RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 1 November 2013

PRK DUN SG LIMAU - MANA LEBIH BAHAYA, GAMBAR EDIT ATAU SUSU TAMAT TEMPOH?

MEDIA telah mainkan isu gambar edit yang terdapat di dalam risalah kempen PAS di PRK Dun Sg Limau.  Apakah itu satu isu yang besar dan merugikan rakyat berbanding dengan bantuan susu 'tamat tempoh' yang diberikan oleh mereka kepada para pengundi di sana?

Tiada apa yang kelihatan besar salahnya tentang gambar edit itu kecuali menampakkan hanya kesilapan teknikal PAS yang mungkin kurang teliti di dalam menyediakan risalah.  PAS berani mengaku kesilapan dan memohon maaf atas kesilapan itu.  Jika mahu ditonjolkan calon PAS pernah bersama Almarhum Us Azizan sebagai bahan kempen, bak kata Mahfuz Omar memang banyak gambar-gambar calon tersebut bersama Almarhum Us Azizan.  Ini menunjukkan tiada niat samasekali PAS untuk menipu rakyat, dan apa untungnya jika menipu sekalipun?  

Susu tamat tempoh untuk rakyat?
Jika gambar calon itu ditonjolkan sedang memberi bantuan kepada rakyat miskin, atau sedang menziarahi rumah orang-orang miskin di sana, sedangkan gambar itu adalah di edit, itu baru betul ada maksud penipuan yang menguntungkan PAS.  Tetapi ini hanya gambar menunjukkan calon bertemu MB Kedah waktu itu.  Pelikkah jika ahli PAS, bahkan pimpinan muda dari PAS mengunjungi MB Kedah yang juga pemimpin PAS?  Tidak pelik, bahkan pernah berlaku.  Silapnya, gambar itu bukan gambar calon PAS tetapi sebenarnya di edit dari gambar kakitangan atau wartawan Sinar.  Itu silap kecil yang dibesarkan walaupun PAS mengakui itu satu kesilapan oleh pereka yang menyediakan risalah kempen.

Adakah PAS menipu?  Jawabnya tidak.  PAS hanya cuai saja.  Yang menipu adalah pereka risalah tersebut dan orang itu wajib diberhentikan kerana sedikit sebanyak memalukan PAS.  PAS hanya cuai dari segi menyemak semua risalah sebelum diedarkan.  Siapakah yang bertanggungjawab menentukan risalah ini?  Orang itu patut diambil tindakan oleh PAS.  

PAS hanya cuai di dalam menentukan risalah yang tepat.  Apakah PAS berniat untuk menipu sedangkan tiada keuntungan apa-apa?
Dari segi moralnya, PAS tidak menipu untuk kepentingan politik.  Tiada untungnya PAS mahu tunjuk calon PAS itu berjumpa Almarhum Us Azizan kerana itu memang lazim berlaku.  Oleh itu, media perdana cuba gambarkan PAS sanggup menipu sedangkan media tersebut tidak pernah sebut satu penipuan yang lebih dahsyat bila mana bantuan susu diberikan kepada rakyat di sana adalah susu telah tamat tempoh.  

Ini lah kerja media yang besarkan perkara kecil dan lenyapkan perkara yang lebih besar.  Harga gula dinaikkan atas alasan mahu jaga kesihatan rakyat dari kencing manis atau diabetes, di dalam masa yang sama rakyat diberikan susu tamat tempoh.  Butakah rakyat di Dun Sg Limau terhadap perkara ini?  Jangan butakan mata hati sewaktu buat pilihan.  Cukuplah anda diperbodohkan sebelum, semasa dan selepas Pilihanraya Umum yang lalu. 

1 ulasan:

  1. bagi media pecacai ubn kes kecik mesti dibesarkan & kes mereka yang sangat besar mesti dikecilkan ! ABU jangan lupa !

    BalasPadam