RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 27 Jun 2009

KERUSI BANDAR TUN RAZAK KOSONG? CUKUPLAH DULU!!

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA ura-ura kononnya kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang kini disandang oleh MB Selangor Tan Sri Khalid bakal dikosongkan. Kononnya percaturan ini dibuat adalah untuk memberi laluan kepada Zaid Ibrahim bekas menteri yang baru menyertai PKR untuk berada di dalam Parlimen. Aku sebenarnya setuju sangat jika Zaid Ibrahim berada di Parlimen agar Umno/Bn akan lebih tertekan berhadapan dengan PR di Parlimen. Tetapi aku sangat tidak setuju jika percaturan ini dilakukan kerana pada aku Tan Sri Khalid telah menunjukkan prestasi beliau yang cemerlang di Parlimen setakat ini.

Seandainya terdapat mana-mana calon dari PR yang terbukti menunjukkan prestasi yang lemah, kurang efisyen atau diragui kejujurannya, saya tidak kisah jika kerusi yang diwakilinya itu dikosongkan. Kita perlukan Wakil Rakyat yang bukan sahaja jujur, tetapi menampakkan kejujuran mereka. Justeru itu, tidak releven buat Tan Sri Khalid untuk mengosongkan kerusi tersebut. Walau bagaimanapun, saya difahamkan ura-ura berkenaan hanya khabar-khabar angin malah pimpinan di dalam PKR dan PR sendiri tidak tahu perkara tersebut.

Bagi saya, sudah cukup dulu setakat ini kita `memalukan' Umno. Biarlah di Manek Urai yang akan datang ini kita `pacakkan nisan' buat Umno untuk terakhir setakat tahun 2009 ini. Lainlah jika ada sesuatu yang terpaksa kita buat pilihan untuk `memalukan' Umno lagi. Walaupun kita tahu Umno umpama `nyawa-nyawa ikan' sekarang ini tetapi kita juga perlu kumpul segala tenaga untuk bertarung di dalam `peperangan' yang lebih besar nanti pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Sementara menanti detik bersejarah itu, lebih baik kita menyambung usaha yang telah diasaskan oleh DS Anwar iaitu menarik sokongan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno di setiap peringkat untuk menyokong PR. Tidak perlu kita culik atau sorokkan mereka, tidak perlu kita tawarkan apa-apa jawatan atau bentuk kewangan, cuma kita perlu yakinkan mereka bahawa perjuangan mereka di dalam Umno/Bn sudah tidak releven lagi. Jangan contohi apa yang berlaku di Perak kerana Umno berkuasa di sana hanya bergantung kepada `spesis katak' yang tidak bermaruah.

Sekali lagi diharapkan, jika benar ada niat atau perancangan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak maka eloklah dihentikan. Bukan kerana kita takut kalah, tetapi buat apa mengganti kereta yang baru sedangkan kereta tersebut masih berfungsi dengan baik. Soal takut kalah tidak timbul kerana selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, semenjak bila Umno/Bn menang di Semenanjung? / wfauzdin.blogspot.com

BERANIKAH NAJIB SAHUT CABARAN NIK AZIZ UNTUK BERDEBAT?

Nik Aziz ajak PM berdebat

KOTA BHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan
dihantar dalam tempoh terdekat.

"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini pagi ini.

Hadir sama pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah.

Nik Aziz berkata hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan./ SH

Komen - Inilah masanya untuk membuktikan hujah masing-masing. Selama ini Umno hanya melawan dengan menggunakan propaganda media dan kuasa yang mereka miliki. Hujah perlu dilawan dengan hujah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Ayuh, Najib. Tunjukkan kejantanan kamu sebagai `Pahlawan Pahang' yang mewarisi kepahlawanan Tok Gajah.

PEMBORONG IKAN DITUGASKAN UNTUK `TALKIN'KAN UMNO DI MANEK URAI

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS Tidak menunggu masa terlalu lama untuk mengumumkan calon pilihan parti tersebut bagi mewakili PR di dalam PRK Manek Urai pada 14 Julai ini. Meskipun difahamkan terdapat 3 calon yang telah dikemukakan bagi mengisi kekosongan Adun Manek Urai, namun takdir telah menyebelahi Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai pilihan Pas di situ. Fauzi, seorang pemborong ikan agak terkejut apabila namanya dipilih serta diumumkan oleh Mursyidul Am Pas Tuan Guru Hj Nik Aziz di dalam ceramahnya malam tadi di Manek Urai.

Mengapa Fauzi yang juga merupakan anak tempatan Manek Urai ini dipilih? Benar, beliau bukan seorang ternama atau mempunyai pendidikan akademik yang tinggi. Pas telah membuat pilihan untuk mencalonkan seorang rakyat marhaen di Manek Urai dan Pas tidak terikat dengan syarat kelayakan akademik yang tinggi bagi memuat keputusan tersebut. Ini bukan bermakna Pas menolak pemimpin yang bijak pandai dan berkelulusan tinggi, tetapi apa yang lebih penting pada Pas seseorang pemimpin itu mestilah jujur, amanah dan bertanggungjawab serta mempunyai nilai-nilai agama yang tinggi. Ini semua ada pada Fauzi dan beliau juga mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat setempat. Lahir dalam suasana dan kehidupan yang agak susah, Fauzi tentunya dapat merasakan naluri hati rakyat yang susah dan sentiasa perlu dibantu.

Siapakah pula lawannya nanti di Manek Urai. Calon Umno bakal diketahui esok (Ahad) di mana pengumuman calon bakal diumumkan. Difahamkan seorang tokoh tempatan dari Pemuda Umno mungkin dicalonkan mewakili Umno di Manek Urai. Biar siapa pun lawan dari Umno yang diletakkan di Manek Urai, Fauzi calon dari Pas telah diberi amanah untuk `mentalkin'kan Umno di sana. Ini suatu penghormatan buat seorang peniaga ikan seperti beliau kerana bukan calang-calang orang yang berupaya untuk berdepan dengan Umno yang mempunyai segala instrument dan jentera yang mereka kuasai. Sudah tentunya Umno akan merasa lebih tertekan jika tewas di dalam PRK sekali lagi kali ini apatah lagi ditewaskan oleh seorang peniaga ikan anak tempatan.

Di dalam ceramah sempena pengumuman malam tadi, kehadiran Presiden Pas serta pemimpin tertinggi DAP membuktikan bahawa PR kini lebih bersedia menghadapi Umno/Bn dalam suasana yang lebih kuat dan padu. Isu kononnya rakyat di Manek Urai tidak menerima kehadiran pemimpin yang dikatakan mencetuskan idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno ternyata meleset. Propaganda media sebelum ini menggambarkan bahawa terdapat perpecahan di dalam Pas akibat idea tersebut terbukti salah. Akhbar mewar-warkan berita kononnya poster Presiden Pas di`haram'kan dipasang di Manek Urai menunjukkan media haprak tersebut kini kehabisan isu.

Di dalam Pas khususnya tidak timbul lagi perpecahan walaupun sebelum ini kelihatan pemimpin Pas mempunyai pandangan dan pendekatan yang berbeza. Inilah nikmatnya berada di dalam Pas kerana pemimpin mereka lebih bijak membuat keputusan berdasarkan apa yang diajar oleh Al-Quran. Pas tidak mudah terpedaya dengan momokan dan propaganda media berlidah syaitan ini yang kadangkala menggunakan agama untuk memecah belahkan Pas khususnya berkaitan isu perpaduan. Mereka mengheret semua tokoh yang satu kepala dengan mereka untuk menggambarkan bahawa Pas anti perpaduan termasuk melibatkan Mufti Perak di dalam hal ini. Alhamdulillah, Pas telah dipelihara daripada parasit-parasit seperti ini.

Pengundi-pengundi di Manek Urai bertuah kerana seorang daripada wakil mereka dari golongan bawahan telah dipilih sebagai calon Adun di situ. Fauzi bukan orang senang yang mampu menawarkan apa-apa kepada pengundi-pengundi di Manek Urai melainkan perkhidmatannya yang ikhlas. Beliau tidak pernah diajar mengenali rasuah apatah lagi kerjaya beliau adalah sebagai peniaga ikan. Beliau telah membuktikan istiqamahnya kepada perjuangan di dalam Pas walaupun sebelum ini telah berkali-kali namanya disebut sebagai calon Pas di dalam pilihanraya sebelum ini.

Tiada pilihan lain lagi buat pengundi-pengundi di Manek Urai. Bumi Manek Urai sudah tidak sesuai lagi buat Wakil Rakyat Umno bertapak. Jangan cuba mencipta sejarah yang `songsang' di saat semua tempat kini menolak Umno/Bn, Manek Urai pula membuat pilihan yang akan sentiasa dipandang serong dan diperlekehkan oleh rakyat di tempat lain. Ciptalah sejarah yang akan sentiasa dikenang dan bermain di mulut masyarakat seluruh Malaysia betapa Umno boleh ditumbangkan walaupun berdepan dengan seorang `peniaga ikan'. / wfauzdin.blogspot.com

UMNO MASIH BERMIMPI DENGAN KERAJAAN PERPADUAN?

Kerajaan Perpaduan gagal kerana Umno enggan berubah

Oleh: WFAUZDIN NS


WALAUPUN Pas telah mengambil keputusan untuk menarik semula idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno, nampaknya Umno terlalu mengharap kepada Pas. Harapan Ketua Penerangan Umno yang menganggap bahawa impian Kerajaan Perpaduan tidak berkubur begitu sahaja membuktikan bahawa Umno terlalu `lapar' kepada Pas. Alangkah baiknya jika ini berlaku empat lima tahun yang lalu di waktu Umno benar-benar dilihat terlalu gagah.

Tahun 2004 sehingga awal 2008 adalah tahun Umno berada di kemuncak. Kerajaan Pas Kelantan ketika itu hanya bersandarkan kepada kelebihan satu kerusi untuk mengharungi segala perit getir di bawahan tekanan Umno. Di waktu itu, Umno sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan Kerajaan Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Tidak dapat dibayangkan deritanya MB Kelantan itu di dalam mempertahankan sebuah kerajaan negeri yang diharapkan menjadi model pemerintahan Islamik. Tidak mudah untuk kita lupakan bagaimana Umno menjalankan kerja gerak sarafnya dengan menggunakan segala bentuk jentera yang mereka kuasai untuk menumbangkan kerajaan negeri yang penduduknya hampir 100% Melayu Islam itu.

Menjelang Pilihanraya Umum Ke 12, satu program dan misi khas telah direncanakan oleh Umno untuk merampas Kelantan dari Pas. Umno begitu yakin bahawa mereka mampu untuk mengembalikan Kelantan ke tangan mereka kerana kekuatan Umno ketika itu di Kelantan hanya kurang satu kerusi sahaja. MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz sering bertanya kepada Umno atas sebab apakah mereka bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan dari Pas. Adakah kerajaan Pas telah melakukan rasuah di dalam pentadbirannya? Jika Umno ikhlas untuk membela orang-orang Melayu seperti yang sering mereka laungkan, mengapa Umno sampai hati menganiayai kerajaan negeri tersebut sehingga ke peringkat bercita-cita untuk merampasnya? Bukankah Kelantan adalah sebuah negeri yang benar-benar boleh dikatakan negeri Melayu? Ini semua tidak dihiraukan oleh Umno kerana yang penting bagi mereka adalah kuasa. Pedulikan P.Pinang walaupun telah berkurun lamanya diperintah oleh bangsa asing, yang penting adalah kuasa. Kerajaan Kelantan di bawah Pas yang dipimpin oleh tokoh Melayu Islam bahkan seorang Ulamak mesti dirampas. Tidak terlintas ketika itu soal Kerajaan Perpaduan.

Hasil keberkatan dan kesabaran MB Kelantan disertai dengan istiqamahnya rakyat Kelantan terutama ahli-ahli Pas dan pendokong-pendokong PR, di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu PAS telah mengajar kesombongan dan keegoaan Umno. Umno bukan sahaja terduduk di Kelantan, bahkan di empat buah negeri yang lain. Di saat itu, rakyat mula merasakan bahawa Umno bukan lagi parti `keramat' yang tidak boleh ditumbangkan. Umno bukan sahaja gagal membela nasib orang-orang Melayu, bahkan bangsa-bangsa lain juga merasai mereka teraniyai oleh Umno. Setelah merasakan kekuatan mereka hampir pupus dan mereka tidak lagi boleh berharap kepada kuasa dan jentera-jentera kerajaan untuk menarik sokongan rakyat, barulah Umno berani menyebut soal perpaduan.

Memang benar, Pas yang memulakan idea Kerajaan Perpaduan ini tetapi Pas juga yang menutup isu Kerajaan Perpaduan tersebut memandangkan tidak sedikit pun Umno menunjukkan minat ke arah Kerajaan Perpaduan. Mereka hanya manis di mulut menyebut untuk sedia bekerjasama dengan Pas di dalam Kerajaan Perpaduan. Terlalu banyak perkara yang telah Umno lakukan yang tidak menunjukkan keikhlasan untuk bersatu di dalam Kerajaan Perpaduan. Maka, memang wajar Pas menarik kembali niat baik mereka.

Walaupun Pas telah memutuskan tidak akan meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan dengan Umno, tetapi sehingga kini Umno pula seperti `meroyan' mengulangi perkara tersebut. Tidak cukup dengan media-media yang mereka kuasai, Umno menggunakan pula beberapa pertubuhan dan individu untuk menyokong betapa baik dan mulianya jika Kerajaan Perpaduan itu dapat direalisasikan. Mufti Perak adalah satu-satunya tokoh ugama yang dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk melihat Kerajaan Perpaduan ini seperti juga MP Pasir Mas Ibrahim `Al-Kataki'. Tidak tergamak saya untuk menyamakan Mufti Perak dengan `raja katak' tersebut, tetapi jika ada yang ingin menyamakan kedua-dua insan tersebut saya boleh bersetuju. Kerja Mufti Perak sekarang lebih banyak menyerang Tuan Guru Nik Aziz daripada berani menyerang Najib. Mungkin pada beliau begitu teruk dan `munafik'nya MB Kelantan itu daripada PM. Mufti Perak `buta' mata daripada melihat apa yang berlaku di Perak tempat beliau mencari rezeki. Apa yang berlaku di depan mata beliau di Dun Perak baru-baru ini sama sekali tidak berupaya `mencelikkannya'.

Saya menasihatkan Umno agar lupakan sahaja impian untuk menjahanamkan Pas dan PR dengan menjual isu Kerajaan Perpaduan ini. Di dalam Pas sekali pun, sekiranya masih ada seorang dua tokoh yang berani menyebut dan mengulangi idea jahat tersebut, sudah pasti akan dicerca dan dihina oleh penyokong mereka sendiri. Umno perlu wujudkan perpaduan sesama ahli-ahli mereka sendiri termasuk parti-parti komponen Bn terlebih dahulu. Umno perlu `bersih'kan tangan-tangan mereka sebelum menghulurkan salam perpaduan bersama Pas./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 26 Jun 2009

UMNO MENUNGGU `WALI ALLAH' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KETUA Pembangkang di Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang juga merupakan Adun Kok Lanas mempertikaikan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz di dalam satu ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini. Di dalam ceramah tersebut, Tuan Guru yang merupakan MB Kelantan menyebut bahawa Umno bukan sebuah parti yang berlandaskan Islam dan tidak juga menyokong perjuangan Islam. Umno dikatakan parti yang mengasingkan ugama dari politik dan ini dapat dibuktikan dari beberapa dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan yang tunjangnya adalah Umno.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz tersebut bukan kali pertama dalam sejarah pernah dikeluarkan, malahan dalam setiap ceramah beliau perkara ini tidak pernah dilupakan. Sudah beberapa kali Umno cuba untuk membuktikan segala yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah salah dan bertentangan dengan Islam, tetapi segala usaha Umno itu gagal kerana Umno hanya memiliki kuasa sahaja berbanding dengan Tuan Guru Nik Aziz yang mempunyai hujah serta fakta dan kekuatannya adalah terletak kepada apa yang diajar di dalam Al-Quran dan Hadith. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah mukjizat Allah, maka sesiapa pun tidak akan mampu mengalahkan kebenarannya. Inilah kekuatan Tuan Guru Nik Aziz kerana beliau berpegang teguh dengan Al-Quran.

Apabila Umno sudah tidak mampu lagi berhujah, maka keluarlah kenyataan bodoh dan dangkal seperti yang dikeluarkan oleh Adun Kok Lanas yang menyatakan `Nik Aziz bukan Wali Allah'. Sila baca di sini. Apakah jika Tuan Guru Nik Aziz itu Wali Allah, maka Umno akan mempercayainya serta akan melaksanakan apa yang diajar di dalam Al-Quran? Lojikkah jika ajaran Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun Umno enggan mengikutinya, apatah lagi apa yang disampaikan oleh seorang `Wali Allah'? Apakah Umno menganggap Wali Allah itu lebih hebat dari Nabi? Saya tidak mengerti mengapa perlu Umno menunggu kehadiran `Wali Allah' untuk memperbetulkan Umno. Apakah Datuk Md Alwi ini kenal sesiapa yang dianggap sebagai `Wali Allah'? Mufti Perakkah ? Dato' Mohd Noh Gadutkah? Atau Mej Jen (B) Jamil Khir itu `Wali Allah' pada anggapan beliau?

Seandainya beliau berpendapat hanya `Wali Allah' sahaja yang layak bercakap tentang hukum Islam, maka lebih baik beliau mencadangkan kepada kerajaan untuk mengadakan satu anugerah seperti anugerah `Tokoh Maal Hijrah',iaitu dengan mengadakan anugerah tokoh `Wali Allah'. Tokoh ini nanti bolehlah dijadikan penasihat kepada Umno dan kerajaan. Kenyataan Adun Kok Lanas ini telah menampakkan kecetekan beliau di dalam ugama dan beliau cuba pula untuk menyesatkan orang lain. Setelah bertahun-tahun Tuan Guru menyebut perkara yang sama, baru sekarang Adun Kok Lanas berkata demikian kerana betapa rungsing dan gelabahnya beliau untuk menghadapi PRK Manek Urai nanti. Kita faham, Umno tidak akan sanggup di`telanjang'kan lagi apatah lagi Manek Urai adalah kawasan hampir 100% Melayu Islam dan Umno sebelum ini mengakui bahawa orang-orang Melayu sebenarnya masih bersama parti bersifat kebangsaan itu.

Kegelabahan Umno semakin ketara, sebab itulah semakin lama pemimpin-pemimpin Umno banyak bercakap merapu tidak ada hujung pangkal. Hujah untuk menentang Pas tidak diperolehi oleh Umno maka terpaksalah menggunakan cara dan kaedah lama yang kini ditolak rakyat. Tidak jadinya Pas untuk `meminang' Umno sebagai Kerajaan Perpaduan amat memalukan Umno. Semasa `pinangan' hendak dibuat, Pas mengharapkan `bakal tunangannya' itu berubah, tetapi malang sekali Umno tidak berubah malah lebih teruk lagi. Maka, `pinangan' dibatalkan sertamerta. Umno pun berkata, jika Pas tidak mahu `bertunang' dengannya sekali pun, Umno tidak kisah kerana Pas yang memulakannya. Benarkah tidak kisah? Tetapi saban hari di kaca TV dan akhbar kita lihat Umno mula meroyan umpama gila talak dibuatnya. Betapa Pas begitu diminati sekarang, dan beruntunglah PKR dan DAP kerana memiliki Pas.

Mahu atau tidak, malu atau tidak, Umno terpaksa `dikuburkan' juga di Manek Urai. Rakyat sudah mula menganggap selagi adanya Umno, Kerajaan Perpaduan mustahil akan dapat dilaksanakan. Kerajaan Perpaduan akan wujud, InsyaAllah, selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti diwaktu itu Umno telah pun berada di alam yang baqa'. Sampai bila lagi Umno harus menunggu `Wali Allah'? /wfauzdin.blogspot.com

NIK AZIZ NYANYOK - DATUK MD ALWI (ADUN KOK LANAS)

Nik Aziz perlu minta maaf pada UMNO



KOTA BHARU – Ketua Pembangkang Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad, menggesa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf kepada ahli UMNO berhubung kenyataannya dalam satu ceramah di Kuala Krai minggu lalu.

Beliau berkata, kenyataan Nik Aziz yang menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin boleh mencetuskan konflik di kalangan orang Melayu.

“Perbuatan Nik Aziz telah melukakan hati ahli UMNO dan amat tidak wajar. Beliau seorang Mursyidul Am, sebagai mana yang digelarkan padanya," katanya.

Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, kenyataan tersebut menunjukkan seolah-olah Nik Aziz sudah nyanyuk dan hanya bercakap berlandaskan emosinya sahaja.

Katanya, siapa Nik Aziz untuk menghukum UMNO sedemikian rupa kerana beliau bukan wali Allah.

“Kalau dia tidak suka pada UMNO tidak apa, tetapi jangan maki sesuka hatinya kerana di Kelantan ini bukan 100 peratus rakyat negeri ini adalah Pas,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan Nik Aziz itu tidak mencerminkan beliau sebagai seorang yang digelar Tok Guru.

"Nik Aziz perlu meminta maaf kerana kenyataannya sudah keterlaluan dan tidak menjaga perasaan orang lain," katanya./SH

Komen - Begitulah keadaannya apabila orang yang jahil ugama bercakap. Umno harus mengakui bahawa partinya itu melaksanakan dasar yang banyak bertentangan dengan Islam. Memisahkan ugama dengan politik adalah sesuatu yang sesat. Jika Umno rasa dia betul, beranikah Umno mengadakan debat terbuka dengan Pas berkaitan isu tersebut? Hujah mesti dilawan dengan hujah bukan dengan propaganda dan kuasa.

SIAPA CALON PAS, MALAM INI DIUMUMKAN

MANEK URAI, 26 Jun : PAS Kelantan akan mengumumkan calonnya pada malam ini di Markas UPU Manek Urai Lama oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Dalam majlis tersebut, orang ramai boleh mendengar ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat seperti YB. Sdr. Saifudin Nasution (PKR) dan YB. Lim Kit Siang (DAP).

Majlis akan bermula jam 9.00 malam ini. Orang ramai adalah dijemput hadir beramai-ramai. Bersama-samalah kita membantu kempen PRK Manek Urai ini bagi memenangkan calon PAS yang bakal diumum pada malam ini./prkmanekurai

PERHIMPUNAN RAKYAT SOKONG SAIFUL?

Oleh: WFAUZDIN NS

PERHIMPUNAN Rakyat kononnya. Sebuah blog yang jenamanya pun kita dah tahu sememangnya anti DS Anwar dan PKR iaitu blog Anti PKR dikatakan akan mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk meraikan `kemenangan Saiful diliwat' pada 08 Jul nanti. Nak tergelak aku apabila kumpulan dua tiga puntung yang takda otak dan akal ini bercadang hendak berhimpun sokong Saiful. Melucukan lagi kononnya atas nama Perhimpunan Rakyat. Rakyat mana yang sokong Saiful? Doktor Pakar sendiri pun tak tergamak nak sokong orang yang bermegah diliwat ini. Memalukan.

Gamaknya ibarat mengiringi `pengantin' la nanti puak-puak tu mengiringi Saiful ke mahkamah. Aku cadangkan bawa la sekali bunga manggar ke, kompang ke dan jangan lupa jemputlah sekali persatuan-persatuan `mak nyah' sekitar Lembah Klang' tu. Aku rasa perhimpunan tu nanti tentu bertambah meriah apatah lagi ianya diketuai oleh `Uncle Pet'. Cuma aku nasihatkan kepada sesiapa yang hadir untuk merayakan `kemenangan Saiful diliwat' nanti jika ingin mengiringi `pengantin' tu jangan la bawa dia berjalan laju-laju sangat. Bertimbangrasalah sikit pasal `pengantin' tu masih `dalam pantang' lagi atau masih ada `kesan-kesan tujahan yang parah' pada dubur dia. Jadi, berhati-hatilah yer. Jangan disakiti orang yang sedang sakit, berdosa tau. Awwww....

Sudah pasti keriangan Saiful terserlah nanti dengan pakaian `pengantin'nya sama seperti semasa dia angkat sumpah dulu. Wah, macam nak akad nikah aku tengok. Dan, yang paling gembira di hari perbicaraan nanti sudah tentulah si bapak Saiful, maklumlah inilah hari-hari paling ditunggu-tunggu untuk menyatakan bahawa `anak aku kena liwat'. Seronok macam nak terima menantulah katakan. Mesti seronok punya sama seronok sewaktu mengiringi anaknya berakad sumpah berlaknat itu dulu.

Alah, Saiful janganlah bimbang yer. Bukan ada apa pun, bayangkan yang sedap-sedap belaka mesti Saiful ok. Jangan khuatir, DS Anwar tidak akan hampakan harapanmu wahai Saiful. Janji hafal skrip-skrip yang ada, jika adalah. Lagipun di hari perbicaraan nanti mesti beratus ribu rakyat yang prihatin dengan kesakitan, penderitaan, kepedihan, kebocoran yang ko alami tu akan hadir menandakan sokongan terhadap ko nanti. Aku pun terasa nak hadir jugak kerana nak sangat tengok berapa banyak luka dan parut yang Saiful alami apabila didedahkan di mahkamah nanti. Kalau takde kesan langsung, mungkin liwat berlaku juga sebab mungkin perbuatan liwat itu dilakukan secara `halus-halusan' macam cerita Labu Labi yang bertumbuk secara `halus-halusan'. Tak mustahil jugak tu. /wfauzdin.blogspot.com

TUAN GURU BIDAS MUFTI PERAK

Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz
M Faqih
Thu | Jun 25, 09 | 5:42:54 pm MYT

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah. "Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular. Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya."Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah. "Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno. Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum. "Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu. "Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka. Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India. "Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam. "Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya. Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain. - mj_

UMNO TERENGGANU MASIH TIDAK AMAN LAGI

Kumpulan bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak menerima rombakan kepimpinan Umno negeri yang diputuskan hujung minggu lalu kerana ia "berat sebelah".

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, rombakan itu mengutamakan orang Menteri Besar Datuk Ahmad Said. Katanya, rombakan tersebut - bawah kepemimpin pengerusi baru perhubungan negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - tidak menunjukkan Umno mahukan perpaduan. "Mereka lebih memilih orang penyokong Datuk Ahmad, manakala orang Datuk Idris seorang sahaja," katanya.

Katanya lagi, ketua bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang dan timbalan ketua bahagian Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek merupakan kumpulan penyokong Ahmad. Hanya timbalan ketua bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Said daripada kumpulan Idris, ADUN Jertih dan ketua bahagian Besut.

Tengku Putera dilantik sebagai setiausaha, Ahmad Shabery ketua penerangan dan Abdul Rahin pula bendahari. Tengku Putera menggantikan ketua Umno Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, Ahmad Shabery (Datuk Zuber Embong) dan Abdul Rahin (Datuk Roslan Awang Chik).

Umno Terengganu terus-menerus berdepan kemelut sejak Ahmad menggantikan Idris, Mac tahun lalu, apabila sebahagian besar ADUN tidak menyokong kempimpinan Ahmad. Sementara itu, seorang pegawai kerajaan negeri yang rapat dengan Ahmad mempertikaikan kenapa isu rombakan terus dibangkitkan.

"Setahu saya Datuk Seri Idris telah menyatakan persetujuan siapa sahaja yang mahu dilantik oleh Datuk Seri Hishammuddin," katanya, yang enggan mendedahkan identitinya. "Adakah Datuk Seri Idris yang meminta penyokongnya menimbulkan isu ini?"/Malaysiakini

Komen - Bagaimana hendak cerita pasal Kerajaan Perpaduan kalau hendak berpadu sesama Umno dalam satu negeri pun susah? Mustahil sangat boleh berpadu dengan Pas dalam sebuah negara. Nasib baik pemimpin Pas bijak buat keputusan.

Khamis, 25 Jun 2009

APA LAGI MASALAH KO NI SAIFUL WOII....

AKU naik heran pulak dengan si Saiful yg beriya-iya suruh orang percaya bahawa dia memang kena liwat tu. Dalam blog dia, dia susah hati dan heran kenapa Anwar boleh bebas keluar negara sesuka hati. Apa, dia ingat Anwar tu cam dia ke? Berkurung je tak campur orang. Biasalah, Anwar tu boleh ke sana ke mari pasal ramai orang suka kat dia. Yang ko tu Saiful, duduk macam kera sumbang apsal? Takut jumpa orang? Malu ?

Kalau dah malu nak jumpa orang, jangan jeles dan susah hati kalau Anwar boleh ke mana-mana dia suka. Bukan jadi salah pun. Ko ingat Anwar tu bila ko dah tuduh dia macam2, dia mesti malu dan mengurung diri dalam bilik macam `nyah'? Malu apanyer kalau tak buat salah. Selalu yg malu tu orang yg buat salah....Aku tak kata ko salah Saiful...tapi janganlah memencilkan diri sangat...tapi, kalau ko salah pun apa aku nak heran...

Apa kata ko pun ikut macam Anwar, pergi ke mana2 ko suka...pergi buat ceramah ke macam Umi Hafilda dulu tu...mesti ramai peminat ko nanti. Jadi, janganlah sakit hati, dengki, jeles kat Anwar tu. Dia boleh ke mana2 je dia suka pasal dalam dunia ni takde orang yg tak terima dia. Engkau tu aku tak tahulah. Nanti kita sembang lagi yer wahai Saifulll...awwwwwww...

JAWAPAN BUAT TANGISAN MUFTI PERAK

Salam,


KENYATAAN MUFTI PERAK ADALAH BUNGA PILIHANRAYA BUBAR DUN DI PERAK


KELUHAN MUFTI PERAK HARUSSANI ZAKARIA SEMALAM
Antara yang di sentuh ialah:

* Parti islam sanggup berkelahi
* Memutuskan tali persaudaraan
* Saya sendiri memperjuangkan masyarakat melayu/islam
* Saya sendiru keciwa kerana ada parti taksub
* Islam itu bersaudara mesti di pelihara
* Haram memutuskan tali persaudaraan

ULASAN PAK KARAMU

Parti Islam sanggup berkelahi ?

Parti islam sanggup berkelahi adalah di tujukan kepada PAS oleh mufti Perak kerana berkelahi dengan UMNO dan membatalkan konsef kerajaan Perpaduan, sebenarnya kita tidak berkelahi cuma kita batalkan sahaja buat sementara kerana UMNO terlalu mendesak sedangkan UMNO tidak pula memulakan konsep perpaduan ini dan UMNO sendiri belum tahu konsef perpaduan yang di bawa oleh PAS tetiba apabila tidak jadi mufti pula yang melenting kenapa ? Mufti Perak tolong jangan mengigau !

Memutuskan tali persaudaraan ?

Kalau tak jadi kerajaan perpaduan tidak bermaksud putus tali persaudaraan, kita tak boleh samakan perpaduan kaum cina dengan cina sebagai perpaduan yang mantap sebab cina pakai akal tidak pakai otak, yang pakai otak ialah melayu, sebab itu kita dapat tengok dalam parlimen jika cina bawa usul maka cina lain tak bantah, tapi melayu jika bawa usul untuk kebaikan maka melayu akan cepat pangkah sebab melayu dan islam berbeza jauh macam langit dengan bumi Mufti tentu tahu,tapi jangan buat tak tahu

Saya sendiri memperjuangkan melayu islam ?

Mufti Perak kata " Saya sendiri memperjuangkan melayu islam !" Betul ke ? Ketika mana kerajaan Terengganu di tarik royalti dulu kenapa sengap je ? Ketika kerajaan islam melayu tumbang di Pantai Timur oleh UMNO dulu mengapa senyap je ? Hilangnya Singapore dan Batu Putih mengapa senyap je ? Peristiwa lubuk Merbau dan Mamali suara pergi mana ? Semasa PAS di tendang dari BN dulu suara hilang kemana ? Janganlah main wayang !

Saya sendiri keciwa kerana ada parti taksub ?
Saya yakin mufti maksudkan taksub itu pada PAS, Tidakkah Mufti faham setiap orang islam wajib taksub pada parti islam ! (Hisbullah) Tidakkah mufti faham bahawa taksub kepada parti islam yang berlandaskan Al Quran,Hadis,Ijmak Ulama dan Qias itu wajib ! Bukankah taksub kepada apa yang di tetapkan oleh Allah itu wajib ! nampak sangat Mufti berfahaman Kebangsaan lebih dari islam, ada apa-apa kah ?

Islam itu bersaudara mesti di pelihara !

Saya bersetuju islam itu bersaudara mesti di pelihara bahkan bukan harus tapi wajib kerana ia melibatkan soal akidah, akan tetapi tahukah mufti bahawa islam dan asobiyah itu tersangat berbeza ! terlupakah mufti tentang riwayat Abu Thalib ? Adakah mufti fikir antara melayu dan islam itu sama ? Jika melayu itu islam mengapa melayu belakangkan dasar daripada Tuhan ? dan mengapa hanya mengaku islam tapi tak amalkan keimanan kepada dasar islam ! Bukankah dasar keimanan itu Wa 'amilussolihat ! Dan mengapa perlembagaan negara mengatasi Al Quran ! tolong jawab !

Haram memutuskan tali persaudaraan ?

Lagi sekali saya bersetuju ! Haram putuskan tali persaudaraan, Apakah maksud mufti putus di antara melayu dengan islam atau melayu dengan melayu atau islam dengan islam ? Jika haram dalam kontek di negara Malaysia tolong definasikan di antara melayu dengan islam supaya orang melayu faham dan supaya orang islam faham dan tolong mufti terangkan maksud konsef berjama'ah di dalam islam dan di dalam melayu (bangsa-bangsa) mengikut pandangan islam yang datang dari Tuhan serta Rasulnya

Mufti nampaknya sudah berat sebelah dalam memberikan kedudukan diri sendiri sebagai Mufti di dalam sebuah negeri adilkah tuan ? Atau tuan telah di kongkong tarik hidung ! Atau ada apa-apakah ! / pada 6/24/2009 09:08:00 PM

KETUA PEMUDA UMNO KELANTAN MINTA TUAN GURU NIK AZIZ DIAMBIL TINDAKAN

Pemuda Umno Kelantan membuat aduan polis berhubung satu kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis. Kenyataannya, yang juga mursyidul am PAS, didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat, lapor Bernama.

Aduan itu dibuat oleh ketua Pemuda, Anuar Safian, di balai polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah "tidak berasas".

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin, berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," Anuar dipetik berkata.

Tambahnya, kenyataan Nik Aziz itu mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan./Malaysiakini

Komen saya - Umno tidak pernah ke tuduh Pas sesat? Berapa banyak ketegangan yang sudah berlaku di Kelantan atau di mana-mana semenjak Tuan Guru Nik Aziz berkata demikian? Benda ni pun dah lama Tuan Guru perkatakan, bukan baru-baru ni je. Pasal sesat ni, menolak hukum selain daripada hukum Allah itu adalah sesat. Memang Umno banyak bawa perubahan, perubahan paling besar Umno adalah hilangnya 5 negeri kepada PR. Syabas Umno.

POSTER TUAN GURU PRESIDEN TETAP DINAIKKAN DI MANEK URAI

kemaskini 1.13pm - Poster presiden PAS akan dinaikkan dalam kempen pilihanraya DUN Manek Urai apabila penamaan calon bermula 6 Julai ini, kata pengarah pilihanraya PAS Kelantan. "Setakat ini belum dinaikkan. Kita akan naik selepas penamaan calon termasuk poster calon," kata Abdul Fatah Harun kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung isu poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih tidak dinaikkan sempena kempen pilihanraya kerusi tersebut sehingga membuka pelbagai tanda tanya. Setakat ini, PAS Kelantan hanya menaikkan poster Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar, dalam strategi "melokalisasi" kempen tersebut berbanding Umno yang didakwa menggunakan taktik "menasionalkan" kempen mereka.

Ditanya sama ada terdapat arahan terbaru supaya poster tersebut dinaikkan secepat mungkin, Abdul Fatah berkata: "Tak perlu tunggu arahan... poster tak sampai lagi." Tambahnya, poster-poster tersebut kini sedang dicetak di Kuala Lumpur.

Abdul Fatah juga menolak dakwaan bahawa poster Abdul Hadi tidak dinaikkan kerana tokoh tersebut dikaitkan dengan kerajaan perpaduan – bertentangan dengan sikap Nik Aziz yang berkeras menolaknya. Katanya, perkara itu "tidak berbangkit" seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. PAS akan mengumumkan calonnya esok dalam satu majlis yang akan disempurnakan oleh Nik Abdul Aziz di kawasan pilihanraya tersebut.

Ditanya sama ada Abdul Hadi akan turut serta dalam majlis berkenaan, Abdul Fatah berkata lazimnya pemimpin-pemimpin utama akan hadir. "Biasanya semua (pimpinan PAS Pusat) hadir kerana ia melibatkan perkara besar. Kita tak masuk campur urusan jadual (kempen)," katanya.

Diminta mengulas laporan akhbar bahawa nama Abdul Hadi tidak tersenarai dalam jadual kempen, Abdul Fatah berkata ia ditentukan oleh PAS pusat dengan kerjasama Jabatan Penerangan PAS Kelantan. Sementara itu, PAS Kelantan juga mengambil tindakan drastik dengan membataskan jurucakap rasminya kepada tiga orang.

Selain Abdul Fatah, penasihat jentera pilihanraya PAS di Manek Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang juga ahli Parlimen Kota Bharu dan ketua penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah dibenarkan berhubung dengan media./ Malaysiakini

ISU WANG 1 JUTA - MENTERI HAIRAN DI BAGAIMANA AZMIN PEROLEHI MAKLUMAT

Azmin persoal peruntukan promosi RM1 juta kepada Todt



KUALA LUMPUR - Peruntukan RM1 juta kepada Datuk Seri Jean Todt adalah untuk tujuan mempromosi Malaysia di luar negara dan bukan bayaran sebagai duta, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata, bekas pengurus Formula 1 Ferrari itu yang dilantik sebagai Duta Tourism Malaysia selama dua tahun pada Mei lalu, menjalankan tugasnya sebagai sukarelawan tanpa mengenakan bayaran.

Menurutnya, dalam usaha mempromosikan negara pasti memerlukan perbelanjaan dan RM1 juta yang diberikan kepada Todt bukan untuk kegunaan peribadinya tetapi peruntukan untuk usaha mempromosi seperti perjalanan dan majlis pertemuan.

"Peruntukan ini bukan dalam bentuk wang tunai. Jika anda hendak melakukan promosi di Eropah, RM1 juta sebenarnya tidak mencukupi. Todt tidak dibayar apa-apa pun. Sekiranya beliau mahu bergerak, takkan beliau perlu mengeluarkan duit poket sendiri," katanya di lobi Parlimen, semalam.

Yen Yen berkata demikian mengulas dakwaan Ahli Parlimen Gombak (PKR), Azmin Ali yang mempersoalkan peruntukan wang hampir RM1 juta dengan melantik Todt sebagai Duta Pelancongan Malaysia.

Azmin mempersoalkan pelantikan itu memandangkan Tourism Malaysia mempunyai pejabat di kebanyakan negara utama di dunia.

Azmin berkata, sebagai perbelanjaan promosi, Todt diperuntukkan RM593,400 dan RM360,000 lagi sebagai bayaran mengunjungi negara ini.

Naib Presiden PKR itu juga mendakwa Todt dan tunangnya rakyat Malaysia, Datuk Michelle Yeoh ditawarkan sebahagian tanah di Pulau Besar yang terletak di Terengganu.

Azmin bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut tarikh tawaran peruntukan itu kerana mahu Kementerian Pelancongan menjawab isu berkenaan terlebih dahulu.

Yen Yen dalam pada itu mempersoalkan tindakan Azmin mendapatkan maklumat tersebut kerana maklumat seumpama itu adalah sukar diperolehi.

“Bagaimana dia (Azmin) boleh dapat dokumen ini, dan selepas itu bawa pula ke parlimen, minta kita jawab pula.

“Azmin sebagai ahli parlimen yang bertanggungjawab perlu memberitahu sendiri kepada saya bagaimana beliau mendapat maklumat tersebut," katanya.

Beliau juga menafikan Todt dan Teoh memiliki sebarang tanah di pulau itu seperti yang didakwa Azmin.

“Soal tawar tanah di pulau tidak berlaku, beliau tidak pernah memiliki apa-apa tanah di Pulau Besar,” katanya./Sinar

JIKA SUDAH BELUM AJAL


ANKARA: Tiga imej di sebelah menunjukkan detik cemas yang dihadapi oleh kanak-kanak empat tahun apabila dilanggar sebuah kereta yang gagal dikawal pemandunya, semalam. Muhammet Dirlik (gambar) yang berusia empat tahun bermain di perkarangan sebuah kedai bersama seorang rakan apabila kejadian berlaku.

Gambar satu menunjukkan kawannya (berbaju putih) yang berdiri di kaki tangga berlari untuk menyelamatkan diri. Dia tidak sempat untuk memberi amaran kepada Muhammet untuk mengelak sebuah kereta yang muncul secara tiba-tiba.

Kereta itu yang dipandu laju terbabas dari jalan raya dan melanggar kanak-kanak berkenaan yang ketika itu berdiri di anak tangga teratas. Muhammet terpelanting tiga meter ke udara apabila kakinya dilanggar kereta berkenaan sebelum jatuh ke bawah. Ketika kereta itu meluncur ke bawah, Muhammet sudah terguling di lantai di sebelah kiri kenderaan terbabit (gambar 2).

Sungguh menakjubkan apabila beberapa saat selepas kejadian ngeri itu, Muhammet bangun dan berlari berpusing-pusing, seolah-olah bingung. Muhammet yang ketakutan kemudian meninggalkan tempat kejadian. Apabila ditanya sama ada dia cedera atau tidak, dia menjawab: “Tidak.”

Rakaman dramatik itu dirakam menerusi CCTV di Sanliurfa, Turki. - Metro

SAIFUL MOHON JADI TENTERA ATAU SEDANG BELAJAR?

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU terbaca di dalam blog Pahangdaily bahawa Saiful yang 4 orang doktor mengatakan tidak mempunyai kesan diliwat itu ada beberapa kali membuat panggilan telefon ke Mindef sebelum beliau membuat laporan Polis kononnya beliau telah diliwat. Aku tak tahu lah samada betul atau tidak apa yang didedahkan oleh blog tersebut, tetapi kalau aku terpaksa percaya pun aku rasa aku tak rugi apa-apa.

Mindef adalah Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan di mana disitu terletaknya pejabat Menteri Pertahanan dan Panglima-Panglima ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Di Mindef juga terdapat berbagai cawangan dari berbagai kor di dalam Tentera Darat termasuk Bahagian Sumber Manusia, Polis Tentera, Bahagian Perisikan dan sebagainya. Sebagai orang awam sudah tentulah bukan mudah untuk memasuki kawasan keselamatan tersebut tanpa urusan penting. Jka kita lihat kawalan di pintu masuk Mindef ini pun rasa gerun kita dibuatnya.

Jika benar seperti yang dilaporkan oleh Pahangdaily itu, sudah tentu Saiful mempunyai perkara penting apabila sering berhubung dengan Mindef. Mungkin juga Saiful ini mempunyai teman-teman rapat di kalangan tentera yang bekerja di sana. Oleh kerana terlalu rapat, Saiful mungkin terasa rindu juga jika sehari tidak bercakap dengan temannya itu. Oleh sebab itu, kita jangan berprasangka buruk dengan Saiful. Pahangdaily menyatakan Saiful membuat panggilan ke Mindef dengan menggunakan talian TM. Tidak mustahil juga Saiful atau temannya yang bertugas di Mindef itu tiada telefon bimbit, maka digunakan talian TM. Itu tidak mustahil. Sekali lagi jangan salah sangka.

Tentang panggilan itu dibuat sebelum Saiful membuat laporan Polis tentang kejadian liwat tersebut, itu mungkin secara kebetulan. Jangan salah sangka lagi. Aku malas nak ambil tahu dengan siapa Saiful bercakap semasa membuat panggilan tersebut, lagi pun Pahangdaily tidak mendedahkan nama sesiapa. Itulah kelebihan Saiful yang merupakan seorang pemuda yang baik maka tentulah punyai ramai teman termasuk di kalangan tentera. Walaupun Saiful dikatakan banyak orang dikategorikan agak `lembut' seperti juga `Uncle Pet', tidak salah beliau berkawan dengan sesiapa hatta tentera yang tegap, gagah dan perkasa itu. Jangan kita salah anggap.

Jika benar Saiful kerap membuat panggilan ke Mindef, saya ingin mencadangkan bahawa panggilan itu dibuat mungkin kerana Saiful berminat untuk menyertai tentera. Mustahilkah? Saya rasa tidak mustahil kot. Manalah tahu Saiful ada `cable' besar di Mindef yang membolehkannya menjadi Pahlawan Negara. Saiful ini bukan calang-calang orang, setakat `cable' Mindef tu apalah sangat pada Saiful sedangkan untuk mohon biasiswa pun Saiful senang-senang boleh masuk pejabat TPM. Siapa berani halang? Tapi, kita jangan sangka yang bukan-bukan pada anak muda yang dikatakan telah menjadi mangsa liwat oleh orang tua ini. Sepatutnya kita bersimpati dengan nasib beliau.

Tentang permohonan biasiswa yang beliau telah pohon di Pejabat TPM dulu pun aku tak tahu kedudukannya lulus atau tidak permohonannya. Jika lulus, mungkin sekarang Saiful sedang melanjutkan pelajarannya lagi. Seharusnya permohonan biasiswa Saiful diluluskan kerana kerajaan sekarang terlalu prihatin dengan Bumiputera, apatah lagi bersusah payah Saiful memanjat Putrajaya untuk ke Pejabat TPM. Justeru itu, aku kurang senang apabila Pahangdaily sering mempertikaikan ke mana Saiful menghilang kerana aku yakin Saiful sedang melanjutkan pelajarannya setelah mendapat biasiswa tersebut. Aku harap begitulah. / wfauzdin.blogspot.com

KES RASUAH ALI RUSTAM

SPRM Masih Belum Putuskan Kes Ali Rustam

Wednesday, 24 June 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

Bingkas menyiasat dan menuduh pembangkang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun belum lagi membuat keputusan berhubung politik wang yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata SPRM telah menjalankan dua kes siasatan terhadap wujudnya pemberian wang rasuah dengan tujuan mencalonkan Ali sebagai Timbalan Presiden Umno pada Mesyuarat Umno Bahagian Rendang pada 8 November 2008.

“Kedua-dua kes siasatan telah diselesaikan dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk keputusan dan arahan lanjut,” kata Nazri dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Ali telah dilucutkan kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno Mac lalu oleh jawatankuasa disiplin parti.

Namun kepimpinan UMNO berpendirian kesalahan rasuah politik oleh Rustam bukan halangan untuk beliau terus menjadi Ketua Menteri Melaka.

Nazri berkata, satu lagi siasatan berhubung dengan dakwaan pemberian sogokan kepada Ketua Cawangan dan perwakilan Umno cawangan Rendang untuk menyokong dan mengundi Ali sebagai Timbalan Presiden Umno ditutup kerana tidak ada bukti./Suara Keadilan

PAS TERIMA ORANG BUKAN ISLAM SEBAGAI AHLI?

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Orang bukan Islam akan diterima sebagai ahli penuh dalam PAS apabila selesai parti Islam itu meminda perlembagaannya nanti.

Menurut sumber, sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu.Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.

Namun, kebanyakan pemimpin PAS dikatakan bersetuju agar mereka diberikan status ahli penuh.
Untuk itu, jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh PAS untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan mereka menyertai parti Islam itu sedang membuat persiapan ke arah itu.
Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini./Siasah

GAMBAR PERMUKAAN BULAN TERKINI

Gambar permukaan bulan disiar





GAMBAR terbaru permukaan bulan disiarkan oleh Agensi Angkasa Jepun semalam.


PANORAMA yang menunjukkan Bumi dirakamkan oleh kapal angkasa penyiasat Kaguya milik Jepun.TOKYO - Agensi Angkasa Jepun menyiarkan gambar terbaru permukaan bulan yang dirakamkan oleh kapal angkasa penyiasat kecil iaitu Kaguya beberapa minit sebelum ia terhempas, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar-gambar itu sempat dirakamkan menerusi kamera berdefinisi tinggi sebelum kapal penyiasat itu terhempas pada 11 Jun lalu.

Imej permukaan bulan yang tandus dan beralun-alun itu semakin jelas sebelum Kaguya terhempas. Bayang-bayang panjang turut kelihatan pada permukaan bulan kerana kapal tersebut mendarat ketika matahari terbenam.

Rakaman akhir pendaratan itu gelap kerana kapal itu memasuki kawasan bayang yang tidak mempunyai cahaya sekali gus tiada impak mendarat dapat dirakam.

Proses mendarat yang dikawal itu menyempurnakan misi pemerhatian bulan Kaguya yang dilancarkan pada 14 September 2007 dengan kos £353 juta (RM2 bilion).

Kaguya melakukan kerja-kerja pemetaan, meninjau permukaan bulan dan mengkaji medan magnetik dalam tempoh dua tahun. - Agensi

Rabu, 24 Jun 2009

SEORANG LAGI BEKAS PERASUAH UMNO KATA PAS TAKUT PADA ANWAR

Tokoh yang pernah disabitkan dengan rasuah politik wang

Oleh: WFAUZDIN NS


MANTAN MB Negeri Sembilan yang comel tapi kurang tinggi dan pernah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno atas kesalahan rasuah politik wang, Tan Sri Isa Samad mengeluarkan kenyataan membidas Pas kerana kononnya Pas terlalu takut dengan DS Anwar. Kenyataan beliau itu disiarkan di dalam Sinar Harian hari ini. Isa Samad veteren Umno yang telah pupus pengaruh itu menyebut bahawa Mesyuarat PR yangmembincangkan isu Kerajaan Perpaduan baru-baru ini diPengerusikan oleh DS Anwar, justeru itu katanya Pas takut untuk membantah apa jua keputusan DS Anwar.

Ternyata mantan perasuah Umno tersebut masih bermimpi dan menyangkakan bahawa setiap mesyuarat di dalam PR sama seperti mesyuarat `Burung Belatuk' di dalam Umno/Bn. Jika di dalam Umno/Bn, Presiden Umno atau Pengerusi Bn baru terbatuk sahaja, maka semua pemimpin yang hadir bingkas mengangkat tangan tanda bersetuju. Ini semua adalah pengalaman buat Isa Samad sewaktu beliau di dalam kabinet dahulu sebab itulah beliau menjangkakan semua parti sama dengan perangai Umno/Bn. Hakikatnya, betapa sakit hati dan jiwanya Umno apabila muslihat untuk memerangkap Pas dan PR atas isu Kerajaan Perpaduan ini mudah dapat dibaca oleh pimpinan PR. Lagi pun, kenyataan orang yang tidak bermoral yang pernah disabitkan dengan rasuah seperti Isa Samad ini boleh dipercayai?

Saya tertarik dengan ceramah Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini di Manek Urai yang menganggap Umno sekarang seperti orang sedang `kebulur' (lapar). Apabila orang sedang lapar teramat sangat, mereka akan minta makanan untuk dimakan hatta nasi sejuk, makanan basi dan berulat sekalipun. PR telah mengambil keputusan untuk tidak melayan orang-orang sedemikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa apabila mereka sudah kenyang dan mendapat tenaga semula, sipemberi makan ini akan ditentangnya. Mursyidul Am Pas juga menarik perhatian kita dengan perumpamaan Umno ini seperti `kereta buruk' yang sudah rosak di tengah jalan. Mereka amat gembira jika kita beramai-ramai menolak kereta buruk tersebut, tetapi apabila kereta itu mulai hidup, mereka akan pecut lari dan kita yang menolaknya ditinggalkan dan mendapat bau asapnya sahaja. Itulah Umno yang Isa Samad lebih maklum lagi akan tabiat parti Melayu tersebut.

Dakwaan Isa Samad bahawa Pas takut berdepan dengan DS Anwar adalah dakwaan orang yang pendek akal kebetulan pendek fizikalnya. Pas sebuah parti yang besar dan berpengaruh bahkan lebih berpengalaman dari PKR yang dipimpin oleh DS Anwar. Sepanjang Pas bersama PR, tidak pernah sekali pun DS Anwar menyentuh atau mengarahkan Pas untuk menarik dasar-dasar Islam yang dibawa oleh Pas malah turut disokong oleh DS Anwar. Jika benar Pas takut kepada DS Anwar, sudah tentu Pas telah menarik balik beberapa dasar Islamnya yang kadangkala dipertikaikan oleh DAP sekutu PR sendiri. Sehingga kini, dasar Pas tetap sama cuma pendekatan sudah tentunya berbeza. Pendekatan yang bijak dari Pas kini dapat dilihat kesannya di mana Pas mulai mendapat pengaruh luar biasa dari rakyat khususnya dari orang-orang bukan Islam. Inilah yang paling ditakuti oleh Umno, sebab itulah Umno sentiasa mencari jalan untuk memecah belahkan PR.

Isa Samad juga menuduh Pas sentiasa mencari jalan mencari kesalahan Umno. Sayugia diingatkan kepada Isa Samad, pada ketika ini tidak perlu lagi Pas atau sesiapa pun untuk mencari kesalahan Umno kerana kesalahan Umno terlalu banyak dalam berbagai aspek dan ianya dilihat secara terbuka oleh rakyat tanpa perlu dicari lagi. Dalam aspek ekonomi, sosial, ugama, pendidikan, perundangan, rasuah dan bermacam-macam lagi kini terserlah di mata masyarakat dan Umno tidak mampu untuk berlindung lagi atas kelemahan mereka.

Isa Samad harus sedar, zaman sudah berubah bukan lagi di zaman Almarhum Tun Ghafar Baba yang pada ketika itu Isa Samad agak releven untuk berpolitik sedemikian. Rakyat di Negeri Sembilan sendiri pun sudah mula tidak memperdulikan Isa Samad dan mereka kini mula melihat PR sebagai `kerajaan menunggu' di Negeri Sembilan. Lebih wajar dan bijak jika Isa Samad kembali ke Negeri Sembilan dan perbetulkan tingkah laku MB Negeri Sembilan sekarang yang kelihatan semakin celaru. Tetapi adakah MB Negeri Sembilan akan mendengar nasihat dan tunjuk ajar dari seorang bekas perasuah ini? Itu persoalannya. /wfauzdin.blogspot.com

MANEK URAI - UMNO SUDAH FIKIR HABIS KE?

Oleh: WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Kecil Manek Urai tidak beberapa hari saja lagi. Umno sudah mula berkampong dan telah mula belajar jadi orang kampong. Yang tidak pernah menoreh getah mula belajar menoreh, yang tidak pernah ke surau masjid mula berjinak-jinak ke sana, dan yang selama ini amat liat untuk belanja secawan kopi sudah mula belajar bersedekah. Manek Urai banyak mengajar pemimpin Umno.

Tetapi, ikhlas saya ingin menasihatkan Umno agar berfikirlah semasak-masaknya sebelum mengisi borang pencalonan di Manek Urai nanti. Tidak sanggup rasanya untuk menyaksikan Umno dimalukan sekali lagi di kawasan pengundi Melayu di Manek Urai nanti. Jika sudah orang-orang Melayu sendiri menolak Umno, mana lagi Umno hendak meletak muka? Mungkin Umno akan beralih arah pula ke Sabah atau Sarawak untuk menghidupkan sisa-sisa nyawa yang ada. Tidak mungkin Umno akan berhijrah ke negara lain seperti Mongolia pula.

Oleh yang demikian, ambillah keputusan yang bijak yang boleh menyelamatkan maruah parti Melayu itu. Jika ingin juga menguji pengaruh, Umno boleh meletakkan sesiapa sebagai calon Bebas bagi mewakili Umno. Jika kalah pun, tidaklah terasa malu sangat. Mungkin ada lagi seorang dua di Manek Urai yang boleh berlakon seperti `Minah Ronggeng' di Penanti. Tetapi jika Umno teringin juga bertanding, saya cadangkan calon terbaik adalah raja sesumpah Ezam Mohd Noor. Tentu ramai teman-temannya boleh membantu termasuk raja katak Ibrahim Ali. / wfauzdin.blogspot.com

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai?

Ketua Pemuda Umno bahagian, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai bertanding mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Ini kerana beliau boleh diterima oleh majoriti pengundi dan penyokong Umno dalam kumpulan ketua bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan bekas ketua bahagian, Datuk Wan Zaid Abdullah.

Malaysiakini diberitahu, Tuan Aziz adalah antara tiga tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian Kuala Krai. bm version kerusi dun manek urai 220509Dua lagi nama ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Menurut sumber-sumber Umno, nama mereka dipilih sendiri oleh ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian tersebut baru-baru ini.

Katanya, jika calon Manek Urai tidak sesuai dengan kehendak penyokong Umno, ramai daripada mereka mungkin tidak akan berkempen.

"Perlu diambil kira mengenai 28 daripada 42 cawangan yang tidak menyokong Datuk Ramzi," katanya.

Beri mandat

Oleh itu, katanya, Umno bahagian telah memberi mandat kepada AJK memilih tiga nama calon yang paling sesuai untuk bertanding di Manek Urai.

"Saya rasa nama-nama yang sesuai itu telah dihantar ke peringkat atasan untuk diteliti dan diputuskan," katanya hari ini.

Ketika dihubungi, Tuan Aziz berkata beliau tidak tahu siapakah yang akan dipilih menjadi calon BN untuk DUN Manek Urai. Katanya, jika boleh beliau tidak mahu dipilih sebagai calon kerana ramai lagi pemimpin yang lebih kanan yang sesuai untuk bertanding di Manek Urai.

Pilihanraya kecil Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob Mei lalu. Hari penamaan calon ditetapkan 6 Julai dan mengundi 14 Julai. Sementara itu, Azizuddin pula berkata beliau sedia memikul tanggungjawab tersebut jika dipilih sebagai calon BN. "Bagaimanapun, saya tidak mahu melobi jawatan tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. /Malaysiakini

Pakatan anjur himpunan besar jelas isu k'jaan perpaduan

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 anjuran Pakatan Rakyat akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya Selasa depan. Satu ceramah perdana akan diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala "fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan Umno dan BN" untuk menghancurkan Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Beliau, yang juga mewakili sekretariat gabungan pembangkang, berkata program tersebut akan bermula jam 9 malam dan menggesa orang ramai menghadirinya. Salahuddin memberitahu Harakahdaily bahawa kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Mereka yang telah mengesahkan kehadiran masing-masing termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama DAP Lim Kit Siang./Malaysiakini

AKHBAR SUARA KEADILAN TERBARU MENARIK

AKHBAR SUARA KEADILAN keluaran hari ini amat menarik untuk dibaca. Dapatkan segera!!

UMNO TIDAK SENANG HIDUP SELAGI ADANYA DS ANWAR

Oleh: WFAUZDIN NS

KETOKOHAN DS Anwar memang tidak dapat dinafikan samasekali. Semenjak beliau belum menceburi dunia politik lagi ketokohannya terserlah terutamanya ketika menjadi Presiden ABIM. Sewaktu di dalam ABIM, pertubuhan tersebut amat dihormati dan disegani oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang ketika itu, tambahan pula timbalan DS Anwar ketika itu adalah Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Nama ABIM di waktu itu amat terkenal sehingga melangkau sempadan tanahair sehinggakan mengatasi populariti nama parti lain termasuk Pas sendiri.

Ketokohannya begitu menarik minat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi PM. DS Anwar telah dibawa masuk ke dalam Umno walaupun pada awalnya amat keberatan untuk beliau menerima tawaran parti Melayu tersebut. Seperti yang pernah beliau ceritakan, DS Anwar terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakannya di dalam ABIM tentang hasrat beliau memasuki Umno. Ada takan-rakan yang bersetuju dan tidak kurang juga yang bimbang DS Anwar akan karam dengan rentak politik Umno. Almarhum Ustaz Fadzil Noor adalah salah seorang yang terlalu kuat melarang DS Anwar memasuki Umno kerana beliau bimbang cita-cita baik DS Anwar untuk mengislamisasikan Umno tidak akan tercapai bahkan DS Anwar akan dikhianati suatu masa nanti. Walau bagaimanapun, DS Anwar tetap dengan cita-citanya untuk merubah Umno dari dalam dan Almarhum Ustaz Fadzil hanya mampu berdoa agar usaha DS Anwar akan berjaya. Maka, berpisahlah dua sahabat baik ini bahkan dianggap keluarga buat DS Anwar kerana hubungan keluarga mereka terlalu rapat. DS Anwar berjuang di dalam Umno, manakala Almarhum Ustaz Fadzil berjuang di dalam Pas.

Apabila DS Anwar terlalu cepat menunjukkan ketokohan dan kebolehannya, maka Dr Mahathir melonjakkan beliau ke jawatan yang lebih tinggi dengan cepat. Kepantasan DS Anwar menaiki satu emi satu tangga ke atas di dalam Umno dan kerajaan ketika itu amat dicemburui oleh tokoh-tokoh Umno yang lain. Era kecemerlangan DS Anwar yang paling jelas dapat dilihat adalah apabila beliau menjawat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan. Proses Islamisasi mula berlaku di dalam Umno di mana terdirinya Universiti Islam dan perbankkan Islam. Islamisasi terus diterap di dalam sistem pendidikan sekolah-sekolah di mana semua pelajar lelaki dan perempuan Islam dibenarkan berpakaian menutup aurat. Di sekolah-sekolah malahan di jabatan-jabatan kerajaan diadakan program tazkirah berjadual dan Qiamullail di peringkat sekolah. Ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau di antara yang paling ditakuti oleh menteri-menteri atau pegawai-pegawai yang kuat memakan rasuah kerana DS Anwar terlalu anti kepada amalan jahat ini.

Sewaktu beliau memangku jawatan Perdana Menteri ketika Dr Mahathir tiada di dalam negara, kesempatan itu diambil oleh DS Anwar untuk membentangkan akta berkaitan rasuah yang mana sesiapa di kalangan menteri atau penjawat awam yang telah terbukti melakukan rasuah, tindakan boleh dikenakan walaupun menteri atau penjawat awam tersebut telah bersara. Beliau juga tidak pernah bersetuju atau bersubahat di dalam apa jua salah laku berkaitan rasuah dan penyelewengan walaupun melibatkan arahan dari pihak atasannya sendiri. Oleh kerana DS Anwar terlalu tegas di dalam perkara ini, beliau mula dicurigai oleh beberapa pihak termasuk oleh Dr Mahathir sendiri dan beberapa kroni rapat PM ketika itu. Berkaitan dengan Islam, beliau juga dicurigai kerana tegasnya beliau menentang pemecatan Mufti Selangor ketika itu Almarhum Dato' Ishak Baharom yang melarang wanita Islam menjadi ratu cantik.

Dr Mahathir tiada pilihan lain lagi kerana beliau bimbang pengaruh DS Anwar ketika itu terlalu kuat di dalam Umno terutamanya di kalangan golongan muda dan ugama. Terbukti Tun Ghafar Baba mengangkat tangan menyerah awal sebelum pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Umno kerana Tun Ghafar melihat begitu hebatnya pengaruh Ds Anwar. Ini lah yang amat merungsingkan Dr Mahathir kerana jika Tun Ghafar seorang tokoh yang amat terkenal dan senior boleh menyerah begitu sahaja kepada DS Anwar, tidak mustahil DS Anwar mampu berbuat demikian ke atasnya. Maka, perancangan mulai diatur di dalam berbagai bentuk dan cara untuk menyingkirkan DS Anwar dari Umno.

Maka, bermulalah babak paling zalim dilakukan terhadap DS Anwar dengan satu konspirasi politik yang terancang. Ds Anwar difitnah dan dituduh melakukan perbuatan yang keji dan tidak masuk dek akal samasekali. Ketika dan saat itu, sejarah bermula dengan berpecahnya ramai orang-orang Melayu terutamanya di dalam Umno. Era reformasi pun bermula dengan begitu hebat seolah-olah akan tumbangnya kerajaan di bawah Dr Mahathir ketika itu. Segala kuasa dan jentera dipergunakan oleh Umno dan kerajaan untuk melawan arus kebangkitan rakyat pada waktu itu. Rakan baik beliau, Almarhum Ustaz Fadzil adalah orang pertama yang mengunjungi DS Anwar ketika DS Anwar dizalimi. Sejak itu, kebangkitan Pas mula dapat dilihat di bawah kebijaksanaan Almarhum Ustaz Fadzil yang menyatakan Pas tetap akan membela sesiapa pun yang dizalimi hatta pemimpin Umno sekalipun. Kebijaksanaan Almarhum telah menjadikan kekuatan bersama dengan golongan reformasi yang kemudiannya menubuhkan Adil seterusnya parti KeADILan.

Di sini timbulnya pertanyaan, adakah benar dikatakan DS Anwar adalah tokoh politik yang memulakan perpecahan Melayu sehingga sekarang? Melayu tidak berpecah dari segi hubungan fizikalnya, tetapi Melayu berpecah dari segi pemikiran dan ideologi sahaja. Sebahagian Melayu inginkan keadilan dan sebahagian lagi menyokong kezaliman. Di sinilah bermulanya perpecahan di mana Dr Mahathir adalah tokoh yang paling layak dan sesuai digelat sebagai Bapa Perpecahan Melayu. Melayu berpecah tatkala Umno diharamkan dan lahirnya Parti Melayu Semangat 46. Melayu berpecah ketika DS Anwar dilakukan secara zalim yang kebanyakan orang-orang Melayu sendiri tidak dapat menerima perbuatan jahat ke atas DS Anwar. Ini semua berlaku di era Dr Mahathir dan kini masih diwarisi oleh orang-orang seumpamanya. Tidak hairan bagi kita, di mana-mana sahaja Umno akan tetap memburukkan DS Anwar kerana bagi Umno, selagi adanya DS Anwar sudah pasti Umno semakin pendek nyawanya. Oleh yang demikian, amat bijak Pas menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno kerana Umno tidak akan berubah selagi adanya matahari dan bulan. /wfauzdin.blogspot.com

Umno Anggap Rakyat Bodoh

Posted on Tuesday, June 23 @ 03:00:00 MYT by Paktam

Oleh Zolkharnain Abidin

“Generasi muda adalah harapan kita, tetapi lihatlah keputusan saluran-saluran peti undi yang mewakili mereka sudah tidak lagi memihak kepada BN. Mereka lebih percaya kepada hidangan propaganda-propaganda pembangkang melalui media baru yang menyajikan segala bentuk tuduhan, fitnah, cacian, sehinggakan semua itu dianggap suatu kebenaran” – Mahathir. Baca sini.Gambar yang terpapar di atas ihsan jinggo’s Fotopages dan berkaitan dengan ucapan tersebut. Lihat sini.

Umno sehingga kini masih menganggap apa yang didedahkan mengenai keburukan mereka sebagai ‘bohong’. Mereka menganggap rakyat yang mempercayai pendedahan mengenai keburukan Umno adalah mempercayai pembohongan. Dua perkara. Pertama, Umno tidak menganggap perkara salah yang dilakukannya sebagai salah. Apabila didedahkan perbuatan itu sebagai salah, Umno kata pendedahan itu adalah bohong. Kedua, Umno memperbodohkan orang yang mempercayai pendedahan itu. Baginya orang yang mempercayai pendedahan mengenai Umno sebagai bodoh kerana mempercayai pembohongan.

Apabila Umno tidak berasa bersalah dengan kesalahan yang dilakukannya, maka perkara yang salah itu terus dilakukan. Hasilnya, rakyat membenci Umno sebab rakyat tahu apa yang dibuat Umno itu adalah salah.PPSMI misalnya. Umno tidak menganggap itu sebagai salah. Baginya sesiapa yang bercerita mengenai keburukan PPSMI adalah pembohong. Lantas PPSMI dikekalkan. Apabila rakyat marah kepada Umno atas isu PPSMI, Umno akan berkata rakyat percaya kepada pembohongan. Adakah rakyat bodoh pada pandangan Umno? Adakah pendedahan mengenai PPSMI adalah bohong? Kalau Umno percaya bahawa pendedahan mengenai PPSMI adalah bohong, maka Umno perlu menyalahkan dirinya sendiri apabila rakyat tidak mengundinya lagi.

Sama seperti ISA. Umno mempertahankan ISA kerana menganggap pendedahan mengenai ISA adalah pembohongan. Rakyat pula semakin bencikan ISA. Bila ISA dibenci dan Umno mempertahankan ISA, maka rakyat turut membenci Umno. Kebencian itu diterjemahkan di dalam peti-peti undi. Adakah Umno masih menganggap pendedahan mengenai keburukan ISA adalah pembohongan?Sepatutnya Umno mendengar keluhan dan kritikan rakyat dan bukan menganggap kritikan dan keluhan itu sebagai bodoh. Umno tidak boleh menganggap pendedahan mengenai kesalahannya sebagai bohong. Menafikan kesalahan sendiri adalah tindakan tidak bermoral.

Mengapa lidah Umno begitu keras untuk mengakui kesalahannya sendiri?Umno boleh terus menganggap pendedahan mengenai kebobrokan mereka sebagai bohong. Parti itu boleh menganggap kepercayaan rakyat kepada pendedahan itu sebagai mempercayai pembohongan. Tetapi Umno perlu ingat, ramai rakyat di bawah ini yang lebih cerdik daripada pemimpin Umno yang di atas itu.Takkan orang yang sebegitu cerdik dengan begitu mudah akan mempercayai ‘pembohongan’./detikdaily

Brahim Katak Dan Jambatan Sempit Manik Urai

Posted on Monday, June 22 @ 16:48:02 PDT by BudakJalanan
Oleh: ramziredang

"Kepada sesiapa yang pernah ke manik urai tentu akan faham dan maklum tentang jambatan sempit menghubungkan manik urai lama dan baru. Jambatan ini sudah tentu akan memecah kepala pengguna bila tiba musim berkempen nanti. Pada keadaan biasa sahaja pun pengguna di manik urai sudah 'jam' menunggu giliran kerana ianya hanya muat sebuah kereta sahaja. Saya tidak tahu sejarah pembinaannya tetapi melihat dari strukturnya mungkin ianya dibina tahun 60an lagi.

Sekarang sudah naik banyak sepanduk PERKASA di Manik Urai. Nyatalah Brahim Katak Lidah Bercabang ingin gunakan Manik Urai sebagai platform untuk menjilat punggung Najib. Nanti sambil ceramah Pak Katak bolehlah bercerita tentang ketuanan melayu. Sambil berceramah tentang ketuanan melayu, Pak Katak bolehlah menoleh ke arah kiri kanan dan melihat sempitnya jambatan tersebut

Pak Katak bolehlah manifestasikan kesempitan jambatan tersebut sebagai keikhlasan pemimpin negara membela ketuanan melayu. Jambatan menghubungkan Singapura dan Malaysia mungkin akan memasuki jambatan ke empat jika ada lagi PM baru malaysia, kosnya pula boleh cakap berapa sahaja, juta?bilion? tetapi jambatan Manik Urai masih bagus dan tak perlu digantikan dengan baru. Lagipun kebanyakan penduduk Manik Urai bukannya kerja tinggi hanya kerja kampung, jadi cukuplah jambatan sempit itu buat selama lamanya.

Khemah khemah penempatan polispun nampaknya telah mula dibina dan mula menampakkan betapa tingginya kos pilihan raya. Keluasannya nampak macam lebih besar dari masjid kawasan itu sendiri. Mungkin untuk keselesaan mereka bertugas dan menjaga keamanan. Kerana pilihanraya kecil kali ini melibatkan UMNO. Jadi ancaman keselamatan mungkin lebih besar.

Pak Katak dengan PERKASA bolehlah bertempik mengatakan inilah keikhlasan kerajaan Malaysia membela ketuanan melayu. Buktinya dapat dilihat pada jambatan sempit tersebut. Jambatan sempit tersebut membuktikan bahawa kerajaan Malaysia yang diperintah oleh orang melayu sangat adil kepada semua negeri negeri walaupun negeri tersebut diperintah oleh pembangkang. Walaupun negeri pembangkang tersebut diperintahkan oleh orang melayu yang majoritinya Islam tetapi atas nama keikhlasan kerajaan malaysia masih mengekal kesempitan jambatan tersebut.

Kerajaan tidak pernah meminggirkan sesiapa sahaja. Malah selain dari jambatan tersebut, rakyat juga boleh berenang melalui sungai untuk melintas ke manik urai lama untuk menaiki keretapi. Inilah hasil usaha pecah perintah yang ikhlas oleh kerajaan pusat selama ini, demi ketuanan melayu.

Mahathir pun boleh dijemput sebagai forumer PERKASA dan di sana nanti bolehlah Che Det salahkan sikap orang melayu kerana taknak berusaha. Mahathir juga bolehlah nasihat dekat pengundi pengundi melayu Manik Urai, pertahankanlah jambatan sempit tersebut, kerana inilah satu satunya negeri melayu yang tinggal yang mendapat pembelaan sepenuhnya oleh kerajaan pusat."/tranungkite

Selasa, 23 Jun 2009

PEMUDA RASUAH BERJANJI AKAN GEMPUR MANEK URAI?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG Pemuda yang menjadi Ketua Pemuda yang disabitkan atas penglibatan rasuah oleh Lembaga Disiplin partinya sendiri semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno yang lalu bertekad dan berazam untuk menggempur Manek Urai. Tidak pasti pula apakah yang mahu digempurkannya di Manek Urai samada untuk menggempur rasuah atau memberi rasuah. Pemuda dari Rembau ini pernah menjalankan operasi besar-besaran mengangkut pengundi-pengundi dari luar Kelantan terutamanya di sekitar Kuala Lumpur untuk dibawa ke Kelantan semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Maka, dicetak berbagai tulisan pada baju yang diberi percuma serta disediakan bas untuk operasi tersebut dan ternyata mendapat sambutan yang amat luar biasa sekali.

Maka, berhimpunlah sekalian warga Kelantan di perantauan untuk pulang ke negeri tanah tumpah mereka bagi menentukan nasib negeri Kelantan di dalam pilihanraya tersebut. Ditakdirkan Allah, usaha pemuda Rembau berkenaan telah membantu Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz mencapai kemenangan besar di Kelantan. Tahniah kepada pengundi-pengundi luar yang bijak dan cerdik mengambil kesempatan dari program yang `bijak' dari pemuda Rembau ini. Di Manek Urai kali ini, tidak terdengar pula cerita pemuda bijak Rembau ini untuk mengulangi program yang sama. Tetapi difahamkan kali ini beliau akan membawa gerombolan pemuda setianya untuk menggempur Manek Urai termasuk pemidato-pemidato yang baru dilatih `berkokok' ini.

Nescaya gegak gempita lah Manek Urai dengan `kokokan' pemuda-pemuda Umno di bawah Ketua Pemuda yang terlibat dengan rasuah politik ini nanti. Hingarnya nanti Manek Urai apabila ditambah pula dengan kehadiran dua raja tanpa mahkota iaitu Ezam raja sesumpah dan Berahim raja katak. Percayalah, kali ini bukan Tuan Guru Nik Aziz yang bakal menjadi mangsa mereka semasa kempen nanti tetapi tidak lain tidak bukan adalah musuh ketat Umno iaitu DS Anwar. Mereka amat memahami bahawa untuk meruntuhkan PR, orang pertama yang mesti `dibunuh atau dikorban'kan adalah DS Anwar. Mereka yakin dan percaya, kegagalan Kerajaan Perpaduan yang diidamkan oleh Umno gagal dicapai adalah kerana kepintaran DS Anwar menjaga perpaduan dan sepakatan di dalam PR. Memang benar, DS Anwar adalah bekas pemimpin Umno dan beliau bukan maksum. DS Anwar telah menerima kifarah dari kesilapan beliau yang lampau, tetapi seburuk-buruk DS Anwar dahulu pun jauh lebih baik dari pemimpin yang ada dalam Umno sekarang.

Amat silap pemuda Rembau ini memilih tempat untuk `berkokok' apatah lagi ingin mendendangkan lagu ketuanan Melayu, pembangunan, penyelewengan dan rasuah. Untuk berbicara soal agama, jauh sekali. Tiada jalan lain lagi untuk mereka dendangkan kecuali mengikut irama dan lagu yang lama. Isu Kerajaan Perpaduan tidak lagi releven kerana isu ini telah dikapan dan disemadikan di kubur yang bakal bersebelahan dengan kubur Umno di Manek Urai nanti.

Mungkinkah akan wujud lagi watak `Minah Ronggeng' di Manek Urai beberapa hari lagi? Atau mungkinkah akan ada upacara `bersumpah' sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dahulu? Juga tidak mustahil sehari dua ini akan tersiar berita beratus dan beribu ahli-ahli Pas dan PKR di Manek Urai menyerah borang memasuki Umno. Ini semua tidak menghairankan kita kerana strategi dan tipu daya Umno sudah lama berada di dalam poket rakyat Kelantan. Bahkan, dikatakan oleh orang-orang Kelantan sekiranya terjumpa tahi di tepi jalan, mereka sudah kenal rupa tahi orang-orang Umno ini. Itulah kelebihan orang Kelantan dan tentunya tidak sama dengan orang Rembau. / wfauzdin.blogspot.com

BERAHIM AL KATAKI MENGAMUK KAT DAP PULAK


Oleh: WFAUZDIN NS

APA la nak jadi dengan Berahim katak ni aku pun tak tau. Mula-mula marah kat PKR terutamanya DS Anwar, lepas tu macam-macam pulak kata kat Pas yang kasi dia makan dengan tempat tinggal. Terbaru ni pulak di melenting kat DAP. Orang kuat PERKASA ni memang dah tak betul otak dia semenjak menderhaka pada Pas terutamanya Tuan Guru Nik Aziz. Maklumlah, bersusah payah dia mengampu, menjilat buntut Umno siang malam, Umno buat tak perasan je kat spesis katak ni.

Dia tahu nyawa dia kat Pasir Mas tak lama, tunggu je la selewat-lewatnya tahun 2013 nanti. Tu pasal dia terpaksa tebalkan muka menenggek kat Pasir Mas hasil sedekah Pas kat dia. Kalau Pas tak kasi dia menenggek kat Pasir Mas dalam pilihanraya 2008 dulu, aku rasa spesis katak busuk ni dah lama dok dalam kumbahan najis. Aku tak tau macam mana dia nak letak muka bila datang berkempen kat Manek Urai nanti. Kalau kat tempat lain, mungkin orang tak berapa kenal sangat tabiat spesis katak ni, tapi kalau kat Kelantan tanya segala jenis ular kat Kelantan pun tak lalu nak makan katak hina tu.

Sebenarnya tiada siapa yang bagus pada pandangan Berahim ni. Dulu kata Umno tak elok maka masuk Semangat 46. Bila rasa Semangat 46 tak bolehkasi dia makan sampai buncit, dia terhegeh-hegeh minta sedekah balik kat Umno. Dapat la makan sekejap dalam Umno. Lepas tu, Umno sepak terajang dia secara hina dalam kampung halamannya sendiri. Merempat la katak ni ke hulu ke hilir minta simpati. Masuk bertanding berkali-kali, tewas teruk pulak. Merana lagi teruk hidup katak dan terhegeh-hegeh tunjuk baik kat Pas. Pas punyalah baik sangka dengan spesis katak ini kasi dia tempat untuk dia bernafas sikit. Ewaahh...lawan tokeh pulak. Kata macam-macam kat Pas dan pembangkang yang lain. Semuanya tak elok pada Berahim. Agaknya dia perasan dialah sorang-sorangnya wira rakyat dan terbaik buat rakyat. Ptuihhh....naik muntah aku.

Marah sangat Berahim pada DAP kerana seorang Pemimpin DAP minta kerajaan haramkan PERKASA. DAP kata PERKASA ni membahayakan kerana sering bermain dengan isu perkauman. Alah, itu semua orang tau. Kalau tak sebut pasal Melayu, Berahim nak sebut pasal apa lagi? Nak sebut pasal Islam? Erkkk...termuntah lagi aku. Tak semena-mena Berahim puji pulak konsep 1 Malaysia. Wah....tiba-tiba bagus pulak konsep tu ye. Aku harap Najib beri perhatianlah sikit usaha kuat Berahim tu. Jangan dipersiakan ampu-ampuan dan puji-pujian dari sang katak ini. Lepas ni, Berahim boleh pula puji sikit-sikit Kak Rosmah kita tu. Mana la tau kot-kot berjaya cita-cita dihati.....

Lain kali belajarlah dari anak Yatim dari Jelebu tu cara-cara mengipas yang terbaik. Kalau tak pun belajar dari Sang Kelembai pun boleh juga. Cukuplah sini aku nak ngomel sikit pasal kisah katak sekor nih. Bukan apa, saja nak promote kehebatan katak ni je. Kita nanti je la suara-suara garau katak ni berkumandang kat Manek Urai nanti. Pasti hebat bila dia berganding dengan raja sesumpah nanti. Bertuah Manek Urai jika dapat dua `raja' berkampung di sana iaitu raja katak dan raja sesumpah. 0oopss...lupa nak bagitahu, ada kisah menarik tentang hikayat si katak ni. Boleh baca kat sini. / wfauzdin.blogspot.com