TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

PROGRAM 14 OKT 17

PROGRAM 14 OKT 17

Rabu, 8 September 2010

SYABAS KHALID, SELANGOR BANGGA DENGAN MU

Khalid Ibrahim memang bijak dalam pentadbiran negeri. Hanya pihak-pihak yang buta sahaja tak nampak kehebatan beliau memimpin negeri yang paling kuat dikacau UMNO, yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden UMNO iaitu Najib. Syabas Khalid. Teruskan usaha mereformasikan kerajaan PR Selangor.

PR Selangor Beri Hadiah Raya Buat Kakitangan Negeri

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan anak syarikat milik kerajaan negeri termasuk semua anak syarikat di bawah tadbir urus Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

Beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban kakitangan jentera kerajaan negeri, selain sebagai menghargai usaha membantu menyebar agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak 2 tahun lepas.

Khalid menyampaikan berita gembira untuk segenap kakitangan MBI ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di Kelab Shah Alam.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 pengamal media termasuk media arus perdana, bertujuan menghargai jasa dan peranan mereka.

"Kita sudah cadangkan kepada semua anak syarikat dalam MBI untuk memberikan wang Hari Raya sekurang-kurangnya sebanyak RM500 setiap warga kerja dan untuk syarikat MBI kita telah bersetuju untuk memberikan wang, bukan bonus tapi wang hari raya sejumlah RM1,000 satu warga kerja" kata Khalid./justice for all

1 ulasan:

  1. Y.A.B Menteri Besar Selangor ni kalau nak kaya dia tak payah masuk politik...memang dah kaya pun. Lainlah menteri yang lain tu...masuk politik nak kaya...nak kaya masuk politik...Dia tu kasihan rakyat selangor ni dibodoh-banggang oleh UmmmNooo dan BeenD...negeri kaya...rakyat miskin..mintak sedekah..itu dia panas hati...Tapi ada juga rakyat selangor ni yang bangang..tak sokong orang nak buat kerja betul...air percuma terima pulak. Apa pasal tak jumpa SyybaSS minta bayar penuh...kalu lu tau malulah..!!!

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini