SELEPAS kita bulat-bulat kena kelentong oleh Mat Said dengan "Three Stroogers"nya di Terengganu, semalam diumum pula kenaikan harga kadar elektrik. Kononnya jika tidak naik harga, TNB rugi. Jika TNB rugi maka keraplah nanti terjadi 'blackout" seperti yang melanda beberapa negeri baru-baru ini. Rakyat susah dan derita, peduli apa?
Jika dulu, kerajaan naikkan harga gula kononnya untuk mengelakkan rakyat dari kena kencing manis. Harga ayam naik, rakyat disuruh makan daging atau ikan saja. Daging dan ikan murah kot kat Malaysia ini? Harga beras naik, cuba tanya pesawah di bendang adakah kehidupan mereka berubah bila harga beras dinaikkan? Cuba tanya pula tokeh-tokeh yang menguruskan beras ini, miskinkah mereka?
Kini, harga letrik dinaikkan. Cuba tanya tokeh-tokeh IPP, YTL dan seumpamanya. Semakin terhimpitkah kehidupan mereka? Tahukah kita letrik tidak dikecualikan dari dikenakan GST tahun depan kerana letrik bukan makanan asas buat rakyat negara ini. Belum GST lagi, harga letrik naik, bayangkan jika sudah dikenakan GST. Berapa yang rakyat kena tanggung?
Kilang menggunakan banyak tenaga letrik. Kilang-kilang akan cas semua ini atas bahan produk mereka dan pengguna tanggung. Kilang pun menanggung GST juga. Cas lagi. Pengguna tangung lagi. Bukankah kesemua keperluan makanan asasi kita kesemuanya dihasilkan melalui proses di kilang? Tidakkah kita akan menanggung kesemua kesan ini?
Maka, jangan jadi bodoh lah.
Pd aku la,kjaan yg ada ni tak berfungsi membela rakyat.hutang negara lebih 600 billion tp hidup rakyat makin terhimpit dgn cukai mukai yg kjaan bg.seteruk2 era mahathir,hutang 200 billion lebih tp hidup rakyat tak seteruk ni.ke mana perginya duit2 tu semua?
BalasPadamsemuga semua drakula penghisap darah rakyat akan tumbang dan hancur bankurp dgn kuasa Allah.
BalasPadamMacam la hampa tau kerajaan hari sedang dok fikiaq apa lagi cukai yang depa nak naikkan lagi banyak cukai depa sapu lagi banyak pula kita guna lagi banyak cukai GST tu depa sapu itulah sebabnya semua cukai yang kena GST dinaikkan sebelum G s t itu dikuatkuasakan 1 januari 2015 tu ,hampa tunggulah esok bil air pula la nei kerajaan dok kata semua barang makan yang terkawal tak kena GST tapi letrik, air dan pengankutan dan pelbagai lagi kerajaan tak sebut pun yang depa dok kawal,itulah sebabnya apa yang boleh depa cukai depa akan naikkan secepat mungkin.
BalasPadamakibat setengah melayu kangkung lantik penyangak & penyamun perintah,maka depa sauk & rembat la khazanah negara untuk kerabat sendiri.kroni & sanak sedara ,ABU !
BalasPadamAlhamdullillah...eletrik naik, BN = BeriNikmat....
BalasPadamsudah-sudahlah buat fitnah...tarif letrik tak naik pun.
PadamAku respek exco PAS selangor, kalau tak ada air, tadah je air hujan, free. hehehe....
BalasPadam