RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 22 Jun 2009

PAS HASRAT PERALAT UMNO, SASAR ANWAR

Berita mengenai hasrat Pas berunding dengan UMNO dan disambut baik oleh UMNO menimbulkan huru-hara di kalangan pemimpin Pas. Ia tidak terjadi setakat di antara pemimpin kecil sahaja malah melibatkan pemimpin tinggi. Bahkan, Mursyidul Am Pas pun turut bergeser pendapat dan pernah dipetik menyuarakan perasaan marahnya yang amat.

Beberapa hari selepas mengeluarkan kenyataan sedemikian, satu kenyataan lain diterbitkan oleh Nik Abdul Aziz yang menggesa Nasharuddin keluar Pas, masuk UMNO dan meletak jawatan sebagai MP Bachok yang dibangkitkannya diberikan atas ehsan Pas Kelantan.

Najib mengucapkan terima kasih kepada Pas kerana mengemukakan konsep itu namun beliau mengakui belum mempunyai kefahaman jelas tentangnya.

Abdul Hadi telah menggunakan pentas Muktamar Agung Pas ke 55 yang berlangsung di Shah Alam itu untuk sekali lagi mencanangkan pembentukan kerajaan perpaduan. Pastinya, gagasan itu tidak diperdebatkan di dalam dewan tertinggi parti terlebih dahulu jika dilihat dari segi ia ditentang secara terbuka oleh pucuk pimpinan sendiri.

Beliau memberitahu dia mempertahankan perjanjian lama Pas yang memberikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat seperti keputusan muktamar di Ipoh.

“Saya sokong PR. Kita masuk PRU ke-12 baru-baru ini pun atas dasar PR. Saya tidak boleh lari daripada ikrar perjanjian kita,” tegas beliau. Baca seterusnya di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan