RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 27 Ogos 2011

KERANA DUBUR SAIFUL, PAKAR PUN BOLEH JADI BINGUNG?

Pakar bingung calitan dubur Saiful masih baik

Hafiz Yatim
Ogos 26, 11

Bagaimanakah tiga calitan kapas yang diambil dari lubang dubur pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya?

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald.

dr brian mcdonald sodomy llMenyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan
B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (kanan) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".

"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira - dalam keterangannya sebelum ini - berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius./Malaysiakini

Jumaat, 26 Ogos 2011

PKR: Kenyataan mufti bukti Anwar tak pecah Melayu

Ogos 26, 11

Kenyataan mufti Perak bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.

NONEKetua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty sebaliknya mendakwa, perpecahan Melayu-Islam pada masa kini berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno.

Ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.

"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur (kanan).

"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu./Malaysiakini

UJIAN DNA KES FITNAH LIWAT II - JIKA DILAKUKAN DI SEKOLAH, PAKAR TERSEBUT PASTI GAGAL

Profil DNA Lelaki Y Tercemar, Kata Pakar Australia

The Malaysian Insider

Pakar dari Australia memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang saintis telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan ujian profil DNA yang pihak pendakwa telah gunakan untuk mengaitkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Dr Brian McDonald, saksi keempat pasukan pembela berkata, ahli kimia kerajaan Nor Aidora Saedon telah melakukan kesilapan besar dalam kiraan pada ujiannya sehingga menyebabkan Anwar telah diputuskan sebagai “lelaki Y”, profil DNA yang didakwa ditemui pada dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Apa yang anda ada ialah campuran profil. Beliau melaporkannya sebagai satu prodil tunggal,” kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi hari ini.

Kata beliau, Nor Aidora telah mencampur aduk garis panduan menjalankan proses ujian profil DNA, sehingga menyebabkannya memperoleh bacaan yang salah.

Perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang ini telah diberikan butiran analisis DNA secara terperinci termasuk penjelasan mendalam bagaimana untuk menanda dan membaca keputusan analisis.

“Jika ujian-ujian ini dijalankan di sekolah, beliau sudah pasti telah gagal,” kata beliau lagi.

Pada Februari lalu, pasukan guaman Anwar berhujah dengan mempersoalkan profil-profil DNA yang diperoleh hasil ujian ke atas tuala.

Tuala itu diberikan kepada Anwar ketika ditahan di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur tiga tahun lalu selepas dituduh meliwat Mohd Saiful.

Peguam pembela Ramkarpal Singh Deo berkata berdasarkan ujian “electropharogram” yang dijalankan oleh Nor Aidora ke atas tuala itu, analisis menunjukkan bahawa ada dua profil DNA — satu Lelaki Y dan satu lagi tidak diketahui profilnya.

Ketika memberi keterangan pada 23 Februari lalu, kata Nor Aidora, profil-profil DNA yang ditemui pada barang tersebut sepadan dengan lelaki tidak dikenali “lelaki Y”, yang spermanya diperoleh dari dubur Saiful.

Keterangan pakar itu akan disambung esok (hari ini).

Khamis, 25 Ogos 2011

ISU LYNAS - TUDUHAN DR CHE ROSLI TERHADAP PKR MELAMPAU

Oleh: WFAUZDIN NS

TV 3 selalunya kurang dipercayai atau langsung tidak dipercayai sekiranya menyiarkan berita atau laporan yang melibatkan Pakatan Rakyat. Seringkali berita yang disiarkan itu diselewengkan dari segi fakta atau diputarbelitkan agar rakyat terkeliru dengan Pakatan Rakyat, sekaligus menguntungkan kerajaan yang memerintah.

Namun, ada kalanya berita yang disiarkan itu perlu kita kaji dan memberikan jawapan sebenar agar rakyat tidak terkeliru walaupun jawapan kita itu pastinya tidak akan mendapat liputan dari media berkenaan. Pakatan Rakyat perlu menjawabkan dengan menggunakan segala saluran media alternatif yang kita ada. Sebagai contoh, terbaru adalah isu Lynas di Gebeng, Kuantan.

Memetik sumber dari Pahang Daily, Laporan dari TV 3 di dalam Buletin Utamanya kelmarin, isu Lynas dibangkitkan dengan laporan pengacara sensasi Karam Singh Walia antara lain laporan berkenaan mendedahkan bahawa kilang memproses "rare earth" milik Lynas Corporation Australia yang dijangka akan memulakan pra-operasinya di kawasan Perindustrian Gebeng pada September ini adalah selamat.

Apa yang mengejutkan kita adalah disebutkan bahawa seorang Ahli Parlimen dari PAS iaitu Dr Che Rosli Che Mat (Saintis Nuklear) yang merupakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mewakili Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi kawasan Hulu Langat, Selangor membuat kenyataan seperti berikut, "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya. Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiationlah apa semua macam-macam. Dia spin.""Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah", katanya (Pahang Daily).

Pertamanya, saya mahu persoalkan benarkah yang hanya membawa isu ini adalah PKR sepertimana yang disebut oleh Dr Che Rosli? Setahu saya, terlalu banyak pemimpin PAS juga bercakap menentang projek Lynas ini, dan di Pahang termasuk Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Bahkan, ramai pemimpin dari MCA juga turut menentang projek Lynas ini. Mengapa mahu diletakkan beban ke atas PKR sahaja? Di mana sikap tanggungjawab beliau mengulas isu ini?

Saya tidak pertikaikan kebenaran atau fakta yang dibawa oleh Dr Che Rosli jika selaku Saintis Nuklear beliau lebih arif di dalam hal ini. Tetapi, beliau ternyata tidak arif di dalam kesepakatan kita di dalam Pakatan Rakyat. Beliau boleh berhujah untuk menyokong Lynas, tetapi tidak perlu beliau meletakkan segala kesalahan ke atas PKR sahaja sedangkan di Pahang, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP sepakat mengambil keputusan menentang projek Lynas. Silapnya beliau adalah tidak berani dari awal untuk menyatakan hujahnya dalam isu ini bukan sahaja kepada Pakatan Rakyat, bahkan kepada parti beliau sendiri. Apabila rakyat telah dimaklumkan tentang bahayanya Lynas ini, dan kempen anti-Lynas telah lama berjalan terutamanya di Pahang yang dijalankan oleh PKR, PAS dan DAP, baru sekarang beliau menyalahkan PKR. Di mana kewibawaan beliau selama ini?

Oleh kerana beliau telah mendedahkan sedemikian, maka Pakatan Rakyat harus menilai semula hujah dan fakta dari MP ini. Kita tidak mahu isu ini dipolitikkan dan rakyat dikelirukan. Pakatan Rakyat perlu peka dengan pendedahan dari Dr Che Rosli ini kerana beliau adalah MP dari Pakatan Rakyat yang secara terang-terangan menyokong projek Lynas tersebut. Tidak salah jika kita menerima pakai pendapat beliau, dan tidak salah jika kita menolak pendapat beliau tetapi mestilah berfakta. Cuma, PAS juga perlu respon kepada tuduhan Dr Che Rosli bahawa hanya PKR sahaja yang bersungguh-sungguh menentang Lynas, kerana tuduhan beliau ini amat berat seolah-olah menghina perjuangan PAS di Pahang selama ini.

Kita harap di dalam masa yang terdekat ini, Pakatan Rakyat harus menilai semula pendiriannya berdasarkan pendedahan dari Dr Che Rosli. Apa yang perlu kita tahu, penentangan terhadap projek Lynas bukan hanya datang dari PKR sahaja tetapi turut disokong kuat oleh PAS dan DAP termasuk beberapa pimpinan MCA di Pahang dan beberapa NGO yang lain. Tentu lebih baik jika Dr Che Rosli menarik balik tuduhannya terhadap PKR agar tidak menjejaskan kerjasama Pakatan Rakyat di Pahang yang amat jitu sekarang ini./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 24 Ogos 2011

FOTO TERESSA KOK, AMBIGA MENGHINA Al-QURAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

DI SEBALIK kita kecuh pasal orang-orang dimurtadkan kononnya, kita terlupa pada mereka yang tidak murtad, tetapi menghina hukum dan Al-Quran. Mereka ini membaca Al-Quran, tetapi di dalam masa yang sama secara terang-terangan melanggar hukum menutup aurat.
Link
Orang ini bukannya Teressa Kok atau Elizebeth Wong mahu pun Ambiga. Orang ini katanya berugama Islam dan kita yakin dia berugama Islam. Tetapi, melihat kepada cara pemakaiannya, apa beza dia dengan Teressa Kok, Elizebeth Wong atau Ambiga?

Adakah tidak dayus suaminya? Bukankah suami yang dayus itu tidak boleh mencium bau Syurga, jauh sekali untuk memasuki Syurga. Orang yang tidak boleh mencium bau syurga ini wajarkah kita pilih untuk memimpin kita ke Syurga? Fikir-fikirkan lah.

Foto di sini mungkin ada jawapannya. Klik sini untuk adegan seterusnya.

85 % TIDAK YAKIN DENGAN SPR/JPN, HANYA 6 % MERASA YAKIN

Oleh: WFAUZDIN NS

SPR dan JPN telah banyak mengeluarkan kenyataan untuk `membela' diri setelah kedua-dua jabatan ini dikatakan berkomplot dengan Umno/Bn untuk memanipulasikan daftar pemilih bagi pilihanraya.

Pihak BERSIH, Pakatan Rakyat dan beberapa NGO telah tampil dengan berbagai fakta dan bukti bagi menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua-dua jabatan ini. Blog ini telah mengadakan Poll (undian) bagi melihat keyakinan pengunjung-pengunjung blog ini di atas isu berkenaan. Soalan Poll seperti berikut;

KONTROVERSI BERLAKU MELIBATKAN SPR DAN JPN, ADAKAH ANDA MASIH YAKIN DENGAN KEDUA-DUA JABATAN INI?

Daripada jumlah seramai 1, 084 yang membuat undian berakhir awal pagi tadi (24/8/11) keputusannya adalah seperti berikut:

Tidak Yakin dengan SPR/JPN - 85 %
Ragu-Ragu - 7 %
Yakin - 6 %
Tidak Tahu - 2 %

BERSEDIA UNTUK BERSIH 3.0, TOLAK JAWATANKUASA KHAS


Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Najib mengumumkan bahawa PRU ke 13 akan diadakan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan apa yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan penambaikan Sistem Pilihanraya, maka sudah sampai masanya BERSIH dengan kerjasama Pakatan Rakyat dan semua NGO yang mendukung BERSIH merancang mulai sekarang untuk mengadakan BERSIH 3.0.

Sebenarnya, majoriti penyokong BERSIH boleh dikatakan tidak mempercayai lagi Najib, tetapi sebagai menghormati pimpinan di dalam BERSIH dan Pakatan Rakyat, kita serahkan kepada mereka untuk memikirkan adakah Najib boleh dipercayai atau tidak. Nah, sekarang terbukti Najib penipu besar apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak bertangungjawab itu. Ini lah rupanya PM kita yang hanya pentingkan kerusi empuknya semata-mata.

Kenyataan Najib itu merupakan satu cabaran kepada BERSIH untuk mengulangi apa yang telah kita lakukan pada 09 Jul yang lalu. Mungkin kali ini Najib mahu melihat gerakan yang lebih besar kalaupun tidak menyamai gerakan rakyat di Dataran Tahrir, Mesir. Kita mesti tentukan Najib akan menyesal dengan tindakannya itu yang mengundang semangat rakyat untuk bangkit menjatuhkan rejim Umno/Bn.

BERSIH tiada pilihan lain lagi melainkan menolak syor untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas berkenaan yang dijadikan umpan untuk memerangkap BERSIH dan parti Pembangkang. Apabila kita sibuk untuk merancang serta mengemukakan pindaan bagi membaikpulih sistem pilihanraya di negara ini melalui Jawatankuasa Khas itu nanti, Najib serta merta akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihanraya Umum. Ketika kita tidak bersedia, mereka menyerang kita.

Kami sentiasa menanti BERSIH 3.0 dan kami menolak untuk mempercayai Najib lagi./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 23 Ogos 2011

UMNO SEMAKIN HILANG PUNCA, SAAT TERBAIK TAWAN PUTRAJAYA

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO kini terumbang-ambing untuk mencari isu baru yang boleh digunakan bagi memburukkan imej PR. Setakat ini kesemua isu yang dibawa oleh Umno gagal samasekali dan kebanyakannya memakan diri sendiri. PRU ke 13 nanti, satu-satunya PRU yang paling selesa untuk PR menguburkan Umno/Bn dan kita hanya perlu bekerja lebih kuat lagi agar segala maklumat dan tipu daya mereka disampaikan kepada seluruh rakyat.

Umno cuba bermain dengan isu JAIS memasuki gereja kononnya untuk menggambarkan Kerajaan PR Selangor di bawah PKR gagal tangani isu murtad. Apabila Kerajaan Negeri Selangor bertindak pantas dengan menyerahkan siasatan kes ini kepada JAIS dan tidak melatah dengan mainan politik Umno, maka gagal lagi helah parti sekular ini. Kerajaan Negeri Selangor merujuk isu ini kepada Sultan Selangor selaku Ketua Agama, dan dibentuk pula Majlis Syura yang melibatkan Mufti Selangor, maka bertambah kecewa Umno untuk terus bermain dengan isu yang dianggap kontroversi ini.

Tindakan bijak PAS yang tidak terperangkap dengan helah Umno untuk memecahbelahkan hubungan di antara Exco Agama Dr Hassan Ali dengan pimpinan PAS serta Kerajaan Negeri Selangor tentunya mengecewakan Umno. Akhirnya isu ini menjadi basi dan tidak lagi sehangat awalnya. Apa yang timbul, Umno dipersalahkan kerana lebih 50 tahun mereka memerintah negara ini namun parti ini tidak pernah serius dengan gejala murtad. Tidak kurang dari dua atau tiga kali PAS pernah usulkan di Parlimen agar Undang-Undang Murtad ini dipinda, namun Umno tidak pernah peka dan sensitif. Sekarang, Umno cuba untuk menjadi hero membela Islam kononnya.

Timbul pula isu melarang penggunaan pembesar suara sewaktu membaca Al-Quran diwaktu Subuh di P.Pinang. Umno terus menonjolkan diri untuk menjadi juara membela Islam di P.Pinang pula. Zahid Hamidi secara tiba-tiba bersuara di dalam hal ini dengan menggunakan akalnya yang cetek di dalam membicarakan soal hukum agama. Beliau mahu menunjukkan kehebatannya dalam aspek hukum mengatasi Majlis Fatwa P.Pinang. Perangkap tidak menjadi, rupa-rupanya larangan tersebut telah lama dikuatkuasakan di Perlis sebuah negeri di bawah Umno. Gagal lagi Umno di dalam isu ini.

Jelas, Umno semakin terdesak tambahan pula apa yang mereka cuba rahsiakan selama ini terbongkar. Skandal SPR dan JPN ternyata meresahkan Umno kerana kesemua bukti yang didedahkan oleh PR tentang salah laku dan ketidak kecekapan badan ini amat sukar ditangkis lagi. Najib akhirnya terpaksa akut untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas di Parlimen untuk menangani isu yang sudah terbongkar ini. Namun, putar belit Najib terserlah apabila menyebut PRU akan diadakan tanpa mengira apa jua yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas ini nanti. Ertinya, Jawatankuasa Khas yang ingin ditubuhkan tersebut hanya topeng semata-mata untuk meredakan tekanan yang dihadapi oleh SPR dan JPN.

Harus kita ingat, tiada apa lagi yang boleh kita percaya dari mulut Najib. Kita harus fokus untuk terus bekerja kuat meyakini rakyat bahawa negara ini lebih selamat jika Umno/Bn dapat disingkirkan dari Putrajaya. Inilah saat paling baik buat PR, dan jangan lepaskan peluang ini. Jangan benarkan Umno bernafas walaupun sesaat./wfauzdin.blogspot.com

WAJAH SEBENAR `HERO KAMPONG ORI' PENCACAI UMPORNO YANG SUDAH KANTOI.....

Wajah sebenar Hero Kampong Ori, Pencacai Umporno di dalam Face Book....ensem tak?

Oleh: WFAUZDIN NS

KALI ini aku nak promote sikit seorang jejaka tampan yang menggunakan nama di dalam Face Book sebagai `Hero Kampong Ori'. Budak tidak cukup akal ini sering masuk ke dalam FB dan kerjanya tidak lain dan tidak bukan menghentam Pembangkang terutamanya PAS.

Dia pernah minta masuk jadi member kat FB aku kununnya mahu berhujah, aku pun terima je la dia masuk sebab aku memang suka berhujah dengan puak-puak Umporno ni apatah lagi dengan budak tidak cukup akal macam dia ni. Bila dia masuk FB aku dia bukan nak berhujah tetapi dia nak cemarkan FB aku dengan gambar-gambar lucah yang dia tagg kat Wall aku. Aku pun remove dia dari jadi member. Rupa-rupanya dia sempat curi foto aku, kemudian dia guna foto aku pada profile dia. Mana-mana dia masuk FB, dia akan menjadi pencacai atau pelacur Umporno dengan menggunakan foto aku.
Link
Mengapa dia tidak berani tunjukkan wajahnya yang sebenar? Mengapa dia guna foto orang lain. Rupa-rupanya dia pemalu orangnya takut dia dikenali dan akan ramai peminat pasal dia ni hensem orangnya. Aku rasa bertanggungjawab untuk perkenalkan wajah sebenar budak yang terencat akal ini.

Setelah ramai yang mula mengenali wajah sebenar beliau, maka beliau menjadi glamour sekarang. Lihat saja komen-komen dari rakan-rakan di FB di sini ---> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=208908865829151&set=a.155628577823847.50220.100001301176721&type=1&theater

Isnin, 22 Ogos 2011

SAIFUL BERBOHONG - ANWAR

Anwar Kemuka Bukti Dakwaan Saiful Palsu, Jalin Hubungan Dengan Umno

KeadilanDaily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa tuduhan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah palsu dan berniat jahat.

Anwar berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.

Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang mempunyai hubungan dengan Umno dan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.

“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar ketika memberi keterangan dari saksi tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Julai 2008 untuk membincangkan perkara berkaitan kerja.

Beliau menambah, pada peringkat itu, Saiful sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak berbuat demikian atas alasan takut.

“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.

Menurut Anwar alasan Saiful bahawa dia diselubungi ketakutan adalah bercanggah dengan fakta kes tersebut,

Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”

“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual mesra dengan saya.

“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari,” kata Anwar.

“Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.

“Sikapnya seara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.

Anwar juga berkata, Saiful tidak terus membuat laporan polis dan membuat laporan perubatan dengan segera, sebaliknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, Saiful juga dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya.

KOH TSU KOON AKAN TENTANG HABIS-HABISAN PENCACAI UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA bersungguh benar Umno untuk menjatuhkan Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon. Tidak cukup dengan menggunakan lidah beberapa pencacai mereka seperti Ezam sesumpah, Reezal Naina Merican, dan juga Zahrain katak dari Bayan Baru, digunakan pula media TV 3 suku untuk memburukkan imej Presiden Gerakan tersebut.

Betapa lantangnya Ezam sesumpah, dan betapa nyaringnya salakan dari Reezal Naina Merican menghentam Koh Tsu Koon, ada pemimpin Gerakan ini gementar dan takut? Saban hari media pencacai menjalankan propagandanya untuk memburukkan imej beliau, namun ada beliau bimbang? Apa komen Presiden Gerakan ini terhadap serangan demi serangan dari kononnya rakan sekutu beliau itu?

Koh Tsu Koon memberi komen seperti berikut, "Tunggulah kalau ada serangan lagi kita akan mempertimbangkan strategi (melawan semula) dan melaksanakan strategi itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan negeri Perak, di Ipoh hari ini. Beliau mengulas sasaran beberapa pihak termasuk ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mendakwa Koh sudah tidak lagi relevan untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang dan dilihat sebagai liabiliti kepada parti itu (Malaysiakini).

Sebab apa Koh Tsu Koon tidak bimbang langsung dengan puak-puak pencacai ini? Sebabnya mungkin beliau sudah tahu `standard' Ezam sesumpah dan juga Reezal Naina Merican, lebih-lebih lagi yang tidak berparti seperti Zahrain katak tersebut. Siapa mereka mahu camportangan di dalam kepimpinan Gerakan? Apakah mereka rasa Presiden Gerakan itu lebih teruk dari Presiden Umno? Berapa banyak duit saham Bumiputera yang dilesapkan oleh Koh? Berapa bilion wang KWSP yang dipinjam oleh Koh seperti Felda pinjam itu? Berapa harga cincin isteri Koh Tsu Koon dan berapa Koh dapat komisyen kapal selam? Koh juga tidak terlibat di dalam kes bunuh Altantuya.

Memang Koh Tsu Koon ada buat yang tidak kena sewaktu beliau memimpin P.Pinang dahulu, tetapi kesalahan Koh itu jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Presiden Umno yang ada. Jadi, siapa pencacai itu yang mahu menolak Koh Tsu koon dari mengetuai Gerakan? Mengapa tidak bising dengan Presiden kamu yang melambak-lambak kes itu? Sebab beliau beri makan dan Koh tidak beri makan? Itu kah? Sekurang-kurangnya nama Koh tidak sampai busuk dan hanyirnya sehingga ke Peranchis.

Syabas buat Koh Tsu Koon yang berani menghadapi puak-puak yang tidak habis-habis untuk mengampu itu. Gerakan mesti lawan puak ini habis-habisan kerana puak ini hanya akan anggap kamu kawan sewaktu kamu kuat sahaja. Sekarang, gerakan tidak sekuat dulu dan Umno pun semakin lemah, namun ego dan sombongnya tidak pernah padam. Jalan terakhir nanti, Gerakan boleh keluar dari Bn dan biarkan Umno merayu-rayu PAS dan DAP pula./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 21 Ogos 2011

JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN - PAKATAN RAKYAT DAN BERSIH WAJIB TOLAK

Oleh: WFAUZDIN NS

SEJAK dari awal lagi ramai yang curiga dengan niat Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan Pilihanraya di negara ini, mentalahan lagi apabila Najib berkata tarikh pilihanraya tidak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa tersebut. Jelas, Najib sengaja untuk memasang perangkap dengan cadangannya itu agar BERSIH semakin hilang semangat dan bisanya.

Bak kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," (Malaysiakini).

Sememangnya amat wajar Pakatan Rakyat menolak penubuhan Jawatankuasa tersebut selagi tiada jaminan bahawa Pilihanraya akan melakukan reformasi seperti yang disarankan oleh Jawatankuasa tersebut. Pakatan Rakyat tidak harus membuang masa dengan memperbodohkan diri menerima idea karut yang awal-awal lagi digambarkan oleh Najib tiada faedahnya. Apa faedahnya Jawatankuasa tersebut jika Pilihanraya diadakan tanpa merujuk kepada resolusi atau cadangan dari Jawatankuasa berkenaan? Jangan membazirkan wang rakyat semata-mata untuk merealisasikan tipu daya sekutu apco ini.

Saya ingin mengingatkan Pakatan Rakyat, di saat rakyat kini yakin dengan usaha Pakatan Rakyat bersama BERSIH dan kami menyokong sepenuhnya usaha BERSIH selama ini, jangan dipersiakan keyakinan kami dengan memakan umpan semurah itu dari Najib. Siapa tidak kenal Najib yang suka berbohong itu? Bukankah Najib telah berbohong kepada rakyat sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu? Sanggupkah kita menerima pembohongan Najib sekali lagi?

Benar, mulanya kita mahu bersangka baik kepada Najib bagi memulihkan pencemaran dan salahlaku di dalam pengurusan Pilihanraya di negara ini, namun apabila Najib awal-awal lagi menyebut Pilihanraya tetap akan diadakan bila-bila masa tanpa mengambil kisah apa yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas berkenaan sudah cukup bagi kita meletakkan noktah kepada idea Najib tersebut.

Biarlah kita berjuang dengan cara kita selama ini dan tuntutan BERSIH mesti diteruskan. Rakyat masih ternanti-nanti dengan tidak sabar lagi untuk berhimpun bagi sesi BERSIH 3.0 sekiranya Najib masih ego dan sombong. Daripada membuang masa melayani idea yang merupakan perangkap itu, lebih baik kita tumpukan masa untuk merancang BERSIH 3.0 dengan lebih rapi dan tersusun sehingga Najib terpaksa turun bersama Rosmah dari Putrajaya.

Sekali lagi, dengan tegasnya kita menuntut agar Pakatan Rakyat membuat ketetapan resmi menolak idea karut Najib tersebut. Pakatan Rakyat mestilah membuktikan bahawa rakyat mesti diutamakan bukannya idea Najib yang mengarut itu. Rakyat semakin sedar betapa Najib dan kerajaannya sudah tidak mampu bertahan lagi kerana semakin banyak mereka bercakap soal Pilihanraya, semakin jelas kepincangannya. SPR dan JPN sudah kita `confirm'kan sebagai Komponen Bn. Terbaru, Panglima ATM juga mahu menjadi seperti KPN yang semakin melalut untuk camportangan di dalam pertembungan politik di negara ini.

Kita semakin yakin, tiada jalan lain lagi selain dari kebangkitan rakyat yang mahu menuntut perubahan. Perubahan yang kita tuntut ini mustahil boleh dicapai dengan menerima idea Najib yang kaki temberang ini./wfauzdin.blogspot.com