RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 18 Mei 2013

AZMIN, ZURAIDA MENGHANCURKAN IMEJ MEREKA DI DALAM PARTI

PRU 13 sudah berlalu.  DS Anwar Ibrahim dengan beberapa orang 'pendekar'nya terus buat kerja menemui rakyat untuk memberitahu rakyat mengapa kita menolak keputusan PRU 13 yang lalu.  Peraturan dan undang-undang juga dipatuhi di mana petisyen kini sedang disiapkan untuk difailkan di mahkamah, di dalam masa yang sama rakyat juga perlu diberitahu mengapa petisyen ini perlu dibuat kerana kita tiada media radio atau TV untuk menyampaikan maklumat kepada mereka.

Di dalam kesibukan DS Anwar Ibrahim dan rombongannya ke merata-rata negeri, Azmin Ali dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin terus mendapat kecaman dari ahli-ahli parti.  Azmin sepatutnya bersama-sama DS Anwar, paling tidak pun Azmin sesekali turun membantu DS Anwar Ibrahim kerana beliau adalah Timbalan Presiden PKR.  Setiap program "BLACK OUT 505", DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum akan ditemani oleh Presiden PKR, DS Wan Azizah.  Sdr Johari Abdul, Tian Chua, Chegu Bard dan beberapa orang yang lain sentiasa bersama membantu Ketua Pembangkang ini.  Di mana Azmin?  Ketua Wanita, Zuraida juga di mana?  

Azmin Ali awal-awal lagi sudah nyatakan sikap "tidak perlu berdemo" setiap hari, minggu atau bulan.  Beliau mahu DS Anwar Ibrahim terima sahaja keputusan PRU 13 walaupun semua maklum, mustahil Umno/Bn boleh menjadi kerajaan jika tidak dengan menipu.  Tetapi Azmin Ali buta perut, Zuraida pula besarkan perut duduk sahaja melihat Ketua Serikandinya, Siti Aishah yang sering membantu DS Anwar Ibrahim.  

Azmin dan Zuraida, dua pasangan yang kini menjadi perhatian ahli-ahli PKR khasnya.  Terlalu banyak kesilapan yang telah mereka lakukan.  Sikap menghormati Ketua Umum dan Presiden PKR sudah tiada lagi.  Mungkin beliau merasa sudah hebat apabila memenangi Kerusi Parlimen dan Dun di Selangor dengan jumlah undi yang besar.  Zuraida pun sama.  Kecaman Ketua Wanita ini terhadap pimpinan PAS dan DAP di dalam isu perlantikan MB Selangor sudah cukup untuk membuatkan beliau akan menerima akibatnya selepas ini.

Hari ini ramai di kalangan ahli-ahli PKR sudah merancang untuk mempastikan Azmin dan Zuraida tidak lagi berada di Saf hadapan parti, kecuali kedua-dua mereka mempunyai kekuatan jiwa dan keberanian untuk memohon maaf kepada ahli-ahli parti dan rakan-rakan di dalam PR.  Jika tidak, PKR bakal menyaksikan jawatan Timbalan Presiden PKR akan ditandingi di dalam pemilihan parti tidak beberapa lama lagi.  Jika Azmin mempunyai hajat untuk menentang Presiden, baik lupakan sahaja.  Azmin belum layak untuk berada di Kerusi itu.

Langkah paling bijak jika mahu selamat di dalam parti, Azmin dan Zuraida mesti meminta maaf . 

8 ulasan:

  1. SUDAH TIADA MAAF BAGI AZMIN DAN ZURAIDA - MEREKA BERDUA MESTI DISINGKIRKAN DARI PKR.

    DAH BAGI MENANG PRU13 CUBA KERAS KEPALA PULA - HAMPAS PUNYA PEMIMPIN

    BalasPadam
  2. Azmin dan Zuraida sila memohon maaf dan sertailah proram-program yang sedang berjalan sekarang. Lupakan segala sengketa dan perbedaan. Kita memacu kehadapan dengan daya dan kemampuan yang ada. Hanya demo atau berhimpun saja yang kita ada untuk meluahkan betapa pedih dan terhinanya kita diperlakukan oleh BN dalam PRU13. Andai kita tidak bangkit, nescaya anak cucu kita amat menyesali kelemahan kita kerana merekalah bakal menerima akibatnya.

    BalasPadam
  3. Teruskan perjuangan dan mulai sekarang fikirkan dan cari pengganti Azmin dan Zuraidah agar duri dalam daging sudah dinyah keluar.PRU 14, kedua mereka ini jangan dicalonkan.Tanpa Pkr dan mereka bertanding secara individu pasti tersungkur dan tak menang punya... Insyaallah.

    BalasPadam
  4. Demi parti PKR dan demi keadilan rakyat, saranan agar Azmin dan Zuraida meminta maaf dari Presiden Parti dan DSAI adalah memang patut dan semestinya kedua dua nya mesti meminta maaf atas ketelanjuran bahasa mereka berdua,,secepat mungkin sebelum keadaan bertambah parah,,,DS Wan Azizah dan DSAI adalah ikon keadilan rakyat...Kami Rakyat marhaen menyokong PKR kerana wujudnya IKON KEADILAN RAKYAT ini dalam PKR..
    dan maaf lah kalau dikatakan bahawa Azmin dan Zuraida belum lagi mencapai tahap ikon pada kami rakyat marhaen semua.

    BalasPadam
  5. Gua sokong dengan kenyataan lu kerana memang mereka semakin besar kepala bila mengkritik DS Wan Azizah, Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan. Macam Zuraidah mengkritik PAS, sedarkah beliau yang jentera PAS paling kuat bekerja dengan sokongan cawangan-cawangan. Adakah beliau boleh menang tanpa sokongan jentera PAS, DAP dan reputasi cemerlang TSKI tadbir urus Selangor.

    BalasPadam
  6. Harapan kedua mereka ini tidak tersinarai sebagai exco

    BalasPadam
  7. azmin & zuraida ni dok syok sendiri perasan sorang2 pengaruh diri yg kuatlah yg menyebabkan mereka menang parlimen dan DUN...walhal rakyat marhaen kenal diorg ni pun sbb kes DSAI...itu je...mereka menang parlimen & DUN sbb rakyat marhaen benci akan BE END.

    diorg berdua ni naik ke tahap skang bukan sbb kekuatan pengaruh politik diri sendiri tapi sbb tempis pengaruh DSAI dan pakatan rakyat.

    antara contoh yg betul2 naik atas kekuatan diri sendiri adalah khalid ibrahim, rafizi ramli, chegubard...mereka bertiga punya identiti & kekuatan tersendiri untuk naik tanpa perlu bertaut pd DSAI....dan rafizi ramli khususnya antara calon Perdana Menteri pd masa akan datang

    BalasPadam
  8. TSKI lebih arif
    - utk runtuhkan kerajaan s'gor sila masuk kan azmin

    BalasPadam