RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 29 Oktober 2010

Perbicaraan Anwar : Karpal curiga doktor berdolak dalik dengan keterangan

29/10/2010


KUALA LUMPUR 29 OKT : Pasukan peguambela Anwar Ibrahim hari ini mendesak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkannya mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal yang dijalankan ke atas Saiful Bukhari Azlan demi kredibiliti perbicaraan itu.

Peguam Karpal Singh berkata keengganan pakar bedah Razali Ibrahim merujuk kepada nota-nota klinikal itu dalam memberi keterangan menjejaskan kewibawaan keterangan yang diberikan oleh beliau di mahkamah. Karpal berkata bahawa nota klinikal itu penting supaya "kami cuba buktikan bahawa keterangan saksi pakar akan bercangggah dengan notanya" yang diambil ketika melakukan pemeriksaan awal terhadap Saiful.

k Hakim Mohamad Zaibidin Mohd Diah akan memberikan keputusannya pada 22 November. Walaupun memberi jawapan yang tidak jelas atau lupa sama sekali butir-butir tertentu, Dr Razali yang menjalankan pemeriksaan ke atas dubur Saiful pada Jun 2008, a enggan merujuk kepada nota-nota klinikal berkenaan ketika member keterangan Rabu dan Khamis lalu. Pasukan peguambela Anwar yakin nota-nota itu mengandungi jauh lebih banyak maklumat mengenai pemeriksaan terhadap Saiful daripada laporan susulan yang dibentangkan di mahkamah.

Karpal juga mempersoalkan laporan kimia yang dikemukakan kepada mahkamah. Laporan itu, menurut beliau tidak boleh diterima kerana tidak dikepilkan bersama dengan laporan toksikolgi Saiful sebagai sebahagian daripada bukti. Karpal berkata adalah jelas pendakwaraya hanya mengemukakan sebahagian daripada laporan kimia dan bukan keseluruhan sebagaimana yang harus dilakukan.

Selepas semalaman berkempan di Pilihanraya Kecil Galas untuk calon PAS, Anwar tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi tadi. Beliau ditemani isterinya Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Nuha.Anwar. Semalam, Dr Razali Ibrahim berkata beliau mendapati rectum atau dubur Mohd Saiful Bukhary Azlan kosong apabila melakukan pemeriksaan awal.

Saiful sebelum ini memberitahu mahkamah beliau tidak mandi dua hari selepas diliwat, kononnya untuk “menyimpan bukti.” Sementara itu ,Ketua Pendakwaraya Yusof Zainal Abidin berkata nota klinikal Saiful hanya perlu diberikan sekiranya saksi mahu merujuknya. Beliau memberitahu mahkamah, seperti dalam kes pembunuhan, hanya laporan bedah siasat akhir sahaja yang dikemukakan./TVNews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan