RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 24 Jun 2009

Brahim Katak Dan Jambatan Sempit Manik Urai

Posted on Monday, June 22 @ 16:48:02 PDT by BudakJalanan
Oleh: ramziredang

"Kepada sesiapa yang pernah ke manik urai tentu akan faham dan maklum tentang jambatan sempit menghubungkan manik urai lama dan baru. Jambatan ini sudah tentu akan memecah kepala pengguna bila tiba musim berkempen nanti. Pada keadaan biasa sahaja pun pengguna di manik urai sudah 'jam' menunggu giliran kerana ianya hanya muat sebuah kereta sahaja. Saya tidak tahu sejarah pembinaannya tetapi melihat dari strukturnya mungkin ianya dibina tahun 60an lagi.

Sekarang sudah naik banyak sepanduk PERKASA di Manik Urai. Nyatalah Brahim Katak Lidah Bercabang ingin gunakan Manik Urai sebagai platform untuk menjilat punggung Najib. Nanti sambil ceramah Pak Katak bolehlah bercerita tentang ketuanan melayu. Sambil berceramah tentang ketuanan melayu, Pak Katak bolehlah menoleh ke arah kiri kanan dan melihat sempitnya jambatan tersebut

Pak Katak bolehlah manifestasikan kesempitan jambatan tersebut sebagai keikhlasan pemimpin negara membela ketuanan melayu. Jambatan menghubungkan Singapura dan Malaysia mungkin akan memasuki jambatan ke empat jika ada lagi PM baru malaysia, kosnya pula boleh cakap berapa sahaja, juta?bilion? tetapi jambatan Manik Urai masih bagus dan tak perlu digantikan dengan baru. Lagipun kebanyakan penduduk Manik Urai bukannya kerja tinggi hanya kerja kampung, jadi cukuplah jambatan sempit itu buat selama lamanya.

Khemah khemah penempatan polispun nampaknya telah mula dibina dan mula menampakkan betapa tingginya kos pilihan raya. Keluasannya nampak macam lebih besar dari masjid kawasan itu sendiri. Mungkin untuk keselesaan mereka bertugas dan menjaga keamanan. Kerana pilihanraya kecil kali ini melibatkan UMNO. Jadi ancaman keselamatan mungkin lebih besar.

Pak Katak dengan PERKASA bolehlah bertempik mengatakan inilah keikhlasan kerajaan Malaysia membela ketuanan melayu. Buktinya dapat dilihat pada jambatan sempit tersebut. Jambatan sempit tersebut membuktikan bahawa kerajaan Malaysia yang diperintah oleh orang melayu sangat adil kepada semua negeri negeri walaupun negeri tersebut diperintah oleh pembangkang. Walaupun negeri pembangkang tersebut diperintahkan oleh orang melayu yang majoritinya Islam tetapi atas nama keikhlasan kerajaan malaysia masih mengekal kesempitan jambatan tersebut.

Kerajaan tidak pernah meminggirkan sesiapa sahaja. Malah selain dari jambatan tersebut, rakyat juga boleh berenang melalui sungai untuk melintas ke manik urai lama untuk menaiki keretapi. Inilah hasil usaha pecah perintah yang ikhlas oleh kerajaan pusat selama ini, demi ketuanan melayu.

Mahathir pun boleh dijemput sebagai forumer PERKASA dan di sana nanti bolehlah Che Det salahkan sikap orang melayu kerana taknak berusaha. Mahathir juga bolehlah nasihat dekat pengundi pengundi melayu Manik Urai, pertahankanlah jambatan sempit tersebut, kerana inilah satu satunya negeri melayu yang tinggal yang mendapat pembelaan sepenuhnya oleh kerajaan pusat."/tranungkite

Tiada ulasan:

Catat Ulasan