpin demi perjuangan PAS untuk menegakkan amanah Allah di muka bumi. Pemilihan berdasarkan amanah, tidak sama sekali dipengaruhi oleh hawa nafsu, rasuah, teman rapat, warna kulit dan latar belakang pendidikan. Sesiapa yang membuat pemilihan bukan kerana kerana Allah dan jitihad yang dimiliki, maka dosa dan laknat Allah akan ditimpa ke atas mereka.

Selamat memilih!

Saya akan memilih Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz Omar dan salahuddin Ayob sebagai Naib Presiden PAS untuk pemilihan 2014.

4 ulasan:

  1. Adakah 'NIK AMAR' betul-betul berkelayakan utk memegang jawatan Timb. Preiden?

    Ramai ahli PAS sedia maklum kronologi pemilihan pucuk pimpinan pas di Kelantan setelah d lepaskan oleh TGNA. PEMBOHONGAN beliau dan angkatannya mengenai status Husam adalah amat dikesali. Husam akhirnya menjawab dengan rakaman video yang menjadi BUKTI pembohongan tersebut!

    Sekali lagi rakyat Kelantan "dikhianati" apabila beberapa projek yang di tandatangani oleh Kerajaan Kelantan di bawah TGNA bersama beberapa syarikat besar telah d batalkan oleh tangan-tangan GHAIB d bawah pemerintahan Nik Amar! Husam tiada pentas utk d lontarkan salah laku dan kepincangan ini melainkan semasa mesyuarat DUN. Pas Pusat yg tidak ambil peduli mengenai perkara ini terpaksa akhirnya memanggil Husam utk mendengar kenyataan beliau. Tiada tindakan boleh diambil keatas kedua-dua pihak iaitu teguran Husam mahupun salah laku Nik Amar kerana PAS Pusat tiada kuasa atas pentadbiran kerajaan negeri.

    Hujah dibalas dengan Hujah!

    Husam berkata dengan alasan hujah isu yang dibangkitkan.
    Nik Amar berkata atas alasan peribadi Husam.

    Fahamilah dan fikir-fikirkanlah...............

    BalasPadam
  2. saya pula akan memilih hussam tuan ibrahim dan mahfuz

    BalasPadam
  3. Demokrasi bukanlah dari islam. Jahil yg ramai akan tewaskan alim yg sedikit

    BalasPadam
  4. mencuba adalah utk sesuatu yg kita tak biasa atau tak kenal lg. kalau dah kenal tak perlu cuba dah. apatah lg bab pilih pemimpin kalau kita dah kenal tak perlu cuba2 dah pilih terus. org yg selau keluar masuk penjara kerana bela rakyat, org yg selalu turun ke jln raya kerana menyuarakan pendapat rakyat lebih layak dipilih jd pemimpin drp org yg hanya keluar masuk pejabat dan hanya tahu tanya bekas mbnya bila nak berhenti dan siapa pengganti dan berkata saya lyk jd mb. org mcm ni tentunya gila kuasa... lepas pikir2lah sendiri.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini