TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

PRK PENGKALAN KUBUR, APA PENDAPAT ANDA?

Isnin, 22 Jun 2009

UMNO DAN PAS TIDAK AKAN BERSATU - PROF AZIZ BARI

Dalam salah satu bab daripada buku saya Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis (2008) saya menyebut bahawa dalam konteks perlembagaan orang Melayu boleh membentuk kerajaan tanpa bantuan dan sokongan kaum-kaum lain. Perlu saya nyatakan bahawa dalam perlembagaan hanya dua kelompok atau kaum yang disebut; yakni Melayu dan kaum-kaum lain. Atau tiga kalau kita campurkan bumiputera atau anak negeri Sabah dan Sarawak. Atau empat kalau kita ambilkira Orang Asli yang juga disebut oleh perlembagaan.

Saya utarakan pendapat bahawa orang Melayu boleh membentuk kerajaan sendiri kerana ramai orang Melayu yang melihat bahawa orang Melayu perlu mendapat undi dan sokongan kaum lain untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan. Walau apa pun melihat kepada komposisi orang Melayu dan Islam yang dianggarkan sekitar 60 peratus sebuah kerajaan persekutuan Melayu – ertinya semua anggota kabinet berbangsa Melayu – memang boleh dibentuk.

Lebih penting dalam parlimen sekarang – dan sebelum Pilihan Raya Umum 2008 pun – kita ada cukup Ahli Parlimen Melayu untuk membentuk kerajaan. Sebagaimana yang termaklum untuk membentuk kerajaan jumlah minimum yang diperlukan ialah 112 kerusi; yakni majoriti mudah dari jumlah besar 222 kerusi di Dewan Rakyat. Untuk membentuk kerajaan tidak perlu ada majoriti dua pertiga; yakni 148 kerusi. Jumlah ini hanya diperlukan di dalam pindaan perlembagaan. Tetapi perlu diingat bahawa dalam hal-hal tertentu perkenan Majlis Raja-Raja perlu sama. Begitu juga persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak dalam peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan negeri-negeri Borneo itu. Baca selanjutnya di sini

2 ulasan:

  1. PAS dan PKR sudah syok hisab butuh LKS.

    BalasPadam
  2. Umno sakit hati sampai mencarut...wakakaka....perangkap mereka tak menjadi....punyer la bangang kan mereka tu kan....wakakaka.....

    BalasPadam

Jom Kongsi Dalam FB Anda