RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 23 Jun 2009

MSO, TOLONG BETULKAN TULISAN ANDA BERUPA FITNAH ITU

MSO kata Nik Aziz mengaku salah?
Oleh: WFAUZDIN NS

"Satu kenyataan dikeluarkan oleh Nik Aziz yang menjelaskan bahawa isu
unity government telah tidak berbangkit lagi. Isu berkenaan dikira tutup buku. Sehubungan itu beliau juga telah menarik balik bidasan pedih yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin sebelum ini. Penarikan balik itu menunjukkan Tok Guru itu bersedia mengaku salah atas apa-apa tindakan beliau yang dianggap kurang manis dan terlajak sebelum ini." (Klik sini)

PETIKAN di atas adalah tulisan terbaru MSO (Mohd Sayuti Omar) di dalam blognya. Puas saya mencari di mana perkataan yang boleh diandaikan Mursyidul Am telah mengaku salah . Apakah apabila Mursyidul Am menyatakan kecaman dan desakan beliau terhadap Us Nasha di tarik balik membawa maksud pada MSO bahawa Mursyidul Am `mengaku salah' dan `terlajak'? Jika dikatakan `menarik balik' itu membawa maksud Mursyidul Am bersedia `memaafkan' tingkah laku Us Nasha pula bagaimana? Jadi, tidak perlu kita ulas yang kita sendiri tidak tahu apa yang tersurat dihati kedua-dua tokoh tersebut. Ini seperti menunjukkan kita ada `niat' tertentu untuk menyatakan sedemikian. Harapan saya agar MSO tarik balik tulisan anda dan hentikan budaya fitnah anda terhadap Mursyidul Am. /wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. manusia mcm ko ni baik duduk kat hutan...kwn dgn monyet...org dah nak tutup kecelaruan...ko bukak balik....bodoh punya org

    BalasPadam
  2. isk..isk..isk....tuan punya blog bukan citer pasal UG..dia citer psl statement MSO yg kata TGNA "mengaku salah" dan "terlajak"..baca btul2...tak reti baca..tanya org yg reti...

    BalasPadam
  3. Udahlah tu ... asyik nak cari sebab berperang saja . Dah kata nak halakan senjata ke UMNO buatlah . Yang TGNA tadak apa2 .. yang kat bawah nie pula lebih2 terasa . Memang jatuh bangun pemimpin tu disebabkan ahli yang matang atau terlentang .

    BalasPadam
  4. Tu la pasal...aku dari dulu tgk MSO ni mmg saje nk cari pasal....kalau tak jawab, lagi lebih2 dia ni...org tu dh berpakat nk berbaik...jgn pulak pandai2 tafsir kata macam2....tu yg tak elok tu...

    BalasPadam
  5. SALAM WFA,memang betul pun....sejak 2-3 hari kebelakangan ni saya perasan tulisan di blog MSO agak berlainan sedikit dari biasa, SEOLAH-OLAH ada yg tak kena...kenapa ya? diharap saudara MSO kembali semula kelandasan yg sebenar..bermaaf-maafan la kita....buang yg keruh ambil yg jernih ,rapatkan saf dan kuatkan lagi kepimpinan pas wassalam..

    BalasPadam
  6. Senang je. Tak payah bukak blog MSO. Boikot je. Hal UG dah padam, dia pulak nak hidupkan lagi api dalam sekam. Pandai2 buat tafsiran. Dia boleh baca apa dalam fikiran orang lain ke?

    Lagi satu, sepatutnya SU PAS tak boleh jadi controller Harakah. Nanti jadi conflict of interest. Ganti le orang lain kalau PAS mahu benar2 dilihat telus.

    BalasPadam