RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 25 Jun 2009

KETUA PEMUDA UMNO KELANTAN MINTA TUAN GURU NIK AZIZ DIAMBIL TINDAKAN

Pemuda Umno Kelantan membuat aduan polis berhubung satu kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis. Kenyataannya, yang juga mursyidul am PAS, didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat, lapor Bernama.

Aduan itu dibuat oleh ketua Pemuda, Anuar Safian, di balai polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah "tidak berasas".

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin, berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," Anuar dipetik berkata.

Tambahnya, kenyataan Nik Aziz itu mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan./Malaysiakini

Komen saya - Umno tidak pernah ke tuduh Pas sesat? Berapa banyak ketegangan yang sudah berlaku di Kelantan atau di mana-mana semenjak Tuan Guru Nik Aziz berkata demikian? Benda ni pun dah lama Tuan Guru perkatakan, bukan baru-baru ni je. Pasal sesat ni, menolak hukum selain daripada hukum Allah itu adalah sesat. Memang Umno banyak bawa perubahan, perubahan paling besar Umno adalah hilangnya 5 negeri kepada PR. Syabas Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan