RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 5 April 2010

MR. KICK @ SYED, TERUSKAN USAHA TU SAMPAI HATIMU PUAS...

Mana lagi dokumen...

Oleh: genken

"Terima kasih kepada blogger Syed kerana mendedahkan dokumen rahsia parti PAS. Kalau Syed tidak dedahkan nanti ramai yang tidak Syed diluar sana tidak tahu PASTI diderma oleh taukeh balak. Di samping itu, taukeh balak pula dapat projek dari Kerajaan Kelantan.

Kalau Syed tidak dedahkan, orang tidak tahu taukeh balak yang cina itu begitu sanggup menderma untuk sekolah PASTI. Sebabnya sekolah PASTI adalah sekolah anak-anak miskin. Nasib baik taukeh balak yang dapat projek itu derma, kalau tidak agaknya PASTI tidak dapat berjalan dengan baik. Nak harapkan yuran sudah tentu tidak cukup untuk meneruskan operasi.

Dalam aspek lain pula, derma itu dibuat dengan surat menyurat yang mempunyai rujukan tertentu. Maka sudah tentulah ia melalui proses biasa sesuatu derma. Sesiapa saja boleh minta derma dengan taukeh balak itu. Rasanya kalau Syed ada maklumat siapa lagi yang dapat derma taukeh balak itu, sila dedahkan juga. Derma ke PASTI itu nampaknya tidak dilakukan terus ke dalam poket individu. Elok kalau Syed blogger ada maklumat kalau-kalau duit derma itu masuk poket individu tertentu, dedahkanlah juga. Individu yang ada dalam surat menyurat itu sebenarnya atas kapasiti PASTI. Mungkin Tuan Syed fahami atas kapasiti individu.

PASTI dikira bertuah kerana ada orang cina sanggup menderma untuk perjalanannya. PASTI jauh dari dapat derma kerajaan persekutuan, apatah lagi UMNO. Kita tidak ada dokumen setakat ini orang-orang kaya seperti Tokoh Maal Hijrah yang ada Syed depan namanya itu sudah derma ke PASTI atau tidak. Kalau Syed ada dokumen jutawan yang ada Syed depan namanya itu derma ke PASTI, eloklah dikeluarkan juga. Atau rakan kepada tokoh maal hijrah itu yang kini taukeh NAZA yang juga ada Syed depan namanya itu derma ke PASTI. Setakat ini tidak ada.

Akhirnya yang derma ialah taukeh cina dan ibu bapa yang hantar anaknya ke PASTI. Lim Guan Eng kononnya sudah salorkan bantuan kepada PASTI melalui kuasa yang ada padanya. Elok sangat taukeh-taukeh cina lain yang mahu menyumbang kepada PAS boleh turut menyumbang kerana dokumen yang Syed dedahkan itu menunjukan ada cina yang sanggup membantu PASTI.

Yang lebih penting surat-surat derma yang Syed dedahkan itu pula setakat ini belum lagi menarik minat SPRM. Oleh yang demikian taukeh cina bahkan india yang kaya-raya itu boleh membantu sama. Tak perlulah bimbang kepada SPRM. Kebijaksanaan pimpinan PAS kelantan mencari derma untuk PASTI harus dipuji. Bahkan mereka sepatutnya boleh melakukanya kepada syarikat-syarikat lain yang jauh lebih hebat misalnya kepada taukeh Yayasan Syed Al-Bukhari atau taukeh NAZA KIA iaitu anak Syed Azimuddin yang mempunyai Syed didepan namanya itu.

Mengenai bocorkan RAHSIA parti PAS – terima kasih kepada blogger Syed kerana mempunyai dokumen RAHSIA pas. Walaupun ia RAHSIA, tetapi ia tidak mempunyai apa-apa yang perlu dirahsiakan. Bahkan dokumen itu menunjukkan PAS menjalankan kajian kekalahannya. Nampaknya kajian yang dibuat agak menyeluruh.

Terus terang selama ini PAS dianggap satu parti yang tidak ada strategy dan berlangsung begitu saja. Ramai penulis dalam blog internet beranggapan sedemikian, terutamanya yang totok UMNOnya. Rupanya PAS tidak begitu. Kajian bedah siasat PAS yang Syed dedahkan itu buktinya. Kalau selama ini ramai yang anggap PAS berjalan tanpa strategi adalah sama sekali salah. Bukan senang hendak melakukan bedah siasat. Apatah lagi mengeluarkan laporan dan cadangan yang lengkap begitu. Najib dan Khairy yang hebat itu sanggup membayar syarikat yang berkepentingan perisik israel untuk memberi cadangan kepada mereka.

Dokumen yang Syed dedahkan itu boleh dijadikan contoh oleh PAS cawangan yang kecil-kecilan supaya berkerja dengan strategi dan bukannya buat ikut dan. Eloklah kalau Syed dedahan lebih banyak lagi dokumen yang dimilikinya itu, biar semua orang tahu kebijaksaan kepimpinan PAS terutamanya pimpinan TGNA di Kelantan. Dan dalam masa yang sama biar PAS tahu ada pencari dan pembuka maklumat yang sangat rapat dengan TGNA dan perlu berhati-hati. Sepertimana Anwar dengan Saiful si pencari dan pembuka cawan minumannya.

Kalaulah tidak ada pencari dan pembuka fail maklumat itu pun tak apa, Tuan Syed sendiri pun bukan sekejap berada dekat dengan TGNA di Kelantan, tentulah Tuan Syed sendiri lebih maklum akan maklumat yang Tuan Syed dapat. /muramatsu UK/Tranungkite

6 ulasan:

  1. Para akhir tu yang tak berapa syok.daripada Syed kepada Tuan Syed,apa kejadahnya.
    Orang macam kick bukan setakat tak layak dipangil Tuan Syed tetapi memadai dipanggil syed haprak.

    BalasPadam
  2. d beri balak rm10 juta syarat derma rm 100ribu..
    mulianya hati cina tuu...

    BalasPadam
  3. mulia kejadah apa....dapat hasil free sapa pon berani derma........bodoh punya manusia...

    BalasPadam
  4. sapa yang bawa masuk syed ke pmbk harus minta maaf dengan tok guru.....

    BalasPadam
  5. syed kickdefella... tu... syed kongkang ... dah kena buang.....merapu bergantang-gantang... syed konon....piiirrraah.

    BalasPadam
  6. Syed Azidi ni dah sewel...cakap dia dah tak laku dah.... jadi cuba teka siapa yang biaya dia sekarang ni????

    BalasPadam