RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 21 Jun 2009

NAJIB FOKUS PADA EKONOMI, UMNO JANGAN TANDING DI MANEK URAI - ANWAR

UMNO tidak wajar tanding di Manek Urai

SHAH ALAM – UMNO tidak sewajarnya meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai kerana keadaan ekonomi ketika ini lebih teruk berbanding pada pilihan raya kecil Penanti yang lalu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR tetap dengan kenyataan asal bahawa UMNO perlu berpegang kepada prinsip mereka pada pilihan raya terdahulu.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memberi fokus sepenuhnya kepada ekonomi dan tidak meletakkan calon pilihan raya kecil kerana membazirkan waktu.

“Kita dah beritahu pandangan dari awal bahawa UMNO tidak seharusnya bertanding di Manek Urai kerana ianya membazir waktu dan Perdana Menteri nak fokus ekonomi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Wacana Pendidikan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata, Najib tidak perlu mengarahkan Timbalan Perdana Menteri dan semua Menteri Kabinet untuk berkampung di Manek Urai, sebaliknya memberi perhatian penuh terhadap ekonomi negara.

“Tidak perlu suruh Menteri atau Timbalan Perdana Menteri turun di Manek Urai kerana ekonomi kini sudah gawat bahkan lebih teruk daripada pilihan raya Penanti. Sekarang ini sudah mengucup lima ke enam peratus,” katanya ketika ditanya sama ada wajar UMNO bertanding di Manek Urai sedangkan UMNO dan Pas kini mahukan kerajaan perpaduan.

Terdahulu, UMNO memutuskan untuk meletakan calon dalam Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai yang akan bermula pada 6 Julai sehingga 14 Julai ini.

Keputusan ini berbeza dengan keputusan untuk tidak bertanding DUN Penanti yang lalu kerana di Penanti pilihan raya itu bukan mengikut Perlembagaan sebaliknya masalah dalaman PKR.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian Allahyarham Ismail Yaacob akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu./SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan