Pemilihan AMK: Shamsul hanya dahului 9 undi | ||
|
Persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda PKR (AMK) antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dengan pencabarnya ahli Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shaharin bermula dengan amat sengit.
Menurut keputusan rasmi daripada ibu pejabat PKR, Shamsul Iskandar mendapat 136 undi, manakala Badrul Hisham memperolehi 127 undi.
Manakala, bagi jawatan nombor dua pula, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin - yang merupakan regu Shamsul - meraih 193 undi.
Sementara ADUN Teja Chang Lih Kang - gandingan Chegu Bad - mendapat 54 undi.
Tiga calon yang memperolehi undi terbanyak bagi mengisi jawatan naib ketua AMK, setakat ini, ialah Azmizam Zaman Huri (156), Erveana Ansari Ali (113) dan V Sivam mendapat 96 undi.
Wanita: Zuraida bermula baik

Bagi jawatan ketua Wanita pula,- seperti yang dijangka, penyandangnya Zuraida Kamaruddin setakat ini mendahului dua lagi pesaingnya dengan 178 undi.
Suraya Sudin mendapat 98 undi, manakala Aniamah Ferrar memperolehi 32 undi.
Bagi jawatan timbalan ketua Wanita, penyandangnya, Rodziah Ismail mendahului pencabarnya Asmah Abd Kadir.
Rodziah yang juga exco kerajaan Selangor mendapat 192 undi berbanding Asmah yang dengan hanya 35 undi.
Tiga calon mendapat undi terbanyak bagi jawatan naib ketua Wanita iaitu timbalan speaker DUN Selangor Haniza Talha (138), ADUN Rawang (125) dan Noor Sham Abu Samah (120)./Malaysiakini

aku masih berpendirian sistem pemilihan terus yang diamalkan olih PKR sekarang terlalu awal untuk dilaksanakan dan ia akan mempercepatkan berkuburnya PKR.
BalasPadampuak umno sedang memerhatikan semua ini dengan suka dan gembira yang amat sangat.
kita belum matang dalam soal memilih pemimpin.kebanyakan pemimpin dipilih berdasar emosi,pola kenegerian,pola perkauman dan siapa yang pandai manipulasi keinginan.
penglibatan ahli dalam pengundian juga akan memusnahkan pkr.ia tidak ada beda dengan peraturan dimana wakil cabang diberi hak sebelum ini kerana peratus yang amat kecil ahli yang membuat pengundian.dengan peratus sekitar 15% sahaja ahli yang melibatkan diri,kita mendedahkan pada parti lain bahawa jumlah 400000 ahli yang dikatakan milik pkr sebelum ini hanya angka angka sahaja.
sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim sejak dulu,aku hanya mendoakan DSAI akan terlepas dari beban yang ditanggung selama ini dan kembalilah menjalani kehidupan manusia biasa dengan meninggalkan PKR yang akan musnah ini diterajui olih mereka yang di restui olih anaknya nurul izzah yang ternyata belum matang untuk melihat siapa musuh ayahnya yang sebenar