MENGAPA perlu disalahkan kepada Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi, Timbalan Presiden dan juga Ketua Pemuda PAS apabila PAS tewas di dua kerusi Dun Merlimau dan Dun Kerdau baru-baru ini? Pada saya tulisan Tulang Besi di sini agak keterlaluan di dalam mencari punca sebenar kekalahan PAS termasuk di PRK Dun Tenang.
Beliau mempersoalkan peranan pemimpin PAS tersebut di dalam menarik sokongan terutamanya pengundi-pengundi muda. Tulisan beliau seolah-olah menunjukkan Najib, Muhyiddin dan KJ adalah lebih diyakini oleh golongan muda daripada ketiga-tiga pemimpin PAS tersebut. Justeru itu, beliau menyarankan agar dilakukan perubahan pimpinan di dalam PAS membabitkan ketiga-tiga pemimpin yang disebutkan tadi.
Pada saya, hujah Tulang Besi langsung tidak releven. Adakah jika berlaku perubahan pada pimpinan PAS maka PAS tidak boleh tewas lagi? Faktor terbesar yang paling lojik mengapa PR tewas adalah kerana kita memasuki pertandingan yang amat tidak adil dan dipenuhi dengan amalan korupsi di pihak mereka. Di dalam keadaan begitu pun kita masih mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada kita. Bayangkan jika kita berdepan dengan Umno/Bn sahaja tanpa adanya sokongan dari belakang oleh semua jentera kerajaan, tanpa rasuah dan SPR yang telus, tentu sudah lama Umno/Bn `ghuyub'.
Pemimpin kita telah lakukan yang terbaik, dan peranan pemimpin PAS yang paling berjaya adalah `menjinakkan' DAP dengan Islam yang dibawa oleh PAS. Cuma satu sahaja yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa pemimpin PR masih gagal menekan kerajaan agar melaksanakan sistem demokrasi yang adil. Itu sahaja yang kita perlu utamakan, bukannya menukar kepimpinan yang ada. Sekiranya ditukar sebulan sekali, atau diletakkan pemimpin mana sekali pun dari langit, jika demokrasi yang ada seperti sekarang diteruskan maka kita tidak hairan jika kita akan tewas lagi di masa akan datang.
Bukan kita nafikan kita ada kelemahan di sana sini, tetapi kita harus realistik bahawa jika kita perbaiki kelemahan kita setiap masa, tetapi di hadapan kita masih dihalang dengan berbagai kepincangan, penipuan dan ketidakadilan, adakah kita yakin kita boleh mencapai kemenangan? Umpama pasukan bolasepak yang mempunyai pemain-pemain yang hebat, tetapi mereka masuk padang tanpa kasut, berdepan dengan pihak lawan yang lengkap dan diadili pula oleh Pengadil yang dilantik oleh Tim mereka. Jika Pengadil sudah berniat untuk memberikan kemenangan kepada Tim nya, bukan suatu kerja yang susah. Paling mudah berikan sahaja tendangan penalti kepada Timnya, dan kita tewas.
Justeru itu, saya berpandangan bahawa PAS tidak memerlukan perubahan pimpinan sehinggalah ahli-ahli PAS sendiri ingin melakukan perubahan itu, bukan kerana menang atau tewas di dalam pilihanraya. Pokok utamanya, pimpinan PR mesti lakukan sesuatu untuk mengubah sistem yang sedia ada. Jika tidak, kita harus bersedia untuk menerima kekalahan lagi di masa-masa akan datang. Kesimpulannya, kelemahan yang ada mesti diperbaiki serentak itu juga perbaiki sistem demokrasi yang korup ini./wfauzdin.blogspot.com

Assalamualaikum, aku sikit pn tak terkejut klau TB dan Aduka Taruna mahu pimpinan trtinggi PAS perlu ditukar krn mrk brdua amatlah bermasalah peribadi dgn pimpinan utama atas sbb2 tertentu.. aku amatlah brsetuju dgn hujah2 penulis blog ini.. Dimana2 ttp ada masalah cuma kita yg menilainya dr sudut yg berbeza.. marahkn nyamuk jgn kelambu dibakar..
BalasPadambukan masalah pemimpin... cuma kalau berurusan dengan bangsa yg bonggok kena kerja kuat sikit dan guna strategi... al maklumlah masih ramai melayu yg jauh dari hidayah Allah... Ulama hanya boleh berdakwah dan tarbiah tapi hidayah datang dari Allah... Hanya orang2 yg terpilih akan terselamat dari fitnah besar akhir zaman. Jadi janganlah kita bergundah gulana dgn kekalahan yg telah ditakdirkan oleh Allah... Kita dah berusaha dan sudah terlepas dari dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Rabbul Jalil nanti... cuma kita tidak harus berputus asa dan teruskan tugas dakwah... Insyaallah!!! Kejayaan menanti kalau bukan di dunia akan tiba juga di akhirat. Itu pasti...
BalasPadamAssalamualaikum ,
BalasPadamPertama saya ucapkan terimakasih pada tuanpunya blog kerana ulasan anda pada saya adalah ikhlas dan menunjukkan anda faham tentang politik. Tentang tulisan TB itu, ianya jelas menunjukkan anda sebenarnya ada satu perasaan tidak senang dengann pimpinan PAS sekarang atau dengan kata lain anda memang ada dendam dan rasa sakit,atau anda adalah seorang yang munafik yang memang hati anda sakit!.kalu tewas dalam PRK, yang memang didominasi oleh kaum peneroka yang kurang mendapat sumber berita betul, yang paginya menatap utusan meloya,tengahari berita hairan. petang TV1 dan TV2 dan malamnya pula TV3 suku sudah tentu amat sukar oleh PR untuk menang.TB ni bukan bodoh tapi sengaja menunjukkan kebodohan,pada beliau tukar saja presiden kalau tewas dalam PRK, agak2nya berapa orang Presiden kah perlu ditukar? Atau adakah PAS perlu dapatkan nasihat dari TB dalam merencanakan perancangan untuk gerak kerja pilihanraya? Tapi sebelum tu nak tahu juga TB ni ahli PAS cawangan mana? Yuran bayar atau belum? Kalau tak bayar, harap cepat2 bayar, jangan tangguh, tak baik, kalau masih ada tunggakan cepat2 bayar.Dalam PRK TEnang,Merlimau dan Kerdau ni PR bukan saja menghadapi jentera DUN2 tersebut malah seluruh Malaysia datang dengan membawa duit, tu pun alhamdulillah aada lagi orng yang mengundi PAS! Kalau ikut kekuatan BN sepatutnya PAS dah hilang wang pertaruhan Encik Abdul Rahman BIn Talib oiiii.Encik Abdul Rahman ni,mintak tolonglah cerdik sikit, pastu nak tanya Encik Tulang kita ni,berapa hari duduk kat Merlimau dan Kerdau? Ke Cik Rahman duduk depan Laptop saje!Kita tunggu PRK ke13 nanti, orang PR dan PAS jangan putus asa ,ingat PAS ni bukan sekadar sebuah parti saja, malah juga badan dakwah, tak begitu Cik Rahman?Kita usaha saja untuk mengajak orang Felda tinggalkan BN ,Allah yang memberi hidayah,macam cerita Nabi dengan Abu Talib!.Dan kepada pembaca hati2lah anda dengan penulis seperti TB ini ,janganlqah marah nyamuk kelambu dibakar.Allah tidak suka pada orang2 yang berputus asa.Kepada WFauzdin teruskan menulis kerana mengikut Dr Yusoff Qardawi,menulis dalam internet unk kebaikan juga dikira satu jihad. Dan kepada Cik Man Tulang kita,muhasabahlah diri anda, dan saya rasa anda adalah orang UMNO!
BARANGKALI DARI SUDUT NIAT ADA BENARNYA PAS ADALAH BADAN DAKWAH. TAPI PRAKTIKNYA TAK BEGITU.DENGARLAH CERAMAH KORANG, BACA BLOG KORANG, SARAT MAKI HAMUN. INI DAKWAH APA?
BalasPadamDAN JANGAN LUPA ALLAH BERI KUASA KEPADA YANG DIA KEHENDAKI, ALLAH TARIK KUASA DARIPADA SIAPA YANG DIA KEHENDAKI.
MUHASABAH DIRILAH, ASYIK TENGOK ORANG JER..
TB tu nak mem"PKR"kan PAS..nicky ajis dah berjaya di"DAP"kan, thanks kepada anwar juburi..selagi presiden and timbalan presiden ni ada, mmg slgi itu susah nak mencapai misi ni, sbb dua2 ni begitu sukar skali nak dipesongkan perjuangan mereka kerana mereka lebih cenderung kepada perpaduan ummah/islam - ini tidak boleh tercapai dgn bekerjasama dgn parti kencing rakyat dan DAP yg anti-islamic state.
BalasPadamSalam,
BalasPadamKepada tanpa nama7 mac 4:29, anda faham tak maksud dakwah?Memang benar ada penceramah pas yang ceramahnya agak kasar,tapi adakah kita boleh menghukum kepada keseluruhan jemaah PAS?
Contohnya ,islam melarang umatnya zina,judi dan minum arak, tetapi ada juga orang islam yang melakukan maksiat itu, adakah islam salah ataupun mereka yang bermaksiat itu saalh? PAS ditubuhkan dengan ada perlembagaan yang mahukan islam( kalau nak tulis terlalu panjang),ahlinya ditarbiahkan , tetapi tak semua ahlinya mengikut,kalau dizaman Nabi,walupun diturunkan wahyu tentang larangan zina dan arak tapi ada umat yang melanggarnya, apakah kita nak kata nabi tak pandai dakwah?
Syabas kpd penulis blog ini, WFauzdin atas kemantapan hujah yg diberikan mematahkan pendapat kurang cerdik Tulang Besi dalam isu ini. Sejak dari dulu Tulang Besi memang menghadapi masalah dgn pemimpin PAS terutama dgn Tuan Guru Presiden. Apakah anda ini musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan? Pergi jahanam dgn Tulang Besi....
BalasPadamJanganlah membuat ulasan yang melampau wahai Tulang Besi.PR berperang dengan seluruh jentera kerajaan dan sogokan yang melampau.PAS tidak pernah kalah dalam perjuangan.Dakwah mesti diteruskan.Yang kalah cuma orang yang inginkan habuan dunia melalui kemenangan dalam PRK tapi tak kesampaian.
BalasPadam“pertemuan dalam gelap (pdg)” dan “kerajaan perpaduan (kp)” telah mengakibatkan pertembungan fikrah di antara mursyidul am dan presiden. sejak dari selepas pru 12 kita dapat saksikan pertembungan ini melalui ucapan2 mereka. keputusan muktamar “memperkasakan pakatan rakyat” dicemari dengan penambahan “berbincang dengan sesiapa sahaja termasuk umno” dalam ucapan penggulungan presiden. penambahan tersebut memperlihatkan bagaimana presiden begitu “terantai” dengan “pdg” dan idea “kp”. sepertimana pertemuan di istana terengganu pada 23 dis 2010 diatur oleh ‘bukan politik’ dan ‘bukan ngo’, “pdg” dan “kp” juga adalah usaha ‘bukan politik’ dan ‘bukan ngo’. terdapatnya penerusan ucapan2 yang lunak “kp” dari presiden, bertentangan sekali dengan ucapan mursyidul am, memungkinkan ‘bukan politik dan ‘bukan ngo’ ini adalah individu/kumpulan yang sama. yang anihnya, “pdg” kononnya untuk menyelamatkan piem paklah. sejak bila pas berjuang untuk menyelamatkan presiden umno? dan bukankah “kp” pula untuk menyelamatkan umno? begitulah hebatnya wawasan presiden pas!
BalasPadamkita telah saksikan bagaimana masa selepas pru12 tidak dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan pas sekali gus pakatan rakyat kerana polemik “pdg” dan “kp”. bayangkan seminar “pas ganti umno” dibuat sebaik sahaja selepas pru12 dan bukan menghampiri pru13, akan kehebatan gerak kerja memperkasakan parti terlaksana. semua gerak kerja akan ‘terfokaskan’. bayangkan himpuan 30 ribu pemuda dibuat sebaik sahaja selepas pru12, akan kehebatan gerak kerja pemuda yang terfokas. kehebatan gerak kerja prk bagan pinang, galas, tenang, kerdau dan merlimau akan menjadi lebih perkasa kerana semuanya berlaku mengikut perancangan yang teratur, terancang secara tersusun. kekentalan mursyidul am adalah kerana beliau ‘fokas’ dalam perjuangan. kecelaruan dalam pas timbul akibat dari kehilangan ‘fokas’.
“biar pas kalah asal islam menang” memberi gambaran bahawa bukan sahaja pas parti yang memperjuangkan islam. di dalam pilihanraya pas berlawan dengan umno. sama2 mahu memenangi sokongan pengundi orang melayu yang juga beragama islam. dasar pas islam. dasar umno melayu. dua perkara yang tidak sama apa tah lagi serupa. realiti telah menunjukkan bahawa di kalangan majoriti pengundi melayu, melayu lebih popular dari islam. pas gagal mempopularkan islam, manakala umno berjaya mempopularkan melayu. terakhir dibuktikan dalam prk bagan pinang, galas, tenang, kerdau dan merlimau. di manakah peranan pas sebagai gerakan islam yang dilaung2kan? pas kalah kesemua prk tersebut. umno pula menang bergaya. dengan kemenganan umno dalam kelima2 prk tersebut, apakah islam telah menang? terpakaikah “biar pas kalah asal islam menang”?
tolong fikir2kan.
wallahu’alam.