TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KLIK "PLAY" DENGAR RADIO KOBAT FM

Rabu, 24 Julai 2019

KENYATAAN TUN M YANG PERLU DIPERBETULKAN

Kenyataan Tun M dlm chedet.com menyatakan, beliau anggap isu video semburit Sandakan itu hanya isu politik dan beliau tidak mahu melayaninya.

Alangkah baiknya jika ini prinsip yang Tun M pegang 20 tahun yg lampau. Namun, Tun M silap rasanya. Kes video semburit ini telah menjadi kes polis dan telah ramai ditahan untuk siasatan. KPN pun sudah jelaskan video ini tulen. Apabila kes telah dibawa ke pihak polis, ini bukan lagi kes politik. Ia sudah jadi kes besar apatah lagi melibatkan beberapa tokoh besar dalam kerajaan serta beberapa Adun yang disiasat.

Apakah kerana ianya melibatkan orang politik, maka kes sebesar ini mahu disembunyikan dan dibiarkan berlalu hanya dianggap isu politik? Di mana janji kita untuk melakukan reformasi dalam kerajaan PH ? Jika hujah Tun M ini diambil kira, ianya amat merbahaya kerana orang-orang politik akan lebih selamat dan bebas untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Saya harap Majlis Presiden tolong peringatkan Tun M tentang janji kita untuk bertindak adil dan telus dalam mana-mana kes yang melibatkan pimpinan kerajaan. Sebagaimana saranan TPM, Kak Wan agar mana-mana pemimpin yang ada maklumat yang boleh membantu pihak Polis di dalam mengenalpasti dalang yang menyebarkan video ini serta pelaku-pelaku di dalam video tersebut, sila tampil dan bantu pihak Polis, bukan hanya bercakap di luar.

Saya harap kita tidak tersilap di dalam memilih Tun M sebagai PM yang kita yakin beliau akan berpegang dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Lupakan prinsip "undang-undang rimba" dahulukala.

Isnin, 22 Julai 2019

TOLONG BERI LAGI MASA KEPADA KPN UNTUK SIASAT SIAPA INDIVIDU BERSAMA HAZIQ

Saya telah membaca kenyataan media Presiden KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini yang menggambarkan KEADILAN 'lega' apabila pihak PDRM mengesahkan bahawa 'tiada pertunjuk orang yang dikaitkan' dengan video jijik Sandakan berpandukan kepada ujikaji oleh Cybersecurity.

KEADILAN merasa 'lega' kerana mengikut kata PDRM, Timbalan Presiden KEADILAN, YB Dato' Seri Azin Ali tidak dapat disahkan berada bersama Haziq walaupun Haziq berulangkali mengaku ada bersamanya di bilik hotel tersebut. KPN juga menyatakan video itu 'tulen' selari juga dengan laporan yang didedahkan oleh Lokman Adam yang juga menghantar video berkenaan untuk diuji di Indonesia. Ini memperkuatkan hujah bahawa video itu memang tulen, bukan diedit atau direka cipta. Bezanya, di Indonesia mengikut kata Lokman, ujikaji dibuat mengesahkan memang serupa pelaku di dalamnya iaitu Haziq dan Azmin. Saya tidak mahu percaya apa yang Lokman dedahkan kerana kita kenal Lokman Adam sebagaimana kita kenal Raja Petra.

Parti telah bertindak terhadap Haziq dengan memecat Ketua AMK Sentubung ini tetapi bukan kerana kesalahan aksi beliau dihotel Sandakan itu. Beliau telah dipecat kerana membuat tuduhan terbuka kepada Azmin tanpa bukti yang kukuh. Bagaimana pula dengan tuduhan dan pengakuan beliau bahawa Azmin bersamanya di dalam bilik tersebut? Saya merasakan parti telah melakukan yang sepatutnya iaitu pecat Haziq, satu hukuman paling maksima di dalam parti. Selebihnya, azmin perlu berfikir apakah perlu beliau lakukan terhadap Haziq yang sampai sekarang tetap mempertahankan bahawa beliau bersama Azmin. Itu hak Azmin.

Adakah kes ini telah selesai dengan kenyataan KPN dan laporan dari Cybersecurity ? Jawapannya tidak. Masih ada siasatan telah dan sedang dibuat oleh PDRM tetapi dilihat lebih menjurus kepada 'dalang' atau 'pengarah' drama "Semburit Sandakan". Untuk membenteras filem lucah yang dibikin di negara ini, Pengarah. Penerbit, Krew dan pelakun-pelakunnya wajib dikenakan tindakan. Kita tidak serius jika kita hanya tumpu mencari 'dalang' tetapi kita tidak fokus dan berusaha mengesan pelakunnya. Kerja pihak PDRM sepatutnya lebih mudah kerana salah seorang pelakunnya telah mengaku. Jika salah seorang perompak atau perogol telah mengaku, lazimnya siasatan kes rompakan dan rogol untuk mengesan yang lain-lainnya lebih mudah dibuat.

Terlalu banyak kes jenayah yang telah berjaya diselesaikan oleh pihak PDRM hasil bantuan video atau CCTV. D dalam kes ini, orang yang merakam perbuatan songsang tersebut sememangnya salah samada diupah atau tidak, tetapi yang melakukan perbuatan songsang ini lebih besar kesalahannya. Justeru itu, KPN tidak boleh menganggap isu ini remeh dan membuang masa PDRM. Masa tidak akan terbuang jika kita cekap dan profesional. Inilah ujian besar buat KPN baru yang diharapkan oleh rakyat untuk mereformasikan PDRM.

PDRM harus diberi sedikit sahaja masa untuk mencari dalang dan pelakunya. Kita berharap PDRM kita tidak ditertawakan oleh dunia luar akibat kegagalan menyelesaikan isu ini.