RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 24 Oktober 2010

Hadi: Calon PAS ada kelebihan di Galas


Okt 23, 10
PAS yakin calon parti itu mempunyai kelebihan dalam pilihan raya kecil DUN Galas walaupun pernah dua kali tewas ketika bertanding kerusi Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kali terakhir bertanding kerusi Parlimen Gua Musang iaitu pada Pilihan Raya Umum 2008, undi yang diperoleh Dr Zulkefli Mohamad di DUN Galas melebihi undi tokoh veteran Umno itu.

"Pada pilihan raya umum lepas, Dr Zulkefli mendapat majoriti 300 undi di kawasan Galas walaupun beliau kalah di kerusi Parlimen Gua Musang kepada Tengku Razaleigh.

Galas adalah salah sebuah DUN yang terletak dalam kawasan parlimen Gua Musang.

"Ini bermakna tidak mustahil untuk PAS menang di Galas dalam pilihan raya kecil ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu hari ini.

Abdul Hadi berkata bagaimanapun, PAS hanya meletakkan keyakinan 48 peratus peluang untuk menang pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober sebagai tarih penamaan calon manakala pengundian pada 4 November.

- Bernama

1 ulasan:

  1. Tengku Razalegh adalah MP Gua Musang,merangkap Pengarah Pilihanraya BN Galas.UMNO dah kempen Gua Musang-Galas perlukan pembanggunan dan beberapa janji pembanggunan mula dibuat.
    Ini bermakna Tengku Razalegh MP BN-UMNO makan gaji buta ,tak buat kerja sebelum ini dan hanya berangan nak jadi PM.Ini pun hampa macam takut,macam dah tak tau macam mana nak manipulasi kegagalan Tengku Razaleigh ni yang masih jadi MP Gua Musang.

    BalasPadam