RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 23 Jun 2009

MENGHORMATI PERDAMAIAN, POLL INI DIHENTIKAN

ALHAMDULILLAH, saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya apa yang saya impikan dan doakan dimakbulkan Allah. Kemelut Kerajaan Perpaduan yang begitu menyakitkan hati dan menyedihkan banyak pihak akhirnya terlerai. Tiada yang kalah, tiada yang menang sesama kita sebagai pejuang kebenaran dan penentang kezaliman. Betapa sebaknya hati apabila melihat Tuan Guru Nik Aziz dengan wajah bersih, jernih dan begitu gembira sekali menarik kembali teguran keras beliau terhadap Us Nasha, Timbalan Presiden Pas.

Selaku anak yang menyayangi bapa, Us Nasha juga begitu dengan rasa tawadhuknya beliau menyambut salam perdamaian dari Tuan Guru serta menciumnya. Semoga kedua-duanya diberkati Allah serta dilimpahkan semangat yang lebih padu untuk berjuang sehingga akhirnya Umno/Bn tumbang dan disemadikan di negara ini.

Sebagai menghormati perdamaian kedua-dua tokoh Pas ini, saya memohon maaf kerana menghentikan pungutan suara `Poll' berkaitan isu Kerajaan Perpaduan yang melibatkan Us Nasha dan Mustafa Ali. Saya juga tidak berhasrat untuk melaporkan keputusan Poll yang telahpun disertai oleh hampir 200 pengunjung blog ini. Bagi mereka yang sempat melihat peratusan Poll sebelum ini, lupakan sahaja kerana isu ini telah dinoktahkan oleh kepimpinan yang kita sanjungi itu. Sekian, Wassalam

1 ulasan:

  1. Salam ukhuwah buat saudara..... dahulu saya hanya memberi komen sahaja didalam blog-blog sahaja. Tetapi apabila isu kerajaan perpaduan semakin hangat diperbualkan masa saya terpaksa menulis di blog saya sendiri untuk mempertahankan Pas daripada anasir-anasir jahat yang dibawa oleh Umno kedalam parti Pas. Saya bukannya seorang politikus tetapi saya bergerak aktif semasa Bn dapat ditumbangkan diKelantan pada 1990 dan Terengganu hampir-hampir dirampas kalau tidak kerana pengundi hantu yang dibawa dari Pekan, Pahang. Tulisan saya boleh saudara layari didalam blog saya........ musafirlalu.blogspot.com.my ... salam berjuang buat saudara agar jemaah dapat diperkukuhkan lagi.

    BalasPadam