RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 3 November 2013

SAKSI BOLASEPAK MALAM INI, JANGAN LALAI MUSUH MENYUSUP DI SG LIMAU

MALAM ini (Ahad - 03/11/13) boleh dikatakan semua mata pasti tertumpu di Stadium Shah Alam.  Dua gergasi Pantai Timur, Pahang dan Kelantan akan bertempur untuk merebut Piala Malaysia.  Maka, kehangatan malam terakhir berkempen di PRK Dun Sg Limau pasti sedikit berkurangan.

Dari segi taktikalnya, sepatutnya malam ini PAS dengan dibantu oleh rakan-rakan di dalam PR wajib berkempen habis-habisan dan berganda dari sebelum ini.  Jangan lupa, malam ini jugalah boleh membuatkan seseorang pengundi atas pagar boleh berubah fikiran.  Malam ini jugalah para 'penyangak atau penipu" akan beroperasi habis-habisan di kala kita semua leka di hadapan TV atau beramai-ramai bersorak di hadapan layar skrin besar.

Justeru itu, semua petugas PAS dan PR harus berhati-hati malam ini.  Anggaplah ini suatu peperangan, jangan tinggalkan kubu kita dan jangan alpa dengan keseronokan yang dihidangkan.  Sudah tentu anak-anak muda akan beramai-ramai menyaksikan perlawanan bolasepak malam ini melalui TV atau skrin yang disediakan, sedangkan tenaga mereka amat penting untuk mengawasi keselamatan malam ini.  Oleh itu, Pengarah Pilihanraya serta ketua-ketua keselamatan yang dilantik mesti lebih peka malam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan