Oleh: WFAUZDIN NS
DISAAT rakyat kecuh membincangkan soal Daftar Pemilih yang kotor, curang dan menjijikkan, SPR lebih suka bercakap pasal bendera parti. Lebih memalukan, apabila bendera parti Umno/Bn dikibarkan di Stesyen Komuter sekitar Selangor, SPR mengulas dengan panjang lebar betapa SPR sekali lagi `tiada kuasa'. Almaklumlah, yang berkibar itu bendera Umno/Bn maka tiadalah kuasa SPR.
Pengerusi SPR menyatakan, " Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemasangan bendera BN di stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dibantah oleh PAS dan kumpulan NGO." (Malaysiakini). Kuasa yang ada pada SPR adalah memindahkan pengundi ke satu-satu kawasan sesuka hati walaupun tanpa persetujuan dan pengetahuan pengundi itu sendiri. Kuasa SPR juga adalah menerima dan merekodkan nama pengundi yang pelik-pelik seperti nama "Balai Polis Kerinci", "Kampong Baru" bahkan nama yang tidak ada bin pun SPR punyai kuasa mengekalkannya. SPR juga ada kuasa mengekalkan satu alamat dengan ratusan pengundi berbilang kaum. Yang itu, SPR ada kuasa.
Mengapa teruk sangat Sistem Pilihanraya di negara kita? Jawapannya mudah, ianya adalah kerana kita memiliki pegawai SPR yang teruk juga. SPR nampaknya begitu teruja untuk melihat negara ini terus dipimpin oleh pemimpin yang pejam ata dengan isu lembu kondo (NFC), isu PKFZ, isu komisyen kapal selam, isu rasuah, penyelewengan balak dan banyak lagi yang mana rakyat sudah naik meluat dengan Umno/Bn sekarang ini. Namun, SPR tidak merasa apa-apa.
Justeru itu, jawapannya adalah BERSIH 3.0. Kita tiada pilihan kerana negara kita masih gagal memiliki pegawai SPR yang jujur, telus dan amanah./
wfauzdin.blogspot.com