RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 25 Jun 2009

SAIFUL MOHON JADI TENTERA ATAU SEDANG BELAJAR?

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU terbaca di dalam blog Pahangdaily bahawa Saiful yang 4 orang doktor mengatakan tidak mempunyai kesan diliwat itu ada beberapa kali membuat panggilan telefon ke Mindef sebelum beliau membuat laporan Polis kononnya beliau telah diliwat. Aku tak tahu lah samada betul atau tidak apa yang didedahkan oleh blog tersebut, tetapi kalau aku terpaksa percaya pun aku rasa aku tak rugi apa-apa.

Mindef adalah Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan di mana disitu terletaknya pejabat Menteri Pertahanan dan Panglima-Panglima ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Di Mindef juga terdapat berbagai cawangan dari berbagai kor di dalam Tentera Darat termasuk Bahagian Sumber Manusia, Polis Tentera, Bahagian Perisikan dan sebagainya. Sebagai orang awam sudah tentulah bukan mudah untuk memasuki kawasan keselamatan tersebut tanpa urusan penting. Jka kita lihat kawalan di pintu masuk Mindef ini pun rasa gerun kita dibuatnya.

Jika benar seperti yang dilaporkan oleh Pahangdaily itu, sudah tentu Saiful mempunyai perkara penting apabila sering berhubung dengan Mindef. Mungkin juga Saiful ini mempunyai teman-teman rapat di kalangan tentera yang bekerja di sana. Oleh kerana terlalu rapat, Saiful mungkin terasa rindu juga jika sehari tidak bercakap dengan temannya itu. Oleh sebab itu, kita jangan berprasangka buruk dengan Saiful. Pahangdaily menyatakan Saiful membuat panggilan ke Mindef dengan menggunakan talian TM. Tidak mustahil juga Saiful atau temannya yang bertugas di Mindef itu tiada telefon bimbit, maka digunakan talian TM. Itu tidak mustahil. Sekali lagi jangan salah sangka.

Tentang panggilan itu dibuat sebelum Saiful membuat laporan Polis tentang kejadian liwat tersebut, itu mungkin secara kebetulan. Jangan salah sangka lagi. Aku malas nak ambil tahu dengan siapa Saiful bercakap semasa membuat panggilan tersebut, lagi pun Pahangdaily tidak mendedahkan nama sesiapa. Itulah kelebihan Saiful yang merupakan seorang pemuda yang baik maka tentulah punyai ramai teman termasuk di kalangan tentera. Walaupun Saiful dikatakan banyak orang dikategorikan agak `lembut' seperti juga `Uncle Pet', tidak salah beliau berkawan dengan sesiapa hatta tentera yang tegap, gagah dan perkasa itu. Jangan kita salah anggap.

Jika benar Saiful kerap membuat panggilan ke Mindef, saya ingin mencadangkan bahawa panggilan itu dibuat mungkin kerana Saiful berminat untuk menyertai tentera. Mustahilkah? Saya rasa tidak mustahil kot. Manalah tahu Saiful ada `cable' besar di Mindef yang membolehkannya menjadi Pahlawan Negara. Saiful ini bukan calang-calang orang, setakat `cable' Mindef tu apalah sangat pada Saiful sedangkan untuk mohon biasiswa pun Saiful senang-senang boleh masuk pejabat TPM. Siapa berani halang? Tapi, kita jangan sangka yang bukan-bukan pada anak muda yang dikatakan telah menjadi mangsa liwat oleh orang tua ini. Sepatutnya kita bersimpati dengan nasib beliau.

Tentang permohonan biasiswa yang beliau telah pohon di Pejabat TPM dulu pun aku tak tahu kedudukannya lulus atau tidak permohonannya. Jika lulus, mungkin sekarang Saiful sedang melanjutkan pelajarannya lagi. Seharusnya permohonan biasiswa Saiful diluluskan kerana kerajaan sekarang terlalu prihatin dengan Bumiputera, apatah lagi bersusah payah Saiful memanjat Putrajaya untuk ke Pejabat TPM. Justeru itu, aku kurang senang apabila Pahangdaily sering mempertikaikan ke mana Saiful menghilang kerana aku yakin Saiful sedang melanjutkan pelajarannya setelah mendapat biasiswa tersebut. Aku harap begitulah. / wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. hahahaha... lawak la....

    gua percaya Saiful sedang buat master.... hahaha

    BalasPadam