RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 6 September 2010

TUNKU SEBUT ORANG MELAYU TIDAK TAHU BERNIAGA - ZAINUDIN MAIDIN

Oleh: WFAUZDIN NS

ANAK Maidin (Zam) tetap mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini bahawa pemimpin PAS mahu Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama) merampas harta orang-orang Cina selepas peristiwa 13 Mei 1969. Baru-baru ini PAS meminta anak Maidin ini memohon maaf di atas kenyataan beliau itu atau pun menghadapi tindakan saman oleh Parti Islam tersebut.

Kita tidak kisah samada anak Maidin yang pernah ditertawakan kerana Bahasa Inggerisnya yang tunggang langgang itu mahu memohon maaf atau tidak kerana sudah tentu beliau mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. Kenyataan terbaru beliau menyebut bahawa Almarhum Tunku sendiri memberitahunya betapa pemimpin PAS mahu Tunku merampas harta orang-orang Cina. Mengapa anak Maidin ini mahu melibatkan tokoh yang sudah mati ini di dalam kenyataannya? Betul atau tidak, Tunku telah pun tiada di dunia ini untuk menyokong dakwaan anak Maidin tersebut. Saya juga tidak pasti samada Osman Abadi yang dikatakan ada bersamanya sewaktu Tunku menyebut hal berkenaan masih hidup atau tidak.

Peristiwa 40 tahun lampau kini muncul disaat Umno kehilangan sokongan masyarakat Cina. Anak Maidin juga tidak menjelaskan secara tepat siapa pemimpin PAS yang mendesak Tunku agar merampas harta orang-orang Cina ketika itu. Beliau juga menjadikan sebuah buku yang diterbitkan sempena dengan Utusan Melayu 50 Tahun sebagai dalil tuduhannya itu. Masalahnya bukan isu tersebut dibukukan atau di ulang cetak beribu kali, tetapi adakah benar peristiwa itu berlaku? Apatah lagi ia ada kaitan dengan akhbar Utusan. Sekarang ini semua kenal akhbar Utusan yang semakin meloyakan itu.

Saya menyokong penuh tindakan PAS menyaman anak Maidin berikutan kenyataan beliau tersebut. Mungkin anak Maidin akan berusaha memanggil saksi yang telah mati untuk menyokong dakwaannya itu dan juga sebiji buku yang menjadi dalil kenyataan beliau. Walaupun rakyat kenal benar dengan sistem kehakiman di negara ini, tetapi PAS tidak harus melepaskan anak Maidin ini di atas kenyataan yang merbahaya itu. Anak Maidin juga turut menyebut Tunku melabelkan orang-orang Melayu tidak tahu berniaga. Benarkah Tunku tergamak merendahkan martabat orang-orang Melayu sedemikian rupa? Seandainya benar, Tunku bukanlah pemimpin Melayu yang yakin dengan bangsanya sendiri./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. orang yg hampir lemas akan mencapai apa saja yg ada utk menyelamatkan diri..walaupun taik....

    anak maidin ni boleh kawan dengan brahim jer...

    kah kah kahkah kah kah ...

    BalasPadam
  2. dia ni dihalau olih umno merbok dan lari ke sungai petani.dengan ego berkata pkr akan hilang deposit dalam pru 12.hasilnya dia yang hilang telok
    cakap Melayu pun gelong,apatah lagi bahasa mat saleh.
    ingat lagi kisah dia dengan stesen arab tu.bukan buat malu kompeni saja,tapi satu Malaysia malu akibat mangkok kaki bodek dan anti Islam ni.

    BalasPadam
  3. org cina dtg sini kerana inggeris sial. kita xmahu mereka dtg sini, buat semak je. lepas tu inggeris sial buat dasar pecah dan perintah. org MELAYU kat kampung, india di estet dan cina di bandar2. dasar ini sudah tidak adil dari awal lagi. jadi, kerajaan perlu perbetulkan semula. kenapa kita perlu teruskan dasar sialan itu. penuhkan semula MELAYU kat bandar2, biar mereka berniaga. MELAYU sebenarnya pandai. cina bukannya pandai sangat.

    BalasPadam
  4. penjajah sial letak cina kat bandar, tempat org ramai, dah tentu meniaga boleh maju. sebenarnya MELAYU pun boleh. mereka dapat kumpul duit dari dulu lagi, perbesarkan perniagaan. mereka dah berniaga macam2. orang MELAYU masuk ke bidang ni lewat. nak meniaga itu dan ini dah ada persaingan dari org cina sebab mereka meniaga lebih dulu, bukan mereka betul2 pandai. Jadi, kerajaan kena tolong betul2 org MELAYU supaya maju dlm perniagaan. Bukan salah org MELAYU, salah penjajah sial letal org MELAYU kat kampung....cilaka betul penjajah..haprak...busuk hati sebusuk bau badan mereka.

    BalasPadam
  5. maksud aku, cina kumpul wang utk perbesarkan perniagaan mereka dah lama sebab mereka berniaga dari dulu lagi. jadi, bolehlah mereka meniaga macam2 sehingga sekarang. Oleh itu, payahlah sikit MELAYU nak bersaing kerana semua jenis perniagaan dah dibolok oleh cina, di bandar pulak tu...itu dasar tak adil. Itu pun korang tak leh pikir. Asyik2 dok kata melayu tak pandai. Masa aku sekolah dulu, pelajar cina paling tercorok sekali sampai ada yg berenti sekolah, tak paham2 cikgu ajor.

    BalasPadam