RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 7 April 2010

PRK HULU SELANGOR - HARAPAN TINGGI BUAT US BADRUL AMIN

Oleh: WFAUZDIN NS

Sejak awal lagi blog saya ini menyokong Us Badrul Amin agar dicalonkan sebagai calon PKR di Parlimen Hulu Selangor nanti. Undian yang saya adakan buat pengunjung-pengunjung blog saya setakat ini menunjukkan Us Badrul Amin masih mendahului lain-lain calon termasuk dua calon yang dikatakan hampir terpilih iaitu Dato' Zaid Ibrahim atau Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar.

Semakin hangat diperkatakan dua tokoh iaitu Dato' Zaid dan juga Sdr Shamsul Iskandar salah seorangnya akan dipilih oleh pimpinan PKR, namun bagi saya selagi calon tidak diumumkan sebelum 13hb ini saya masih berharap agar Us Badrul Amin terlekat sebagai calon. Tidak banyak faktor yang membuatkan saya berfikir bahawa Us Badrul layak dan sesuai untuk dicalonkan, Di antaranya adalah kerana;

a. Seorang ilmuan agama, bekas Pensyarah UIA yang tentunya dari golongan intelektual.

b. Seorang Reformis tulen yang sering bersama rakyat berhimpun, berarak di jalanan dan merasai susah getirnya menjadi seorang pejuang reformasi.

c. Pernah diuji serta ditahan di bawah ISA demi memperjuangkan keadilan.

d. Seorang Pendakwah terkenal dan `glamour' di kaca TV suatu ketika dahulu menjadikan nama beliau sebaris dengan Prof Dr Haron Din, Us Ismail Kamus, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Hassan Ali. Tentunya masih diingati dan disukai oleh pengundi-pengundi Melayu Islam yang menjadi majoriti di Hulu Selangor.

e. Tidak ada isu kontroversi yang membuatkan nama beliau tidak disukai oleh Non Muslim samada berbangsa Cina atau India.

f. Beliau tidak meminta-minta jawatan walaupun beberapa kali tewas di dalam pilihanraya sebelum ini, bahkan beliau semakin komited dengan perjuangan.

g. Hubungan akrab beliau dengan pimpinan PAS di semua peringkat dapat menarik minat pengundi-pengundi dari PAS untuk bekerja lebih kuat bagi memenangkannya jika beliau terpilih.

Itu adalah sebahagian daripada faktor yang saya rasakan melayakkan beliau menjadi calon buat PKR. Alasan yang menyatakan beliau seorang yang agak keras ketika berceramah pada saya satu alasan yang remeh. Berapa ramai pimpinan kita samada dari PKR, PAS mahu pun DAP yang keras juga ketika berceramah tetapi mengapa mereka dipilih juga oleh rakyat? Apa yang perlu dilihat apakah kerasnya isi kandungan ceramah itu kena pada tempat atau dibolehkan. Tuan Guru Nik Aziz seorang penceramah yang begitu lembut, tetapi pada sesuatu isu beliau juga berucap dengan nada yang agak keras juga.

Di dalam perjuangan Islam, di kalangan pemimpin mestilah ada yang keras dan lembut. Sahabat Nabi sendiri ada yang berpewatakan keras seperti Sayyidina Omar R.A yang sering sahaja menghunuskan pedang, dan ada juga sahabat yang begitu lembut seperti Sayyidina Ali R.A. Sekiranya semua pejuang ini berpewatakan lembut, nescaya pihak lawan tidak lagi gerun malah akan mempermainkan Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, uslub-uslub yang berbagai ini perlu ada asalkan tidak melanggar batasan agama itu sendiri.

Ini kempen atau lobi saya secara peribadi yang terakhir dari saya buat Us Badrul Amin. Seandainya beliau tidak juga tercalon, saya tetap mengharapkan agar calon yang dipilih itu mestilah lebih baik dari Us Badrul Amin dan pastinya kita sebagai pejuang kecil di dalam PR ini akan tetap menyokongnya. Kita menaruh keyakinan pimpinan kita tidak lagi silap di dalam menentukan calon kerana kita tidak lagi mahu `menternak berudu' yang tiba masanya berubah menjadi `katak'. /wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. si ustad ni yang nak pancung dr asri..

    BalasPadam
  2. Klau ust badrul amin brtanding.. takut kalah je.. umno akan exploit ucapan ustaz yg memanggil dr asri dgn panggilan "bapa setan" & "nak pancung".. Cari la calon lain.. banyak lagi yg xde kontroversi.. kontroversi ust badrul di tayangkan dalam youtube.. sluruh dunia tengok.. rse mcm xlayak nk memimpin.. sbb kurang mmpu mengawal emosi.. atau dgn istilah lain "mudah melatah".. Sekadar pandangan..

    BalasPadam
  3. tentang video ust badrul kata nak pancung kepala tu kalau kau orang tgk betul2, dia kata "KALAU BETUL UST ASRI BERKATA BEGITU (rujuk apa yg diceritakan)... cuba check video penuh... jgn ambil sekerat-sekerat...

    BalasPadam