RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 14 November 2013

KETUA PEMUDA PAS - KEMBALIKAN KE ERA MAHFUZ OMAR MENJADIKAN PAS LEBIH HEBAT

 
SESIAPA pun yang bakal dipilih oleh Perwakilan untuk menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di dalam Muktamar PAS hujung bulan ini sebenarnya tidak menjejaskan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.  Ini adalah kerana PAS sentiasa berada di bawah Majlis Syura Ulamak iaitu badan yang tertinggi di dalam PAS.

Termasuklah juga Jawatan Presiden, Timbalan, Naib dan kesemua AJK PAS Pusat dan keseluruhan Jemaah di dalam parti Islam itu tidak boleh bertindak di luar dari yang dibenarkan oleh Majlis Syura. Ini semuanya kita fahami dan di situlah letaknya kekuatan PAS.

Apa pun yang disebutkan tadi adalah berkaitan dasar parti.  Tetapi, pemimpin yang dipilih tentunya mempunyai kaedah atau pendekatan tersendiri untuk melaksanakan dasar parti.  Pendekatan berbagai bentuk ini tidak dilarang oleh Majlis Syura asalkan tidak bercanggah dengan Islam (Al-Quran, Hadith, Ijmak, Ulamak dan Qias) yang menjadi rujukan utama kepada Majlis Syura.  Oleh sebab itulah di dalam PAS berbagai bentuk dan gaya pendekatan dapat kita lihat daripada pemimpin PAS.

Ada pemimpin yang kepingin dengan pendekatan 'UG' (bersama dengan Umno) untuk membentuk kerajaan Islam dengan mudah kerana Umno mempunyai keahlian majoriti Melayu yang berugama Islam.  Mereka berpendapat lebih baik bersama Umno, berbanding dengan PKR atau DAP yang keahliannya bercampur aduk bangsa dan agama.  Siapa boleh nafikan tiada lagi pemimpin yang masih mengharapkan pendekatan 'UG' ini di dalam PAS?

Pendekatan lain pula, terdapat pemimpin yang mahu agar PAS terus bersama rakan sekutu PKR dan DAP kerana kedua-dua parti ini terbukti lebih baik dari Umno dari segi integritinya.  Pada mereka, apa ertinya bersama dengan kaum Melayu yang Islam tetapi kuat rasuah dan sering melakukan kezaliman terhadap rakyat jelata dari berbagai kaum?  Siapa boleh nafikan Umno masih bergelumang dengan rasuah dan kezaliman?  Bahkan, PAS adalah satu-satunya parti yang kerap dianiayai oleh Umno.  Ini semua pernah diceritakan oleh Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Aziz sendiri.  Bagaimana untuk berbaik dan bersangka baik, tangan kanan berjabat tangan, tangan kiri menumbuk rusuk?

Justeru itu, pendekatan bersama dengan Umno majoritinya ditolak oleh ahli-ahli PAS.  Namun demikian, secara sembunyi-sembunyi mungkin ada yang masih 'bersangka baik' dengan Umno dan tidak pernah serik masuk lubang ular dua kali.  Hujah mereka, Islam menggalakkan perpaduan.  Mereka lupa hujah Umno berbeza, Umno berhujah tentang penyatuan Melayu sahaja.  
 
Satu lagi pendekatan yang sekarang ini amat digemari oleh golongan muda adalah berjuang secara agak 'radikal' dan 'vokal'.  Anak muda mesti di hadapan dan mendepani semua isu.  Sebelum ini dikatakan Pemuda PAS masih gagal mendepani isu yang sebenarnya melambak di negara kita ini.  PAS akan disegani dan dihormati pihak lawan dan kawan jika Pemuda PAS berjaya mendepani isu dan berani ke hadapan.  Suasana ini pernah kita saksikan di zaman Mahfuz Omar mengetuai Pemuda PAS.  
 
Di antara Sdr Suhaizan Kayat, Sdr Kamaruzaman Mohamad dan Sdr Zulhazmi Shariff siapakah yang boleh mengembalikan zaman Mahfuz Omar?  Di antara mereka ini, sesiapa yang mempunyai bakat ciri-ciri kepimpinan Mahfuz Omar atau setidak-tidaknya di zaman Salahuddin Ayob, orang itu tentunya boleh membawa PAS lebih jauh ke hadapan dan disegani. 

2 ulasan:

  1. Salam bro... Bagi gua pemikiran dan tulisan lu lebih hebat daripada blogger yang mengaku pemimpin/ahli PAS tetapi menulis macam celaka atau mungkin lebih baik sikit dari Utusan. Bila yang bertanding tidak mengikut selera mereka maka macam-macam fitnah dilemparkan sehinggakan disuruh ukur baju dulu sebelum masuk bertanding sedangkan cawangan yang dipimpin pun macam haprak. Macam gua lainlah pasal gua bukan ahli mana-mana parti tetapi gua sokong parti yang menentang Umno/BN lebih-lebih lagi jika parti itu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Gua tetap sokong lu bro.

    BalasPadam
  2. in sya Allah perjuangan muda dalam parti islam akan berterusan dengan semangat pemuda islam zaman rasul alaihisalam, ABU !

    BalasPadam